Isnin, Disember 08, 2008

Mayat Ke Lima?

[ Mangsa terperangkap diselamatkan Unit Udara Polis Di Raja Malaysia ]

Petang semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan operasi mencari dan menyelamat diberhentikan. Bagaimanapun berikut antara petikan kenyataan beliau semasa saya ditemui pada jam 8 pagi tadi ..

“Kita memberhentikan operasi jam 6.30 petang semalam kerana tiada petanda mengatakan ada mangsa masih terperangkap. Kemudian kita mendapat laporan, pembantu rumah mendiang Dr. Yogerwary, wanita warga Sri Langka masih tidak ditemui. Operasi disambung jam 9.30 malam tadi dan masih berterusan”

Laporan kehilangan mangsa dibuat suami mendiang. Lebih 500 pegawai dan anggota unit berseragam terbabit dalam operasi mencari pada ketika ini. Setakat ini 4 mangsa disahkan terkorban.

Lebih 2000 penduduk 3 kawasan taman perumahan dan 2 kondominium terletak di lereng bukit dalam lingkungan 1 kilometer dari tapak kejadian tanah runtuh diarah berpindah ke penempatan lebih selamat. Institut Kerja Raya Malaysia mengesahkan bangunan terbabit tidak selamat dihuni. Apapun, sesetengah mereka dilapor enggan mengikut arahan dikeluarkan pihak berkuasa mungkin bimbang keselamatan harta benda terpaksa ditinggalkan.

Menurut Datuk Khalid setakat ini pihak polis hanya menerima satu laporan kes kecurian barangan milik peribadi di kawasan sama.

4 ulasan:

  1. semoga kita akan mendapat khabar gembira dengan penemuan mereka yang masih lagi bernyawa.

    BalasPadam
  2. Kuasa tuhan melebihi segala-galanya

    BalasPadam
  3. Untungnya:
    dapat makan free
    dapat naik helikopter free
    dapat cuti free
    dapat rawatan free

    ruginya:
    rumah hilang ....harga (price drop)
    barang hilang...( ada anggota penyelamat yang tolong SELAMATkan barang barang berharga)
    Instalment rumah tetap kena bayar kat bank, tak bayar surat lawyar sampai, bank tak de hati perut punya... siapa kerja bank tu mesti fahamkan? dah lah tu jangan babitkan diri dan keluarga dengan riba', berhentilah. cari kerja lain
    (eh.. melalut lak aku ni)

    alid kata: takdir Allah s.w.t tiada siapa dapat menghalangnya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.