Jumaat, Januari 06, 2012

901 SIAPA UNTUNG?

"Jadi ke?," soalan dikemukakan oleh rakan semalam.

"Apa?," soal saya kembali.

"901," balasnya.

"Macam Levi's 501 pula bunyinya," celah saya.

Dia tersenyum.

Terus-terang saya tidak berupaya mengiyakan soalan dikemukakan oleh rakan terbabit. Tanggal 9 Januari 2012, belum lagi tiba. Justeru, tiada siapa mampu memberikan jawaban tepat berhubung status Kempen Bebas Anwar itu.

Lalu saya melakukan tinjauan dan gambar di bawah saya rakamkan di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor.


Rakan Facebook memaklumkan, banting bercatatan sama antaranya turut dipamerkan di Ampang, Sungai Buloh, Cheras dan Gombak.

Klik di sini (kepada rakan Facebook sahaja).

Sewaktu melintasi jalan utama di Kampung Medan, saya menyedari fakta, majoriti pelajar sekolah menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar.


Apa pun, hakikatnya mereka mempunyai ibu ayah, guru dan polis untuk menegur perlakuan bercanggah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beringat sebelum kena itu lebih baik.

Dalam tempoh kira-kira 72 jam lagi kira-kira 100,000 rakyat Malaysia dilaporkan bakal menyertai kempen di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, saya tidak pernah terbabit dalam arena politik, itu kenyataan berbentuk fakta. Entri ini ditulis untuk saya berkongsi buah fikiran  peribadi bersama pembaca dan andai kata kandungan catatan ini tidak dipersetujui, pandangan itu juga berbentuk peribadi. 


Dalam program temubual, Soal Jawab disiarkan oleh TV3, jam 11 malam Rabu lalu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid antaranya mengingatkan orang ramai tidak menyertai perhimpunan haram itu.

"Ia (kempen) bermatlamat untuk membuatkan negara ini hilang kawalan dari segi keselamatan"

Baca laporan akhbar Kosmo di sini.

Jika penjual air dan makanan dibenarkan berniaga di kawasan Kompleks terbabit, pastinya mereka meraih keuntungan. Wang poket ratusan ribuan pelanggan bakal memenuhkan kocek sekaligus menambah rezeki untuk peniaga menyara keluarga.

Namun peluang itu tidak akan terbuka kerana pihak berkuasa dipercayai bakal menutup semua pintu masuk ke lokasi.

Kedudukan Kompleks di posisi 'D' dalam Google Map di bawah kelihaan agak terasing, memudahkan polis mengawasi pergerakan penyokong kempen.


9 Januari, hari bekerja justeru kakitangan mahkamah dan mereka terbabit menghadiri sesi perbicaraan akan berada di lokasi sama seawal jam 9 pagi. Andai penyokong kempen meneruskan perhimpunan, aliran trafik keluar masuk juga dijangkakan terganggu.

Tersilap percaturan, perhimpunan terbabit akan melumpuhkan sistem pengangkutan.

Justeru, tidak menguntungkan orang ramai.


Petang semalam, saya meninjau mahkamah boleh diakses menggunakan 2 jalan, di hadapan dan di belakang bangunan.


"Kami mendapat maklumat, selepas subuh 9 Januari itu nanti, tugas kawalan akan diambil alih oleh polis," dakwa pengawal keselamatan bertugas.

Saya juga difahamkan, pintu utama mahkamah ditutup pada jam 7 malam setiap hari.


Terdapat kawasan parkir kenderaan di hadapan mahkamah. Ruang terbabit sesuai untuk dikawal oleh pegawai dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan, FRU.

Baca laporan The Star di sini.


Seperti sewaktu menangani perhimpunan Bersih 2.0, pihak polis juga dipercayai akan mempraktikkan kaedah kawalan sama. Di setiap pintu masuk, orang ramai berkenderaan menuju ke Lembah Klang akan 'ditapis' dan diperiksa. 

Mereka disyakki datang bertujuan untuk menyertai perhimpunan haram akan disekat dan diarahkan berputar balik. Tugasan itu disempurnakan oleh pegawai dan aggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontingen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai di Kuala Lumpur dan Selangor.

Jika diteliti, mereka juga tidak untung kerana polis tidak dibayar untuk bekerja lebih masa.


Untuk rekod, saya mengenali Datuk Dr. Hassan Ali ketika beliau menjadi pakar motivasi sebelum menyertai Pas. Dalam kenyataan terbaru, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, juga anak kelahiran Klang itu melarang orang ramai untuk menyertai kempen sedang hangat diperkatakan, klik di sini.

Datuk Dr Hassan dilihat tidak beruntung kerana kenyataan beliau pasti tidak disenangi oleh pelbagai kelompok.


Sebagai individu terpelajar, beliau barangkali terfikir, hasil kempen terbabit lebih banyak merugikan rakyat.

Saya percaya, perhimpunan itu akan menarik perhatian media cetak dan elektronik dari negara asing. Dunia akan melihat mahkamah di Malaysia kononnya tidak berkredibiliti. Ramai mungkin berasa pelik, mengapa kempen pembebasan itu dirancang sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim belum lagi dijatuhkan hukuman? Jika beliau didapati bersalah, penyokong perhimpunan haram meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan itu sekaligus berstatus penghina keputusan mahkamah dan boleh dihukum.

Itu fakta.


Sebelum ini, saya pernah merakamkan gambar beberapa perhimpunan tanpa permit kerana ingin melihat dengan mata kepala kejadian berlaku.

Saya yakin, pegawai dan anggota FRU, Cawangan Khas, SB dan ramai lagi dari Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM akan digerakkan untuk mengawal dan menyuraikan perhimpunan dirancang berlangsung dalam tempoh  3 hari lagi. Jika benar kira-kira 100,000 penyokong bakal terbabit, provokasi dan tindakan tidak diduga, dijangka akan tetap berlaku. Akhirnya, PDRM untuk kesekian kali bakal didakwa bertindak kasar seperti sebelum ini.

Jika ketika perhimpunan haram disuraikan oleh FRU, lazimnya ramai penyokong basah akibat disembur air atau gas pemedih mata, mereka juga tidak beruntung.

Bertambah buruk jika sebilangan mereka tercedera sewaktu melarikan diri.

Ringkasnya, majoriti percaya perimeter Kompleks Mahkamah Jalan Duta akan dibanjiri polis pada tarikh kempen, jika dilaksanakan. Maka bukan tindakan bijak sekiranya penyokong menyerahkan tengkuk di situ.


Jika didapati melanggar sistem perundangan negara, penyokong kempen akan diberkas, dibawa ke balai polis atau ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tujuan dokumentasi dan lebih tidak beruntung jika dituduh di mahkamah. Turun naik mahkamah, bukan kerja mudah, membazirkan masa dan wang.

Seperkara lagi, jika penyokong berkempen ditahan, tindakan itu juga akan mengganggu kerja pada keesokkan hari sekaligus mengakibatkan kerisauan di kalangan ahli keluarga.

"Kalau semua penyokong tidak berkumpul di mahkamah, mungkinkah mereka berhimpun pula di lokasi berbeza di seluruh negara?," soalan dikemukakan rakan.

Jawaban kepada soalan itu bakal kita saksikan kelak pada 901.

Terkini, PDRM dilaporkan membuka ruang perbincangan kepada pihak perancang kempen untuk membenarkan mereka berhimpun secara aman, baca laporannya di sini.

13 ulasan:

  1. dia org yang cari pasal..bila polis bagi arahan suruh bersurai tak nak..dio merempuh dan polis bertindak..lepas tu gasak rekod dan jaja mengatakan polis kejamlah, anjing umnolah..pada hal otak suma letak kat lutut..kebanyakan yg ikut buat kecoh tu org pendek akal..

    BalasPadam
  2. alamak... dah la kerja hala ke KL... anak pun sekolah kat KL... haru je pagi 9hb. tu... harap-harap takde apa tak baik la hendaknya... Amin

    BalasPadam
  3. Ya tak ya juga. Verdict mahkamah belum keluar, jadi apa yang mereka nak 'bebaskan'? Macam udah tau yang OKT akan didapati bersalah.

    Polis bersikap agak neutral kali ini dengan membenarkan perhimpunan aman (?) dijalankan. Tapi ia takkan aman sekalipun, penunjuk perasaan bakal menggunakan taktik provokasi seperti biasa.

    Tetapi, pihak PDRM mempunyai 'gambit', iaitu kamera CCTV. Apa yang berlaku pasti dirakam.

    BalasPadam
  4. SMTI...saya tergerak untuk memberikan pandangan setelah sekian lama memendamnya di hati..Pokok pangkalnya, saya amat tidak setuju sama sekali dengan tindakan 'Pakatan Rakyat' untuk membuat perhimpunan ini..terpulang pada individu2 lain sekiranya mereka kurang senang dengan komen ini :-

    1)Sesungguhnya,'pakatan' ini amat mementingkan diri sendiri..tanpa menghiraukan ketenteraman sejagat..

    2)Dari permerhatian saya, mereka sering menggunakan pelbagai 'isu'(terlalu byk) untuk menghasut orang lain untuk terlibat sama..

    3)Tidak cukup dengan itu, mempunyai perangai 'double-standard'sbg contoh penerimaan mereka terhadap PDRM or even Mahkamah Tinggi..sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka, seperti biasa sering kite dengar 'Mahkamah' dikontrol oleh pihak2 tertentu..-konspirasi-

    4)Last but not least, ini pandangan saya pada Anwar Ibrahim..saya tidak akan attack personal life beliau..tapi, saya melihat ketokohan beliau adakah wajar untuk saya menyokong 100%?Jawapannya tentu sekali tidak kerna beliau,
    a)Sangat gilakan kuasa , nauzubillah..
    b)Tiada ketetapan dalam Prinsip beliau bila bercakap tentang agama, bangsa dan negara.

    Sekian.

    BalasPadam
  5. salam bro, menarik kupasan anda ini. kawan menyampah dengan sikap pihak tertuduh yang nak menghuruharakan negara pada 9 jan ini. ntah apa apa lah depa tu.

    paling kawan risau adalah media luar yang pastinya sudah siap sedia untuk memburuk burukkan negara diperingkat antarabangsa.

    bukan kita tidak tahu bahawa Anwar Ibrahim sudah acap kali memburuk burukkan Malaysia dipentas dunia. dan kali ini ianya akan berulang kembali.

    pada kawan buat rakyat Malaysia usahlah turun pergi menyokong seorang yang telah terlibat dalam masaalah peribadinya sendiri. sepanjang perbicaran ANwar Ibrahim telah diberikan peluang yang cukup serba serbi malah jauh lebih baik layanan yang diterima anwar dari penjenayah lain.

    semoga Malaysia akan terus aman, amin....'

    Nyatakan Justice 4 Saiful Bukhari lebih elok dari bebaskan Anwar Ibrahim perosak Negara

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum

    Kalau ada pencacai PR yang nak demo 9 jan ni.. Baca ni..

    BAGUS LAGI LEMBU DILADANG, DARIPADA KORANG SEMUA YANG BANGANG.. ALLAH CIPTA OTAK UTK KORANG BERFIKIR SECARA RASIONAL, TP DISISA²KAN KERANA KETAKDUBAN MEMBABI BUTA! DIULANGI MEMBAAAAABI BUTA.

    CINA INDIA DUK SENYUM TGK ORANG MELAYU BAGAI MONYET MAKAN LADA.
    BODOH PNYA ORANG!

    BalasPadam
  7. saya yakin ada 2 pekara yg menjadi matlamat...
    1. ingin memburukan kerajaan yg memerintah..seterusnya menumbangkan.
    2. membebaskan anwar ibrahim jika mahkamah sabitkan kesalahan.
    justeru..mereka tak akan buat perhimpunan ini secara aman..provokasi dah jadi elemen utama supaya nampak tindak balas pehak polis..seterusnya gambaran ini akan mewajarkan pehak2 luar mengkritik dan beransur ansur campur tangan..
    akhirnya ulang tayang seperti di negara2 arab berlaku disini..
    inila peluang mereka..bak kata perpatah..matlamat menghalalkan cara..

    BalasPadam
  8. Tolak FITNAH Lawan KONSPIRASI??? siapa nak buat fitnah liwat siap ada bukti dalam .......? kenapa pilih utk tdk disoal balas oleh pendakwaraya?? Terlalu banyak putar belit....

    BalasPadam
  9. Pewaris wasiat nak kata....Tak Untung...Rugi ada...!!! kalau tak leh nak fikir memang SAH laa Otak Tak Sihat Jiwa Kacau...!!! Allah Selamat kan Malaysia...amin..

    BalasPadam
  10. wartawan yang beretika tidak akan menyembuyikan fakta sahih, tetapi wartawan yang beretika di sebalik untuk menjaga periuk nasi sanggup menipu fakta memutar belitkan fakta meracun fikiran pembaca terutamanya kepada golongan yang rendah pelajaranya atau kepada orang yang ada kepentinggan peribadi yang akan percaya bulat³, tetapi tidak bagi orang yang terpelajar yang mana ia boleh berfikir, adakah sesuatu perkara itu logik dari segi akal fikiran, apa yang dilihat situasi sekarang ini, orang ada kepentingan sanggup menepikan fakta sahih untuk menjaga periuk nasi masing³, rakyat Malaysia sekarang ini terutama nya dibandar sudah boleh menilai adakah sesuatu yang berlaku itu benar³ telus atau betul terutamanya isu³ yang hangat sekarang ini yang sering keluar dari media arus perdana atau media baru..

    ini hanya pandangan saya sahaja..

    BalasPadam
  11. membazir wang rakyat.....kadang² tak sedar di untung mereka² ni......menyusahkan dan menyusahkan.....biarlah, katanya Anwar dah tak relevan lagi dalam dunia politik pembangkang?

    BalasPadam
  12. Ya Allah aku bermohon kepada Engkau dengan sebenar-benarnya,apalah kiranya dengan Rahmat dan KebesaranMU peliharakan bumi malaysia ini daripada kebinasaan dan kehancuran.Sesungguhnya Qada'dan QadarMu'sedikitpun tidak dapat diketahuhi,Ya Allah,Ya Rahman apapun yang terjadi akan aku jadikan pelajaran dan panduan sebagaimana yang Engkau kehendaki dan aku merafakan tangan menadah kepada Mu agar rakyat Malaysia ditunjukkan jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku dan umat Islam di bumi ini bertambah mantap dan yakin sepenuhnya akan kekuasaanMu yang sebenar-benarnya..amin ya Rabbal alamin.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.