Kurang 24 jam kita bersama bakal melangkah ke tahun baru, 2009. Pastinya tahun 2008 menyimpan pelbagai kenangan pahit dan manis. Kita berharap setiap kejadian pahit tidak berulang manakala peristiwa manis berterusan.
Tahun baru meransang majoriti kita menanam tekad baru. Biarpun mungkin azam tahun 2008 tidak dapat dicapai sepenuhnya. Tetapi kita masih mampu mencuba selagi kita bernyawa.
Where there is a will, there is a way, jika wujud kehendak pasti ada jalan, itu ringkasannya. Justeru, kita harus percaya berbekalkan akal, kudrat dan restu Allah S.W.T kita bersama berdaya mencapai pelbagai impian.
Saya berhasrat menjadi wartawan lebih efektif, membuka mata pelbagai pihak bagi membantu masyarakat berhadapan masalah, sedaya mampu. Tahun 2009, saya kepingin melihat lebih ramai orang tersenyum dan bergembira jika masalah mereka diselesaikan. Doakan saya berjaya mencapai azam itu.
Kongsikan azam anda bersama pembaca. Boleh?
Kepada semua, terima kasih kerana terus sudi menjenguk blog ini. Hit melebihi 100,000 dalam tempoh 8 bulan membuktikan anda bersama saya. Semoga setiap entry dan komen dilontarkan lebih mendewasakan pemikiran dan tindakan kita semua.
Selamat menyambut tahun baru 2009!
Tahun baru meransang majoriti kita menanam tekad baru. Biarpun mungkin azam tahun 2008 tidak dapat dicapai sepenuhnya. Tetapi kita masih mampu mencuba selagi kita bernyawa.
Where there is a will, there is a way, jika wujud kehendak pasti ada jalan, itu ringkasannya. Justeru, kita harus percaya berbekalkan akal, kudrat dan restu Allah S.W.T kita bersama berdaya mencapai pelbagai impian.
Saya berhasrat menjadi wartawan lebih efektif, membuka mata pelbagai pihak bagi membantu masyarakat berhadapan masalah, sedaya mampu. Tahun 2009, saya kepingin melihat lebih ramai orang tersenyum dan bergembira jika masalah mereka diselesaikan. Doakan saya berjaya mencapai azam itu.
Kongsikan azam anda bersama pembaca. Boleh?
Kepada semua, terima kasih kerana terus sudi menjenguk blog ini. Hit melebihi 100,000 dalam tempoh 8 bulan membuktikan anda bersama saya. Semoga setiap entry dan komen dilontarkan lebih mendewasakan pemikiran dan tindakan kita semua.
Selamat menyambut tahun baru 2009!
"Justeru, kita harus percaya berbekalkan akal, kudrat dan restu Allah S.W.A kita bersama berdaya mencapai pelbagai impian."
BalasPadamAllah S.W.T. (Allahu subhaanahu Wa Ta'ala).
Selamat Tahun Baru 1430. Mudah-mudahan saudara-saudara kita di bumi Palestine diberikan kesabaran, rahmat dan berkah Allah S.W.T.
Selamat Tahun Baru buat semua krew 360 dan Bro Mazidul!
BalasPadamSelamat Tahun Baru kepada abg mazidul dan krew 360. semoga tahun rancangan 360 akan lebih mantap lagi.
BalasPadamselamat tahun baru 2009!!
BalasPadamHa encik, selamat tahun baru encik.
BalasPadamGREETINGS,
BalasPadamHAPPY NEW YEAR 2009
ESPECIALLY TO MAZIDUL AKMAL SIDEK, HARRIS & 360/999 STAFF
BEST REGARDS
Augustine & Asha
of Kuching, Sarawak
Salam tahun baru buat abg sekeluarga dan seluruh krew.
BalasPadamBang, kalau boleh. Cuba abang adakan kajian dan usha area seksyen 7 ni punya pemilik flat or rumah kos sederhana dan rendah.
Seperti sedia maklum, sini kebanyyakannya majoriti adalah student. Dan selagi UITM tu wujud maka sampai kiamat lah perumahan di sini akan di sewa dan di tukar penghuni saban semester.
Yang menjadi soal nya, sewa di sini agak mahal. Flat murah yang tidak furnished, tile takde, tingkap reput, maintainance tak jaga pon kadang mencecah rm800. Mungkin tidak semahal mana, tapi memandangkan yg menyewa nya student. Itu amat berat. Dan satu lagi hal, banyak saya jumpa bil2 di sini didaftarkan atas nama bangsa Cina.
Cina kebanyakannya ekonomi tinggi dan kesimpulannya. Mereka ramai membeli awal2 penempatan di sini dan kemudian melangap hujung bulan menyekik kami.
Maaf, terlalu emosi. Tapi cuma kurang puas hati. Sepatutnya flat pkns murah di sini tidak boleh di jual beli sewenangnya.
http://pops2dio.fotopages.com
Augustine, Asha, dah jumpa tempat nak raikan tahun baru di Kuching? No private club, pls. Jangan pengsan sampai kena dukung pulak :)
BalasPadamHEH, Reydha, Abu, semoga hidup lebih sejahtera ditahun baru ini. Kematian di Palestine meningkat kepada lebih 340 orang setakat ini.
sama2 bro.. masih ada minat untuk mengetahui info terbaru dan berkongsi pendapat atau cerita dgn bro
BalasPadamSelamat Tahun Baru 2009. Semoga terus sukses.
BalasPadamFrame, hazlin, terima kasih :)
BalasPadamto mazidul and team... all the best
BalasPadamsaudara penulis blog dan sahabat saya kasihi...
BalasPadamselamat tahun baru 2009..hadapilah dengan tabah rintangan dan cabaran yang mendatang...kuncinya sabar...
Tahun 2009 cuba kita azam kan sesuatu yang berbeza. Asyik kerja dengan lebih rajin je. Apa kata kita berazam mahu buka perniagaan. Asyik2, kaum tu je yang biz. Tahun ni,giliran kita pulak jadi tauke. Apamacam, ada sokongan?
BalasPadamSalam Maal Hijrah 1430 n Masihi 2009 kpd semua trutama Abg MAS n krew TV3.. smoga sgala kpahitan/ kgagalan/ ksilapan lalu mnjadi panduan utk kjayaan n kbhagiaan pd msa mndatang .. insyaAllah ..
BalasPadamSalam Saudara Mazidul,
BalasPadamSudah sekian lama mengikuti blog saudara, baru kini berkesempatan untuk memberi sepatah dua komen. Dari satu blog dan mahu berhenti berblog kini sudah mempunyai 3 blog ye? Semoga anda teruskan perkongsian kisah bersama kami yang ingin tahu... Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan salam Maal Hijrah & Selamat tahun baru 2009. Semoga kerjaya anda terus maju bersama. Sekian
HAPPY NEW YEAR!!!! SALAM MAAL HIJRAH (1430)...
BalasPadam> SEMOGA BERTAMBAH MATANG & SUCCES DALAM KERJAYA....
> YUP! CONGRATES SEBAB VISITORS DAH LEBIH 100,000... mana nak jumpa blog paling bagus mcm nih... Sehari tak bukak, rasa semacam tau.. Blog sy sendiri dah berhabuk, sy bukak blog ni jek kalau jumpa internet.. sapa tak percaya angkat tangan..!!!
> Kami Semua sokong MAZIDUL AKMAL SIDIK...
> Chaiyok.. Chaiyok!!!!
Salam Tahun Baru buat Mazidul & keluarga... moga broleh kerahmatan & kesihatan yg baik
BalasPadamAmin, tq atas sokongan selama ini.
BalasPadamRantong, semoga menjadi peniaga berjaya biarpun tak semua orang bercita-cita sama :)
Kebaya, InsyaAllah, saya sentiada belajar daripada kesiilapan lalu. Itulah manusia, kita semakin dewasa.
Amirul, terima kasih atas komen sulung awak.
Azlin, nanti satu hari saya belanja makan. Tak semua tempat memenuhi cita rasa kita tetapi kita membuat keputusan untuk berhijrah :) Semoga berjaya dalam kehidupan, ur still young!
salam maal hijrah, & happy new year to you & your family!
BalasPadamSelamat Tahun Baru 2009
BalasPadamRasa nye masih belum terlambat untuk acu ucap kan Happy New Year to Abg Mazidul & kawan2 blog sekelian...semoga tahun 2009 nie lebih baik dari yg sebelum nie..
BalasPadamSELAMAT TAHUN BARU,semoga tahun mendatang adalah tahun yang lebih makmur dan baik hendaknya dalam segala lapangan
BalasPadamSelamat Tahu Baru to u and family:-)Azam tahun baru nak jadi angkasawan boleh..hee
BalasPadamAsslmkm Abg MAS.. ia utk peringatan sya sama.. byk pahit getir yg sya lalui n mlakukan ksilapan pda tahun2 trdahulu.. Kali ini sya akn lbih brhati2 dlm mnghulurkan bantuan. Smoga 1430 Hijriah / 2009 Masihi mmberi sinar kbahagiaan n kjayaan kpd kita smua.. insyaAllah ..
BalasPadam*Blanja Azlin je ke? Uhuk! ("<)
Amin, Abe Mie, tq, tq, tq!
BalasPadamFarah, semoga lebih berjaya di tahun baru :)
Fazemy, tak salah menanam cita-cita :)
Kebaya, berhati2 itu baik. Anyaway, setakat ini, tidak ada pembaca berpeluang saya belanja. Bila terjumpa pun, tak berkesempatan menegur kut :) Guna password la, cakap 'Blogspot', lepas tu terus saya belanja di premis menjual makanan berhampiran, how is that?
Wah! Abg Mazidul nak belanja makan.. best nih.. terima kasih!
BalasPadamHa'ah, betullah.. guna password, "Blogspot" haha.. Abg Mazidul mmg ingat tau pembaca blog dia. Tabik la.