Sabtu, Disember 27, 2008

Enggan Susukan Anak Sendiri?

Hanya 14.5 peratus ibu di Malaysia memberi susu badan kepada anak sehingga berusia 6 bulan.

“Rosak badanlah kalau susukan anak lama sangat,” antara komen diutarakan.

Maksudnya, majoriti ibu kini lebih gemar memberi susu lembu kepada anak mereka berbanding ibu di zaman 60 an. Hairan, sedangkan susu ibu diakui, susu terbaik bagi tumbesaran anak.

Apakah faktor mendorong ibu enggan menyusukan anak sendiri? Memelihara tubuh agar kelihatan kekal cantik? Sibuk degan tugas seharian

15 ulasan:

  1. Err.. bkan ke mnyusu badan yg leh 'baik pulihkn' badan lik? Bkan ke itu mngeratkn lgi hubungan antara ibu dan anak?

    X brani nk komen lbih2 sbb x lalui lgi 'wktu ini' .. rasanya x salah nk bgi susu formula krna faktor kerja tpi kna lbihkn lgi dgn susu badan.. 80% susu bdn n 20% susu frmula.

    Iklan susu lembu/ formula pun bkan main bgus lgi lani..

    Tggu komen drp para2 ibu lah lak ..

    BalasPadam
  2. bukan ker menyusu anak tuh banyak faedahnyer..antaranyer...mengelakkan breast cancer..kenapa laa bangang sangat para para ibu tuh...dan bukankah susu ibu tuh lebih afdhal dari segala susu dalam dunie nieh...

    BalasPadam
  3. rosak badan tu dari sudut mana??
    mungkin bila lama lama tunduk badan jadi bongkok sabut hheee..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Kepada sesiapa yang kata rosak badan tu they should read this

    http://www.breastfeeding.com/all_about/all_about_more.html

    BalasPadam
  5. Boleh rosak badankah bagi susu ibu? Pelik tu.

    BalasPadam
  6. Pengalaman saya dan isteri, dengan anak dah tiga ni memang terbukti menyusukan anak lebih baik untuk wanita sendiri...Bentuk badan tak jadi masalah, terjaga elok...Walaupun anak dihantar ke nursery, bekalan susu badan diberikan untuk sepanjang siang, dirumah nanti disambung dengan direct breastfeeding...

    Mungkin masih ada yang berpandangan bahawa breastfeeding itu kolot...

    BalasPadam
  7. xde ibu yang xnak susukan anak,
    klu ade bodohla ibu tu,
    pengalaman saye menyusukan anak yg sulong sehinggalh anak ke 2 lahir seminggu, x de masalah pun.
    cume disebabkan saya berkerja dan rakan sekerja/majikan x pernah nak kesian buat saya cepat berhentikan susu anak ke 2
    Bayangkan anak menyusu saye tetap disuruh pergi berkhemah hantar pelajar, sakit Allah yang tahu sehingga x boleh bangun, hanya ibu yg pernah rase je tau. x faham la kenape manusia pentingkan diri sendiri, sampai family saye terpakse hantar baby ke tempat perkhemahan. PATUT KE?????? sampai sekarang saya xkan lupa apa orang buat kat saya. Skarang bila diorang pulak ada baby pandai pulak minta tolong. Yang marah sgt tu apa alasan pun saya bagi x terima bukan sekali kena. Sebagai ibu saya x kisah sakit, tapi tangisan anak menangis nak susu sampai sekarang saya ingat. jadi Pk la sendiri kenapa ibu xnak susukan anak.

    BalasPadam
  8. tambah lagi sket,
    badan mane ade rosak maintain slim tau.
    pasal sepatutnya saye buat bekalan susu, memang ade.
    masalahnya anak langsung xnak botol tu, nampak je die jerit die nak mama jugak.

    BalasPadam
  9. Semua tu sebab terlalu percayakan mitos....

    Dalam kes saya (isteri saya sebenarnya!) lain pulak halnya, anak kedua saya terpaksa dimasukkan ke dalam wad beberapa jam selepas lahir dan hanya di'discharge' dua minggu kemudian. Dalam masa itu isteri saya tak dapat menyusukan 100% dengan susu badan memandangkan jarak rumah dengan hospital sejauh 50km. Hanya dua kali aje sehari dapat menyusu badan dan lebihnya susu botol. Akibatnya bila dah balik rumah, anak saya yang tak nak minum susu ibunya, walaupun didorong beberap kali!

    BalasPadam
  10. ni kes isteri kerja la ni.... org rumah teman bawa pam susu ke tempat kerja... tp tak keluar banyak.. tak cukup untuk baby....

    bila dah jarang menyusu... susu pun kurang...

    BalasPadam
  11. emm ade jugak ibu yg memberi tugasnye pada sang lembu untuk memberi susu anaknya...isk2 tergamak mcm tu..

    BalasPadam
  12. itu sebab anak sekarang mudah sangat dapat penyakit..

    BalasPadam
  13. kalau boleh, bia lah kita berikan anak dengan susu badan..anak insyaAllah lebih sihat dari jangkitan penyakit..kuat antibodinya..
    Susu tepung smua tu biler dah tk ada pilihan...contohnya sbb susu badan tk mencukupi. atau terpaksa keluar mencari rezeki. Sebenarnya enzim air liur dari bayi menambah kandungan susu badan dari ibu. Sebab tu kalau guna pam mengeluarkan susu badan, kekadang mengurangkan penghasilan susu badan.
    Saya telah menyusukan 3 orang anak2 saya dengan susu badan sehingga cukup usia diorg 2 tahun. Kini, anak yang sulung telah berusia 21 tahun dan mereka membesar dengan sempurna. Alhamdulillah. Dari mereka kecil hingga dah ke usia sekarang ini, tiada penyakit selain dari demam2 biasa sesekali setakat ini.
    Takut kesan sampingan menyusu anak??? Oohh tidak...kerana samada menyusu atau tidak, kita akan tetap menghadapi perubahan fizikal badan kita apabila usia semakin meningkat. Pentingkan kesihatan anak2 kita, daripada mementingkan kecantikan fizikal kita.

    BalasPadam
  14. 80% susu badan dan 20% susu formula kira ok lah tu coz skarang ni kan ibu2 dah banyak bekerja. So, tak boleh nak lari dari kenyataan. Tapi ada produk "pump susu badan" yang boleh pam susu badan & simpan sejuk skit, pastu baby boleh minum. Tapi mahal gak produk tu.

    BalasPadam
  15. Saya menyusukan kedua-dua anak saya sehingga berusia 2 tahun lebih. Saya bekerja sebagai guru. Saya keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi dan pulang sekitar 3/4 petang, kadangkala menjangkau 5-6 petang. Semasa di rumah pengasuh anak-anak saya diberi susu formula. Tetapi, apabila bersama saya, mereka menyusu badan 100%. Tiada masalah, malah lebih mudah. Saya akui kelebihan menyusu badan seperti yang diuar-uarkan. Selain hubungan ibu & anak lebih erat, tubuh saya juga slim. Kepada ibu dan bakal ibu, berilah bayi anda susu ibu jika berpeluang kerana banyak kelebihannya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.