Selasa, Januari 03, 2012

LIF DI CITY OF DIGITAL LIGHTS GELAP

Keindahan I-City, Shah Alam, Selangor, 'City Of Digital Lights', tidak dapat disanggah, pusat hiburan diterangi lampu pelbagai warna sekaligus menarik perhatian ramai pengunjung.


Jam 7.37 malam, saya memasuki lif dari parkir di tingkat B1.


Agak mencuit hati dan menghairankan, lif di 'City Of Digital Lights' saya gunakan bersama pengunjug lain tidak berlampu, gelap gelita.

Keadaan sebegitu mampu mengundang pelbagai kejadian tidak diingini.




Jam 7.48 malam, saya menghampiri pengawal keselamatan berdiri di hadapan Old Town White Coffee dan memaklumkan dia berhubung masalah dihadapi pengunjung.


Dia kemudian didengari menghubungi kakitangan bahagian penyelenggaraan menggunakan walkie-talkie dan memaklumkan perincian berhubung lif gelap itu.

Dari gaya bahasanya saya terdorong untuk bertanya.

"Awak orang negara mana?," soal saya.

"Bangladesh," balasnya ringkas.

"Tahukan, Bangladesh tidak boleh bekerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini?," soal saya.

Bapa kepada 2 anak berusia 33 tahun itu mula kelihatan tidak selesa.


"Di sini Bangladesh ada, Pakistan pun ada kerja security guards," dakwanya.

Saya kemudian meminta dia menghubungi Ketua Pengawal Keselamatan bertugas.

"Awak dulu kerja di mana?," tanya saya lagi.

"Saya dulu Cheras kerja, guna itu service sector permit, kerja itu kedai makan tetapi gaji sedikit, RM800 satu bulan, makan bos bagi. Sini kerja gaji lebih. RM1,400," jelasnya.

Lebih kurang 15 minit kemudian Ketua Pengawal Keselamatan datang menghampiri kami.

Lantas saya berkongi fakta bersamanya.

"Encik pun tahu, selain daripada warganegara Malaysia dan warga Nepal, warga asing dari negara lain tidak dibenarkan berkerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Pengawal ini menyalahgunakan permit dan melarikan diri dari majikan di Cheras," ujar saya.

"Pernah mengambil Melayu kerja, dia orang tidak tahan. Siapa nama encik tadi?," soalnya.

"Niat tidak menghalalkan cara. Siapa saya tidak penting. Saya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan saya tahu pengambilan pengawal  keselamatan warga Bangladesh dan Pakistan bercanggah dengan pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, KDN," terang saya kepadanya.

Berikut antara kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam pada Mei 2011.

'Ada satu pengecualian yang mana kita membenarkan warganegara Nepal yang merupakan bekas tentera untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sini. Warganegara asing yang lain tidak dibenarkan sama sekali untuk menjadi pengawal keselamatan. Jumlah sehingga Julai 2010, sebanyak 5318 orang warganegara Nepal yang diluluskan menjadi pengawal keselamatan dan mereka ini memang mendapat permintaan yang tinggi dari pengendali syarikat keselamatan'


Timbul persoalan, andai berlaku kes jenayah di pusat hiburan itu, adakah pengawal keselamatan berstatus pendatang tanpa izin, PATI itu akan tampil membantu? Contohnya membuat laporan polis berhubung kejadian tidak diduga.

Sedangkan dia sendiri tidak layak menjadi pengawal keselamatan dan kehadirannya di negara ini jelas bercanggah dengan Akta Imigresen 1959/63.

Sewaktu bersiar-siar bersama keluarga, saya terserempak seorang lagi pengawal keselamatan lain, lantas saya menghampirinya. Saya ingin menyingkap fakta sebenar berhubung dakwaan pengawal keselamatan saya temui sebelumnya.


"Awak orang mana?," soal saya.

Dia bak tidak memahami langsung maksud soalan mudah saya kemukakan sekalihus saya terpaksa menggunakan bahasa kedua.

"Where are you from?," soal saya.

"Pakistan," balasnya tanpa senyuman.


Spontan, saya terfikir, mungkin dia menulis laporan berhubung tugasan rutin harian menggunakan bahasa Inggeris.

Untuk rekod, bayaran masuk ke I-City, amat murah, RM10 sahaja untuk sebuah kenderaan.


Saya berharap pihak pengurusan pusat hiburan terkenal itu mengambil kira hal berkaitan keselamatan negara sekaligus tidak menggajikan pengawal keselamatan warga asing secara semberono. Tindakan bercanggah dengan tuntutan peraturan dan undang-undang di Malaysia tetap salah.

Apa pun, terima kasih kepada kakitangan penyelenggaraan I-City kerana bertindak pantas.


Ketika beredar untuk pulang pada jam 10.10 malam untuk ke parkir, saya dapati lif sama diterangi lampu bersesuaian dengan nama jolokan 'City Of Digital Lights'!


Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya terserempak kemalangan ngeri.

Gambar eksklusif di lokasi kejadian terbabit saya kongsikan di sini.

10 ulasan:

  1. rm10 utk parking shj bagi sy sgt mahal. seperti di KL. tapi, kalau masuk dan keluar sebelum 6 ptg, dikira rm1 per entry. lagi 1, parking di dlm bangunan senang untuk masuk tapi terpaksa berhabis minyak untuk keluar sebab berpusing-pusing....hmmmm...mungkin pertama kali n terakhir sy ke sana...

    BalasPadam
  2. Tidak pernah menjejakkan kaki ke I-City. Never had a reason to do so. Takde rezeki lagi untuk berkunjung ke sana.

    BalasPadam
  3. SMTI..
    Kita berjumpa di I-City waktu ini bang.. Sya yg bersalaman dengan abg yg berasal dr Sabah.. Salam perkenalan bang Mazidul..

    BalasPadam
  4. bayaran masuk memang murah...

    saya baru sahaja pergi ujung minggu lepas.. parking punya la jauh.. menapak, mendaki.. dia tutup ak bagi masuk park dlam bangunan..

    yg rasa terkilan juga, tak ada toilet utk awam... bygkan anak2 kecil yg penat bermain, minum byk, dan nak ke toilet.. satu lagi, tempat makan pun terhad...

    BalasPadam
  5. Salam, saya juga pernah ke i-city. Cuma hendak kongsi keadaan suraunya. Terlalu kecil dan terpaksa berhimpit2. Ada tingkap yg pecah dan hanya ditutup dgn papan, namun boleh diintai dari luar.tiada kipas dan agak panas sekiranya ramai yg hendak sembahyang. Saya terlupa pula hendak mengambil gambarnya, hendak cepat pulang sebab tidak selesa. Hendak adu kepada pihak mana ye?

    BalasPadam
  6. Salam, saya juga pernah ke i-city. Cuma hendak kongsi keadaan suraunya. Terlalu kecil dan terpaksa berhimpit2. Ada tingkap yg pecah dan hanya ditutup dgn papan, namun boleh diintai dari luar.tiada kipas dan agak panas sekiranya ramai yg hendak sembahyang. Saya terlupa pula hendak mengambil gambarnya, hendak cepat pulang sebab tidak selesa. Hendak adu kepada pihak mana ye?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.