Isnin, Januari 30, 2012

DEDAH (UPDATED)


Barangkali sebilangan pembaca gemar menjeling gambar di atas berulang kali. Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana bak kucing dan ikan. Jika ikan tidak dimakan, dijeling sudah mencukupi.

Agaknya gambar sebegitu ditakrifkan sebagai seksi. Mudahkan untuk menarik perhatian lelaki? Biarkan sahaja buah dada terdedah atau sembunyikan sebahagian organ terbabit maka ramai lelaki terliur melihat.

Mengapa sebilangan perempuan sanggup dirakamkan dalam keadaan sebegitu?

Adakah mereka berasa puas?

Bukan hanya perempuan barat, segelintir perempuan di negara kita juga didapati secara sukarela menampilkan pose hampir sama. 


Barangkali tindakan itu didorong dek imbuhan berbentuk wang atau sebab tersirat.

Apapun dalam kes 'tutup sedikit' ini, si pempamer kelihatan gembira, si penonton ceria.

Tetapi ramai pasti baran andai mulut mereka ditutup.


Di dunia maya, penulis memilih subjek serta bahan mereka gemari untuk dikongsikan bersama pembaca. Selama lebih 3 tahun menulis di sini, saya cuba untuk menukilkan entri  tidak mudah dijangka kandungannya.

"Awak tidak tidur ke?"

Itu antara soalan seringkali dikemukakan kepada saya.

Saya tidur tetapi mungkin waktunya kurang berbanding waktu tidur majoriti pembaca. Tidak bermain golf, jauh sekali futsal justeru banyak masa saya peruntukkan untuk berkongsi buah fikiran bersama masyarakat sudi membaca.

Bagaimanakah saya mendapat ide untuk menulis? Lalu berupaya menghasilkan sekurang-kurangnya satu entri sehari.

Jawabannya mudah.

Hakikatnya saya gemar membaca dan melihat kejadian di sekeliling. Membaca untuk mengumpulkan fakta manakala melihat kejadian di sekeliling membantu saya dalam penceritaan.

Saya sedar sebilangan pihak amat membenci hasil pendedahan di blog ini. Pondan, golongan gay dan lesbian antara mereka. Begitu juga penjual cakera optik cetak rompak, pengusaha premis perjudian serta pengemis asing berkunjung ke Malaysia bertujuan untuk memperdayakan rakyat negara ini.

Warga Nigeria pernah didedahkan kegiatan penipuan bangsat mereka juga pasti spontan meludah jika berselisih dengan saya.

Namun itu nasib penulis seperti saya.

Kadangkala dicaci dan dikeji, sesekali dipuji.

Jika berhasrat hanya ingin disanjung, lebih baik saya menulis berhubung subjek menggembirakan hati semua pembaca seperti bahan berhubung dunia pelancongan dan entri memaparkan resepi pelbagai juadah enak. Ramai seronok apabila berpeluang menjenguk destinasi kunjungan ramai sambil menjamu selera.

Kan?

Hemat saya, kekadang selaku penulis, kita harus bersuara secara lantang selagi tidak melanggar peraturan mahupun undang-undang di dunia penulisan. Syarat utama, elakkan daripada menabur fitnah kerana dunia kita huni ini hanya sekadar pinjaman. Balasan perbuatan samada baik atau jahat itu pasti dan bukan illusi.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pembaca budiman kerana sudi mencalonkan blog ini di bawah kategori Vocal Blog untuk bertanding di World Bloggers And Social Media Awards 2012.

Terima kasih juga kepada pembaca telah mengundi biarpun prosesnya sedikit remeh.

Andai pembaca ingin melihat blog ini dinobatkan sebagai Vocal Blog terbaik, sila klik di Most Vocal Blog dan gunakan hak untuk memilih.


Saya juga ingin MENGENALI identiti pembaca sudi menyokong, jadi sila tinggalkan catatan 'SUBI', bermaksud 'Saya Undi Blog Ini' di ruang komen.

Sila kongsikan entri ini di Facebook

46 ulasan:

  1. En Mazidul, tahniah! Kalau kita ikhlas, insyaallah ganjarannya sentiasa ada. Kalau tidak didunia, di akhirat nanti, insyaallah. Sekurang-kurangnya sebagai wartawan dan juga blogger dapat juga awak menunaikan tanggungjawab sosial untuk masyarakat. Pedulikan laa mereka-mereka yang berkenaan tu. Memang lumrah, pasti ada yang tak suka apabila kegiatan mereka didedahkan.

    Apa pun, tahniah dan terus kan berkarya selagi hayat di kandung badan.

    BalasPadam
  2. Salam Bang Mazidul..
    #saya VOTE yg ke 109. (bru berkesempatan nak sign up guna lappy, guna HP susah)..

    Saya boleh dikatakan seorg pembaca silent reader blog bang Mazidul, byk kes dan cerita terkini dan sensasi yg saya tau dan baca dalam blog/FB bang Mazidul, sampaikan saya buat add rss feed dlm blog saya agar x terlepas cerita bang Mazidul..tapi baru ni saya berani letak komen utk menyatakan kenapa saya vote/suka blog bang Mazidul..

    Dr ikhlas hati saya sebab saya rasa tak semua orang berani menulis kenyataan atau mengulas dgn berani dan jujur untuk menentang dan membangkang apa yg dia rasa benar. Kebanyakkannya yg saya baca hanya c&p saja(menulis), tapi nak ke depan(bertindak)? ermm tidak sama sekali...
    Gud job bang, teruskan kerjaya dan usaha murni bang Mazidul, saya sokong dan akan terus menyokong...

    *ada kelapangan sudilah jemput/komen blog saya yg tak seberapa hebat tu ye bang (sekadar menulis) http://linmdnoor.blogspot.com

    BalasPadam
  3. SMTI & SUBI...( kalau kat sarawak, subi tu maksudnya semut-just for shared )

    BalasPadam
  4. SUBI (97). All the best. No matter what it would be, let it not dampened your spirit for good writing and informational. I hope you will continue to deliver the best, not only for us to read but also to take precautions of our surrounding, our society and our land in utmost.

    BalasPadam
  5. SUBI
    teruskan usaha en mazidul,kami menyokong dan membantu sedaya kami...apa saja yg dibungkus,ditutup,diselimut kita dedahkan jika tindakan itu yg terbaik dan berfaedah kepada masyarakat dan negara.

    BalasPadam
  6. SUBI

    Good luck to Bro Mazidul and Bro Hazrey.. :)

    BalasPadam
  7. Saya salah seorang silent reader blog ini...SUBI.

    BalasPadam
  8. teruskan kelantanganmu bro! apa perlu hipokrit? yang dipapar di sini kenyataan bukannya rekaan dunia khayalan..

    SAYA UNDI BLOG INI
    SUBI
    SUBI
    SUBI

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.