Saya dan rakan, Nik sempat ke Tugu Negara petang tadi jam, 4 petang. Tujuan kami sama, merakamkan gambar dibuat kenangan di masa akan datang. Antara gambar terbabit saya muatkan di mazidul360.blogspot.com untuk tatapan anda semua.
“Kejap lagi saya akan jadi tugu peringatan,” bisik saya kepada Nik.
Dia tersenyum.
Tidak salah jangkaan kami, setengah jam berada di lokasi terbabit, ramai datang menghampiri.
“Boleh ambil gambar? Anak saya ni peminat,” antara permintaan ibu bapa.
Saya tidak berhajat menolak permintaan mereka. Banyak gambar dirakam bersama pengunjung berlatarbelakangkan Tugu Negara. Antaranya pelancong dari Pulau Pinang dan Kelantan, datang bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah.
Jam 5.45 petang, semasa singgah minum di restoran di Kuala Lumpur, saya dihampiri 3 remaja perempuan masih bersekolah.
“Nak minta sign boleh?,” di tangan mereka pen dan kertas.
“Camera tak ada?,” soal saya.
Mereka menggeleng kepala.
“Cam ni lah, saya ambil gambar, lepas tu nanti saya emailkan, boleh?”
Email itu saya hantarkan 15 minit kemudian. Saya harap semua gembira. Terfikir, antara mereka membenci, saya bersyukur masih ada menyukai.
“Kejap lagi saya akan jadi tugu peringatan,” bisik saya kepada Nik.
Dia tersenyum.
Tidak salah jangkaan kami, setengah jam berada di lokasi terbabit, ramai datang menghampiri.
“Boleh ambil gambar? Anak saya ni peminat,” antara permintaan ibu bapa.
Saya tidak berhajat menolak permintaan mereka. Banyak gambar dirakam bersama pengunjung berlatarbelakangkan Tugu Negara. Antaranya pelancong dari Pulau Pinang dan Kelantan, datang bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah.
Jam 5.45 petang, semasa singgah minum di restoran di Kuala Lumpur, saya dihampiri 3 remaja perempuan masih bersekolah.
“Nak minta sign boleh?,” di tangan mereka pen dan kertas.
“Camera tak ada?,” soal saya.
Mereka menggeleng kepala.
“Cam ni lah, saya ambil gambar, lepas tu nanti saya emailkan, boleh?”
Email itu saya hantarkan 15 minit kemudian. Saya harap semua gembira. Terfikir, antara mereka membenci, saya bersyukur masih ada menyukai.
hahahahaha..tak boleh lupa masa tadi...lain yang tugu lain yang jadi tugu hahaahhahaha....apa apa pun..thanx for the day...hehehehe...taman orkid pulak jom hahahahaha...and for the last statement tuh...biarlah org benci...sesungguhnyer mereka tidak mengetahui perkara sebenar dan hanya suka berkata kata tanpa soal selidik..apa salahnya tanya jer...nak kata bangang..semua dah sijil...tapi nie laa lumrah manusia..kita dicaci dan kita juga diberkati melalui doa doa mereka...
BalasPadamskang wartawan pun dah mcm artis..hehe
BalasPadamsalam buat en.Mazidul...salam kenal dr sri...dapat blog ni from azlin hashim
BalasPadamSri, welcome to my blog! :)
BalasPadamTeja, saya tetap wartawan ..
Nik, yeah! Jom ke Taman Orkid. Nak belajar guna makro :)
of course, setiap yg membenci ada yang suka.
BalasPadamand at the same time, we cant pleased every one.
Farah, kita pun tak mampu nak minta semua orang suka, kan? :)
BalasPadambiasa laa dalam kehidupan kita semasa,ada yang suka dan ada yang menyampah,yang pentingnya dalam apa yang kita perlu fikir ialah,ramai lagi yang sudi untuk menyayangi dari memikirkan mereka yang membenci
BalasPadamlife must go on
hahahaa..
BalasPadamsaya penah jumpa abg mazidul di litar sepang...
rasa nak amik gmbr dgn abg mazidul
tapi malu lak...hehehheee
Ha encik, nak habaq bagi. Bukan semua orang suka kat kita dan bukan semua orang benci kat kita. Tapi satu saja, kalau betoi apa yang dibuat, toksah dok layanlah orang nak kata apa pun. Depa nak kata, tu depa punya pasai. Depa ada mulut. Mukalau kita layan, ha, makin syioklah depa nu. Mukalau buat dak saja, ha, lama-lama, depa penat. Bila depa penat, depa stop lah. yalah pasai sebelah lagi tak layan. Tepuk sebelah tangan, mana nak bunyi encik? Jadi, toksah dok layan sangat puak-puak laser tak bertempat ni encik.
BalasPadamhehehehe..taman orkid here we come hahahaha...jap jap..kena tengok cuaca dulu hehehe...
BalasPadamfarah - sometimes it is not about pleasing...its about being accepted
kira seimbang la tu, ada yang suka dan ada yang membenci.. susah gak hidup kalau semua orang suka.. nanti takut jadi riak pulak.. dan lebih susah lagi kalau semua orang membenci.. nanti tak tau pulak ke mana nak pergi..
BalasPadamwahhh.... best best... kalau singgah t.malim bgtau teman... teringin juga nak tangkap gambar dengan celebriti ni...
BalasPadamoklah lah tu abang mazidul. walaupun ada yang membenci, saya percaya lebih ramai yang menyayangi dan menghormati. hidup kita pasti akan jadi tak tentu arah kalau terlalu ramai manusia yang saling membenci.
BalasPadamP/S : kalau datang jb nak juga ambil gambar. mungkin kat jomheboh tahun depan kot. boleh kan?.
hmm.. gembiranya.. ni ke sebab en. mazidul tak tidur malam tadi.. (MHI pagi tadi)
BalasPadamweiii...aritu g KL jumpa abg mazidul tapi u r in hurry..maybe ada important things!! sedey sungguh katak_ayu...:(
BalasPadamIngat-ingatlah.. Bro. MAS...
BalasPadamBuat masa ini.. Masih ada yang sayang..
Wai seh men...3 remaja tu pandai bergaya depan kemra bersama MAS. Ni yang jeles ni heheheheh....(Dalam hati mereka...wah....dapat ambik gambar dengan Mr 360...saya percaya mereka merasa bangga)
BalasPadamPasal benci membenci itu yang hairan tu. Well..bagi pandangan saya yang kerdil ni imej wartawan dan celeberiti sama. (Memang bidang berlainan)Kalau nak tau wartawanpun glamour jugak. Tanpa wartawan kita semua hidup dalam 'gua', tanpa wartawan artist tak glamour...so to me wartawan comes first. Watever we are grateful to all the wartawan for we gained news/knowledges from them. Pekerjaan seorang wartawan bukan mudah, mereka terdedah dengan risiko juga...so janganlah benci2.
Kesimpulan:
Wartawan/artist memang ada peminat tersendiri. (Saya minat TV3 (MHI)
Saya suka semua pengacara TV3 dan saya suka Abby sebab suara dia steady tak pernah dengar bunyi hentakan hingus....hehehehehe)
Peminat dari Swak: Miss Lau
SEMUA, terima kasih. Kalau jumpa saya tegur. Kekadang muka nampak masam dan garang tetapi tidak bermaksud sombong.
BalasPadamSaya juga insan biasa seperti semua, kekadang penat.
Apa pun jika bertemu jangan lahirkan tanggapan, sapa dulu :)
Em MAS muka glamour. Dia tak kenal kita...tapi kita kenal dia. Dun worry semua kita akan tegur apabila berjumpa dengan syarat dapat ambik gambar bersama-sama untuk nak show off dgan kawan2 kat pejabat...cewahhhh. Tq for your friendly advice.
BalasPadamSecret Admirer
Cik Mazidul nak tanya sat. You kenalkah depa yang alihbahasa siri-siri kartun dan sebuah drama Filipina kat tv9 tu?
BalasPadamSaya ni, memanglah tersangat minat alihbahasa. Tapi tak tau siapalah yang bersusah-payah buat kerja-kerja ni. yang saya tau hanya seorang dua seperti, jamaludin Zakaria, kak Aza yang pegang watak Oshin dan Mazni Salleh yang alihbahasa siri kartun kat tv9 setiap Isnin sampai Khamis jam 3:30 petang tu.
Eh kalau tau, bagi taulah. Minat sangat nak tau.
wahahahahah... MAS = Mazidul Akmal Sidek...hahahahahah...saya dok ingat..apa laa dok MAS MAS nieh...korang panggil abg mazidul MAS macam dalam bahasa indon tuh ker...hahahahaha..how silly of me hahahaha
BalasPadamNik, saya masih belum cukup duit nak beli MAS :)
BalasPadamPost 'Macam-macam' dalam blog ke II saya tiba-tiba jer jadi PANAS! Jenguk-jenguklah ..
dikala kita sudah ada KLCC, Menara KL dsbnya, masih ada juga yang berminat mengambil gambar di tugu negara....benarlah tak salah, tetapi macam kembali ke zaman 60an pulak (teringat cerita masam-masam manis...)
BalasPadam