Siang tadi, saya, Norasliza dan jurukamera menjalankan tugasan mencari pengemis Rohingya, warga Myanmar. Bagaimanapun sewaktu lalu di hadapan pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur kami terserempak pengemis muda dalam kedudukan hampir berbaring di jalan laluan orang ramai.
Ditanya negara asalnya dia tidak menjawab, mungkin kerana halangan bahasa. Tetapi saya percaya dia berasal dari negara China. Melalui pengalaman, majoriti mereka mengemis di negara ini kerap berpura-pura bisu, tujuannya menyukarkan pihak berkuasa mengenalpasti identiti mereka.
Usah terkejut jika saya katakan mereka mampu meraih pendapatan mencecah RM500 sehari. Kebanyakannya hanya mengunjungi negara ini dalam tempoh sebulan kemudian pulang semula ke negara asal dengan belasan ribu ringgit di kantung.
Semasa dihampiri, pantas dia memasukkan kesemua wang tunai derma orang ramai ke dalam beg sandang, memakai baju, duduk dan kemudian beredar. Gambarnya sempat saya rakamkan (entry atas).

di indon jauh lebih parah dah dahsyat. sy penah lihat yg sama spt gambar kat atas tu, tak sampai 5 minit, dia boleh bangun n lari ok! howww..! hahaaa.. nice blog bro mazidul. kenal! :)
BalasPadamsehari RM500?? jumlah yg banyak tu..senang2 je cr kerja camni.. selalu nya mereka ni dtg secara halal atau haram?
BalasPadamBegitu pemurah sebenarnya warga Malaysia ni.Mudah membantu pada yang perlu.Sebab tu jadi "market" diorang.Eh..eh..eh..Kesiannnn..Anyway bro Mazidul good job.Story utk 360 nest week kerr..
BalasPadamSaya pernah terserempak dengan org mcm ni kat Pasar Malam area Taman JOhor, Tampoi.
BalasPadamNasib baik tak dipijak org yg lalu lalang.Maklumlah gelap. Tapi, menakutkan. Dia mengesot2kan badan. Baju habis koyak rabak. Kepala dia mengangguk2 tiap kali org bagi duit. Dalam tin dia penuh duit.
Yg pelik, org boleh bagi duit, padahal kita sedai maklum, pasti ada sindiket yg membantunye.
Dan pokok persoalannya,benarkah dia perlu dibantu?
Silap kita juga terlalu kasihan pada mereka.
BalasPadamteman memang tak pernah terdetik pun nak menderma kat dema dema nih... walaupun teman rasa zalim sangat sebab tak simpati..
BalasPadampada teman la.. kalau kita derma, kita akan galakkan lagi bisnes dema...
kita dok setengah mati cari duit dema pulak buat buat macam nak mati untuk dapat duit...
dema ni akan menyebabkan orang-orang yg betul betul susah sukar mendapat ihsan kita...
keadaan sekarang,mengemis sudah menjadi satu profesion yg menguntungkan,dia orang peduli apa pandangan dan persepsi orang ramai terhadap mereka,janji duit masyhuk....banyak pulak tu
BalasPadamdan kita yang menderma adalah mereka yang tertipu
sehari RM500???
BalasPadambanyak nye...pakcik kayo la mcm nie
setuju ngan kuding2. saya pun tak pernah terlintas nak bagi derma kat diaorang nie. confirm ada sindiket yang hantar. dari kasi duit kat dia, lebih baik kasi kat orang buta yang main muzik tuh!.
BalasPadamKenapa pihak berkuasa x pantau kat pasar2 malam..kat sane bsepah2 dorang nie..buat2 cacat la pulak!..tapi yg betol2 cacat pon ader jugak
BalasPadam!...yg to xtau la dalangnye saper kkadang org melayu kite jugak yg buat kejer nie!..;)
apakah tindakan yang terbaik buat mereka ek
BalasPadamPnah nmpak kt Ampang Park ..
BalasPadamRM 500 dah lebih dr operator kilang tuh.. tu belum lg dier wat OT.. hehehe...
BalasPadamkalau dia berani, baringlah tanpa baju di dalam panas terik....usah dilayan jer orang macam ni...sampah masyarakat dan mengaut untung cara mudah.
BalasPadam