Ahad, Januari 15, 2012

SOS! TOLONG SAYA! SOS!

Saya tidak dilahirkan di bandar atau kotaraya.

Sewaktu berusia 7 tahun, saya menuntut di Sekolah Kebangsaan SLIM VILLAGE, Perak. SLIM VILLAGE, pekan terletak kira-kira 5 kilometer dari kampung saya. Di pekan itu hanya ada beberapa kedai menjual makanan dan kedai runcit. SLIM VILLAGE boleh dianggap sebagai pekan koboi.

Namun keunikan pekan itu terserlah. Majoriti pengunjung saling kenal mengenali antara satu sama lain. Mereka minum, makan dan bersembang di restoran sama hampir setiap hari.

Pekan lebih besar terdekat dari SLIM VILLAGE, Slim River dan Tanjung Malim.

Penduduk kampung di sekitar bukan sahaja pelanggan tetapi rakan kepada peniaga kedai runcit di SLIM VILLAGE.

"Nanti tolong belikan kentang di Kedai Ramu," kata isteri.

Suami kepada wanita itu tidak perlu gusar mencari kedai terbabit kerana hanya terdapat SATU Kedai Ramu di pekan sama.

Satu pasar dan hanya seorang peniaga bernama Ismail, mula menjual 'mi kering' sejak saya masih lagi hingusan. Mi dijual oleh Ismail dikenali sebagai 'Mi Mae'.

Sewaktu bersekolah di SLIM VILLAGE di antara tahun 1974 dan 1982, Mi Mae, makanan ruji dijual dengan harga murah, di antara 20 dan 50 sen sepinggan. Murah dan mengenyangkan. 

Ketika itu pelajar sedarjah saya mengenali setiap pemilik kedai di SLIM VILLAGE. Biarpun majoriti mereka berbangsa Cina, tiada jurang pemisah dengan pelanggan berbangsa Melayu. 

Pengunjung pekan sentiasa berasa selamat kerana Balai Polis SLIM VILLAGE terletak lebih kurang 200 meter dari 2 deretan kedai di pekan itu.

Berikut gambar satu daripada 2 deretan kedai lama di SLIM VILLAGE dihantarkan kepada saya oleh pembaca prihatin blog ini.


Deretan kedai lama kelihatan sunyi sepi tetapi usah diingat air tenang tidak berbuaya. Perhatikan pula kedai dengan pintu ditutup dirakamkan dari luar.


Gambar di dalam kedai sama dirakamkan oleh pembaca petang tadi.


Difahamkan premis disyakki menjalankan kegiatan perjudian berkomputer di atas dijaga oleh lelaki berusia pertengahan 20 an dan beroperasi sejak kira-kira setahun lalu.

Siapakah mengeluarkan lesen untuk premis itu beroperasi?

Saya yakin premis itu BUKAN internet cafe berikutan hanya pintu belakang kedai sahaja dibuka untuk pelanggan keluar masuk.

Sewaktu saya bersama 999, kru kerap kali menyertai pegawai serta anggota pasukan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, D7, menjalankan operasi membanteras kegiatan perjudian berkomputer secara online di seluruh negara.

Kegiatan itu ternyata memporak-porandakan kehidupan ramai kaki judi pelbagai bangsa.

Paling serius, kes wang sepatutnya digunakan untuk membeli susu bayi di rumah diperjudikan oleh bapa di premis seperti di atas.

Majoriti pelanggan, sebangsa dengan saya dan kebanyakkan pembaca, MELAYU. 

Untuk rekod, penduduk di beberapa kampung berhampiran SLIM VILLAGE bukan golongan hidup mewah. 

Ramai mereka bekerja sebagai petani dan penoreh getah.

Kewujudan premis perjudian berkomputer juga masalah di bandar besar biarpun diserbu berulang kali oleh D7.

Saya berasa amat sedih kerana gejala sama kini melanda pekan saya kunjungi sejak mengetahui kenikmatan roti canai dan teh ais, kira-kira 40 tahun lalu.

BANTU SAYA UNTUK MENYELAMATKAN PENDUDUK DI SEKITAR SLIM VILLAGE, SILA SEBARKAN ENTRI INI MELALUI FACEBOOK, SEMOGA PIHAK BERKUASA MENGAMBIL TINDAKAN WAJAR MEMBERHENTIKAN KEGIATAN BAKAL MERUGIKAN MELAYU ITU DENGAN KADAR SEGERA.


11 ulasan:

  1. Air yang tenang jgn disangka tiada buaya.

    Di sebalik plywood sekeping, Ringgit & syiling berdenting-denting.

    BalasPadam
  2. mmg benda ni menjadi jadi kat mana mana..kalau gila judi..bole mati ooo..adoiii

    BalasPadam
  3. En. Mazidul kan banyak connection kat 'atas' tu... kasi serbu satu kali. Misi menyelamatkan wang ringgit penduduk slim village. Atau boleh juga dinamakan misi tapau tokeh cyber cafe haram.

    BalasPadam
  4. Saya percaya suara pembaca blog ini lebih berkesan.

    Sebarkan fakta ini dan dengan izin Allah maklumat ini akan dibaca oleh mereka berhati2 mulia, tulus dan berani bertindak kerana ingin menegakkan undang undang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. En.mazidul harap-harap lepas ni boleh buat liputan di rawang pulak.mana lah kalau ada cerita yang sama atau lebih lagi.

      Padam
  5. saya harap pihak berkuasa "berani" bertindak mengikut undang2 yang sedia ada.
    ekan sekecil itu dan penduduknya tak sampai pulohan ribu bagaimana polis di pekan kecil ini tak tahu ujudnya premis judi ini....Nonsene...
    encik mazidul....dalam tshun tahun 70an(1972)saya pernah mencari rezeki di kawasan slim village bekerja sebagai penebang pokok kayu getah yg mana kayunya dihantar kekilang kayu arang dikampong Sungai Dara.
    setiap petang jam 5petang kami akan singgah dikedai menjual tuak yg baru diturunkan dari pokok kelapa(fresh dan tak mabok bolih menyegarkan badan selepas penat bekerja)yg banyak disekitar slim village.
    dari behrang ulu,sg dara,kg sg bil,sg jurong,kg lintah(ada bomoh santau disitu)kg rasau,ulu slim,kg penderas dan beberapa buah kampong termasuk estet dikawasan slim river jika pemilik kebun getah hendak buat tanaman semula maka kami akan melakukan penebangan pokok2 tua.
    banyak kenangan pahit manis yg tak dapat dilupakan..

    BalasPadam
  6. Tempat-tempat macam tu dah tumbuh macam cendawan tumbuh selepas hujan.nak kata balai polis tak ada..mustahil...kadang kala berdekatan saja...tak tau kat mana silapnya...

    BalasPadam
  7. 'mee mail' dan 'laksa mail'..masih adakah menu itu dijual di sana..nostalgia betul...jika dulu kedai judi..dalamnya cuma ada meja mahjong dan dikunjungi oleh kebanyakan kaum cina,tapi sekarang telah dilengkapi dgn kemudahan yang lebih canggih..aduh..telah berlaku transformasi rupanya tempat saya dibesarkan dan menimba ilmu ini..tapi malang struktur bangunan tidak byk berubah yg berubah hanya aktiviti di dalam bangunan itu shj..kepada pihak yang berkaitan tolong jalankan tanggungjawab anda demi kemakmuran masyarakat setempat..jangan pandang sebelah mata dengan keluhan ini...

    BalasPadam
  8. aduhai.....ruginya, mesti kalah banyak ni......

    kalau tak untung orang tak bikin pusat judi ni. Fikir²kan

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.