Jumaat, Oktober 26, 2012

3 KUNCI JIKA INGIN MEMPERISTERIKAN GADIS JORDAN



Dua hari lalu, saya berpeluang berada di sempadan Syiria-Jordan dengan bantuan dua pelajar Malaysia, Huzaifah Basit, pelajar jurusan Fiqh Usul, 25 tahun, berasal dari Negeri Sembilan.

Turut membantu, rakannya berdiri di sebelah kiri, Mohd Firdaus Muhammad Amin, 24 tahun, berasal dari Ipoh, Perak.


Kepada pembaca tidak berpeluang melihat keadaan pintu masuk di sempadan, saya muatkan gambar dirakamkan.


"Pintu masuk ini, Jabir dan ada satu lagi pintu masa di Ramtha," ujar Huzaifah.

"Ramtha?," soal saya.

"Ya, 'tsa', huruf Jawi dengan tiga titik di atas," balasnya.

"Awak ingat saya tidak tahu 'tsa', huruf Jawi dengan tiga titik di atas ke?," soal saya kepadanya.

Mereka terdiam seketika sebelum tertawa.

Saya suka mengusik anak muda, untuk melihat tahap kesabaran mereka.

Tidak saya duga, anak kelahiran Paroi Jaya itu mempunyai bakat memandu laju, hampir menyamai pecutan kenderaan luma F1 di lebuh raya menghubungkan Amman dan Mafraq. Apapun kami selamat sampai ke lokasi tujuan sambil bersembang mengenai gadis Jordan.


Menurut Huzaifah, wang banyak diperlukan untuk mengahwini gadis Jordan.

"Sebelum ini saya pernah belajar di Syiria. Gadis di sana lebih cantik berbanding gadis Jordan. Namun di Jordan pelik sedikit. Ibu bapa mereka menuntut tiga kunci, kunci rumah, kunci pejabat dan kunci kereta. Kalau ingin bertemu kedua orang tua gadis disukai, kosnya ditambah pula 10,000 dinar, lebih kurang RM42,000," kata Huzaifah.

Tidak hairanlah unta jantan di Jordan berdiri sendirian tanpa pasangan di padang pasir seperti dirakamkan oleh jurukamera Majalah 3, Rohaizat Roslan.


Sebelum ini saya pernah berkunjung ke Mesir dan melalui pengamatan, saya mendapati negara Arab terbabit kotor.

Begitu juga Jordan.

Sampah dibuang sesuka hati tanpa memikirkan kebersihan alam sekitar.


Mengapakah penduduk negara Islam bersikap sebegitu?

Namun rakan media dari Agenda Daily berikut, tidak langsung bermasalah merakamkan gambar berhampiran longgokan sampah, tidak jauh dari Kem Pelarian Za'atari di Mafraq.


Saya juga tersenyum seperti rakan wartawan dan jurugambar dari Perak Today, melihat tindakannya. Hanya mereka pengamal media wanita menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Syaria di Jordan.


Saya sempat menemu bual keluarga pelarian di kem Za'atari. Maisarah Abu Hamzah, 35 tahun dan beranak lima. Suaminya tidak dapat dikesan sehingga hari ini.


Seorang daripada anak gadis Maisarah menjadi tumpuan Huzaifah. Saya tidak hairan dengan tindakannya itu.


Ops! Bukan gambar di atas.

... tetapi ini.


Siapakah sanggup menyediakan 3 kunci itu?

Jika ingin belajar mengayat gadis Jordan atau Malaysia, sila klik di sini.

8 ulasan:

  1. kalau cenggini punya comel, 4 kunci saya sediakan. hahaha

    BalasPadam
  2. pembetulan,bukan martha tp ramtha lah abg mazidul..hehe

    BalasPadam
  3. alamak jika itulah prasyaratnya alamat mendaratualah jadinya..huhuhu

    BalasPadam
  4. SMTI: wah..wahhh.. wahhhh... ini tak boleh jadi ni...cantik-cantik gadis Jordan ni.. 'misi' mungkin tersasar kalau lepaskan sang suami pergi menjalankan 'misi kemanusiaan' ni...haha...

    BalasPadam
  5. Apa? Ingat arab ni pembersih ke? Tu sebab ramai nabi-nabi diturunkan di kawasan tandus padang pasir, kerana orangnya jahat-jahat. Semua agama Islam dapat membetulkan mereka. Tidak juga, sampai sekarang asyik berbunuhan .. tak habis2.. (mb)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.