Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor masuk ke episod terakhir. Jam 2 petang semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan operasi mencari mangsa ke lima, pembantu rumah warga Sri Langka diberhentikan. Pasukan mencari dan menyelamat dilapor berjaya masuk dan mencari mangsa di bilik tidurnya tetapi tidak menemui sebarang petunjuk masih ada mayat tertimbus.
Sepanjang 3 hari berada di lokasi kejadian, banyak perkara saya saksikan. 8 Disember, pagi sambutan Hari Raya Aidil Adha, sedang umat Islam di seluruh dunia melaungkan takbir, pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus menjalankan tugas mereka. Keadaan bertambah buruk apabila hujan turun lebat, tanah basah lalu menyukarkan usaha mencari mangsa. Namun, tanggungjawab dipikul dilaksanakan tanpa perasaan berbelah bagi.
Beberapa hari majoriti wartawan bertugas di lokasi basah kuyup. Hanya semangat kental membenarkan kami mencari bahan berita terkini untuk siaran akhbar dan televisyen. Tujuannya jelas, memaklumkan masyarakat seluruh negara berhubung perkembangan tragedi berlaku.
“Tuan-tuan, tolong keluar dari kawasan ni. Awak semua menyusahkan kerja kita! Lori tanah nak masukpun tak boleh!,” jerit pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan pada hari ke dua operasi.
Wartawan dan jurugambar ‘dihalau’ dan tidak dibenarkan merakamkan gambar di tempat kejadian.
“Huh! Nanti dia juga nak baca suratkhabar,” rungut teman wartawan.
Apapun, kita belajar buat kali kesekiannya, semua projek perumahan di lereng dan cerun bukit harus diberhentikan serta-merta. Jika tidak, pasti lebih banyak nyawa terkorban di masa hadapan.
Lazimnya manusia mudah lupa, lupa tragedi berulang meragut nyawa. Kali ini kerajaan dan pihak berkuasa tempatan harus ditegur andai mereka cuai membuat keputusan membenarkan pemaju rakus mengaut keuntungan, pada masa sama penghuni rumah menanggung risiko. Pembeli, jangan terlalu gah inginkan kehidupan ‘kayangan’ di tanah tinggi kerana kayangan terbukti boleh rebah menyembah bumi.

Assalamulaikum saudara Mazidul.Sifat semulajadi manusia adalah suka lupa.Lihatlah nanti selepas 6 bulan.Kejadian tanah runtuh ini akan dilupakan.Manusia akan mula membuat bangunan di lereng-lereng bukit.Manusia akan sedar bila mereka mula terhantuk.Bak seperti kata Uncle Karam Singh Wallia.Bila sudah terhantuk baru mula tergadah.
BalasPadamwhite, setuju! Tapi kalau terlalu kerap lupa, buruk padahnya. Kan?
BalasPadamsaya setuju, memang manusia nie mudah lupa. sekarang sibuk cerita sana sini pasal tanah runtuh. tak lama lagi senyaplah... timbul cerita lain pulak. dah macam musim pulak kejadian2 macam nie. tapi... kepada pihak berkuasa dan kerajaan janganlah mudah lupa dengan tanggungjawab demi keselamatan rakyat. jika dari sekarang tidak diambil berat macamana dengan kehidupan generasi akan datang?.
BalasPadamselagi kepentingan dan agenda peribadi lebih mengatasi masalah yang bakal berlaku,yang berkepentingan peduli apa pada bemcana yang terjadi.Kalau berlaku pun,skrip alasannya sudah tersedia untuk diceritakan.Diri tak bersalah,yang salah,hanya lumrah alam
BalasPadamDr Mahathir kata melayu mudah lupa, tapi ini bukan melayu saja yang lupa...bangsa yang lainpun mudah lupa. Nak tanya..projek2 perumahan tu dilulus kan oleh siapa???? Masakan terbina kalau tidak diluluskan. Tepuk dahi fikir sendiri :)
BalasPadamUsah kecewa kerana kita diciptakan sebagai khalifah yang memerintah bumi. Manusia adalah sebaik-baik kejadian dan guna rahsia diri kita untuk terus hidup.
BalasPadamKita di beri akal dan minda untuk cari ilmu untuk memakmurkan bumi. Kecewa antara lelaki perempuan adalah sebahagian kecil masalah dunia yang boleh diselesaikan dengan ilmu dan sabar.
Usah kecewa
Fauzi ahmad
Kangar
my blog
Ini baru sedikit..bala dari Tuhan.. Baru bayaran ansuran pertama.. Tunggu lah bila bayar full settlement nanti baru sedar kot!
BalasPadamsetuju ngan H.E.H.. ni semua petunjuk dari Allah sebab manusia ni terlupa padaNya.. tapikan, perasaan simpati pada mangsa yang terlibat bertukar jadi benci bila mereka tak abis2 nak menyalahkan pihak yang bersusah payah membantu mereka.. ada saja kesalahan pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat.. nasib baik orang datang tolong.. susah la tolong orang kaya2 ni..
BalasPadamSalam Sdr Mazudil,
BalasPadamSaya turut berpeluang ke tempat kejadian pada petang hariraya dalam jam 3 petang. Sempat sehingga kawasan paling atas di mana tempat heli mendarat menghantar makanan.
Selepas maghrib, menyusuri bukit ke Restoran Cina Muslim, kemudian dengan van petugas kami berenam turun ke bawah terus ke Sek Hulu Kelang tempat di mana mangsa sepatutnya ditempatkan.
Namun, agaknya siapa la.. yang sanggup menginap ditempat yang disediakan. Mungkin kalau di hotel tentu lebih ramai untuk orang2 yang sukakan tempat yang tinggi begitu. Saya difahamkan hanya 3 keluarga sahaja yang menfaatkan faedah yang disediakan daripada beribu2 yang berpoindah. Mereka banyak sedara mara mungkin. Atau ada rumah kedua atau ketiga sebagai penginapan.
Jadi, .. nampaknya lebih tilam dari mangsa.
Banyak yang boleh saya fikirkan selepas itu. InsyaAllah bolehla saya kumpulkan sebagai kenangan...