Isnin, Disember 22, 2008

Pusat Bertindik

Sejak dari dulu kita sering melihat kanak-kanak perempuan pelbagai bangsa bertindik di telinga, tidak kanak-kanak lelaki. Lubang ditindik kemudian dipasangkan anting-anting, antara perhiasan perempuan remaja dan dewasa.

Bagi perempuan India, majoriti mereka bertindik di hidung selain di telinga, barangkali melambangkan budaya.

Kini, perempuan bukan sahaja bertindik di telinga dan hidung malah di pelbagai bahagian badan. Di bawah bibir, di kening, lidah dan pusat. Lebih menghairankan bertindik mula dijadikan budaya di kalangan lelaki.

Pernah saya tanyakan kepada beberapa gadis remaja ..

“Apa tujuannya bertindik di pusat?”

Jawaban saya terima ..

“Saja-saja”

Kalau ‘saja-saja’ maksudnya perbuatan itu dilakukan tanpa tujuan, perbuatan sia-sia menyakitkan tubuh badan.

Atau ada alasan selain itu?

11 ulasan:

  1. Yang selalu ditindik di telinga (itupun untuk perempuan bukan lelaki),

    Ada pulak yang ditindik di lidah atau di pusat. Ada juga ditindik di 'tempat'nya. Gila betullah..

    BalasPadam
  2. emm...mgkn utk kepuasan diri & mgkn juga utk kelihatan cantik..
    terutama bg perempuan yg suka b'pakaian yg menampak kan pusat.

    skrg nie kan byk baju yg jenis tayang pusat so,if diaorg pakai baju tu mesti le diaorg nak tunjuk yg pusat diaorg tu cantik.jadi nye diaorg letak le sedikit perhiasan di pusat tu utk menjadi kan nye cantik.

    masa mula2 d perkenal kan tindik pusat nie,harga sekali tindik mencecah hingga ratusan ringgit.harga nye ikut pd jenis & bentuk subang yg di pilih.paling murah pun if tak salah saya dlm RM50...tu pun subang yg basic la..yg tak cantik.tak de kilauan kristal & silver.

    penjagaan lepas tindik tu pun kena amik berat gak.ada ubat yg boley dibeli di farmasi utk disapu supaya cepat baik.silap jaga akan bernanah & lubang tindik tu akan tertutup.dah kena tindik semula..

    berbeza dgn skrg nie.harga nye jauh lebih murah berbanding dulu.subang pusat tu dlm RM15 dah boleh dapat.if nak dapat kan yg cantik kena la keluar modal lebih sikit...

    BalasPadam
  3. Lagu mana nak bercakap kalau bertindik kat lidah encik?

    BalasPadam
  4. Medically tempat yang sesuai untuk tindik menindik adalah telinga.
    Jadi tempat2 lain tu kalau anda nak cuba2 pikir lah banyak2 kali.
    Kenapa? kerana saya pernah melihat seorang gadis terpaksa buat reconstructive surgery pada cuping telinga atas beliau yang rosak akibat infeksi kuman yang teruk.
    Spent RM50 untuk tindik yet later RM+++++ untuk perbaiki

    BalasPadam
  5. kekadang pelik jugak tengok generasi baru ni.. terlalu mengagungkan budaya dari luar.. tak semestinya yang datang dari luar tu, semuanya bagus2.. takut nanti bila dah puas bertindik, buat tatu pulak.. tu yang sampai sanggup seterika badan sendiri semata2 untuk hilangkan tatu.. senang cerita, remaja sekarang tak berfikir panjang sebelum membuat sesuatu..

    BalasPadam
  6. Seksi @ seksa?

    Dah lama x brtindik tlinga sjak lbg tlinga knan trtutup .. 'takut'.. hee..

    BalasPadam
  7. Rasa-rasanya mereka ni nuak cuba jadi lembu kut. Macam mana rasanya jadi lembu dan makan rumput. Kalau saya nampak budak laki yg bertindik telinga atau bibir, saya kata kat anak saya " nak tengok lembu tak.. tu ha lembu... :-)

    BalasPadam
  8. sebab,
    COOOOOLL.

    don't get me wrong, mind u. i don't do tindik menindik.

    BalasPadam
  9. bertindik pada tempat selain telinga adalah kerja gila dan merosakkan tubuh badan...kenapa perlu tiru budaya asing?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.