Ahad, Disember 07, 2008

Runtuh Lagi

Kejadian tanah runtuh berulang lagi. Kali ini berlaku pada jam 4 pagi tadi di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor.

Semasa entry ini ditulis, 4 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan runtuhan. Mangsa terkorban, doktor haiwan, S. Yogeswary, 40, pelajar kolej, Shaiful Khas Datuk Shahruddin, 20, akauntan, Ng Yee Ting, 30 dan warga Indonesia, Surinah. Lebih 20 pasukan penyelamat dari pelbagai agensi kerajaan bertungkus lumus mengeluarkan satu mangsa masih tertimbus. Sepuluh mangsa cedera dan dirawat. 14 rumah banglo dipercayai runtuh dan tertimbus termasuk beberapa kereta mewah.

DYMM Sultan Selangor, Perdana Menteri, Timbalan beliau, Ketua Polis Negara antara pembesar negara melawat tapak kejadian.

Pada awalnya wartawan tidak dibenarkan pihak berkuasa menghampiri lokasi malapetaka bimbang berlaku kejadian tidak diingini. Bagaimanapun semasa ketibaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kesemua wartawan dan jurugambar mengambil kesempatan mengekori rombongan beliau menghampiri kawasan runtuhan. Saya sempat merakamkan beberapa gambar untuk tatapan semua pembaca.

Dulu kawasan tanah tinggi dianggap penempatan selamat golongan elit. Kini kedudukan mereka dalam bahaya.

11 ulasan:

  1. Sudah terhantuk berkali-kali, bila mau mengadah? Kali ni kalau tak sedar juga, tatau nak kata.

    BalasPadam
  2. Sebagai peringatan dan ingatan kepada kita yang masih hidup... jgn terlalu leka dengan kesenangan HIDUP. Betul...Malang tak berbau,... tapi perlu ada PERSEDIAAN atas AMARAN yang datang...

    BalasPadam
  3. Rumah sy pun kat atas bukit gak nih.. takut gak nie.. dah lah musim hujan sekarang, tanah jd lembut.

    BalasPadam
  4. Mungkin jugak betul sebagai Peringatan..jadi lain kali kenala berhati2..hmmm

    BalasPadam
  5. buat rumah kat tanah pamah asyik banjir..buat umah kat tanah tinggi tanah runtuh lak...
    :)

    BalasPadam
  6. atas runtuh,bawah tenggelam..mane lagi la nak duduk..

    BalasPadam
  7. saya turut simpati kepada keluarga mangsa...memang kesiankan dekat dia org..kepada pengomen blog yang kata padan muka...memang laa kepada sesetengah golongan..tapi kepada yang tak berdosa tuh..apa pula salah mereka? sepupu saya sendiri bersama anak kecilnyer terpaksa mengikut jalan hutan untuk keluar dari kawasan itu...apa apa pun..saya turut simpati...

    BalasPadam
  8. Takziah kepada semua mangsa..

    BalasPadam
  9. Sherrina, dah jadi adat dan fitrah manusia :)

    Azlin, sebenarnya tanah runtuh telah berlaku awal di jalan masuk ke Bukit Antarabangsa. Semasa dalam perjalanan, saya lihat pekerja Indonesia sibuk 'menampal' bukit runtuh.

    Teja, dulu kawasan elit, kini 'red zone' :)

    Yorke, balik kampung la nampaknya :)

    Nik, terbaru, desas desus mengatakan satu daripada rumah ranap, mini kasino beroperasi 24 jam sebelum ini.

    BalasPadam
  10. bila jadi macam ni, siapa yang patut dipersalahkan?? pemaju atau pembeli ataupun orang yang meluluskan projek??

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.