Isnin, Januari 09, 2012

UPDATE 3 MAHKAMAH



Anwar Ibrahim tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Penyokong beliau di luar pagar terkawal.

Sedikit kekecohan berlaku ketika Anwar memasuki pintu utama berikutan ramai jurugambar cuba merakamkan kehadiran beliau.

Adam Adli berucap kurang 2 minit sebelum Anwar tiba. Kemunculan Adam tidak menimbulkan impak kerana 'over shadowed' oleh Anwar.

Penyokong Anwar masih berkumpul di ruang pakir dan menunggu keputusan mahkamah pemimpin mereka.

Dianggarkan 5,000 penyokong berada di lokasi ketika
ini.

Kakitangan ambulan dari Hospital Kuala Lumpur bersedia memberikan bantuan jika diperlukan kelak.

Laporan seterusnya bakal menyusul.

posted from Bloggeroid

6 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.