Rabu, Januari 04, 2012

TOLONG SAYA! TOLONG SAYA! EMAK MATI AYAH MATI ... (PATI Jangan Kurang Ajar!)

"Orang di sini memang jarang senyum ke? Kalau senyum, mesti manis," usik saya.

Lantas, pelayan gadis remaja saya anggarkan berusia 16 tahun itu tersenyum. Barangkali dia berasa terlalu penat kerana melayan pelbagai karenah pelanggan.

Awal malam tadi, saya, kru 666 dan Penyingkap Fakta, Suhaimi dan Azayusrin singgah sebentar di gerai terletak di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor.

Kami makan kueh tiaw.


Tiba-tiba muncul lelaki di bawah datang menghampiri kami  dan sekaligus meletakkan pelbagai jenis alat permainan di atas meja makan. 


Terdapat 3 pinggan dan 3 gelas air di atas meja plastik itu.

Tanpa diduga, dia pantas menggerakkan kereta permainan di ruang sempit meja sambil mempelawa kami bertiga membeli permainan itu menggunakan bahasa kurang jelas.


Saat itu saya terkedu.

Sebaik dia melangkah pergi, saya mencapai kamera digital dari dalam beg galas dan mula merakamkan gambar lelaki warga asing itu.


"Awak orang mana?," soal saya.

"Pakistan," jawabnya.

"Kalau saya pergi ke Pakistan, awak ingat saya boleh buat macamana awak buat ke? Orang tengah makan, terus letak barang? Bila awak duduk Malaysia, mesti ada adab sopan. Ini bukan Pakistan! Tanya dahulu, encik saya mahu jual barang, boleh saya tunjuk ke? Apa salah kalau awak cakap macam itu? ," jerkah saya.


Perhatikan wajahnya, barangkali dia beranggapan Malaysia ini negara tumpah darahnya. Justeru dia boleh bertindak sesuka hati.

"Saya susah punya orang, emak mati, ayah mati, isteri sama 2 anak Pakistan ada," rayunya.

"Awak punya ayah sudah mati?," soal saya spontan.

"Ya," jawabnya.

"Oh! Awak ingat ayah saya hidup lagi?," tanya saya.


"Passport ada?," soal saya.

Untuk rekod, sebagai orang awam, saya tidak berhak memeriksa dokumen perjalanan miliknya tetapi saya berhak untuk bertanya.

"Saya dahulu kerja itu garden sector, sana Kuala Lumpur tetapi tidak boleh tahan. Sekarang saya kerja jual barang tetapi saya punya passport, taukeh pegang," ujarnya.

"Memang dia patut pegang sebab awak melarikan diri dari majikan. Masuk ke Malaysia menggunakan permit lain, sekarang buat kerja lain," terang saya.

Dia berusia 42 tahun dan mendakwa menetap di Kuala Lumpur.

"Malaysia ada undang-undang. Kalau awak kasi langgar itu undang-undang, lebih baik awak balik ke Pakistan," kata saya.


"Tolong saya! Tolong saya! Saya emak mati, ayah mati, mahu cari makan sahaja. Saya Islam, Pakistan mari," rayunya.

Jari kelingkingnya berdarah sedikit kerana terjatuh sewaktu saya terpaksa menolak tubuhnya berikutan tindakan lelaki itu berulangkali tunduk bak 'menyembah' kaki saya.


"Awak jangan sembah saya macam itu! Awak Islam, awak sembah Allah, bukan saya. Saya hanya mahu cakap, ramai orang dari Indonesia, Bangladesh, China, Myanmar, Vietnam dan Thailand datang ke Malaysia, duduk di negara ini secara haram, tidak ada dokumen macam awak tetapi orang Malaysia tidak banyak komplen. Orang Malaysia terlalu baik. Jadi, awak juga harus beradab dan memahami budaya tempatan. Jangan buat seperti negara ini, emak bapa awak punya! Faham?," soal saya.

Saya tidak begitu yakin samada dia memahami setiap patah perkataan diluahkan tetapi pasti dia menyedari kemarahan saya.


Hakikatnya, Malaysia telah lama dibanjiri ramai warga asing dan sebahagian mereka berstatus pendatang tanpa izin, PATI.

Selama ini, majoriti rakyat barangkali berharap hanya pihak berkuasa seperti penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia dan polis untuk menangani masalah diketahui umum itu. Namun mereka juga mempunyai kekangan tersendiri dalam melaksanakan tugasan berikutan bilangan keanggotaan terhad.

Sebagai rakyat, kita harus membantu.

Tegur perlakuan sumbang warga asing, usah seseklai berasa gentar terutama terhadap mereka berstatus PATI. Bilangan kita lebih ramai. Biar pun, kita tidak diperuntukkan kuasa untuk memberkas mereka, kita tetap berhak bersuara.

Mereka sepatutnya gentar kepada kita sebagai rakyat sah negara ini, bukan sebaliknya.

NOTA

Jika sudi membeli buku nukilan saya, Virus Kehidupan, sila klik di sini.

31 ulasan:

  1. saya tak berani nak tegur... kekadang derang ni samseng blaka

    BalasPadam
  2. tahniah abang mazidul..berani buat camtu.

    BalasPadam
  3. sy sokong 100% pendapat brother,segelintir mereka ni kurang ajar dan wajib di ajar...

    BalasPadam
  4. berase nak kekok je pale pati nie.. nebeng ekpon...

    BalasPadam
  5. untuk makluman encik mazidul, more than a million pendatang asing ada kat Malaysia. yang lebih menyedihkan, kenapa bila pendatang tinggal secara haram dan siap bina perkampungan dari kecil hingga besar, hingga mereka boleh menetap seperti tanah itu mereka yang punya tapi tidak kena halau pun oleh mana-mana bandaran. jika orang Melayu kita tinggal setiggan atau buka warung tepi jln tanpa permit siap kena halau, kalau halau x jalan juga, kedai atau rumah dirobohkan. - it just my 2cent opinion. pandangan dari kaca mata saya sebagai rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  6. setuju,kalau la ramai rakyat malaysia yang berani macam bro mazidul pasti pendatang asing tak berani tunjuk belang

    BalasPadam
  7. setakat mak mati bapak mati tu.. yg masih hidup pun diorg berani sebut dah mati.

    BalasPadam
  8. kalo ada ganag cam abg boleh rrr nk sergah diaorg.....tu la org kite dtg tmp org pny la bwk budaya hormat menghormati tp PATI dtg negara kite tah ape yang dia bawak...

    boleh share kat
    aempat.blogspot.com
    ni knknkn

    BalasPadam
  9. tindakan diorang kekadang membantutkan selera makan....huurm...

    BalasPadam
  10. Rakyat Malaysia pun janganlah fikirkan keuntungan sahaja, sehingga sanggup menyewakan rumah kepada PATI. Sikap segelintir rakyat kita yang menyebabkan PATI semakin bermaharajalela

    BalasPadam
  11. Kalau saya dah sah tak berani sound.. terbantut selera makan sambil duk komplen sorang2 hehe

    BalasPadam
  12. Kesian la pulak saya rasa kat orang Pakistan tu. Untuk mengajar tidak semestinya jerkah, untuk mendidik tidak semestinya pukul. Mungkin mereka salah dalam kes Abang Mazidul, tidak beradab tapi mereka pun manusia. Mungkin mereka pendatang, tapi mereka tetap manusia. Ada perasaan. Kalau kita dijerkah,apa kita rasa?? Fikir-fikirkanlah. Renungan untuk diri dan semua.

    BalasPadam
  13. Hero, itu tindakan saya, jika awak enggan bertindak begitu, tida siapa mampu untuk memaksa.

    Hak individu.

    Secara terangnya, dia telah melanggar undang-undnag termaktub mengikut Akta Imigresen 1959/63.

    Kerana berasa terlalu kasihan, negara terus dibanjiri warga asing.

    Jika saya boleh menegur, saya tegur.

    Untuk rekod, menjerkah TIDAK boleh disabitkan mengikut Kanun Keseksaaan selagi tidak terbabit dalam Seksyen 506 Kanun sama, melakukan ugutan janayah.

    Dia berada dalam posisi melanggar undang-undang negara, itu kesalahannya.

    Jika awak ingin mencuba, berkunjunglah ke negara asing dan tinggal di negara itu tanpa dokumen, sebagai pendatang HARAM dan lihat berapa ramai rakyat negara itu akan belasa belas terhadap awak.

    Kasihan itu satu perkara, melanggar undang-undang dan menunjukkan keangkuhan itu satu perkara lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat area klang, selangor paling teruk! Terutama Maidin klang, bus stand klang dan seluruh kawasan sekitarnya bercagok melepak mereka depan maidin merosak pemandangan, buat modify rumah kedai atas sekitar dgn partition playwood mereka dah jd mcm warung Korek di indon. Kat bawah premis bangunan buat jd warung bakso kopi indonnya. Sekelilingnya kedai cd dangdut khas import dar indon beserta jamu2 indon bertebaran sepah tepi premis. Live dpn mata sy mereka kencing public tepi pokok bunga berpasu majlis bandaran klang seperti sudah jd budaya. Malah mereka sgt bangga menonjol dan berceritakan tentang identiti indon mereka kdg2 mcm menjelekkan kita pulak. Kurang ajar, org kita baik bg muka, dah la indon di dindon xhabis2 fitnah malaysia dan menghina! Hancing kotor jijik dan low class sudah seperti berada di jakarta dah sy tgk malaysia ni terutama di klang!

      Padam
  14. Tahniah bro..
    cuma kalau boleh lain kali janganlah sampai mencederakan (no body contact).. Terima kasih kerana berperikemanusiaan walaupun mereka itu PATI (betul, lebih ramai orang yang lebih kasar)

    BalasPadam
  15. Saya seperti ramai rakyat Malaysia yang lain yang takut untuk bertindak macam Abag Mazidul. Malah kelibat PATI sendiri buat saya rasa tak selamat. Adakalanya saya rasa seolah menumpang di tanah air sendiri bila melihat berita tentang jenayah yang dilakukan oleh PATI. Rasa seperti keselamatan diri terancam.

    BalasPadam
  16. Salam En Mazidul,

    Selama ni silent reader, tp terpanggil untuk memberi pendapat perihal PATI ni.

    Saya dah 6 tahun berkahwin dengan warga Thailand, Melayu Islam Narathiwat. Dari pengalaman saya, warga Indonesia dan Thailand (melayu) senang dapat simpati dari orang kita kerana sebangsa dan budaya yang hampir sama. Tutur kata juga tak jauh beza. Kalau di daerah tempat tinggal saya ini, ramai warga Indonesia dan Thailand duduk menyewa rumah dan melakukan pelbagai kerja. Indonesia kebanyakan adalah buruh dan pekerja ladang, manakala Thailand sudah tentu berniaga masakan panas tomyam (guna lesen/permit warga tempatan)

    Rakan-rakan suami saya kebanyakannya berada di sini dengan menggunakan visa pelancong, mereka akan balik setiap bulan ke sempadan untuk renew visa. Ada juga yang tinggal terlebih tempoh, tunggu 2-3 bulan baru balik, ada yang sampai setahun tak balik, tunggu Raya Haji baru nak balik.

    Ada yang pakai kereta tempatan, ada yang bawa kereta Thailand yang mewah2. Kalau tokey2 restoran tu memang mewah, siap beli harta di Thailand hasil masakan panas. Kebanyakan mereka tidak berminat untuk terus menetap disini, kecuali yang ada masalah dengan pihak berkuasa di sana. Mereka cuma datang mencari rezeki dan akan balik ke sana juga.

    Walaupun saya berkahwin dengan warga Thai, tidak bermakna saya setuju dengan cara mereka melanggar undang2 negara kita sesuka hati. Kerap saya dianggap tidak menghormati mereka kerana sering memberitahu kesalahan yang mereka buat disini. Ada juga yang kata saya tak tahu apa2, mereka ada orang dalam di sana sini yang boleh back up mereka andai di tahan pihak berkuasa.

    Sekarang heboh dikalangan warga Thai disini, untuk mendapatkan taraf warga negara cuma perlu membayar RM3500 kepada individu tertentu dan akan dapat sebelum PRU 13, betul ke En Mazidul?

    Untuk makluman, suami saya sekarang pemegang visa pasangan. Kami kahwin secara sah di Malaysia dan semuanya ikut peraturan dan undang2.

    Sekian.

    Wasalam.

    BalasPadam
  17. Kalau sudah berulangkli ditolak perlahan kerana menyembah kaki, kena tolak kuatlah.

    BalasPadam
  18. orang malaysia especially orang melayu suka kesian tak bertempat! ha...ha...
    smti

    BalasPadam
  19. salam..

    demi sesuap nasi, manusia sanggup buat apa sahaja.. maka tidak hairanlah Tanah Air kita ni makin dibanjiri PATI saban hari.. setuju bro?

    p/s: kalo bro p mkn lg kat Mali's Corner pesan kat bebudak ppuan tu blatih sebut THREE atau TIGA seblum mula kerja! ADOOOO MALAM

    BalasPadam
  20. Encik Mazidul, saya sekadar berkongsi info. Minggu lalu, saya melalui jalan menghala ke shah alam(selepas exit highway di Ebor) traffic light di flyover. Terdapat peminta sedekah di tgh-tgh jalanraya. ketika traffic light merah sy didatangi sorang peminta sedekah smbil mengetuk2 cermin kereta kelihatan macam bukan warganegara. Nampak gaya Msia ni dah mcm negara-negara lain yang peminta sedekah bersepah dijalanan xkira jln raya or kaki lima. keadaan ini macam satu penyakit. saya pasti nnti mesti akan makin bertambah bilngannya. Sedih bile tgk negara sendiri dibanjiri pendatang yang tak tentu hala. klu pemandu kereta terlanggar kan dah jadi stu masalah. Itu belum lagi pendtg yang guna jalan raya yang bw basikal atau jln kaki secara songsang di kaki jalan yang sempit dan jalanraya yang sibuk.

    BalasPadam
  21. Salam, En Mazidul...tak terkata sy bile tgk keadaan Pakistan tu... Malaysia menjadi tak asli krn terlalu byk PATI... Salah siapa?

    BalasPadam
  22. lagi dulu dah nk tanya....smti tu ape eekkk....

    BalasPadam
  23. salam..
    kat sabah ramai diorg ni. ari tu ada sorang dtg rumah jual kusyen, suami hmpir nak beli sbb org tu mdesak sgt tp sy kata 'kusyen awak dah la buruk,mahal pulak tu..nak paksa kitorang beli???'nasib baik jiran sebelah kebetulan polis dtg tanya apa problem dgn mamat ni.pernah jg spesis diorg ni suka ati je masuk rumah,letak bungkusan jualan kt ruang tamu dan push org tmpatan beli..mak mntua sy kena dah ari tu, time pak mntua g kerja..mak mntua sy xnak beli,tp dia just letak apa2 brg kmudian beredar.sebulan kmudian dia dtg menagih byrn..mmg org m'sia baik sgt dgn PATI ni,klu bukan kerana layanan baik dr org tmpatan mustahil diorg ni dpt hidup sejahtera kt sini

    BalasPadam
  24. da masok balai.. samseng d luar smpai gate balai je.. yang ada.. hati ketakotan yg akann ke dalam bila terasa bersalah.. hehee.. teketar-ketar.. hahah

    BalasPadam
  25. dan ramai juga wanita asing yg datang kesini cari jalan mudah dapat duit dengan jadi tukang spa,massage dan urut bathin terutama sekali wanita dari medan meraka sering berulang alik setiap bulan kerna telalu dekat dengan malaysia dia tak ada premit pum senan dia cari duit di tempat kita bawa balik buat harta di sana mereka ini lah yg banyak merusakan haqidah org melayu di sini dia sanggup buat apa saja asalkan dapat duit,saya hairan dengan pihak penguasa kita mereka ni tak buka mata ke dengan apa kesalahan yg mereka buat makim lama makim teruk jadi nya negara kita ni,

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.