Selasa, Januari 24, 2012

SEJAK BILAKAH DKBL MENGELUARKAN LESEN KEPADA PENIAGA DARI CHINA DI PASAR PUDU?

Hari ini sewaktu berada di kawasan sekitar Pudu Sentral, Kuala Lumpur, saya berasa bak melakukan tinjauan di negara asing.

Gambar saya rakamkan di bawah barangkali mempu menceritakan perincian dakwaan saya.


Rakyat Malaysia tidak duduk di tepi jalan utama seperti berikut.


... apatah lagi melepak di tengah laluan pejalan kaki.


Lelaki gay di Malaysia juga pasti sangap untuk berpelakuan seperti berikut di khalayak ramai.


Cuti panjang, hari berkasih sayang. Chewah!


Hakikatnya, semalam dan hari ini, Kuala Lumpur dibanjiri warga asing berasal dari pelbagai negara di dunia ini.


'Bob Marley' di bawah kelihatan sibuk mundar-mandir di hadapan Pudu Central, menjual kacamata hitam melindungi mata dari terik matahari.


Di kalangan ribuan rakyat asing itu, pasti tiada siapa mampu menjangka, siapa antara mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah, siapa tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan dan siapa pula penjenayah?


Sebelum memberhentikan kenderaan berhampiran Pudu Sentral, saya sempat berkunjung ke Pasar Pudu, Kuala Lumpur.

"Ada buat rakaman untuk 999 ke?"

Itu antara soalan paling kerap diajukan kepada saya. Barangkali ramai peniaga tidak mengetahui atau menyedari fakta, saya sudah tidak terbabit dalam penerbitan 999. Kini saya menerbit dan melaporkan bingkisan untuk Majalah 3.

Untuk rekod, paparan pertama hasil karya saya akan disiarkan di TV3  pada 11 Februari 2012, bermula jam 9 malam, selama kira-kira 1 jam.

Sewaktu berjalan-jalan di Pasar Pudu, saya berhenti melihat peralatan elektronik dijual.

"Jangan berdiri di sini! Ini tempat saya berniaga, berdiri di sebelah sana," ujar peniaga wanita di dalam loghat Indonesia.

Saya enggan membuat kesimpulan berhubung identiti sebenar wanita terbabit lalu lebih molek saya mengajukan soalan untuk mencari fakta.


"Mak cik ini orang mana?," soal saya.

"Indonesia," balasnya.


"Biar saya bagi tahu, saya lahir di Malaysia, ini negara saya. Kalau di Indonesia, mak cik hendak menghalau sesiapa, terserah. Tempat ini terbuka, bukan milik mak cik selaku warga Indonesia. Di mana sekalipun saya berdiri, bukan hak mak cik untuk menentukannya. Usah diberikan betis hendak paha, macam Belanda dapat tanah," jelas saya kepadanya.

Saya tidak berniat untuk berlaku kurang ajar tetapi sekadar menjelaskan fakta kepadanya.

"Faham ke?," soal saya lagi.

"Faham," balasnya.

"Bagus sangat kalau begitu," celah saya sebagai penyudah kata.

Tidak jauh dari lokasi wanita itu berniaga pelbagai jenis pisau, saya menghampiri lelaki berwajah pelik. Dari cara dia berkomunikasi, saya mampu menelah, dia bukan warga Malaysia.

"Where are you from?," tanya saya.

"I don't know," balasnya spontan.


Biar saya berbesarkan sedikit gambar wajahnya, biar mudah penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL dan Jabatan Imigresen mengenali peniaga terbabit.


"Are all these (barang) original?," soal saya lagi.

"I don't know," jawabnya.

Terfikir, apa dia tahu sebenarnya?


"How much is this?," soal saya sambil menunjuk ke arah head set berwarna-warni.

"Two hundred eighty," balasnya.


Oooooo fahan pula dia apabila saya mengajukan soalan berhubung harga barangan dijual, kenyataan itu terlintas di benak fikiran. .

Bertujuan menyingkap fakta sebenar, perlahan saya mendekati peniaga warga tempatan di sekitar.

"Dia orang mana?," tanya saya.

"Cina dari China. Dia sudah berniaga di situ lebih 3 tahun, lesen pun tidak ada. Saya pun hairan bagaimana  dia boleh masuk ke Malaysia, bawa beg besar kemudian berniaga di sini. Setiap hari kurang kurang ada di antara 10 dan 20 peniaga dari China. Kita, peniaga tempatan, tidak boleh berbuat apa, nanti bergaduh. Bila kita bagi tahu sama DBKL, dia orang kata tidak boleh buat apa juga," balas peniga berusia 41 tahun itu.

Setiap soalan saya kemukakan, dijawab, 'I don't know' tetapi saya tahu fakta berhubung lelaki berasal dari China itu.

Dia pasti memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial atau pelancong dan kemudian menyalahgunakan dokumen itu, berniaga di Malaysia.


"Kita tahu dia datang sini untuk mencari makan tetapi alasan itu tidak membenarkan dia melanggar peraturan ditetapkan di negara ini," celah saya.

"Itu orang, 'buang harga' banyak teruk. Contoh, kita jual itu bluetooth set RM50, dia jual RM40. Macam mana kita, peniaga tempatan mahu cari makan?," ujar peniaga sama.

Saya kemudian merakamkan gambar peniaga warga asing itu makan sambil berdiri.


Saya kemudian menghantar pesanan ringkas, SMS, kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

Berikut kandungan SMS terbabit.

'Salam Tan Sri. Saya ke Pasar Pudu, KL, pagi tadi. Peniaga merungut kerana pasar itu dibanjiri peniaga dari China. Mohon pihak penguatkuasa membuat pemeriksaan. Cerita dan fakta, saya muatkan di blog saya http://mazidulakmal.com. Jasa Tan Sri didahului ucapan terima kasih'.

Semoga DBKL melaksanakan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang termaktub.

Tolong kongsikan entri ini di Facebook pembaca sekalian, terima kasih.

30 ulasan:

  1. Salam..sy kagum dgn jati diri dan keberanian en.mazidul..yea ini negara kita malaysia..napa kt kena takut dan bg muka dkt pendatang..tp mungkin juga saiz dan pesonaliti en.mazidul org agk takut nk lawan or bertengkar blk hehe..tp artikel spt ini memberi inspirasi kpd sy ini negara sy..knapa sy perlu tunduk or takut dkt bangsa asing yg menumpang secara haram kat sini...pihak bkuasa tlg cpt ambik tindakqn..supaya dorg tau xboleh buat suka hati kat negara org...
    B

    BalasPadam
  2. Kuasa blog lebih daripada media konvensional lain.

    Hari ini, dunia blog mempengaruhi pemikiran, lebih daripada media cetak dan elektronik lain.

    Saya yakin mesej kepada Datuk Bandar KL akan mendapat respons yang cepat.

    BalasPadam
  3. datuk bandar berani ke bertindak?mana lebih penting kerusi empuk di dewanbandaraya dengan nasib peniaga tempatan.
    syabas en mazidul....saya sokong penuh apa yang en mazidul lakukan.
    kita dah tak bolih percaya dan berharap dengan pihak penguatkuasa tak kira dbkl,mbpj atau imigeresen buat kerja.
    sebagai rakyat malaysia kita bongkar dan dedah mana tak betul.
    bongkar juga mana2 peniaga yg dapat lesen tetapi menyewa dan pajak lesen/tapak kepada warga asing.
    syabas....

    BalasPadam
  4. respon cepat tanpa tindakan tak ada gunanya.
    bertindak berdasarkan aduan sama seperti makan gaji buta.
    pepatah orang tua mengata tunggu jolok baru nak gugur...alamatnya busok atas pokok.

    BalasPadam
  5. warga asing kat rawang siap bukan kedai runcit..adakah dibenarkan..saya kurang arif..tolong bagi penjelasan.

    BalasPadam
  6. Bertuahnya Malaysia..untung sapa jadi rakyatnya..diwaktu segelintir rakyatnya heboh memperjuangkan nasib individu warga lain datang mengambil kesempatan atas kemewahan di negara sendiri......

    BalasPadam
  7. muka 3rd world countrymen ajer semua... memalukan status KL & Malaysia... tak boleh halau je ke?

    BalasPadam
  8. bila bende2 ni trjadi kita terfikir sejenak adakah pegawai2 DBKL tu semua makan rasuah... teringat peristiwa di kg pdn ..kg saya tu satu makcik berjual gerai makan mengeluh...sedih kalau nmpk pegawai2 DBKL dtg dr jauh... tu semua nk makan free la tu... nk halang makcik tak mampu...sudahnya keuntungan haritu hbs di mkn pegawai2 DBKL.... ini blom lg masuk pasar chow kit ... lg la seperti berada asing di indonesia... kebanjiran warga asing nak tak nak saya salahkn pihak berwajib...

    BalasPadam
  9. dalam berita tv malam tadi imigeresen menahan sebuah kereta yg diguna membawa 4 orang pati keluar dari negara.
    pati2 ini dilaporkan bekerja dibedong kedah.
    satu persoalan ialah sudah berapa lama mereka tinggal dan bekerja secara haram dinegara kita,kenapa sebelum ini tidsk ada tindakan.
    bila mereka nak keluar baru ditangkap,senangnya tugas penguatkuasa dalam menjalankan tugas.
    ini ibarat memasang lukah ditempat genting.
    pati tu dah nak balik biarlah mereka balik,kini ditangkap,dibicara dan dipenjarakan apa yg kita dapat.
    sepatut waktu mereka masuk dan berada dalam negara ditangkap.
    pihak imigeresen dan lain2 penguatkuasa dengan megah melapor mereka menahan sebuah bot yg membawa pati untuk pulang ke indonesia.
    bagi saya itu kerja bodoh,orang nak balik kita tangkap sedangkan yg bersepah berniaga,bekerja dan memenuhi sesuatu kawasan perumahan serta memandu dan menunggang
    dijalan raya malaysia tanpa dokuman dan lesen dibiarkan seolah ini negara bapak mereka.
    yg didalam negara dibiarkan untuk menikmati segala subsidi buat rakyat malaysia.
    yang nak pulang ditangkap,diberi makan dilayan menggunakan wang milik rakyat.


    hashim saad.
    klana jaya.

    BalasPadam
  10. Cuti2 nak gi jalan KL pun dah tak brp best skrg terutama bila nak naik pengangkutan awam. Penuh dgn mereka sahaja.

    BalasPadam
  11. macam mana lah boleh lepas masuk malaysia cina nie.Alien(orang asing) ni masuk malaysia je jadi kurang ajar! tu baru niaga belom atas jalan lagi kurang ajar!

    BalasPadam
  12. tu baru niaga orang asing cina! belom atas jalan lagi ,lagi kurang ajar die ats jalan!

    BalasPadam
  13. mmm.....musim cuti KL penuh dengan pendatang....dah naik malas nak ke KL dengan keluarga.....

    lepak merata² di segenap jalan....xde rasa malu dan hormat kepada penduduk tempatan

    BalasPadam
  14. PAS pelajar, PAS lawatan Sosial & segala mcm PAS yang disalahgunakan sekarang ni..

    BalasPadam
  15. malaysia dah jadi negera kedua warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar dll terutama KL.kalau datang dan bekerja secara sah xpe jgk, ni tak, buat perangai.

    BalasPadam
  16. nak buat macam sikap pilih bulu dari dulu,kini dan selamanya dah ada dalam diri..berani bertindak pada bangsa sendiri saja...salah sila betulkan..kalau nak bukti buka mata lihat betul-betul..apa beza gerai goreng pisang dan kedai mamak..dan lain perbandingan ditempat anda sendiri.

    BalasPadam
  17. Liputan yg sgt baik! Bg saya penguatkuasaan yg tdk tegas adalah sbb utama mengapa masalah kebanjiran warga asing terjadi di Malaysia. Hairan ya... takkan la PBT takde data terkini tentang keluar masuk warga asing di Malaysia.

    Atau... adakah hanya rakyat biasa je yg rasa semak dengan pemandangan melampau warga asing ini? Sebab hanya kita je yg jalan2 di tempat sebegini kn....

    BalasPadam
  18. Salam En. Mazidul

    Semalam jam 9.30 am - 10.30am saya berada di terminal bas Butterwoth atas urusan menghantar anak utk menaiki bas balik ke Kota Bharu, Kelantan. Keadaan nya sama spt yg En. Mazidul laporkan. Dimana mana kelihatan bangsa asing saja manakala warga Malaysia sendiri berada di celahan padat bangsa asing tersebut. Kepadatan manusia dari bangsa asing sehingga Warga Malaysia rasa kekok untuk berada bersama di situ.

    Dengan fesyen pakaian yg amat merisaukan mata, fikiran dan kebiasaan beserta dgn gelagat lelaki dan perempuan tua muda amat menjejaskan suasana di tempat dlm Malaysia ini.

    Adakah usaha utk pembersihan akan dilakukan oleh phak2 yg berkuasa atau ianya akan dilakukan setelah berlaku sesuatu gejala yg amat mudarat atau ianya akan dibiarkan selagi urusan perniagaan boleh dilakukan kpd bangsa asing tersebut yg mana ada keuntungan di situ...

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. saya sebagai anak Malaysia sedig dengan keadaan ini.. 10 tahun akan datang bagaimanalah agaknya wajah negara kita.. sekarang pun dah ramai warganegara asing yang menikmati kemudahan sama seperti rakyat sendiri.

    BalasPadam
  21. salam En.Mazidul,

    Semalam saya baru balik dari lampung, tiba2 terkeluar luahan rasa dari orang tua tentang budaya rasuah yang berlaku didalam kopersai Pusat Mengumpul Sawit... apa yang memilukan adalah luahan rasa dari orang tua yang tidak tau saluran mana yang terbaik untuk membuat aduan rakyat terhadap kepincangan dan penindasan yang berlaku yang hampir menjangkau 10 tahun bila diurus oleh orang yang sama hampir 10 tahun, terlalu bayanyak penyelewengan yang berlaku..

    Apakan jalan terbail yang pada pendapat saudara, yang patut saya lakukan untuk membantu

    BalasPadam
  22. Salam saudara,

    Saya mencadangkan saudara memanjangkan masalah ini kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik..Kami juga mahu tengok beliau bertindak atas kapasiti 'Rakyat didahulukan'

    BalasPadam
  23. Apa khabar Dato KDN kita? 6P apa cerita?

    BalasPadam
  24. salam en mazidul,
    agak-agaknya kenapa mereka tidak mengambil tindakan terhadap peniaga asing tersebut walaupun mereka tiada lesen? saya betul-betul terkilan dengan sikap sesetengah PBT yang selalu mengambil tindakan terhadap peniaga tempatan sedangkan peniaga asing dibiarkan berleluasa walaupun terang-terangan mereka melakukan kesalahan... Di manakah keadilan jika peniaga tempatan sendiri seperti dianaktirikan oleh PBT?

    BalasPadam
  25. yang paling penting kita tubuhkan NGO atau persatuan yang anti warga asing yang datang dan berniaga secara haram di negara kita. kalau ada NGO seperti inis aya pun nak join..meluat rasanya bila lihat bangsa kita dihina dibumis endiri pleh warga asing yang tak tau bersyukur ni... harap En Mazidul ambil inisiatif utk mewujudkan NGO atau persatuan ini...

    BalasPadam
  26. salam en mazidul,

    baru lepas baca entry ni kat sini...

    http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/01/3-tahun-lamanya-benarkah-unit.html

    tak ada kredit untuk en mazidul pun, ada kebenaran ke tak? tk syok la cam ni kan?

    BalasPadam
  27. salam charlotte arphenee & sdra mazidul;

    saya dah nyatakan sumber berita pada posting yang saya link cerita dan pembongkaran yg sgt baik ini.

    good job bro..!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.