Saya percaya ramai pembaca blog ini masih bujang malah sedang hangat bercinta. Cinta, perasaan terindah dipupuk menjadi pemangkin pasangan merancang menuju gerbang perkahwinan. Perkongsian hidup antara dua insan.
Pasangan serius berhasrat hidup bersama bertahun-tahun berusaha sedaya upaya mengumpul wang memastikan niat menjadi realiti. Cukup wang perbelanjaan, tarikh perkahwinan ditetapkan. Kad jemputan diedar kepada rakan taulan maupun saudara mara.
Sewaktu menyertai kursus perkahwinan, berita buruk tiba-tiba menyapa ..
“Maaf, pasangan awak positif HIV!,” ujar pegawai perubatan.
Ketika itu pasti anda berada di persimpangan dilema.
Saya tidak mendoakan senario di atas berlaku kepada sesiapa. Tetapi jika terjadi, sanggupkah anda berpisah, berkorban demi cinta? Atau mencari alternatif lain bernikah di luar negara?
Terkini, bermula tahun depan setiap pasangan bakal berkahwin di seluruh negara WAJIB menjalani ujian saringan HIV, antara syarat kursus perkahwinan bertujuan mengekang jangkitan AIDS di negara kita.
Pasangan serius berhasrat hidup bersama bertahun-tahun berusaha sedaya upaya mengumpul wang memastikan niat menjadi realiti. Cukup wang perbelanjaan, tarikh perkahwinan ditetapkan. Kad jemputan diedar kepada rakan taulan maupun saudara mara.
Sewaktu menyertai kursus perkahwinan, berita buruk tiba-tiba menyapa ..
“Maaf, pasangan awak positif HIV!,” ujar pegawai perubatan.
Ketika itu pasti anda berada di persimpangan dilema.
Saya tidak mendoakan senario di atas berlaku kepada sesiapa. Tetapi jika terjadi, sanggupkah anda berpisah, berkorban demi cinta? Atau mencari alternatif lain bernikah di luar negara?
Terkini, bermula tahun depan setiap pasangan bakal berkahwin di seluruh negara WAJIB menjalani ujian saringan HIV, antara syarat kursus perkahwinan bertujuan mengekang jangkitan AIDS di negara kita.
dan kalau ada pasangan yang masih sanggup untuk bersama dengan si dia yang disahkan positif HIV
BalasPadamalasan yang lazim ialah 'cinta itu buta'
acu nak kongsi 1 cerita kat sini..
BalasPadamnie pengalaman kakak acu sbg guru agama kagat (tentera).
ada sorg tentera (lelaki) di kem kakak acu nie nak kawin & dia di sahkan ada siplis..so,diaorg nie panggil le tunang si tentera nie untuk diberitahu psl penyakit bakal suami nye tu...setelah di beritahu si perempuan tetap nak menerus kan perkahwinan nye dgn tentera tersebut sbb cinta & sayang.Alhamdulillah semua urusan berjalan dgn lancar...
setelah sebulan sah bergelar suami isteri, si isteri nye memohon cerai.alasan nye sebab penyakit si suami...
emm...sekelip mata je perasaan cinta & sayang tu hilang...kejam kah perempuan itu?pikir2 kan lah..
p/s::sori abg mazidul..pjg lak acu komen..hehehehe
Sham, buta sampai sanggup dijangkiti AIDS?
BalasPadamAcu, kekadang kesedaran itu timbul lewat dalam jiwa, barangkali :)
Hmm...cinta tu boleh pupus ditelan masa..dan kerana cintalah (gila kat orang lain...)sebuah rumahtangga boleh ranap.
BalasPadamKena guna akal laa...(dan berpandukan agama )tujuan perkahwinan adalah untuk menambah zuriat, meramaikan umat Islam di samping membina sebuah rumahtangga yang bahagia.
Jadi, carilah pasangan yang sihat untuk memulakan sebuah perkahwinan...
Mungkin ada sesetangah orang akan setia, mungkin ada sesetengah orang akan berpisah..
BalasPadamTinggalkan jer...
BalasPadamtapi kdg2 lepas kahwin pun boleh kena HIV, so yg ni camne???
HIV bukan sekejab dapat dikesan..kadangkala mengmbil masa bertahun2... ada HIV positif dan ada yang Negatif.. jangan jadikan ianya alasan dalam percintaan.. setiap penyakit ada cara mengawalnya.. jangan terlalu mengikut perasaan
BalasPadamHa encik, kita kenalah tau lagu mana Aids tu mai encik. ha, baru boleh jalan.
BalasPadamkalau saya dalam situasi tu, saya tinggal je bang, tak byk cerita.
BalasPadamCINTA itu menyakitkan bila ia tidak terjaga dan terbiar.. CINTA sememangnya memerlukan pengorbanan.. tp jangan sampai kerana CINTA kita yang terkorban..
BalasPadamp/s.. fikir2 kan lah.. kadang2 cinta itu menyakitkan...
Cinta jdi buta bla x gunakn akal fikiran .. 4 me, klau kes cmni .. solat istikharah ..
BalasPadamsaya cari lain bang
BalasPadamhahaha...bebas drpd penyakit kronik tak termasuk syarat sah p'kahwinan...cinta hy satu rasa,tak boleh diukur.kalau tak jadi kahwin sebab HIV,nampak sgt bukan b'cinta tp b'nafsu...jgn timbulkan pemikiran2 kolot,susah nak maju..lgpun,dunia hari ini mahukan semua org m'bantu pesakit HIV,bukan m'buang mereka...perlu ditegaskan bhw HIV bukan wabak yg mudah b'jangkit dan menular tapi HIV adalh sindrom,ada beza tuh!!!!!
BalasPadamAllah telah berkata, janganlah kamu memasukan diri kamu ke dalam kebinasaan. Idea saya, media tv perlu buat sesuatu rancangan yang boleh menyedarkan orang ramai. Contohnya iasu perkahwinan AIDS ni. Beri masa 1 bulan, media kena siarkan pendedahan tentang AIDS sahaja. Jangan sebulan sekali. Kalau boleh hari-hari, sebabnya kalau kita sedarkan hari ni, esok kita ni lupa lah. Kalau sebulan, mungkin ada la terpahat sikit dalam jiwa tu (especially kpd pasangan yang ada AIDS dan yang masih nak kahwin.
BalasPadamAtau pun, (pendapat je la), kita KASI je pasangan AIDS ni, supaya tiada anak yang lahir nanti akan teraniaya.
Sanggup! Berpisah jek lah, nak buat mcm mana lg. Kang kalau kita kahwin ngan dia, kita lak yg mati lepas tu kena Aids..
BalasPadamnie dia cinta $$$$$$$$$$$
BalasPadamkalau dah ada bukti sahih, buat apa tunggu lagi.. walaupun cinta itu buta, tapi jangan sampai kita pun dibutakan sekali.. masa depan kita lebih penting dari 'cinta' tu.. mungkin selepas itu, kita akan ditemukan dengan orang yang lebih baik.. dan semoga peraturan baru itu akan menjadikan remaja2 kita lebih berhati2 bila melakukan sesuatu yang tidak berfaedah.. moga ini akan menjadi pemangkin untuk generasi yang lebih baik dan bermaruah..
BalasPadamsaya tetap akn berpisah walaupun hati tak sanggup,walaupun sayang dan cinta menebal dlm hati..sbb saya taknak dipersalahkan di depan hari..
BalasPadamtapi kasihan lah pada si pembawa HIV.takkan mereka sampai bila2 tak boleh kahwin?macam lagi mahu galak maksiat macam tu.
BalasPadammemang bila kita dengar HIV,orang semua mula fikir bukan2.tapi kawan saya sendiri dapat HIV+ kerana salah hospital masukkan darah kotor ketika dia accident teruk satu masa dahulu.
bila mahu kahwin,baru tahu dia pembawa HIV+.kawan sentuh perempuan pun tidak.kongsi jarum lagi lah..saya yakin ramai lagi kat luar yang mungkin tanpa sedar bawa HIV+ hasil kesilapan orang lain.
ini cerita betul.bukan saya ambil dari mana2 drama.tahu apa rasa bila tengok seorang lelaki yang ikhlas mahu menghalalkan yang haram,tiba2 tak boleh sebab salah orang lain?menangis dia depan saya.orang2 macam ni,kasihan lah.mereka tak bersalah.tapi kena hukum sama.