Jumaat, Januari 20, 2012

TIDAK RAMAI BERPELUANG MELIHAT PENINGGALAN BERSEJARAH DI STESEN KERETAPI PERTAMA DI NEGARA KITA INI

InsyaAllah, pagi nanti saya akan pulang ke Lembah Klang.

Tengahari semalam sewaktu berada di bandar Taiping, Perak, saya berpeluang melawat stesen keretapi pertama di negara kita, menghubungkan Taiping ke Port Weld atau kini dikenali sebagai Kuala Sepetang.


Sebaik memasuki stesen keretapi terbabit, saya disapa oleh kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, Marzukay Zainal, 52 tahun.


"Stesen keretapi ini sudah berusia lebih 100 tahun. Tiang itu pun lama," ujarnya.

Stesen Keretapi Taiping dibina pada tahun 1882 dan mula beroperasi 3 tahun kemudian. Maksudnya stesen itu berusia kira-kira 130 tahun.

Berikut antara gambar saya rakamkan.


"Sayanglah, landasan asal keretapi telah ditanggalkan, itu sebahagian daripada sejarah. Cuba Mazidul bertanya dengan pekerja stesen itu," saran Marzukay.

Pantas saya mendekati S.Marimuthu.


"Berapa lama bekerja di sini bang?," tanya saya.

"Dua puluh tahun," kata kakitangan Keterapi Tanah Melayu berusia 53 tahun itu.

Menurutnya stesen itu mengekalkan struktur asal sejak ratusan tahun.

"Kerusi di sana itu lama punya?," soal saya.

"Ya," balas mekanik terbabit. 

"Lever itu lagi lama," celah Marimuthu.

Pantas saya merakamkan gambar antara peralatan bersejarah di stesen keretapi dirasmikan oleh Residen Perak pertama, Sir Hugh Low pada tahun 1885 itu.


Saya kemudian terlihat papan tanda berikut.


"Ketua Stesen masih ada lagi ke?," soal saya.

"Ada, dia di dalam pajabat. Hendak berjumpa dengan dia?," ujar Marimuthu.

Tanpa berlengah saya menghampiri pejabat dimaksudkan dan memberikan salam. Salam dijawab oleh Abdul Rahim Osman.

Beliau Ketua Stesen atau Station Master.


Menurut anak kelahiran Taiping itu, beliau mempunyai 15 kakitangan menjaga operasi keseluruhan stesen bersejarah itu.

"Sekarang ada landasan sementara tetapi operasi kita kawal dari sini," terang beliau kepada saya.


Berapa gambar di dalam pejabat itu dirakamkan, saya yakin tidak ramai berpeluang berbuat sebegitu.

"Di dinding itu gambar landasan keretapi lama sebelum ditanggalkan," ujar Rahim.


Saya terangkan kepada Rahim, sebelum ini saya pernah berkunjung ke Taiping tetapi tidak berpeluang singgah di stesen keretapi terbabit.

"Paling lama, peti besi peninggalan British dahulu," celah Rahim.


Barangkali ramai telah melawat stesen keretapi itu tetapi saya percaya hanya segelintir berpeluang melihat peti besi dimaksudkan.


Sebelum ini kedengaran ura-ura mengatakan Stesen Keretapi Taiping akan dijadikan muzium dan saya berharap hasrat itu menjadi kenyataan.


Amat dihargai jika pembaca sudi menampal entri ini di wall Facebook, sila tekan butang share di bawah.

16 ulasan:

  1. tulah cara terbaik kalau dibuat muzium demi generasi akan datang..pakej pelancongan terbaik bagi warga taiping!

    BalasPadam
  2. Harapan saya agar stesen ini akan di jadikan sebuah muzium dan binaannya dijaga supaya kekal selamanya. Banyak stesen lama yang diperbuat dari kayu telah rosak kerana penjagaan yang kurang rapi. Bangunan baru pula dibina dengan bahan binaan moden seperti simen dan besi yang menghilangkan ciri asalnya.

    BalasPadam
  3. Thank you for highlighting this station. Being a Taipingite, I have highlighted this. Hoping someone would take action and save the station this time around

    http://rahmanhariri.blogspot.com/2011/08/taiping-railway-station-end-is-nigh.html

    http://rahmanhariri.blogspot.com/2011/08/taiping-railway-station-end-is-nigh_15.html

    But just to highlight, this is not the original site for Taiping Railway station. King Edward VII-1 primary school was built on the original Taiping Station. Nonetheless, the current station holds many memories for us Taipingites and should be restored. From what I was told by the staff that KTM is unwilling to maintain it but Jabatan Museum wants to take over.

    BalasPadam
  4. Kampung saya ...dulu masa arwah abah ada lagi selalu pergi makan kat situ ...

    BalasPadam
  5. Saya kongsi... Kebetulan minggu ni nak ke Taiping buat pertama kali, berjumpa dengan bakal keluarga di sana, berjalan meredakan stress bekerja.. Sambil-sambil online untuk dapatkan info tempat menarik di sana

    BalasPadam
  6. Terima kasih tuan kerana bercerita tentang stesen KTM ini. Walaupun saya orang Taiping, belum tentu saya akan memperoleh maklumat seperti tuan. Saya harap KTM Taiping tidak menjadi mangsa kemodenan.

    BalasPadam
  7. landasan yang dia tanggalkan tu untuk pembinaan landasan berkembar elektrik tu ke abg mazidul??

    BalasPadam
  8. smti... saya pernah ke stesen keretapi ini 20 tahun dulu... :)

    BalasPadam
  9. saya orag taiping dan saya sgt berbangga menjadi orang taiping

    BalasPadam
  10. Terima kasih kerana sudi berkongsi artikel sejarah ni. :)

    BalasPadam
  11. saya suka naik keretapi...tiap2 selalu naik keretapi dati tepen ke KL sentral...stesen ni mmg bersejarah..jgn robohkan/runtuhkan banyak yg berharga untuk disimpan dan di lihat di sini..rugi masa majlis kahwin hari tu tak berkesempatan nak bergambar kenangan sebab stesen tutup untuk renovation double track...lepas ni nak bergambar kat sini la nanti...trimas abg mazidul sbb buat coverage pasal stesen ktm tepen

    BalasPadam
  12. Tuan, kalau tak silap bangunan asal Stesen Keretapi Taiping kini menjadi sebahagian bangunan Sekolah Kebangsaan King Edward...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.