Khamis, Julai 31, 2008

Kantoi!

[ Pic: 'Saya sudah silap la bang' ]

“Kalau pakai meter berapa ringgit dari The Curve ke Palm Spring?,” soal saya.

“Lima ringgit,” jawab pemandu teksi berusia 40 tahun itu.

“Kalau tak pakai meter?,” soal saya lagi.

“Lapan ringgit,” jawabnya.

“Ok la tu, sebab dapat tiga ringgit lebih, you kena denda tiga ratus ringgit,” balas saya.

Pemandu teksi berasal dari Kampung Mubibbah, Sembulan Tengah, Kota Kinabalu, Sabah itu ditahan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ dalam Ops Samaran di Damansara Spring pada jam 6.15 petang tadi. Dalam Ops itu, pegawai JPJ dari Putrajaya menyamar penumpang dan kemudian menahan pemandu teksi degil, tidak menggunakan meter.

“Saya sudah silap la bang,” kononnya berasa kesal.

Lelaki berketurunan Pakistan itu mendakwa mula memandu teksi sejak 2 tahun lalu. Berapa ramai lah penumpang dah kena ‘kencing’ dengan dia ni? Persoalan terlintas di fikiran saya. Misainya perang, mungkin seperang hatinya, tidak bersih. Apatah lagi jujur.

“Macamana boleh dapat mycard?,” tanya jurukamera sewaktu pegawai JPJ bertugas mencatat butiran diri pemandu itu.

“Saya sudah tinggal Malaysia, empat puluh dua tahun,” ujarnya bangga.

Saya bosan apabila dimaklumkan sikap segelintir pemandu teksi enggan menggunakan meter sepertimana ditetapkan undang-undang. Malah ada bersikap bongkak dan biadap. Majoriti menjadi ‘mangsa’, perempuan.

“Guna meter rugi. Mahu naik saya bawa, tak mahu naik, cari teksi lain,” antara kenyataan pemandu teksi pernah saya dengar.

Sebelum membenarkan pemandu itu beredar, dia diperingatkan pegawai JPJ bertugas.

“Dalam tempoh sebulan awak kena bayar denda, kalau tidak kena pergi mahkamah. Kalau tak datang mahkamah, kita tarik lesen awak”

Saya percaya masih ramai pemandu teksi sepertinya. Justeru, JPJ harus terus menjalankan operasi seumpamanya secara konsisten. Saya simpati setiap kali mendengar kes penumpang tertipu dalam kejadian berulang selama ini. Mereka bukan sahaja menipu pelancong asing malah pengguna tempatan.

Sepandai-pandai Tupai Melompat ..

[ Pic: Jatuh ke tanah jua akhirnya ]

Tamat bersiaran Malaysia Hari Ini, MHI saya pulang ke rumah jam 10 pagi. Penat, saya tidur sehingga jam 2.30 petang. Terasa perut lapar, lalu saya ke Sunway Damansara untuk makan.

Alamak! Apa hal pula ni?, soal hati ketika melalui lorong PJU 5/4, Sunway Damansara, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Saya memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Kereta peronda polis menyekat lorong dipenuhi orang ramai. Dari dalam kereta saya terlihat cermin depan kereta BMW 7 series diletakkan di tepi jalan pecah sama seperti cermin sisi. Pantas saya menurunkan cermin tingkap di bahagian pemandu.

“Tu lah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,” kata lelaki berdiri berhampiran kereta saya.

Saya keluarkan kamera dari dalam beg galas. Gambar remaja terbaring berlunjur kaki saya rakamkan. Bibirnya kelihatan berdarah. Saya berdiri hampir dengannya.

“Apa jadi ni?,” soal saya.

“Kawan saya orang Indonesia, dia cakap dia tak ada duit. Saya bawa motor aje,” kata remaja Melayu itu.

Suspek kes ragut itu berusia 21 tahun itu diperhatikan orang ramai majoriti dalam perjalanan balik ke pejabat selepas makan tengahari.

“Orang mana?,” soal saya lagi.

Dia mengangkat sedikit kepala sebelum menjawab.

“Orang KL. Kawan saya tu dah lari”

“Malang nasib awak kali ni. Kawan lari, awak tertinggal,” respon saya.

Remaja itu dipercayai bersekongkol melakukan beberapa kes ragut sebelum ini. Modus operandi mereka seperti dijangka. Warga Indonesia rakannya berperanan meragut barangan berharga. Bukan sahaja lelaki, wanita dijadikan mangsa mereka.

“Saya baru kena ragut. Confirm dia, saya boleh kenal muka

“Dia ni tunggu tepi jalan. Kawan dia ragut, lepas tu naik moto terus lari. Tu tadi baru lepas ragut beg perempuan tu. Ada orang nampak, himpit moto dia pakai kereta. Dia terbabas, langgar kereta BMW,” ujar Ketua Balai Polis Kota Damansara.

Saya rakamkan lagi gambarnya. Pantas dia menarik jeket dipakai lalu menutup muka dengan tangan bergari. Motorsikal miliknya saya hampiri.

“Tengok lah tu, plat motor 4655 jadi 1655. Memang dia ada niat nak meragut sebab itu dia cat angka empat jadi satu,” bisik gadis berdiri berdekatan motosikal terbabit.

“Aduh! Sakit! Sakit!,” keluhnya sewaktu kakitangan ambulan dari Hospital Sungai Buloh membuat pemeriksaan badan.

“Kaki saya belah kanan patah! Aduh! Sakit!,” dia bersuara.

Tengkuknya dipercayai turut cedera. Bagi saya jika benar remaja itu patah kaki atau tengkuk sekali pun, dia masih bernasib baik. Ada kes terdahulu, peragut dipukul orang ramai sehingga maut!

Di Sebalik Malaysia Vs Chealsea

Saya kongsikan artikel dihantar Wan Hamidi melalui emel bersama anda ..

Malaysia-0, Chelsea-2, keputusan perlawanan antara Malaysia dengan kelab handalan dunia tempohari. Sebagai rakyat Malaysia saya teruja dengan perlawanan itu tetapi kerana tidak mampu berkunjung ke stadium Shah Alam saya mengambil keputusan menyaksikan perlawanan bersejarah itu melalui internet. Pada masa sama saya kecewa kerana tiada siaran televisyen percuma menyiarkan perlawanan terbabit secara langsung.

Saya melayari website www.justin.tv. Biarpun visual dipaparkan tersekat-sekat, saya lega dapat mengikuti perlembangan perlawanan. Lebih menarik, di sebelah ruangan paparan itu, disediakan ruang sembang. Saya semakin teruja.

Gelagat sembang para chatters saya pantau. Bermula dengan sembang ringan, lama-kelamaan menjadi tidak terkawal. Maksud saya, ayat-ayat kesat atau off-topic terkeluar di dalam ruang sembang terbabit. Ada golongan saya lihat tidak menunjukkan sifat matang semasa berbual. Pada masa sama saya akui masih ramai menyatakan sokongan terhadap pasukan Malaysia.

Seorang chatter contohnya mencetuskan isu politik semasa negara dan secara tidak langsung mengubah topik perbualan. Akibatnya, wujud pertelingkahan berunsurkan perkauman dan keagamaan.

Saya terkejut dengan beberapa kenyataan dicatat sekaligus berasa terhina membaca pandangan dilontarkan. Jelas masih ada lagi rakyat Malaysia tidak memahami isu sensitif dan tidak bijak dalam menghormati agama dan perasaan kaum lain.

http://onehamidi.blogspot.com/
31 Julai 2008

Atas Nama Cinta

Hairan!

Itulah perkataan pertama terlintas di fikiran saya sebelum mengajukan soalan.

“Awak cakap dia pukul awak, dia terajang awak, dia hempas awak ke lantai, dia baling awak ke dinding tapi awak masih lagi dengan dia?,” tanya saya kepada nya.

Usia gadis itu 23 tahun, bekerjaya dan cantik.

“Saya sayang dia,” jawaban saya terima.

Barangkali anda juga pernah mendengar kenyataan sama sebelum ini cuma dilontarkan gadis berbeza. Mereka sanggup menahan segala bentuk seksaan, menghambakan diri kononnya atas dasar cinta.

“Dia tak ada hak nak buat awak macam tu. Dia bukan tunang, bukan suami pun, cuma boyfriend,” hujah saya.

Dia termenung seketika.

“Mazidul, I dengan dia dah lima tahun. Susah senang bersama. Keluarga dah kenal,” ujarnya dengan wajah sedih.

“Awak tahan semua itu sebab awak dah serah ‘segala-galanya’ kepada dia kan?,” saya menjangka.

“Kan?,” tanya saya sekali lagi dalam nada tegas.

Dia mengangguk.

“Macam ni lah, kalau la dia betul-betul sayang kat awak sepertimana awak dakwa, pasti dia tak akan buat begitu. Pukul terajang tu ertinya sayang ke?,” saya memaksa dia berfikir.

“Percayalah, baru jadi boyfriend dah baran, naik kaki tangan, bayangkan kalau jadi tunang, jadi suami macamana?,” sambung saya lagi.

Ada kes, gadis dicerca, dimaki dan diherdik di hadapan ahli keluarga sendiri. Maruah bagai dilontar ke tongs sampah. Semuanya sanggup ditelan atas nama cinta.

“Tak apa lah, mungkin dia akan berubah,” antara alasan penyedap hati biasa kita dengar.

Walhal menyedari bermain dengan kemungkinan itu bukan tindakan bijak. Ramai perempuan terlupa, setiap kemungkinan ada 2 kebarangkalian. Mungkin dia akan berubah, mungkin juga tidak. Jika tidak, sanggupkah hidup terus-terusan berada di bawah cengkaman lelaki tidak berperikemanusiaan?

Ini saranan saya memandangkan dia masih mempunyai pilihan.

“Awak masih tak terlambat. Lima tahun dengan dia, haru biru. Carilah orang lain. Lelaki benar-benar tahu erti sayang. Marahnya berpada, barannya ada batasan, at least lima tahun akan datang awak lebih bahagia”

"Entah la," balasnya.

Saya juga pernah mendengar lelaki begitu gah melontarkan dakwaan dan memperjuangkan hak, kononnya.

“Dia tu girlfriend aku. Dia hak aku!”

“Sejak bila awak letak cop mohor kat dia?,” saya cuba mempersoalkan satu kepercayaan.

Memang lumrah perangai segelintir lelaki boleh dipertikaikan. Wanita juga mengakuinya.

“I perasan sangat. Bila mula kenal dulu, semuanya manis. Jarang marah. Bila dah lama ni, perangai menjadi-jadi. Salah sikit marah, macam I ni tak ada perasaan. Kalau dulu lepas marah, pujuk. Sekarang ni say sorry pun tak ada”

Sepanjang kerjaya, acapkali saya bertemu golongan perempuan didera suami sendiri. Dipukul sehingga hampir keseluruhan badan lebam, blue black.

“Saya dah buat police report,” katanya bersemangat.

“Biar padan muka dia, dia ingat dia boleh buat apa saja? Selama ni I punya la ikut perintah dia, ikut semua kehendak dia. Macam ni dia buat I?,” luahnya lagi.

Saya lebih suka mendengar.

“Dah banyak kali tahu benda ni jadi, bukan sekali dua. This time, I akan cari lawyer, bawa kes ni ke mahkamah. I’ll fight him and nail him down! I dah tak tahan lagi!”

Kurang seminggu ini kata wanita sama.

“I kesian lah kat dia Mazidul. Sejak kejadian tu, dia dah berubah. Dia pujuk I, minta maaf sampai menangis. Kalau I suruh dia sujud kat kaki I, sujud dia”

Saya sekadar tersenyum.

“Lagi pun, we all ada anak, kalau apa-apa jadi, kesian kat anak-anak,” ujarnya lagi.

“Maksudnya, masih sayang kat dia lagi la ni?,” soal saya.

Dia mengangguk.



Rabu, Julai 30, 2008

Perfume ori ke tak ni?

“Perfume ori ke ni?”

Persoalan biasa dikemukakan golongan penggemar dan pengguna sewaktu ingin membeli minyak wangi. Saya akui, memang sukar mengenal pasti antara minyak wangi tiruan, immitation berbanding asli, original.

Kalau minyak wangi dibeli di Petaling Street atau pasar malam di seluruh negara memang wajar diragui ketulenannya. Jika di kedai bercermin dipusat membeli-belah terkemuka bagaimana?

Sedangkan beg tangan berjenama LV boleh terang-terangan diciplak dan dijual di butik terkenal dengan harga mahal, ini kan pula minyak wangi, terlintas di dalam hati.

Bagi menjawab persoalan itu saya sekali lagi ke Plaza Ampang City, Ampang, Kuala Lumpur. Kali ini ke tingkat dua.

“Saya bawa tiga wartawan ni nak menyiasat, perfume ori ke tak,” gurau saya.

Norasliza, Teh dan Iskandar ketika itu sibuk melihat lebih 3 ribu minyak wangi pelbagai jenama dipamirkan.

“Semburkan perfume atas kertas. Kibas-kibaskan kertas tu biar kering. Lepas beberapa minit, abang tengok. Perfume ori, abang akan nampak kesan semburan masih nampak di atas permukaan kertas tu. Kalau immitation, kesan semburan akan hilang terus,” ujar Mohd Zaliezul Zasry Mohamed, 26 tahun sambil matanya sesekali menjeling Norasliza.

“Sebab apa jadi macam tu?,” soal saya.

“Perfume immitation dicampur spirit, jadi spirit tu cepat meruap dan hilang. Sebab tu kalau tak ori, kena kulit rasa sejuk,” jelas ‘bos’ kedai, bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia jurusan Ekonomi itu.

“Satu lagi cara nak membezakan ori dengan immitation, goncang botol perfume tu. Kalau ori, buih dia kecil-kecil dan cepat hilang, Kalau immiation, buihnya besar-besar macam buih sabun,” sambung Zul.

[ Pic: Kalau ori kesan macam ni .. ]

“Perfume immitation selalunya ada botol 100 mililiter sahaja. Lima puluh, tiga puluh dan dua puluh lima ml jarang sangat,” celah rakannya.

Saya dimaklumkan kos pengeluaran minyak wangi tiruan antara RM2.90 dan RM8 se botol. Justeru, harganya lebih murah.

“Sebab apa bila dah lama pakai minyak wangi sama, bau dia tak kuat?,” soal Norasliza.

“Ala, macam lori sampah DBKL la, sekali lalu bau dia busuk. Bila dah banyak kali lalu, bau dia dah tak kuat,” balas Zul.

Saya tersenyum, sukakan analogi dikemukakan peniaga mendakwa masoh bujang itu.

“So, ada diskaun tak kalau beli perfume kat kedai ni?,” tanya saya.

“Tulis jer dalam blog abang tu, datang sini diskaun antara empat puluh dan enam puluh persen berbanding harga kaunter di kedai lain,” ujar Zul.

Hubungi Zul di talian 03 4252 1001.

“Kalau ada nak kahwin, cadang buat perfume jadi hantaran, kita boleh wrap kan, Upah tujuh puluh ringgit sahaja,” tambah rakan Zul.

Selasa, Julai 29, 2008

Cemburu Macam Air

Kenapa majoriti perempuan kerap cemburu?

‘Perempuan’ dalam persoalan di atas termasuk teman wanita maupun golongan bergelar isteri. Barangkali ramai lelaki termanggu mencari jawabannya. Justeru mari sama-sama kita analisa. Analisa ini berpandukan pergaulan saya bersama manusia pelbagai golongan usia, remaja, pertengahan maupun tua.

Jika kita perhatikan, sikap cemburu tidak begitu menonjol sewaktu di awal perkenalan.

“I tak kisah, I bukannya ada apa-apa pun dengan dia. Gasak dia lah nak keluar dengan siapa,” antara respon biasa dilontar sewaktu perempuan itu bergelar gadis dan baru mengenal lelaki.

“Betul ke you tak kisah ni?,” soal rakan sekadar menduga.

“Betul lah. You ingat I apa? Ramai lagi lelaki kat luar sana nak kat I tau! Bukan dia seorang,” dia menyakinkan diri sendiri.

Tetapi keadaan itu bakal berubah secara drastik apabila gadis itu dinobatkan sebagai teman wanita. ‘Status’ baru. Di kalangan remaja perempuan, berikut petikan kata biasa didengar.

“Kau dah declare dengan dia eh?”

“Dah!”

Itu jawabannya. Satu perkataan mudah difahami simbol bermula pergolakan dalam kehidupan teman lelaki. Seminggu kemudian ..

“You keluar dengan siapa semalam?,” tanya gadis sama.

“Eh! Mana ada I keluar, I duk rumah,” nafi teman lelakinya.

“You cakap biar betul. Ada kawan I bagi tahu, dia nampak you dengan perempuan mana ntah,” ujarnya sambil menarik muka masam.

Bukan yakin tetapi sekadar mencuba nasib dengan jangkaan. Menanti respon lelaki.

Kekadang, perempuan kerap berperlakuan pelik. Gemar melemparkan tuduhan, biar pun tidak pasti. Mungkin ingin menyakitkan hati sendiri. Saya ingin berkongsi hujah bersama anda. Kepada teman lelaki berhadapan dengan tuduhan sebegitu ( tetapi pastikan kejadian keluar dengan gadis lain itu tidak berlaku, anda harus berkata ..

“You tahu tak, dalam negara kita ni, sebarang tuduhan harus dibuktikan. Sebab itu ada mahkamah. Kalau dengar pandang, kita panggil ‘hearsay’. Kawan you kononnya terpandang, you mendengar. Hearsay for your information tak laku langsung dalam mahkamah. So, sila kemukakan bukti sah. Kalau tidak I pun boleh tanya you sekarang, you keluar dengan siapa semalam?”

Pastikan kenyataan itu diungkapkan dengan wajah serius. Jika tidak, pasti anda akan mendengar respon berikut ..

“I cakap serius ni, you jangan main-main!”

Saya perhatikan, gadis tanpa mengenal bangsa kerap melatah apabila berhadapan dengan maklumat berbentuk hearsay selalunya tidak yakin dengan diri sendiri. Maka katakan kepadanya ..

“Apa fasal la nak melatah ni? Kalau betul-betul yakin, you tu ikhlas sayang kat I, betul-betul yakin you menepati spesifikasi teman wanita sebenar, kalau betul-betul yakin you akan menjadi suri rumah I suatu hari nanti, nak rasa tergugat sebab apa?”

Kemudian tambah ..

“You takut ada perempuan di luar sana LEBIH baik dan LEBIH menarik berbanding you ke? Perempuan jenis tak mengamuk tak tentu arah, perempuan tidak melemparkan tuduhan membabi buta, perempuan LEBIH yakin dengan diri sendiri?”

Perkataan ‘lebih’ harus diucapkan dengan nada tinggi. Kalau dia bukan peguam, dia pasti terdiam.

Pada masa sama, elakkan daripada dipantau menggunakan ‘friend finder’, teknologi mengekang kebebasan lelaki dan perempuan. Sekiranya teman wanita atau lelaki bercadang melanggan servis terbabit, ini hujah untuk dikemukakan.

“Macam ni lah, dalam satu hubungan kejujuran adalah asasnya. You boleh tahu I kat kawasan mana. Tetapi you takkan boleh tahu secara tepat I buat apa. Kadang-kadang teknologi ni mencetuskan pelbagai keraguan. Pakai friend finder ni menggugat kejujuran manusia, menimbulkan prasangka. Kata lah I keluar dengan kawan lelaki, you guna friend finder. You tahu lokasi, you call I. I cakap I dengan lelaki. Tapi you takkan percaya, akhirnya cemburu juga, lepas tu gaduh walhal tak ada apa pun. Biarlah kita ni dipantau hati dan kepercayaan”

Saya faham keadaan sebenar kerana ada antara rakan terpaksa berhadapan dengan dugaan itu. Akhirnya hidup bagai ‘lembu’ dicucuk hidung, tali di tangan teman wanita atau lelaki.

Akhir sekali, nasihatkan kepada gadis maupun wanita .. gunakan analogi.

"Cemburu ni macam air. Air kalau sikit, kita minum, buat mandi. Tapi kalau banyak sangat, dia macam Tsunami, boleh naik tinggi, boleh memusnahkan segalanya, boleh membunuh!"

Sikap cemburu perempuan selalunaya berterusan hingga ke jinjang pelamin. Setelah mereka bergelar isteri.

Bagaimana menangani sikap cemburu isteri? Tunggu, nanti saya tulis lagi.

He! He!

Isnin, Julai 28, 2008

Dapat Kat Mana?

Salam

Kepada mereka berminat mendapatkan buku saya, ‘Virus Kehidupan’, sila hubungi MUSTREAD di talian 03-41420611 beralamat di 35, Jalan Wangsa Setia 3, 53300 Kuala Lumpur.

360 siaran 30 Julai, membongkar kisah di sebalik kejadian orang hilang. Hilang atau lari dari rumah? Persoalan bakal terjawab.

Siaran 6 Ogos, 'Ah long cekik darah'. Jangan lupa menyaksikan episod terbabit.

Selamat menonton.

Tak Sejuk

Gambar ini dirakamkan pada penghujung tahun 1988, 20 tahun lalu. Saya di St. Louis, Missouri. Salji pertama.

“Salji tak sejuk ke?,” soalan biasa diajukan.

Mereka biasa ke luar negara atau tinggal di negara 4 musim pasti boleh menjawab soalan itu. Salji ketika turun tidak sejuk tetapi salji membeku di atas permukaan bumi dan kemudian ditiup angin ( wind chill ), sejuk. Kesannya kita bagaikan kehilangan telinga, hujung hidung, jari kaki dan tangan.

Justeru, saya bersyukur menetap di negara sendiri. Biarpun panas tetapi lebih selesa.

Cukup lah 2 gambar, saya tidak berhasrat membosankan anda semua dengan gambar lama. Biarlah saya simpan untuk kenangan ..

Dah Tua

[ Pic: Mazidul, Suhana Ibrahim dan rakan ]

Sepanjang malam saya merakamkan kembali gambar lama menggunakan kamera digital Canon G9, 12.1 megapixels. Gambar dulu kabur, bagaimanapun setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri. Diperhatikan, kenangan lalu datang menyapa minda. 99 gambar berjaya saya rakamkan dalam bentuk digital. Satu daripadanya saya kongsikan bersama anda.

Ini gambar saya ketika meraikan ulangtahun ke 21. Ketika itu saya di Miami, Florida. Di sebelah saya, Puan Suhana Ibrahim, bekas pensyarah UITM dan rakannya.

Ahad, Julai 27, 2008

Langkah Pertama

[ Pic (dari kiri) : Zak, Azma, Yue dan Najhan ]

Awal pagi tadi, jam 1.03 saya tiba di Plaza Tol Bukit Lanjan, Petaling Jaya, Selangor. Pegawai dan anggota Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah menjalankan operasi pemeriksaan kenderaan.

“Bang, boleh ambil gambar?"

“Awak dari mana?,” soal saya kepada anak muda kelihatan kemas berkemeja lengan pendek itu.

“Saya Najhan dari BERNAMA, baru kerja dua minggu,” ujarnya.

Selain Najhan, Zak, Azma dan Yue, wartawan dan jurugambar suratkhabar Sinar berusia antara 23 dan 26 tahun berada di lokasi sama. Tanpa berlengah Zak merakamkan gambar menggunakan kamera berharga RM2500.

Klik! Klik!

“Aku pulak,” kata Zak meminta Najhan merakamkan gambar kami berdua.

Azma dan Yue bergegas menyelit di kiri kanan. Saya melihat ‘semangat’ pada jiwa mereka semua. Muda pada usia, baru memulakan kerjaya. Paling lama bertugas, Yue.

“Saya dah setahun setengah,” katanya sewaktu ditanya berhubung tempoh perkhidmatannya.

“Saya tak suka 360,” ujar Najhan berterus-terang kepada semua.

Spontan dia memegang dan menyapu bahu kanan saya berulang kali sambil tersenyum. Barangkali berasa bimbang kenyataannya menyentuh hati kecil saya.

“Tak apa,” balas saya ringkas.

Najhan, 26 tahun, sama usia adik bongsu saya, Mushairil Azmil kini bertugas di Pulau Langkawi, Kedah. Senyuman mereka juga lebih kurang sama, manis bak gula.

Terfikir, manis gula sekalipun, tidak semua gemarkannya. Begitu juga 360. Ada meminati, ada tidak. Tertakluk kepada citarasa individu. Jika tidak masakan ramai melontarkan permintaan berbeza sewaktu di kedai makan ..

“Teh ‘O’ ais kurang gula”, ‘Teh ‘O’ ais, manis sikit ya’, ‘Teh ‘O’ ais tak mau gula’.

Saya dan krew sekadar bekerja memastikan isu diutara pada setiap minggu memberikan ilmu sekaligus pengajaran kepada purata 2.3 juta penonton di seluruh negara. Itu matlamat jelas kami.

“Bang, apa pesanan kepada kita orang ni, baru bekerja?,” soal Zak kepada saya sewaktu jam tangan menunjukkan pukul 2.17 pagi.

Kali pertama saya berasa ‘tua’ dalam melaksanakan kerjaya sama.

“Buat kerja ni kena ada ‘soul’, kena ada jiwa. Kalau tak ada jiwa, kita akan buat kerja separuh hati,” ujar saya ringkas kepada mereka berempat.

“Tunggu bila semua kahwin nanti. Tengok cabarannya jadi semakin besar. Kalau suami, isteri, anak tak faham, payah,” sambung saya.

Maksud saya, kerjaya sebagai wartawan maupun jurugambar menuntut semua bekerja pada ‘odd hours’. Ketika orang lain tidur lena, kita bekerja. Tanggungjawb mampu menggugat hubungan keluarga.

“Kalau suami atau isteri cemburu susah la. Abang dulu macamana?” celah Azma.

Bijak dia meringkaskan intipati perbincangan sebenar. Saya ceritakan kepada mereka, sewaktu isteri mengandung anak pertama, pernah saya membawanya mengikut saya ke lokasi operasi di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.

“Bentangkan tikar kat tepi jalan, suruh dia duduk. Lama-lama bila dah pagi, tak larat dia. Lepas tu dah tak ikut terus,” kata saya tersenyum mengimbas kenagan silam.

Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama. Saya sudah lama melangkah, langkah mereka baru bermula. Bagaimanapun, saya yakin mereka memiliki semangat kental dalam meneruskan kerjaya seperti semangat saya sewaktu muda belia.

Sabtu, Julai 26, 2008

Jangan Gerudi Kami

Konsert Ratu Dangdut Indonesia 19 Julai lalu di Johor Bahru ditolak. Konsert sama di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2008 juga ditolak. Di Johor dia hampir pengsan dan teresak-esak menangis. Pihak penganjur mendakwa kerugian lebih 800 ribu ringgit akibat pembatalan dua konsert terbabit.

Goyang gerudi Inul Daratista, 29 tahun bukan sahaja ditolak beberapa pihak berkuasa di Malaysia termasuk Pasukan Polis Di Raja Malaysia tetapi turut di tentang hebat, artis senegaranya Roma Irama sebelum ini.

Saya percaya jika artis wanita tempatan bergoyang gerudi di atas pentas, pasti peristiwa itu bakal dikutuk hebat masyarakat. Jadi, saya tidak nampak mengapa artis luar harus dibenarkan beraksi menggiurkan di depan khalayak.

Biarlah dia ‘menggerudi’ di negara asal ..

Jom la buat ..

Sewaktu kecil, arwah opah seringkali membawa saya makan dan minum di restoran mamak di pekan kecil, Slim Village, Perak.

“Roti canai dua, potong. Taruk kuah dal saja. Saya punya cucu makan,” masih terngiang-ngiang di telinga biarpun sudah 10 tahun opah menyahut seruan illahi.

“Teh panas dua,” ujar arwah lagi.

Saya masih ingat, ketika itu pekerja kedai majoriti dari India hanya berkain putih separuh diangkat ke atas dan diikat pada paras peha. Kain asalnya putih tetapi kelabu menjelang tengahari. Ketika itu masyarakat tidak begitu prihatin mengenai kebersihan biarpun sesekali kedengaran komplen di anggap jenaka.

“Sebab apa mee goreng mamak sedap? Sebab masa masak, peluh dia menitik, lemak masin”

Ada pelanggan ketawa atau sekadar tersenyum. Menganggap soalan dan jawaban itu bagaikan 'trivia'. Biarpun jenaka itu mungkin benar.

“Kira mamak!,” pinta opah.

“Roti dua, 60 sen, teh panas dua, 60 sen. Semua RM1.20,” mamak mengira tanpa kalkulator.

Opah membayar dengan senyuman. Saya percaya pada masa sama opah juga pernah terjeling dapur mamak berkeladak, tandas mamak kotor dengan najis bertaburan, lantai berminyak tebal seinci tetapi opah tidak bersuara. Tiada komplen maupun riak ketidakpuasan hati pada wajah dimamah usia. Mungkin opah terpegun melihat mamak, hormat kepada pelanggan kerana akur dia meraih rezeki di negara orang, bukan negara dia.

Masa berlalu, zaman beredar. Keadaan kemudian banyak berubah.

Kedai mamak? Huh! Tak nak lah! Cekik darah! Antara komen kerap didengar pada era 80 an.

Ada lagi ..

“Lu kira la betul-betul, tadi kira RM10.20, sekarang kira RM10.70. Mana satu?”

Gentar dengan teguran itu, kini majoriti kedai atau restoran mamak menggunakan mesin kira digital. Lebih tepat, bil disertakan resit.

Komplen kini ..

“Saya makan, nasi kosong, sayur kubis dan daging kambing. RM7 ke?”

Soalan itu, soalan saya sewaktu membayar bil di kaunter restoran mamak di Kota Damansara. Juruwang tidak berkata apa. Dia bukan taukeh, dia kuli hanya mengikut arahan bos, katanya. Lagipun bukan dia menulis harga, itu tugas pekerja warga India tidak diketahui asal usulnya. Ada teman pernah mengusik pekerja ..

“Katak goreng ada?,” soalnya bersahaja.

“Ada,” kata pekerja.

Barangkali bos memaklumkan dia, jika pelanggan bertanya mengenai makanan, kata kan ..

“Semua ada”

Perhatikan, majoriti pekerja kedai mamak tidak ubah seperti robot lagak mereka. Tiada senyuman, kurang ciri kemanusiaan.

“You Islam?,” tanya saya kepada pekerja menghantarkan minuman.

“Islam,” pantas dia menjawab.

“Oh! Islam .. ,” ulang saya.

“Tarak percaya saya Islam?,” dia marah tiba-tiba.

Saya mendiamkan diri. Bukan gentar tercabar di bumi sendiri. Cuma ingin berfikir buat seketika sebelum bertindak. Saya bangun dan menemui pekerja lain.

“Semua pekerja sini Islam ke?,” soal saya.

“Tarak abang, ada bukan Islam juga,” balasnya.

Saya kemudian mencari pekerja saya temui awal tadi. Saya menggamit, dia melangkah ke arah saya.

“Tadi saya tanya, you Islam ke? You cakap you Islam. Saya cakap apa? Saya cakap Oh! Islam .. You marah sama saya, kan? You cakap, tarak percaya saya Islam ka?,” saya menarik nafas menasihatkan jiwa lebih bersabar.

“Baik. Sekarang saya mahu bagi tahu sama you. Bukan semua pekerja ini kedai Islam. Betul ke tak betul?,” soal saya.

“Betul,” jawabnya kelihatan gugup.

“Jadi, salah ke saya tanya you, you Islam ke tidak?

Jika makan di kedai mamak, perhatikan juga gerak geri penulis bil. Kurang 15 saat, tangan dan otaknya sekata. Bil dilipat dan diletakkan di atas meja. Ada antara kita terus membawa bil berlipat ke kaunter tanpa berkata apa. Saya yakin, jika kita boleh mendengar isi hati pekerja itu, mungkin begini bunyinya ..

“Aku kira dan tulis, engkau bayar lah. Bukan duit aku”

Kalau anda ingin melihat ketulusan dan keikhlasan mamak, cuba formula berikut. Buat lah sekali seumur hidup, tidak salah.

Pesan makanan, seeloknya nasi berlauk. Ambil sejenis sayur, lauk dan nasi. Rakamkan gambar makanan dipinggan dan simpan bil bercetak Sekali lagi berkunjung ke restoran sama, ambil makanan sama. Rakamkan gambarnya. Kemudian bandingkan dua bil terbabit. Sama atau berbeza?

Kongsikan hasil perbandingan, hantar ke mazidul360@yahoo.com.my. Komen menarik bakal saya paparkan dalam blog ini, itu janji.

Jumaat, Julai 25, 2008

Bukan Untuk Diri

Petang 25 Julai 2008, saya bosan duduk di rumah. Penat menonton AXN, CNN dan History Channel lalu saya mengambil keputusan ke Kompleks PKNS di Shah Alam, Selangor. Dua puluh empat tahun lalu saya sering berkunjung ke lokasi sama. Ketika itu kompleks terbabit, pusat membeli-belah terbesar di Shah Alam.

Uh! Payahnya mencari tempat parking, bisik hati saya ketika memasuki kawasan perkarangan pusat membeli-belah itu.

Dua pusingan sekeliling kompleks, akhirnya ada insan membuat keputusan untuk pulang. Dia mengundurkan kenderaannya perlahan, saya menunggu. Dia keluar, saya masuk. Leganya, detak hati saya.

Saya mengeluarkan telefon bimbit untuk menguhungi, Pengarah Eksekutif Mustread, Abdul Kahar Abdul Hamid sambil berjalan ke arah gerai menjual buku di lobi kompleks.

“Asslamualaikum,” saya disapa lelaki berbaju kotak, berkacamata lengkap dengan telefon bimbit Nokia di tangan.

Saya menjawab salamnya.

“Kahar?,” soal saya.

“Ya,”

“Orang tak berapa ada sekarang sebab kerja, mungkin petang sikit ramai lah tu,” ujar Zaki Zainol.

Zaki, bertugas menjual buku di gerai Mustread berhadapan Sofi’s Jeans Centre, di sebelah Affin Bank sempena berlangsungnya Pesta Buku Selangor 2008. Turut serta rakannya, Anuar.

“Tapi dengar kata, kalau hari sabtu ahad memang ramai orang. Kita baru start hari ni sampai 3 Ogos, ahad depan. Buka 10 pagi sampai 10 malam,” sampuk Kahar.

Semasa menuntut di UITM dulu, teman baik saya, imam surau juga hafiz Al-Quran memiliki nama sama, Kahar.

Sewaktu saya duduk di gerai, datang gadis berusia awal 20 an. Di tanda namanya tertera logo UITM.

“Orang muda selalu baca buku kisah cinta,” ujar saya membuka bicara.

“Saya tak,” katanya tanpa senyum.

“Jadi, awak baca buku ilmiah saja ke?,” tanya saya lagi benar-benar ingin tahu.

Gadis berkacamata dan bertudung itu sekadar mendiamkan diri. Zaki menghulurkan buku ‘Virus Kehidupan’ kepadanya. Buku diambil kemudian dibelek sepintas lalu.

“Ini bukan hidup saya,” komennya ringkas.

Barangkali dia terbaca coretan tertulis di bahagian belakang buku berhubung kisah kehidupan GRO dan Mat Rempit.

“Kekadang kita baca buku bukan semata-mata untuk kita. Kita baca buku untuk kepentingan adik-adik, kaum keluarga atau anak-anak di masa depan. Kalau kita tak faham masalah sebenar dihadapi masyarakat kini, macamana kita nak mencegah perlakuan tidak secocok dengan budaya?,” hujah saya.

“Berapa buku ni?,” soalnya.

“RM17.91,” balas Kahar.

Spontan dia mencapai buku saya dan terus membuat bayaran. Saya menawarkan diri menandatangani buku terbabit. Dia bersetuju.

Khamis, Julai 24, 2008

Bersama PM

Pagi tadi, jam 7 saya menaiki coaster menuju Putrajaya bersama krew teknikal.

“Bang, bangun. Dah sampai,” ujar Penerbit lokasi MHI, Mohd Fareed Shariff mengejutkan saya.

Kami tiba di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Indah, itu perkataan terlintas di fikiran saya. Melangkah masuk ke Dewan Protokol, saya diperkenalkan pertama kali kepada Setiusaha Akbar PM, berusia 37 tahun.

“Kita ni memang biasa dengan reporters, jadi orang hubungan,” ujar beliau ringkas.

Saya senyum melihat wajah segar beliau, kemas berbaju batik.

“Ada sesetangah press sec ni muka serius. Kita nak dekat pun segan. Tapi you ok,” balas saya kepada anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Dia tersenyum.

Tepat jam 7.50 pagi, pasukan Formula Future terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berusia antara 8 dan 18 tahun memasuki dewan. Jurugambar sibuk merakamkan gambar mereka. Gambar juara keseluruhan Formula Future berlangsung di Ravenna, Itali pada 20 Julai lalu. Di tangan masing-masing, piala mereka menangi. Pasukan negara memenangi 6 pingat, 3 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Pasukan sama menjuarai pertandingan terbabit pada tahun 2004, 2005 dan 2007. Formula Future pertandingan mengendali bot berkuasa tinggi sebelum ini dilangsungkan di Sepanyol dan Jerman.

7.55 pagi, PM memasuki dewan bersama isteri, Datin Seri Jean Abdullah. Beliau kelihatan segar dan bertenaga. Bacaan doa kemudian diikuti persembahan tarian ala ‘Hakka’. Menarik pergerakan anak-anak terbabit. Ketika itu saya dan krew penerbitan MHI bersedia untuk lintas langsung dipancarkan ke seluruh negara.

“Malaysia boleh! Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!,” teriak mereka.

Saya memulakan laporan kemudian diikuti temubual bersama PM.

“Datuk Seri, pepatah Melayu kata melentur buluh biar daripada rebungnya. Bagaimana Datuk Seri melihat kejayaan ini?,” soal saya.

“Saya bangga tengok anak-anak ini cemerlang menjadi juara dunia. Kita bukan saja nak tengok anak-anak kita cemerlang dalam bidang pelajaran, malah dalam bidang sukan,” antara kenyataan beliau saya rakamkan di minda.

Jelas terpancar kebanggaan pada wajah beliau. Saya perhatikan lebih dekat wajah pemimpin nombor satu negara itu.
"Ini anak-anak Melayu ni," ungkap beliau lagi.
Beberapa soalan susulan saya ajukan kemudian dijawab lancar.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih,” kata saya sebelum beliau menkalungkan bunga kepada 12 ‘pilot’ pagi itu.

Saya perhatikan sambil terus memberi komentar sendirian sambil cuba menarik wayar mikrofon terpijak wartawan dan jurugambar bertugas.

“Mai, mai,” beliau menggunakan isyarat tangan sewaktu saya hampir menamatkan laporan secara langsung.
Teragak-agak saya melangkah ke hadapan, menghampiri beliau sekali lagi.

“You tengok depa ni kecik, tapi semangat depa besar,” ujarnya sebelum saya menamatkan laporan pagi itu.

“Kali terakhir saya interview Pak Lah, masa beliau jadi Menteri Luar dulu,” kata saya kepada Fareed.

“Ya ke? Lama dah tu,” balasnya.

“Memang,” balas saya ringkas.

Rabu, Julai 23, 2008

Berdara?

“Dalam masyarakat India, ada dua kelas. Above average and below average people. For above average, dara mungkin tak berapa penting la. Below average, masih konservatif, dara penting,” kata pengadun audio, Vijay.

Saya temui Vijay, 28 tahun sewaktu dalam proses ‘memasukkan’ lagu paparan 360, ‘Di mana anak kita?, episod bakal disiarkan malam ini, jam 9 malam.

“How do you define ‘above average people’?,” soal saya.

“Those people who go for clubbing, mix around, drink and get drunk. Rich people to be exact. Tapi bukan semua. You tahu ceti? Itu bagi pinjam punya orang. They’re rich. Well-to-do, but they go for arranged marriages. Kalau nak cari menentu perempuan dia orang akan jumpa keluarga dia, kenal dulu. Kemudian tanya dengan kawan-kawan, perempuan tu perangai macamana,” jelasnya lebih terperinci.

Saya terdiam.

“Tapi ada juga girls pergi clubbing, enjoy themselves tapi bila disentuh, Oh! No! No!,” saya mengusik Vijay.

“Ada,” dia bersetuju.

“I have 20 to 40 friends, 28 years, 29 years old who don’t go for movies, don’t go for clubbing, don’t drink but I also have 60 to 70 friends who always go out of control,” katanya bersambung tawa.

“Tapi bukan nak tahu pun perempuan tu ada dara ke tidak?,” tanya saya.

“Yes, they’ will not tell you,” sambut Vijay.

“Kita sekarang punya orang Cina, no problem. Dara ke tak ada dara ke, no problem. Kalau mahu kahwin, janji ada wang ok punya,” ujar rakan wartawan, Loo Tung Seang.

Berbicara mengenai ‘dara’ barangkali dianggap perlakuan ‘taboo’ bagi sesetengah anggota masyarakat terutama pada masa lampau. Orang terdahulu gemar berbisik sewaktu bercakap berhubung subjek itu. Pernah saya ‘tercuri’ dengar perbualan orang tua sewaktu usia remaja ..

“Malam pertama tu, sebelum pengantin masuk bilik tidur, mak andam akan letakkan sehelai kain putih nipis di bawah cadar. Esok pagi tengok, kalau atas kain tu ada kesan darah, pengantin perempuan tu dara la lagi”

Sekarang ni kalau still pakai cara tu, bubuh sajalah darah ayam, hati berbisik. Dara, selaput nipis di bahagian dalam kemaluan perempuan. Jika pernah melakukan perhubungan seks, selaput terbabit koyak.

“Selaput tu senipis kulit bawang jer,” komen biasa saya dengar.

Dalam perjalanan menemui Vijay saya terserempak wartawan Wanita Hari Ini, Mohamad Husni Ab. Mahat.

“Alah bang, dara sekarang ni kan boleh buat balik,” kenyataan pernah saya dengar sebelum ini.

“Berapa?”

“Saya pernah dengar la, dalam tiga ribu kut,” ujarnya.

Barangkali anda pembaca pernah mendengar alasan ini ..

“I aktif sukan, berlari, kayuh basikal. Jadi tak pasti ada dara atau tak lagi”

Menghairankan, sejak dulu semua gadis belum mendirikan rumahtangga digelar ‘anak dara’. Begitu juga pada zaman ini. Mungkin panggilan itu kekal kerana setakat ni kita tidak mempunyai terma sesuai bagi golongan gadis bujang tetapi tidak berdara?

Akhirnya timbul persoalan perlu difikir bersama, pentingkah dara?

Anda jawab lah sendiri .. :)

Selasa, Julai 22, 2008

Di Mana Sama Saja

Warga India di India menggelar mereka ‘Vatti’, warga Indonesia memanggil mereka ‘Raintener’ atau ‘Tengkulak’. Di Malaysia, kita mengenali mereka sebagai ‘Ah long’. Kepada mereka tidak pernah meminjam, tiada masalah. Kepada peminjam, mereka bagai mengundang bahana berterusan.

“Sana India, kalau tarak bayar itu wang pinjam punya, nanti banyak susah. Itu barang mahal punya dia orang kasi angkat, kedai dia orang kasi kunci. Tarak bayar lagi, dia orang kapla potong!,” Ujar Velu, tukang gunting dari India.

“Betul? Potong kapla ka?,” soal saya untuk kepastian.

“Tarak lah, main-main saja,” rupanya dia bergurau.
"Saya dengar India sana kalau tak bayar hutang, itu pinjam punya orang boleh hilang itu macam saja. Polis cakap tarak kes," sampuk pelanggannya sedang digunting.

Apa pun hakikatnya ah long bakal bertindak di luar dugaan sekiranya peminjam gagal melunaskan hutang mereka. Biasa kita dengar kes rumah dan kereta peminjam dibaling cat berwarna hijau atau merah. Tidak cukup itu, gambar peminjam ditampal di tiang elektrik berhampiran rumah bertujuan menjatuhkan maruah.

“Dia tampal gambar, siap bubuh tanduk lagi selain tuliskan nama penuh dan nombor IC. Kalau saya sedar, saya akan koyak, malu kalau anak bini, jiran nampak,” rungut kawan peminjam wang ah long.

“Tapi aa .. sekarang jadi ah long pun manyak susah. Olang tak mau bayar, dia kasi buang sendili itu cat lekat dia punya lumah, dia punya keleta. Nanti dia kasi lipot sama polis, polis kasi tangkap sama ah long,” sesal respon ah long saya temui.

Terbaru, ada ah long menampal poster, saya rakamkan untuk dikongsi bersama anda semua.

‘Pinjaman bulanan .. Khas untuk golongan Islam sahaja’

Hebat!, detak hati saya.

Hemat saya, pihak berkuasa tempatan, PBT harus menanggalkan semua poster dan banting ditampal atau digantung ah long di pelbagai lokasi. Faktor pendorong, peminjam menjebakkan diri.

“Memang boleh ditanggalkan mengikut undang-undang kecil Iklan,” ujar rakan penguatkuasa PBT.

Terbaru, ramai ah long dikatakan mula ‘give up’ dengan kerjaya itu. Untung lambat, berkeras dengan peminjam, salah. Itu antara alasan mereka.

Mereka Harus Pulang ..

Operasi besar-besaran pengusiran pendatan tanpa izin, PATI di Sabah bakal kita saksikan awal Ogos 2008. Kabinet memperuntukkan 50 juta ringgit kepada kerajaan Sabah untuk menyediakan peralatan dan keperluan operasi mengusir lebih 150 ribu PATI.

Saya banyak kali berkunjung ke Sabah, antaranya ke Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan ibu negeri, bandaraya Kota Kinabalu, KK. Bukan bercuti, membuat liputan pelbagai paparan sebelum ini.

Berlandaskan pengalaman, PATI di Sabah terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina. Mereka berada di mana sahaja. Masalah utama, penduduk warga tempatan dilapor ‘rimas’ dengan kehadiran mereka tanpa dokumen. Lebih membimbangkan sekiranya golongan sama terbabit dalam kegiatan jenayah.

“Lari dia orang,” kata jurukamera sewaktu kami melintas jalan berhampiran Pasar Filipin di KK.

“Siapa lari?,” tanya saya.

“Itu budak-budak jual rokok seludup,” balasnya.

Itulah hakikat sebenar. Amat mudah melihat kanak-kanak bawah umur anak warga asing berkeliaran di bandaraya itu. Jika tidak menjual rokok, mereka kerap menghampiri pelanggan makan di restoran maupun gerai.

Mau cuci kasut? Soalan biasa mereka dilontarkan. Berbekalkan kain tuala dan pengilat kasut dengan pakaian tidak terurus mereka tidak teragak-agak mendekati siapa sekalipun.

“Kalau cuci kasut nak bagi berapa?,” tanya saya kepada jurukamera anak kelahiran Sabah.

“Berapa saja,” spontan dia menjawab.

Kanak-kanak warga asing juga boleh dilihat duduk dan berlari di pasar basah. Setiap kali pelanggan membeli barang seperti ikan dan sayur mereka pasti didekati. Baju pelanggan ditarik sebagai isyarat meminta kebenaran membawa barang dibeli ke kenderaan. Upah diberi pelanggan kemudian dibawa pulang dan diserahkan kepada keluarga untuk membiayai perbelanjaan seharian.

“Datang sama siapa?,” soalan pernah saya ajukan kepada mereka.

“Sama adik,” ujar kakak berusia 12 tahun.

Saya renung adiknya berusia 9 tahun, perempuan. Masih hingusan, comot. Tidak fasih berbahasa tempatan, dia datang sekadar menemani kakak hampir 10 jam sehari.

“Jam berapa kamu datang sini pasar?,” tanya saya.

“Jam lapan pagi”

Itulah rutin mereka setiap hari. Majoriti tidak bersekolah kerana tidak memiliki dokumen sah. Tanpa pelajaran, masa depan mereka tidak secerah mana di negara kita, itu jangkaan saya. Tanpa kerakyatan tetap mereka bakal menjadi seperi ibu dan bapa, berstatus PATI.

Justeru, mereka juga harus dihantar pulang ke negara asal ..

Isnin, Julai 21, 2008

Silap betul la!

“Kereta aku baru kena pecah. Laptop aku hilang. Silap betul la letakkan dalam kereta”

Keluhan biasa kita dengar. Ketika itu 'mangsa' barangkali bukan sahaja kehilangan laptop malahan kesemua maklumat disimpan di memori komputernya.

Izinkan saya berkongsi sedikit pengalaman bersama pelayar blog ini. Sesetengah kita gemar membawa laptop di dalam kenderaan. Maklumlah, laptop kini dianggap ‘nyawa’ majoriti daripada kita. Bagi golongan pelajar, laptop diguna menyiapkan tugasan. Bagi kelompok pekerja, laptop perlu bagi menyelesaikan kerja harian. Justeru, tidak hairan jika dibawa ke mana sahaja.

Bagaimanapun manusia seperti kita ada pelbagai kelemahan. Kita mudah lupa lalu cuai dalam menjaga keselamatan harta benda.

Hasil maklumat diperolehi daripada pelbagai pihak, dipercayai wujud sindiket mengintai peluang mencuri barangan berharga seperti laptop khususnya ditinggalkan di dalam kenderaan. Samada boleh dilihat mapupun diletakkan di tempat tersembunyi.

“Memang! Memang ada itu device ha ... Dia olang bili Singapore sana. Itu balang, bukan detect komputer tapi detect itu bateli,” ujar kawan Cina bertugas sebagai penarik kereta.

“Itu macam, kalau mahu tinggal itu laptop dalam kereta, cabut bateri saja lah?,” soal saya.

“Itu macam lagi bagus lah,” balasnya.

Tapi, takkan nak kendong bateri laptop ke hulu ke hilir kut, kata hati saya.

Apa pun, pesanan saya mudah. Jika tidak perlu, tinggalkan sahaja laptop di rumah atau di pejabat. Jika perlu, jangan ditinggalkan barangan berharga itu di dalam kenderaan samada dapat dilihat dari luar atau sebaliknya. Letakkan dalam beg galas dan bawa.

Kita selalu beranggapan, barang diletakkan di dalam kenderaan selamat daripada sebarang angkara jenayah. Hakikatnya, pemisah antara barangan milik kita dan penjenayah hanya cermin nipis dan mudah pecah.

Jadi, jangan terantuk baru terngadah!

Jumaat, Julai 18, 2008

Biar Molek

Tengahari tadi saya makan berseorangan, seperti biasa.

“Adik, saya nak nasi kosong campur kuah kari. Lepas tu nak ayam dalam kuali tu. Ayam tak mahu potong ah ..thank you,” ujar saya kepada pekerja India sedang menggoreng ayam.

Dia mengangguk faham. Kurang lima minit, makanan dipesan diletakkan di meja saya duduk.

“Mazidul kan? Kau kenal abang aku ke?,” ada orang menyapa.

Saya mendongak. Suapan pertama saya hentikan. Saya letakkan kembali nasi ke atas pinggan. Saya renung remaja lelaki berdiri di hadapan saya. Dia melihat tepat ke arah saya. Saya tidak berkata apa.

“Ini Mazidul kan? Kau kenal tak abang aku?,” tanyanya kemudian duduk di kerusi di depan saya.

Saya kunyah nasi perlahan-lahan dan kemudian saya telan sebelum bersuara.

“Sorry yer, awak ni siapa? Lain kali jumpa orang bagi salam dulu. Kenalkan diri dulu. Saya pun tak kenal awak siapa. Tak ada pun saya suruh awak duduk, awak duduk,” dia tersentak.

“Umur berapa?,” soal saya.

“Dua puluh lima, saya kerja juruteknik,” terangnya.
Saya tidak pernah melayan orang kerana kerjayanya.

“Macam ni lah. Pertama, umur saya dah 41. Maksudnya masa awak lahir dulu, umur saya dah 16 tahun. Banyak tahun saya lebih tua berbanding umur awak. Jadi, tak elok kalau awak guna perkataan ‘kau’. Tak molek,” kata saya.

Dia terdiam. Umurnya lebih kurang usia adik lelaki saya.

“Lepas tu, bila jumpa orang, tak kisah la, dia tu tua ke muda, kenalkan diri. Nama saya ni, abang saya namanya ini. Kenal ke? Kan molek. Kalau buat macam tu tadi , awak tak perlu dengar saya bersyarah pagi-pagi ni,” sambung saya lagi.

“Tak kerja ke hari ni?,” dia cuba mengalih topik perbincangan.

“Saya rasa elok lah awak duduk di meja lain,” nasihat saya.

Dia beredar.

Teringat pesan ayah.

“Kalau jumpa orang bagi salam kalau dia Islam. Kalau tidak pun, cakap lah good apa sekali pun. Andainya dia lebih tua, panggil dia abang atau kakak, tanda hormat”

Ini pula pesanan bekas rakan setugas saya, Tuan Haji Omar Abdullah. Beliau juga bekas penerbit 999 sewaktu kami bertugas bersama.

“Senang aja. Kalau kita tak kenal orang tu, baru kali pertama jumpa, panggil dia ‘encik’, ‘cik’ atau ‘puan’. Kalau dah biasa boleh panggil ‘abang’ atau ‘kakak’, no problem. Memanggil orang lebih tua daripada kita guna nama dia ni tak beradab. Orang putih di barat lain, budaya berbeza”

Saya akan mengingati pesan kedua mereka selagi saya bernyawa, itu janji saya.


Khamis, Julai 17, 2008

Kenapa Tak Tunjuk?

Ramai mengajukan soalan sama, mengapa tidak ditunjukkan wajah mereka terbabit dalam kegiatan jenayah semasa ditangkap atau dibawa ke mahkamah? Mengapa perlu wajah mereka di ‘mosaic’ atau ditutup?

Saya ingin menjawab persoalan itu agar jelas buat semua.

Mereka ditahan dianggap suspek. Suspek, tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah. Justeru, jika identiti sebenar mereka dipaparkan dan kemudian dia didapati tidak bersalah, suspek itu pada bila-bila masa boleh mengambil tindakan undang-undang ( saman ) terhadap media, khususnya ke atas wartawan terbabit membuat liputan.

Bagaimanapun, apabila suspek terbabit didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman, tiada masalah bagi pihak media menunjukkan wajah suspek untuk tontonan masyarakat awam.

Itu penjelasannya.

Isnin, Julai 14, 2008

Sakitnya Hati

Jam 1.30 tengahari tadi sedang saya makan bersama rakan, terlihat kelibat pengemis warga asing lalu di kawasan restoran. Lalu saya ekori dia. Menyedari kehadiran saya dia cuba melarikan diri. Saya pegang tangannya sekadar mencari peluang bertanya. Seperti biasa, pengemis warga China itu mendakwa bisu. Saya perhatikan secara teliti, dia tidak cacat fizikal malah mampu berjalan laju berbanding saya pengidap diabetes lebih 13 tahun dan terpaksa menyuntik insulin empat kali sehari ini.

“Are you from China?,” berkali saya tanyakan soalan sama.

Dia hanya diam dan setelah saya meninggikan suara dia akhirnya menganggukkan kepala.

“Huh! Huh! Huh!,” katanya sambil menghulurkan beberapa nota sepuluh dan seringgit kepada saya.

Haram jadah! Aku nak dirasuahnya, bisik hati saya marah.
Dia gentar, fikirnya saya pegawai polis atau penguatkuasa Jabatan Imigresen. Agaknya ada pihak mengajar, jika ditahan serahkan saja wang dikutip, asalkan lepas bebas. Pada mulanya saya tidak bercadang melihat dia ditangkap tetapi saya tercabar. Pihak polis saya hubungi menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.

Semalam saya bertemu ustaz, tenaga pengajar di Universiti Institut Teknologi Mara.
“Apa konsep sedekah dalam Islam?,” soal saya.

“Senang saja Mazidul. Kalau nak bersedekah, cari target atau sasaran. Rumah anak yatim ke, rumah orang tua ke. Then bagi. Tak perlu tunggu orang datang minta, baru bagi. Sekarang ni kita tak pasti mana kes pengemis genuine, mana tidak,” balasnya.

Salam

Tali Gantung

Sewaktu di Krabi, Thailand, saya rakamkan gambar akar kayu menyerupai tali gantung ini sebelum meneruskan perjalanan ke Emerald Pool.

Emerald pool, kolam air semulajadi, satu daripada tumpuan pelancong.

Melihat ‘tali gantung' itu saya terkenangkan jurukamera berbangsa India, Ghana pernah bertugas bersama saya membuat liputan di bilik gantung, Penjara Pudu Kuala Lumpur.

“Abang, ini bilik tempat simpan orang mati ke?,” tanya Ghana.

“Bukan. Ini tempat gantung orang salah,” jelas saya.

“Oyo yo! Betul ke?,” soalnya lagi.

“Betul la. Itu depan sana ada tali gantung. Saya ingat ramai orang mati dalam ini bilik. Orang salah la. Orang bunuh orang, orang edar dadah semua”

“Nanti saya berdiri belakang itu tali gatung, saya start cakap. You datang dari depan, jalan slow slow then saya pun jalan arah you. Bila sampai dekat itu tali, you stop, saya stop, bagi itu tali duduk tengah tengah,” arah saya.

Itulah kami lakukan.

“Ok bang. Satu shot sudah jadi,” katanya berpuas hati.

“I nak tengok balik. Let’s preview the shot,” ujar saya.

Lalu ghana menekan butang rewind di kamera.

“Apa fasal gambar tak ada?,” soalnya terkejut.

“Tak tau. You tak rekod kut?,” saya ragu.

“Saya rekod. Tak apalah, kita buat one more time,” cadang Ghana.

Lebih tiga kali, Ghana mendakwa dia merekodkan shot itu tetapi tiada visual terhasil. Saya tahu dia berdebar.

“Ghana, mari kita pergi luar sekejap. Saya ingat itu kamera takut dia kena gantung. Dekat luar you try to record again, tengok itu kamera rosak ke apa,” gurau saya.

Kami bergegas mencari pintu keluar. Langkah Ghana selaju langkah saya.

“Abang, saya sini record ok. Tengok, ini gambar penjara punya dinding, ok,” jelas Ghana.

“Mari kita masuk balik, ini kali saya ingat ok”

Kami sama-sama melangkah masuk ke bilik gantung melakukan aksi sama. Cuma waktu itu bulu roma meremang tanpa kawalan. Banyak persoalan bermain di minda. Tetapi saya enggan mencari jawaban.

“Ok! Ok!,” kata Ghana selepas melihat semula visual dirakam.

Ketika keluar dari Penjara Pudu, Ghana bertanyakan soalan boleh dijangka.

“Sebab apa first time, second time, third time kita record tak jadi. Lepas tu ok?”

“Ghana, kalau kita start kereta pun, kadang-kadang dua tiga kali juga. Satu kali tak jadi, kan?”

Saya tahu Ghana tidak berpuashati dengan jawaban diberikan. Barangkali sebab itu hingga kini, jika bertemu dan mengimbau kisah lalu dia pasti mengemukakan soalan sama kepada saya, biarpun peristiwa terbabit berlaku lebih sepuuh tahun lalu.

Sabtu, Julai 12, 2008

Apa Tu?

Sejak 2 minggu lalu, banyak respon diterima melalui talian hotline 360, saya wujudkan untuk penonton berkomunikasi dengan krew penerbitan secara terus. Ramai menghantarkan pandangan, tidak kurang berkongsi ide.

Peliknya, segelintir daripada penonton turut menghantar SMS berbaur lucah dan maki hamun. Ada menghantar SMS panjang berjela. Saya kongsikan satu daripadanya. Di salin mengikut cara SMS ditulis.

“360’? P7rpektif yg Bgaimana?Pdhal kamu juga Sbahgian Dlm Pusingan KitaraNNYA…dan ‘kita’ BrPeRasan spt sngt Bijak dgn PilihanTrBaik,Mmprolehi khidupan’Crmelang,pnuh ‘KgemilangN’..BoLeh jd ituLah Pnyebab Brtmbahnya,Mnusia 2 Angkuh,Sombong,berMegahan dlm Nada KbodoHan..Brsma Kbencianmkegoan tnpa Batasan,’kiTa’MmPrLekeH,MnCaCi Domba…Khidupan Org Lain dgn Niat PngHinaan Demi Agenda SosiA L kamu itu..jg Mlariskan PrKrjaan demi Kselesaan KrabatMu. ATAU Dgn Plihan KasihSayang,…fahamilah Mrk itu…ygKBnyaknNya adalah ManGsa2 Hasil UJIAN KELANSUNGAN KITARAN KEHIDUPAN BUMI:maka siapa ‘kita’ yg mahumenguBaH SUNNATULLAH,jalanNYA ??? adalah Lebih baik lg dgn “Pranan kamu,mnjd Pnegak Kbenaran,MnBongkar SALAHlaku mRk yg Brpranan,Brwatak Pngusa itu.krna Aku sNgt Tahu..Apatah lg Pd Tuhanku..Dan Klu kamu mngeT’ahui Dari NYA …,psti Mnangis tresak seakan mmohon agar “kita’ tdklah Wujud mnjd apa@apa …. … …P 777

SMS di atas dihantar pada jam 4.16 pagi, 12 Julai 2008 dari talian 014-83820XX.

Salam.

Jumaat, Julai 11, 2008

Biar Aman

Semasa merayau-rayau di kawasan kedai di persisiran pantai Ao-Nang, Krabi, Thailand saya terserempak beberapa remaja, wajah tidak kelihatan seperti warga Thailand.

“Are you from Mynmar?,” tanya saya kepada mereka.

“No. We are from Nepal,” balas Anu berusia 27 tahun, anak kelahiran Kanchiburi.

Bibir dan giginya merah, terus mengunyah daun sireh dipanggil ‘Pan’ mengikut bahasa ibundanya. Kata Anu dia mula makan sireh sejak lebih 10 tahun lalu.

“I have been working here for the past 8 years. Happily married to a lady from Nepal, she’s 23 years old,” ujarnya bangga.

Anu bertemu isterinya saat awal ketika mula berhijrah ke Krabi dan kemudian melangsungkan perkahwinan di Bangkok 2 bulan lalu. Isteri, menurutnya tidak bekerja.

“Beautiful wife?,” usik saya.

“Yeah!,” katanya.

Barangkali secantik pemandangan pantai Ao-Nang sewaktu matahari terbenam di waktu senja.

“She has been taking care of my uncle’s children,” ujar Anu kepada saya sambil diperhatikan rakannya.

Anu dan isteri menyewa bilik dengan kadar 3500 bath sebulan, kira-kira RM350.

“How long did you take to learn Thai languange?,” soal saya.

“About 7 months. I watch TV, listen to Thai songs,” balasnya.

“English?,” soal saya lagi.

“English is harder, it took me about a year,” katanya ringkas.

Anu menganggarkan lebih 6 ribu warga Nepal bermaustatutin di Ao-Nang setakat ini. Majoriti bekerja di kedai menjual pakaian dan cenderahati di sepanjang pantai. Anu sendiri bekerjaya sama.

“What scares you the most while living here in Krabi?,” tanya saya.

“Nothing scares me. But I don’t go out at night, time bad people come out,” responnya.

“What do you mean by ‘bad people come out’,” saya inginkan penjelasan.
“You know, at night most people here including tourists drink. They get drunk and under the influence of alcohol, anything can happen. Don’t want to mess up with them, right?,” tanya Anu.

Saya menganggukkan kepala. Teringat kata-kata rakan berhubung perlakuan segelintir warga Mnymar di negara sendiri.

“Huih! Mynmar ni lain sikit. Bila malam aje minum arak. Kadang-kadang bila dah mabuk, bergaduh berebut perempuan. Berparang, berpisau, saling berbunuhan sesama dia orang”

Saya rakamkan gambar Anu.

“You, don’t want to take my picture?,” tanya rakan Anu, Tung berusia 24 tahun, masih bujang.

“No problem,” saya rakamkan gambarnya.

“Hey! Do you have Gudang Garam?,” tanya Tung.

Saya terkejut.

“Gudang Garam?,” soal saya kembali.

“Yeah! The cigarettes,” balasnya.

“No. Sorry”

Saya tersenyum. Tidak menyangka rokok Gudang Garam menjadi idamannya. Barangkali dia sudah penat makan sireh.
Jika kita fikir, Anu dan Tung berhijrah dari Nepal ke Thailand untuk meraih rezeki. Barangkali kerana kewujudan peluang dan ruang berikutan Thailand lebih makmur berbanding negara mereka. Manakala puluhan ribu warga Thailand menetap di negara kita mungkin didorong faktor sama.

Kesimpulannya kita harus sama-sama menolak sebarang perlakuan, perbuatan atau niat bertujuan mengkucar-kacirkan tanah air kita sendiri.

Pandangan anda?

Ahad, Julai 06, 2008

Pelik Sungguh

Ahad, 6 Julai 2008

Dia mengemudi long tail boat membelah Laut Cina Selatan agak bergelora pagi itu. Berkulit gelap hanya mengenakan pakaian lusuh tanpa kasut, dia tidak banyak bercakap. Halangan bahasa jelas membataskan komunikasinya.

Jam di tangan menunjukkan pukul 11.50 pagi. Kami menuju ke destinasi ke tiga pakej lawatan 4-Island, Poda Island. Sebelum itu saya dibawa ke Chicken Island, lokasi saya dan rakan-rakan berpeluang berenang bersama ribuan ikan Nemo. Kemudian melawat ke Tup Island meninjau keindahan pantai berair jernih antara 2 pulau.

Selepas makan tengahari di Poda Island, saya menyapa Yee, 32 tahun, anak kelahiran Naratiwat, Thailand fasih berbahasa Melayu.

“Dah kahwin ke dia?,” soal saya kepada Yee merangkap juru bahasa.

Yee kemudian bercakap dalam Bahasa Thai.

“Dia kahwin tahun lepas, baru 3 bulan cerai. Bini dia tak tahan sebab laki kerja di laut, jarang balik rumah,” jelas Yee.

Saya terperanjat. Ip nama pemandu bot itu, berusia 24 tahun anak kelahiran Krabi.

“Gaji dia berapa bawa bot ni?,” soal rakan, Khairul Anuar Mohd Natar.

Yee bertanyakan soalan sama kepada Ip. Ip menundukkan kepala ketika menjawab soalan itu, barangkali dia malu mengimbas kisah kehidupannya.

“Kalau pelancong guna long tail boat ni, sewa 2500 bath. 250 ringgit Malaysia. Tolak duit minyak, duit tinggal tu dia bagi dua dengan tuan punya bot,” terang Yee.

Long tail boat itu dibeli dengan harga 100,000 bath dilengkapi enjin diesel mampu memuatkan 10 pelancong pada satu masa.

“Apa jadi dengan bini dia?,” tanya saya lagi.

“Oh! Bini dia lari ikut jantan lain,” balas Yee ringkas, Ip tersenyum.

Peliknya, bisik hati saya.

Biarpun bergelar duda pada usia muda, tiada kelihatan riak keresahan pada wajah Ip. Tetapi masakan ada tiada siapa mampu membaca pergolakan jiwanya.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Itulah kepercayaan kita.

Dari Poda Island, saya bertolak ke Phra Nang Cave. Pulau milik persendirian, indah dihiasi gua baru kapur berwarna-warni.

“Apa macam orang Islam pun mari sini sembahyang?,” tanya wanita tua pelancong Cina dari Malaysia datang bersama suami.

Saya terdiam tanpa jawaban.

Terperanjat. Pintu masuk gua, dipenuhi ukiran kayu pelbagai saiz berbentuk kemaluan lelaki, besar dan kecil. Kawasan sama turut dipenuhi pelbagai colok dan lilin berwarn-warni. Di tengah ukiran berserakan pandangan saya tertumpu kepada lukisan kanvas wajah wanita berhijab. Ada tulisan ayat cukup saya kenali pada wajahnya.

Saya rakamkan gambar itu untuk anda tatapan pembaca, memang pelik.

Satu daripada ayat lazim tertera dengan tulisan berwarna putih.
Apakah sebenarnya berlaku?
Anda boleh menjangka jawabannya?

Sabtu, Julai 05, 2008

Persahabatan 2 Abad

Salam.

Saya tiba di Krabi, Thailand pada jam 1.30 tengahari 4 Julai lalu. Penerbangan dari LCCT mengambil masa 1 jam 20 minit. Krabi terletak 814 kilometer dari Bangkok.

Kumpulan saya sertai membuat tempahan pengangkutan dan hotel secara on-line sebelum bertolak. Perjalanan dari lapangan terbang Krabi ke hotel mengambil masa kira-kira 20 minit menaiki van 8 penumpang dengan bayaran 700 bath atau RM70. Kami memilih Phranang Place, tempat menginap selama 3 malam.

Sejurus selepas check in kami berjalan menuju ke pantai, cuaca agak panas. Bagaimanapun hati tiba-tiba menjadi sejuk sewaktu terpandang pantai indah terbentang luas. Laut biru seperti warna awan di langit.

Di mana nak cari tempat makan halal? Perut lapar, makan nasi di dalam penerbangan tidak mengenyangkan kerana terlalu sedikit.

“Mari kita naik tuk-tuk, 20 bath seorang, ada gerai orang Islam, tak jauh dari sini,” ujar Jon, rakan baik isteri saya.

Jon, wanita Melayu sejati, cuma gelarannya kedengaran seperti nama lelaki. Nama sebenar gadis berasal dari Johor Baharu, Johor itu, Ezatul Farrita Mohd Alwi, masih bujang.

Tengahari itu semua makan berselera. Ramai memilih juadah nasi goreng melapik perut. Ada juga makan pisang goreng panas.

“Besarnya udang dalam nasi goreng ni. Lepas tu banyak pulak tu. Tapi pergh! Pedas,” antara komen kedengaran.

Saya memilih makan nasi campur berlauk kari ayam dan daging. Boleh tahan rasanya, saya makan dua pinggan. Selepas makan kami ke bandar Krabi, 15 minit perjalanan menaiki kenderaan. Di pasarnya rakan isteri membeli ikan tenggiri bakar, RM7 se ekor. Ikan bakar kelihatan menyelerakan, dicampur pelbagai ramuan. Selain tenggiri banyak ikan lain dijual, udang bakar tidak ketinggalan.

Sewaktu berjalan meninjau bandar agak lengang itu, saya terpandang lelaki tua dipercayai warga Mynmar bersiap sedia melakukan tugas hariannya, mengemis. Lama saya menunggu, namun dia belum bersedia memainkan alat muzik dipanggil ‘So’ dipegangnya. Lalu saya membuat keputusan untuk beredar.

“Ala Dul, konsert tak start lagi la,” usik rakan, Rahayu Kassim atau Ayu.

Ayu, 38 tahun berasal dari Johor Baharu menyertai percutian bersama suami, Khairul Anwar Mohd Natar.

Dalam perjalanan, saya terdengar sembang mereka.

“Noorli, belajar-belajar lah tidur kemudian bangun. Lepas tu tidur balik,” ujar Ayu.

Noorli atau nama sebenar, Noorliza Omar dan suami Baharuddin Dollah bakal menerima ‘orang baru’ dalam hidup mereka.

Selamat menjadi ibu dan ayah cemerlang.

“Ni kami belikan beg LeSportsac untuk engkau,” kata Rozana atau Nana, sahabat karib Jon sambil menghulurkan beg berbunga kepada Ayu.

Seperti Jon, Nana masih bujang.

Ayu tersenyum lebar. Barangkali sudah lama dia mengidamkan beg itu.

“Kalau di butik di Kuala Lumpur, harga mahal, beratus,” sampuk isteri saya Khairul Fazlin Kamarudin.

Saya kagum.

Bukan kerana kari ikan maupun ikan bakar. Jauh sekali kerana melihat pengemis atau beg berbunga dibeli murah.
Fazlin, Noorli, Ayu, Jon dan Nana-sahabat karib selama lebih 20 tahun, sejak mereka semua menuntut di UITM Segamat, Johor. Persahabatan mereka kekal hingga ke hari ini. Biarpun status mereka berbeza, ada sudah beranak 4, ada bakal menerima cahayamata malah ada masih kekal bujang.

Bukan mudah tetapi mereka berjaya melakukannya ..

p/s Saya masih di Krabi ..