10.15 pagi 5 Disember lalu saya tiba di kawasan runtuhan tanah Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor. Lelaki bermisai tebal dan berkulit gelap kemudian menghampiri saya.
“Mazidul tau tak apa ada kat sana?,” soalnya sambil menuding jari ke arah banglo runtuh.
Saya menggeleng kepala.
“Satu daripada banglo tu dijadikan mini kasino, mesin judi banyak kat dalam tapi masuk by invitation only. Selalu kalau malam, at least ada tujuh lapan kereta parked kat depan rumah tu,” terangnya.
Saya terdiam.
“Encik orang mana?,” soal saya.
“Orang sinilah,” balasnya pantas sebelum berlalu.
Beberapa hari lalu, akhbar tempatan menyiarkan desas-desus berhubung dakwaan sama. Bagaimanapun setakat ini dakwaan itu dinafikan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Kini kakitangan pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya sibuk memindahkan pelbagai barangan ditinggalkan mangsa sekaligus membersihkan kawasan runtuhan.
Tunggu sahajalah, benar atau tidak akan diketahui, mesin judi bukan sekecil kuman, jelas pada pandangan mata.
“Mazidul tau tak apa ada kat sana?,” soalnya sambil menuding jari ke arah banglo runtuh.
Saya menggeleng kepala.
“Satu daripada banglo tu dijadikan mini kasino, mesin judi banyak kat dalam tapi masuk by invitation only. Selalu kalau malam, at least ada tujuh lapan kereta parked kat depan rumah tu,” terangnya.
Saya terdiam.
“Encik orang mana?,” soal saya.
“Orang sinilah,” balasnya pantas sebelum berlalu.
Beberapa hari lalu, akhbar tempatan menyiarkan desas-desus berhubung dakwaan sama. Bagaimanapun setakat ini dakwaan itu dinafikan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Kini kakitangan pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya sibuk memindahkan pelbagai barangan ditinggalkan mangsa sekaligus membersihkan kawasan runtuhan.
Tunggu sahajalah, benar atau tidak akan diketahui, mesin judi bukan sekecil kuman, jelas pada pandangan mata.
ade kasino?? ish,pe nk jadi an..camne r x jd tana runtuh kalo camtuh..
BalasPadammungkin juga nanti terbongkar aktiviti-aktiviti 'kuman' yang lain? sape tahu?
BalasPadamsalam perkenalan bro mazidul...
Memang macam2 cerita dengar tentang bukit yang famous tu..hi hi..
BalasPadamNak tahu gak apa yang sebenarnya ada di sana...
bio bebeno.... mike jgn tersalah info... kecil hati dema nanti...
BalasPadamSaya juga mendengar berita tersebut, dari pakcik saya yang tinggal di Riverdalle (Bukit Antarabangsa), berhampiran surau.Tak taulah sejauhmana benarnya. Tapi rasanya kalau nak berjudi tak semestinya menggunakan mesin judi. Macam-macam cara ada...
BalasPadamKuding, saya tahu tidak tersalah dengar semasa dimaklumkan berhubung 'dakwaan' itu. Manakala laporan akhbar bercetak. Tiada kena mengena dengan perasaan kecil hati.
BalasPadamAnonimus, semamat membaca!
selepas nie ape lg yang akan terbongkar ek
BalasPadamSetiap musibah yang berlaku tu pasti ada hikmahnya.Benarlah janji tuhan tu balasan tidak hadir pada yg melakukan kesalahan saja tapi semua umat sekeliling akan terima bencana yang sama.Orang tua pun ada berkata "Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Marilah semua muhasah diri.Bro Mazidul..update post ni untuk kebenaran dakwaan stranger tuu...Salam
BalasPadamRie, seperti saya nyatakan, setakat ini tiada bukti berhubung dakwaan itu. Cuma desas-desus kedengaran semakin kuat.
BalasPadamBerita terbaru, bakal saya catatkan di sini, jika ada.
Bila khalifah lupa diri
BalasPadamSudah tiba saat ini
Hukum alam menunjuk diri
Sahut petaka agar kembali
apa yang benar itu nanti akan terserlah jua kesahihannya nanti kecuali ada pihak yang cuba untuk menyembunyikannya
BalasPadamBtol2,saya pn ada mendengar desas-desus begitu..
BalasPadamTapi media x melaporkan nya...
Ada lagi dakwaan yang mereka nie x menghargai bantuan oleh pihak keselamatan..emmm,mgkin mereka xpnah hidup susah...
Encik, selalunya, tuhan menurunkan bala ni, ada hikmah di sebaliknya. Mungkin tuhan ingin membersihkan tempat tersebut dari segala kemungkaran.
BalasPadammungkin kejadian tanah runtuh tu adalah peringatan dari Allah.. teringat kejadian tsunami kat Aceh dulu..
BalasPadamBro,
BalasPadamWaktu saya berpeluang naik ke Bukit Antarabangsa petang aidil adha tu, saya dan anak saya cuba ambil gambar dari satu sudut di tepi pagar Kondo Impian Selatan.
Kemudian ada seorang remaja perempuan berada disebelah saya bercakap dengan ibu dan neneknya bila melihat satu rumah yang sudah ranap tetapi masih boleh cam rumahnya. Saya kira mereka ini penghuni salah satu taman di Bukit Antarabangsa ni.
Dialognya lebih kurang begini,
"Bu!, Nek! kan itu rumah yang selalu kita nampak ramai orang, selalu buat party, banyak kereta kat depan tu?
Neneknya menjawab, ...'a..a.. la. betullah itu rumahnya'.
Saya hanya dengar tanpa syak apa2. Tak terfikir pulak sejauh itu. So, bila Bro sebut tentang ni, lantas saya teringat dialog yang saya dengar petang tu.
Wallah huallam!
Zakaria, :)
BalasPadamIqbal, ada media melaporkan 3 hari lalu.
Yelah saya pun ada baca berita pasal nie juga. Tapi tak taulah bagaimana kebenarannya. berita kat suratkhabar hari nie mengatakan tanah dan barangan mereka dah dilonggokkan dlm satu kawasan manakala pemiliknya boleh mencari barangan milik mereka. Hah... mungkin kat situ kita boleh lihat rupa barang2 yang ada. mesin slot tu pun bukannya kecil. tunggu dan lihat!.
BalasPadamhmm..kalau betul.. apa kata 360 bongkar pasal ni..menarik
BalasPadamkita tunggu & lihat je la...
BalasPadamkebenaran akan terbongkar jua akhir nye
Allah itu NURALIMAN; yakni Maha Mengetahui. Yang baik daripada Allah dan yang buruk dari kita sendiri. Segalanya bisa terungkai di sana sekalipun terlepas di dunia fana ini.
BalasPadamDi negara ini, rumours kekadang ternyata benar. Itu pandangan saya setakat ini :)
BalasPadammmg ade dengar juga isu mereka membuang makanan yang telah diberikan...siap meminta perkhidmatan yang istimewa...siapakah mereka... anak raja ke or org tebusan yang boleh minta apa2 yang mereka nak
BalasPadam1) cuba ni pula www.rasuldahri.com 2) lihat sebelah kanan, click perkataan radio hang radio ahli sunnah wal jamaah dipetik dari www.infomajlisilmu.blogspot.com
BalasPadamBagi kita yang tidak terlibat dengan tanah runtuh tu, ini adalah sebagai peringatan dari Allah. Jauhi kemungkaran, nescaya Allah bersama kita.
BalasPadamsaya tak terkejut...ada laa tuh kenapa terjadinyer bala nieh...tapi yang kesiannyer...org tak berdosa...
BalasPadamSalam,
BalasPadamMusibah yang melanda lebih kesan nya kepada mereka yang melihat bukan kepada mereka yang ditimpa....Ujian kepada kita untuk menunaikan tangunggjawab sbagai khalifah allah.
Mereka yang pasti telah menerima balasan tapi kita, terlaksana kah tugas kita?
Sekadar pendapat peribadi - GC
ingat bile dah tertimbun dek tanah rahsia dapat tutup....
BalasPadamWaiiittttttttt!!!
BalasPadamApsal genting tu tak runtuh pun?!
Tunggu bila GENTING nak runtuh!!!
Emm kadang2 saya lihat penduduk di tanah runtuhan tu mcm2 demand gamaknya...kadang2 terfikir gak kalau mangsa-mangsa tsunami takde pulak merengek2 mcm diorg ni..mungkin kekayaan mengubah cara mereka menerima ujian dan disini dapat dilihat tunding menunding jari berlaku..manusia sukar mengaku kesilapan sendiri....
BalasPadamyea, menunggu berita seterusnya...
BalasPadam.: suka baca blog abg mazidul sbb dari tak tau jadi tau. biasa lah tak tgok brita n tak baca paper.. hahaha....:.
Hmm.. dlm paper arini kta nya x de wujud kasino kt BA tu .. so?
BalasPadamPJM .. dpa duk kt BA tu kn 'kaya' .. so nk layanan 1st class gak kut .. ntahlah .. smoga kita smua mndapt pngajaran atas pringatan kecil yg Allah swt trunkn ni ..
saya adalah salah seorang warga bukit antarabangsa
BalasPadamselama tinggal di sana hampir 4 tahun (sebelum berpindah ke dubai)
saya tidak pernah mendengar perihal kasino (dan rumah saya di riverdale park, bersebelahan saja dengan kawasan kejadian)
pinta saya
jangan ingat semua orang di bukit antarabangsa semuanya jahat
dan jangan kutuk dan keji orang2 kaya di sana
ramai yang baik baik
terlalu banyak fitnah disebarkan terhadap warga BA
entahkan benar entahkan tidak...