23 Disember lalu, sewaktu menghadirkan diri ke sesi perbicaraan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor saya bertemu beberapa wartawan membuat liputan.
Saya katakan ..
“Menulis itu kerja kita. Tidak salah menulis selagi kita faham apa kita tulis. Fakta kena betul, jika tidak, tulisan itu fitnah. Kes ini dibicarakan di mahkamah syariah, kalau memfitnah nanti jadi kes mahkamah sivil. Lagipun kita kena ingat, memfitnah sesama manusia, hanya manusia boleh memaafkan”
Tiba-tiba terpancul kenyataan dari mulut wartawan wanita bertudung berdiri berhampiran saya.
“Saya minta maaf bang”
Saya katakan ..
“Menulis itu kerja kita. Tidak salah menulis selagi kita faham apa kita tulis. Fakta kena betul, jika tidak, tulisan itu fitnah. Kes ini dibicarakan di mahkamah syariah, kalau memfitnah nanti jadi kes mahkamah sivil. Lagipun kita kena ingat, memfitnah sesama manusia, hanya manusia boleh memaafkan”
Tiba-tiba terpancul kenyataan dari mulut wartawan wanita bertudung berdiri berhampiran saya.
“Saya minta maaf bang”
Saya kemudian membuka pintu mahkamah untuk dia masuk.
"Abang bukakan pintu ni, maafkan saya tak?," soalnya.
Saya hanya sekadar menguntumkan senyuman. Saya hairan, dia wartawan Sinar Harian, mengapa perlu memohon maaf? Sedangkan wartawan memfitnah saya berikutan kenyataan di bawah caption bergambar Harian Metro terbitan 27 November 2008 tidak ambil pusing.
‘Tak sehaluan … Mazidul dan Khairul Fazlin selepas DISAHKAN bercerai’
Kenyataan itu sama sekali TIDAK benar kerana mahkamah hanya akan membuat keputusan pengesahan lafaz cerai pada 21 Januari akan datang. Maksudnya Harian Metro ‘menceraikan’ saya sekaligus mendahului keputusan mahkamah. Hebat!
Pada hari sama, saya menghubungi editor akhbar terbabit.
“Maaf, saya akan perbetulkan balik, esok, janji,” katanya.
28 November, ‘ralat’ mengandungi kenyataan memohon maaf dicetak dalam akhbar sama.
Timbul persoalan, bagaimana suratkhabar ternama, Harian Metro, bahan bacaan ramai mampu membuat kesilapan sebegitu. Jika wartawan bertugas tidak memahami prosiding mahkamah, mengapa dungu enggan bertanya kepada golongan lebih arif? Mungkin itu dipanggil bodoh sombong.
Kepada pembaca, saya dan isteri sah rujuk di Jabatan Agama Islam Selangor pada 17 November lalu.
Doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat.
‘Tak sehaluan … Mazidul dan Khairul Fazlin selepas DISAHKAN bercerai’
Kenyataan itu sama sekali TIDAK benar kerana mahkamah hanya akan membuat keputusan pengesahan lafaz cerai pada 21 Januari akan datang. Maksudnya Harian Metro ‘menceraikan’ saya sekaligus mendahului keputusan mahkamah. Hebat!
Pada hari sama, saya menghubungi editor akhbar terbabit.
“Maaf, saya akan perbetulkan balik, esok, janji,” katanya.
28 November, ‘ralat’ mengandungi kenyataan memohon maaf dicetak dalam akhbar sama.
Timbul persoalan, bagaimana suratkhabar ternama, Harian Metro, bahan bacaan ramai mampu membuat kesilapan sebegitu. Jika wartawan bertugas tidak memahami prosiding mahkamah, mengapa dungu enggan bertanya kepada golongan lebih arif? Mungkin itu dipanggil bodoh sombong.
Kepada pembaca, saya dan isteri sah rujuk di Jabatan Agama Islam Selangor pada 17 November lalu.
Doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat.
Alhamdulillah en mazidul dan isteri sudah rujuk semula...Insyaallah..saya doakan kebahagiaan en mazidul sekeluarga sampai ke akhir hayat...
BalasPadamAlhmdulillah... smoga ksilapn lalu mnjadi pngajaran n panduan d msa depan .. Smoga brkekalan n brbahagia hgga ke akhir hayat .. insyaAllah ..
BalasPadamHappy sokmo!
sabar je bro...
BalasPadamitu semua asam garam kehidupan...
Bagoihlah pasai encik dah rujuk semula. Biarlah yang berlalu itu pergi. jadikan ianya sebagai panduan. Selalulah memintak petunjuk pada yang maha esa.
BalasPadamKita manusia tak lari dari membuat kesilapan. Alhamdulillah kita masih mempunyai peluang untuk meneliti dan memperbetulkan kesilapan kita. Alhamdulillah En. Mazidul dan isteri rujuk semula, semoga berkekalan.
BalasPadamamin.
BalasPadamsemoga perkahwinan tuan kekal hingga ke syurga hendaknya.
amin ya Rob.
semoga perkahwinan anda kekal ke akhir hayat...
BalasPadamsaya baru baca post post terdahulu saudara
ada satu post, pasal pramugara 60% gay
banyak komen komen merapu yang dihantar
lelaki duduk kaki bersilang, di chop gay
rambut pacak pacak di chop gay
pakai beg berjenama di chop gay
jaga penampilan dan cukur kening (muslim haram cukur kening), di chop gay
anda semua tau tak perkataan METROSEXUAL?
ha, pegi cari kamus, dan jangan menuduh bukan bukan...
Memang banyak wartawan akbar Melayu bodoh. Fakta selalu salah, tapi tak mengaku buat salah
BalasPadamKekadang, wartawan akhbar ni datangnya bukan berlatarbelakangkan berpengatahuan agama Islam. Mereka adakalanya tak tahu langsung apa kesannya daripada hasil penulisan mereka itu. Saranan saya, lengkapkan diri dengan pengetahuan al-Quran dan Hadis dahulu sebelum menceburi bidang penulisan akhbar kerana apa yang anda tulis akan dibaca dan mungkin akan digunapakai. Kamu akan ditanya oleh Allah apa yang kamu tulis.
BalasPadamSemoga tuan & keluarga bahagia ke akhir hayat dunia akhirat. Banyakkan bersabar.
BalasPadamDan, sentiasa juga kita mudahkan maafkan orang.
alhamdulillah.. semoga akan berkekalan hingga ke ujung nyawa.. tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.. moga ini akan menjadi iktibar buat kita semua..
BalasPadamconfuse kejap.. abang rujuk 17 november ke atau 17 disember??
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamSemoga Bahagia Ke Akhir hayat...
Alhamdulilah, amin... semoga bahagia hingga ke anak cucu..)
BalasPadamselamat berbahagia kembali..jadikan peristiwa lepas sbg iktibar utk ms depan..salam sayang buat abg sekeluarga..
BalasPadamSalam
BalasPadamKehidupan berumahtangga ada kalanya bergolak dan berombak. Kita harus pandai mengawal dan mengurus bahtera kita.
Bak kata pepatah:
Ambil yang jernih, buang yang keruh
Alhamdulillah....
BalasPadamkeputusan yang tepat!!!!
Alhamdulillah..yang kusut sudah terlerai..semoga berbahagia dari dunia hingga akhirat bro..tak cukup sekadar ke akhir hayat hehe
BalasPadamakhir zaman fitnah berleluasa ...
BalasPadamNur, 17 November tapi tulis 17 Disember, ustaz tu pening :)
BalasPadamKepada Semua, terima kasih. Seperti saya katakan terdahulu, kita mampu mengenal sahabat, kawan atau kawan-kawan apabila kita susah dan bermsalah :)
alhamdulillah..moga bahagia smpai akhir hayat..
BalasPadamwahahahaha...akhirnyer keluar jugak blog ini hahahaha...congrats bang..and saya doakan semoga bahagia sampai habis...
BalasPadamhaaah??ada juga ke makan GAJI nasi dgn FITNAH..itu ada sama dgn makan duit TOTO tak?
BalasPadamkalau bodoh pergi belajar..
BalasPadamkalau sombong... pergi ******
semoga saudara dan isteri terus bahagia hingga ke akhir hayat....aminn
BalasPadamBang, paper semlm 26 December ada story pasal abg.. pening ar baca statement tuh.. muka gmbr zakiah anas.. mana satu betul nih? cuba abg check balik.. harap2 tak betul lah...
BalasPadamsalam abang mazidul.. saya antara peminat senyap abang mazidul..
BalasPadamsedih saya dengar abg dalam proses bercerai.. tapi harini saya baca abg dan isteri rijuk balik sungguh hapi rasa hati walaupun abg dan isteri tak mengenali saya ini..
Saya doakan abg dan isteri sentiasa diberkati dan dicucuri rahmat olehNya..
Kebanyakan suami mmg kurang memahami isteri tetapi tiada isteri yang tak ingin memahami suami..
Kemaafan hati si pemberi adalah suatu nikmat dan kurniaan daripada pemberi dan Ilahi..
Alhamdulillah la abg mazidul..semoga berkekalan hingga akhir hayat..Amin
BalasPadamSaya sayang sekali dengan En Mazidul dan isteri. Saya bersyukur apabila mendengar En Mazidul masih bersama isteri. Allah tidak suka penceraian. Seorang kawan memberitau saya Encik nak bercerai dengan isteri, saya dah mulai 'benci' nak baca blogspot encik. Sebagai peminat En Mazidul saya tidak suka mendengar/melihat orang yang saya minat bermasalah.
BalasPadamSekarang saya dah tak minat dengan Norman Hakim...goodbye forever to him.
Semoga Encik dan isteri bahagia sampai akhir hayat...amin2 ya rabal a'lamin. (Shhh....saya nak bagi tau member saya tu yg encik dan kembali kepada isteri encik)
Peminat dari Sarawak
Tanpa nama, tiada sesiapa ingin berhadapan dengan masalah. Tetapi kekadang masalah menjenguk. Namun saya percaya jika ada usaha setiap yang keruh mampu kita jernihkan. Waktu terbaik melihat reaksi pelbagai pihak and their true colors. Waktu kita menilai kejujuran mereka rapat dan jauh :)
BalasPadamEzad, terima kasih banyak2 :)
BalasPadamAzlin, paper boleh tulis apa dia orang nak. Itu kerja dia orang, menulis. Selagi apa ditulis itu benar dan berlandaskan kepada fakta tepat, tiada masalah. Saya faham, saya juga menulis biarpun adakalanya saya tidak gemar dengan apa yang dicatatkan :)
Ida, tq. Tidak semua kita dengar dan baca itu seburuk seperti digambarkan. Itulah pentingnya ekspresi wajah, kita mampu menelah kejujuran.
syukurla klu cm2..sy sentiasa doakan terbaik tuk abg dan tuk semua..amin
BalasPadam