Isnin, Disember 15, 2008

Abstrak Hingga Kebulan

‘Abstrak Hingga Kebulan’, kumpulan muzik ditubuhkan sejak 3 tahun lalu. Tiga daripada 4 anggota, Atom, Zairul dan penyanyi, Faiza muncul dalam temubual bersama MHI pagi tadi. Album pertama mereka bertajuk sama mula dijual Jumaat lalu, berharga RM25 mengandungi 10 lagu.

Atom dan Faiza, bekas pelajar Komunikasi Media, Universiti Teknologi Mara Shah Alam, kelahiran Seremban, Negeri Sembilan dan Kuching, Sarawak.

“Kita sekarang ni sedang mengadakan Tour Felda kerana kita percaya mereka antara pembeli album kita,” kata Atom.

Saya sempat bertanyakan soalan berhubung isu arak murah dikatakan menjadi minuman kegilaan segelintir remaja zaman sekarang.

Respon Zaiful sambil tersenyum ..

“Kalau sebelum ini ada kumpulan tampil dengan cogankata ‘kami benci dadah’, kita orang pula ‘kami benci arak’”

“Minum coca cola, teh ais aje lah,” sampuk Atom.

Apa istimewanya ‘Abstrak hingga kebulan’?

“Kumpulan mempunyai nama paling panjang,” balas mereka hampir serentak.

9 ulasan:

  1. memang le panjang nama kumpulan diaorg nie...
    hopefully cogankata 'Kami Benci Arak' benar2 la dikota kan oleh mereka semua...

    BalasPadam
  2. hai bro,
    faiza tu yang belakon dlm spa Q kan?

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dengan kumpulan KBA (Kami Benci Arak). Semoga mereka jadi artis yang terkenal di suatu hari kelak. Jangan arak saje dibenci dadahpun kena benci juga. Semoga anak-anak ku berjaya.

    Mak Su

    BalasPadam
  4. panjang tul nama kumpulan dorg ek...ade jugak dgr temu bual nie...tp time tue mate masih terpejam lagi

    BalasPadam
  5. Tringat nma kumpulan dlu2 .. simple n klasik. Cntoh : CENDERAWASIH .. msa kcik2 dlu ingtkn kmpulan mlayu rupanya tidak.. tpi suara n lgu best trutama lgu raya n 'Deritamu Deritaku' .. (bru dpt kt YT.. hee)Apa brita trkini kmpulan2 @ pnyanyi top dlu2.. WOW, CRK, DAMASUTRA (Sufi.. best!) n yg lain2 ..

    BalasPadam
  6. Sy support sepenuhnya semangat AHKB benci arak. Termasuk dadah. Stay cool AHKB cos all of you are NICE people.

    BalasPadam
  7. salam.. sy kenal dgn atom tu.. selama sy lepak2 dgn diaorg tu sume.. semua baik2.. kwn2 susah diaorg tlg.. mcm sy dulu.. stdy kat pj.. kadang2 duit kering.. diaorg lah yg tlg hulur2.. selalu atom ni buat mkn2 kat rumah dia kat subang..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.