Rabu, Januari 04, 2012

TETEK BESAR RAMBUT PANJANG MENGURAI

Sejak 3 minggu lalu, restoran mamak berhampiran rumah saya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor mula dikunjungi oleh beberapa pondan.

Pondan bertetek besar, mengenakan skirt serta berambut panjang mengurai.

Kira-kira jam 12 malam tadi, ketika mereka duduk melayari internet dan minum, 6 lelaki warga asing melintas di kawasan berhampiran, berhenti dan kelihatan terpaku.

"Tengok apa?," soal saya.

"Tunggu kawan," jawab mereka serentak.

Namun setiap mata masih memandang tepat ke arah 2 bapok duduk kurang 1 meter dari lokasi saya berdiri.

"Bolehkah saya bercakap sedikit?," tanya saya kepada bapok terbabit.

Tiada jawaban kedengaran.

Hanya bapok memakai skirt berwarna merah jambu sedikit mendongakkan kepala dan menunggu saya meneruskan percakapan.

"Saya mendapat laporan, ada antara kawan-kawan awak mula cuba menawarkan khidmat seks oral kepada penduduk di sini. Bila saya menerima aduan itu maka saya terpaksa bercakap. Saya tidak berhasrat untuk memalukan tetapi sekadar memberikan peringatan pertama dan terakhir," ujar saya.

Rakannya duduk di sebelah kelihatan terus melayari internet, langsung tidak mengendahkan kata-kata saya.

"Awak lelaki ke perempuan?," soal saya.

"Lelaki," balasnya ringkas.

"Tetapi berperawakan dan berperangai seperti perempuan. Saya menghormati awak semua tetapi pada masa sama awak semua harus menghormati kami sebagai penduduk di sini. Kalau hendak menawarkan khidmat seks, please buzz off, kawasan ini bukan tempatnya," terang saya.

Lazimnya, ramai berkata tenaga pondan setara tenaga lelaki normal jika mereka marah. Apa pun saya telah bersedia menghadapi situasi tidak dijangka. 

Jika mereka bertindak kasar maka kasar juga balasan mereka terima.

Setelah meluahkan perasaan terbuku kepada mereka, saya kemudian menghubungi Hotline Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, 1 800 88 2424.

"Kalau mendapat aduan sebegini, kami pergi, tahan mereka dan hanya boleh kaunseling sahaja," ujar kakitangan bertugas di pejabat.

"Siapa Pegawai Perhubungan Awam JAIS sekarang?," soal saya.

"Tidak tahu," balasnya ringakas.

Saya terdiam. 

Terfikir, jawatan Pegawai Perhubungan Awam itu penting sebagai penghubung di antara media dan JAIS.

"Saya bertugas di unit operasi, baru setahun," jelasnya.

" ... dan tuan tidak tahu siapa Pegawai Perhubungan Awam?," tanya saya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

Barangkali, dia bertugas shif malam dan tidak berpeluang bertemu pegawai atasan di JAIS sejak setahun lalu.

"Tidak mengapa, saya tinggalkan nombor telefon bimbit dan mohon dirujuk masalah di hadapi ini kepada pegawai lebih berpengalaman," pinta saya.

Dia bersetuju.

Tingah laku bapok terbabit sudah keterlaluan, gedik dan kelihatan terlalu bangga memperagakan pakaian mendedahkan tetek silikon di khalayak ramai.

"Kekadang ternampak ada lelaki mengambil mereka menggunakan kereta pada waktu malam. Semua ada 6 orang kalau tidak silap saya dan dengarnya mereka bekerja di The Curve, Damansara. Saya perhatikan, kalau ramai lelaki di restoran itu, semakin menjadi auw! mereka," ujar pengawal keselamatan bertugas di pintu masuk pangsapuri.

Saya mendengar.

"Kalau mereka membuat 'business' di sini memang tidak patut, bukan apa, nanti takut penempatan ini menjadi seperti Chow Kit Road pula," tambahnya.

Saya bertekad untuk menghalang kejadian itu berlaku, InsyaAllah.

11 ulasan:

  1. bro,

    hantu kopek kot?

    hahaah!

    BalasPadam
  2. Encik MAS,

    Saya kagum dengan keberanian dan sikap 'slumber' encik untuk menegur apa yang tidak patut.

    Apa basic principles or tips encik menjadi orang sebegini?

    Amat berguna kalau dapat share dgn semua org untuk dijadikan teladan.

    BalasPadam
  3. SMTI...sgt terkesan dengan sikap bertanggungjawab saudara mazidul..terbaik

    BalasPadam
  4. tegur dgn cara yang terbaik abg buat......kalo kna cepuk abg cepuk dia semula....mmg berani laaaa....dah nama kawasan abg kn pe nk takut....Allah kn ada

    BalasPadam
  5. smti...auuww...gediks!! muahahaha....aiyohh...geli nyah...haha..

    BalasPadam
  6. :) tak tahu kot...saya kalau tanya boss yang tak pernah datang dan menjenguk...confirm tak tahu.....

    BalasPadam
  7. mmg banyak..sampai ader die bleh paksa-paksa kiter sampai kiter plak rase x selesa n blah dari situ..huhu

    BalasPadam
  8. Teringat pada perempuan Siam di Bestari Maju tempoh hari. Agak meragukan juga tu.

    BalasPadam
  9. baca tajuk entry, ingat mazidul nak tulis cerita hantu pengalaman 666 terkini. rupa2nya nan ado... cerita bapok pulak :0)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.