Sabtu, Januari 28, 2012

AKHIRNYA DIA PERGI ...

Dia bersama saya buat sekian lama.

Ke bukit, lembah, paya, tanah datar dan di udara, kami berdua.

Pelacur, penjenayah dan jenazah semua diabadikan tanpa pernah mengeluh kepenatan.

Hasil kerjanya membuatkan ramai teruja, tercabar dan sebilangan bersedih. 

Dia dan adiknya amat berjasa kepada saya.

G12.

Untuk rekod, selama ini majoriti gambar di blog ini dirakam menggunakan kamera Canon Power Shot G12 dan 'adiknya', G9.

G9 sudah tua dimamah usia manakala G12 telah menamatkan riwayatnya (tidak berfungsi) dan bakal disemadikan.

Jasa mereka tidak terbalas.

Jika ada pihak berminat menaja kamera sama, sila berhubung dengan saya melalui emel mazidulakmal@yahoo.com.

Kredit akan diberikan kepada individu atau syarikat sudi menaja kamera terbabit setiap kali digunakan untuk merakamkan gambar dimuatkan di blog ini.

Terima kasih.

5 ulasan:

  1. innalillahiwainailahirojiun.

    saya masih simpan canon a400 saya walau sudah tak berfungsi lagi disebabkan jasanya yang tak terkira.

    sayang nak buang.

    BalasPadam
  2. semoga dapat penggantinya nanti ya...

    btw I've just voted fot you on Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012
    all the besttttt

    BalasPadam
  3. syorkan camera GF2... kecil dan terbaek....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.