Isnin, Disember 29, 2008

RM300 Sekilo

Jam 10.30 pagi tadi sewaktu di Pasar Satok, Kuching, Sarawak saya membeli 2 ikan terubok masin.

“Saya jual satu sepuluh ringgit saja, harga special sebab saya peminat abang, ” ujar penjual, ramah.

Di kertas tanda harga tertulis ‘RM17 seekor’. Saya mengucapkan terima kasih kepadanya biarpun percaya dia menjual harga sama kepada setiap pelanggan.

“Kalau nak makan sendiri beli jenis besar, Malaysia punya. Nak bagi kepada orang, beli jenis kecil, sepuluh ringgit tiga, boleh dapat banyak, Burma punya,” jelasnya.

“Telor ikan terubok, nak? Tiga ratus ringgit sekilo,” soalnya.

“Sebab apa mahal?”

“Dalam seratus ekor, lebih kurang lima belas saja bertelur, susah nak dapat sebab itu mahal," pantas dia menjawab.

Sedap ke telur terubok masin, sesiapa pernah mencuba?

27 ulasan:

  1. rasanya biasa je macam telur ikan biasa. tak beli/tak makan pun tak pe. tak rugi.

    BalasPadam
  2. saya tak pernah makan lagi..kalau mahal biasanya sedap. betul tak?

    BalasPadam
  3. 'datuk' mazidul...
    salam maalhijrah dan selamat tahun baru...

    persoalan saya
    semua barang sekarang dah mahal..

    kos tinggi tidak kira di desa atau kota...jadi sebab itulah harganya mahal...

    jarang2 boleh makan...selalu tak boleh nanti kena darah tinggi lak

    http://pkrpasdap.blogspot.com
    Http://pena-picisan.blogspot.com

    BalasPadam
  4. pernah rase.. tp tak ingat le rasenye camne... ate kecik beno dptnye...

    ngape... nak kirim ke.. hehehe...

    BalasPadam
  5. Tie tak pernah rasa telurnya. Rasa macam telur ikan biasa, kot.

    Salam maal hijrah,ekk.

    BalasPadam
  6. Cubit2 rasa leh lah .. nk beli smpai brkilo .. ish .. kng ada yg darah tggi! Hik!

    BalasPadam
  7. benda yg payah nak dapat, sbb tu tinggi harganya...
    lagi tinggi harga kalu yg payah nk dpt tu sedap pulak rasanya..
    tpi dlm kes telur ikan terubuk ni..katanya rasa sruper cam telor ikan lain je...
    so, mahal harganya cuma atas dasar payah nak dapat je..huh..
    isteri saper yg ngidam nk makan telor ikan terubok jer akan besungguh mencariknya...:)
    Takpun insan2 yang punya banyak lebihan wang sahaja yang akan tak berkira membelinya...

    BalasPadam
  8. Salam sejahtera Encik Mazidul,

    Utk pengetahuan umum, harga telur ikan terubuk ni mahal sebab dalam 700-800 ekor yang berjaya di tangkap,..selalunya kurang dari 100 ekor je yang ada telur,..itu pun kalau nasib terjumpa

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum.
    Teringat masa saya bekerja di Brunei. Tiap2 bulan turun Miri balik mesti beli terubuk masin.
    Stim kan ikan tu hiris bawang dan cili perah kan lemon.
    Meleleh air liur.

    BalasPadam
  10. Kalau ke Sarawak tak cuba telur ikan Terubuk, rugi ler Mazidul. Di semenanjung mana ada telur terubuk. Kalau ada pun mahal. Tu pun di bawa masuk dari Sarawak.

    BalasPadam
  11. saya tak pernah la makan telur ikan tu.. tapi ikan masin tu penah la saya makan.. tapi tak suker betul rasanya... baunya apatah lagi..
    kalau nak goreng ikan tu kena bukak tingkat semua kalu tak melekat satu rumah.. terpaksa la masak coz abgnye suker makan..huhu

    BalasPadam
  12. haaa.... beli telur sket2 sudah.. goreng kosong pun sedap...!

    BalasPadam
  13. ikhlas saya suka..! evrymonth turun sana.... at least mesti bli.. sikit je... buat kumam2...
    ingat nak try .. goreng kosong sama kunyit!!!! RM50 bleh la dapat 3 kerat...

    BalasPadam
  14. Semua, saya difahamkan, kalau membeli ikan terubok di Sarawak, berhati-hati. Jenis kecil bukan terubok sebab diimpot dari Burma. Penjual akan cakap .."Kalau nak makan sendiri, beli jenis besar, kalau nak bagi orang, beli jenis kecil"

    BalasPadam
  15. Tak sedap telur ikan terubuk..sedap lg ikan dia

    BalasPadam
  16. Semua, sebenarnya sedap tak sedap, soal subjektif. Sedap bagi kita, tak sedap bagi orang lain. Sebaliknya juga benar. Kan?

    BalasPadam
  17. saya memang gemar makan telur ikan. tapi... kalau dah sekilo rm300 pendam dulu ajelah hasrat nak makan. tapi... kalau rasanya sama macam telur ikan2 lain, tak dapat pun tak apa kot!.(nasib baik tak pregnant!)

    BalasPadam
  18. telur tue sekilo byk ke..brpe kali masak la baru leh habis...

    BalasPadam
  19. telur ikan memang sedap. Tapi kenapa mahal sangat>

    BalasPadam
  20. Pernah makan ikan pekasam tak? lebih kurang lah rasa dia.. tapi sy tak boleh mkn, bau pun cuba elakkan.. pening!

    BalasPadam
  21. salam,

    how much i miss home!. ikan terubuk sgt lah sedap. tgh jauh2 dari hometown ni.. rindu gak. ikan terubuk itself mmg sedap, isi lembut and agak lemak. kalau di kukus sedap gak. or deep fried, kulit crispy!!! di mkn bersama cili padi n limau...!!

    about telur ikan terubuk, kalau di goreng kurang hanyir. sama gak mkn dgn cili & limau. sedap sangat!!

    *drools*!! teringin daa..

    BalasPadam
  22. perghh...mahal gile!!
    1st time dgr psl telur terubuk
    abg mazidul beli tak?

    BalasPadam
  23. mmg telor ikan terubuk masin mahal..
    bole makan..tp makan dalam kuantiti yg sket..
    kalo makan banyak bole bikin cirit birit ...
    betol..tak tipu punye..muekeke..(mengikut pengalaman gwe la..)

    BalasPadam
  24. Acu, saya beli ikannya aje :)

    Heartless, makan apa pun jika berlebihan ada kemudaratannya.

    BalasPadam
  25. sedap lagi telur ikan kembong...mahal harga sampai rm300...telur ikan tembakul ker??

    BalasPadam
  26. ya Allah..mahalnye!!

    kalau yang terselit kat celah gigi tu agaknya berapa ringgit ek??

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.