Isnin, Mac 05, 2012

KEJADIAN ANEH DIALAMI KRU PENYINGKAP FAKTA (PARANORMAL TOUR 2012) DIKONGSIKAN DI SINI (UPDATED)

Pagi 3 Mac, kru 666 dan Penyingkap Fakta berkumpul di Restoran Bestari Maju, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, sebelum bergerak ke lokasi tinjauan Paranormal Tour 2012.


Semua hadir awal kelihatan bersemangat untuk ke Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan. Razali, biarpun tidak berpeluang menyertai antara misi dirancangnya tetap bersama memberikan sokongan kepada semua kru.

Sarapan pagi ditaja oleh D'Ai Nor, 012 936 5596 dan stokis minyak Kasturi Syifa' di Kota Damansara, Puan Lin, 012 6277 300.


Nasi lemak enak dihidangkan, dibuat pelapik perut sebelum semua kru melaksanakan misi dirancang lebih sebulan lalu.

Kebelakangan ini sejak mengetahui Suhaimi mempunyai anak dara manis, ramai 'menghimpit' kru menetap di Kampung Dato' Harun itu.


Orang bujang, apa salahnya.

Apapun, saya percaya sebilangan kru, sekadar gemar mengusik Suhaimi. Gurauan antara mereka menjadikan suasana pertemuan lebih ceria. 

Untuk rekod, setiap kru Penyingkap Fakta menyertai Paranormal Tour 2012, diberikan sehelai baju 666. Pengagihan dilakukan oleh Adam.


Pada masa sama, Suhaimi kelihatan mengukir lebar, gembira membelek but dibelikan oleh Azayusrin. 


Menjelang jam 9.15 pagi, majoriti kru tiba di lokasi.


Borang disclaimer kemudian diserahkan kepada kru Penyingkap Fakta untuk ditandatangani.


Farid mewakili ELS Healthcare Services bertindak sebagai jururawat sekitanya berlaku kecederaan ringan di kalangan kru sepanjang Paranormal Tour 2012 di Jeram Toi.


Berikut nama kru Penyingkap Fakta menyertai Paranormal Tour kedua 2012, Ahmad Nadzmi Rizal, Ahmad Reza Atiq Dzulkifli, Yuhanawati Md Yunus, Hasmizam Abu Talip, Feris Othman Yunos, Firdausi Hazmi Ya'amah, Zulkarnain Azman, Aidil Azizi Zulkifly dan Azizul Azzemin.

Jam 10.35 pagi, semua kru bertolak ke Negeri Sembilan.


Kami tiba di Jeram Toi, kira-kira jam 12 tengahari.


11 jam kemudian ...

"Bang, ada 'benda' membaling dua siling 20 sen dekat kru Penyingkap Fakta di dalam bengkel!," ujar Farid, tenang.


Apakah terjadi kepada 3 kru bersetuju ditinggalkan di dalam bengkel dikatakan berpenunggu di Jelebu, Negeri Sembilan?


Adakah mereka masih mampu tersenyum?


Sebelum ini, dilaporkan beberapa pekerja Indonesia pernah ditarik kaki, sewaktu mereka tidur di premis sama. Terdapat juga dakwaan, entiti paranormal dipercayai mengetuk dinding kenderaan berulang kali di dalam benkel sama.

Semua fakta dimuatkan di Paranormal Tour 2012 : Kejadian Aneh.

9 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.