Rabu, November 14, 2012

MEROGOL DI DALAM BALAI POLIS? (UPDATED)


"Di balai, memang saya memperingatkan anak buah, tidak perlu menahan warga Indonesia kalau mereka tidak terbabit melakukan jenayah. Jika mereka melanggar Akta Imigresen, contohnya, tinggal lebih masa atau tidak memiliki dokumen perjalanan sah, biarkan penguat kuasa Jabatan Imigresen mengambil tindakan. Bukan apa, apabila gadis warga asing ditahan dan dia didapati 'kosong', tinggal secara haram di negara kita, terdapat kebarangkalian dia akan menawarkan seks untuk membebaskan diri. Akhirnya ...," kata kenalan saya.

"Ya, faham," celah saya.

Lihat antara gambar dipaparkan oleh televisyen Indonesia dihantar kepada saya oleh rakan Facebook dan pembaca blog ini, Nakia Yusof


Jumaat minggu lalu, 3 anggota polis di Pulau Pinang didakwa merogol pembantu kedai, gadis warga Indonesia, 25 tahun, Wanfaidah, dari Batang, Jawa Tengah, secara bergilir-gilir di BALAI POLIS tempat mereka bertugas.

Suspek kemudian telah ditahan dan direman bermula 10 November lalu, klik di sini.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, 95% kertas siasatan telah lengkap dan mereka sedang menunggu Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh suspek terbabit di mahkamah.

Klik di sini untuk membaca berita lengkap.

Membaca kenyataan media dikeluarkan oleh pihak polis, berkebarangkalian besar, kejadian rogol itu berlaku namun selagi 3 anggota polis itu berstatus 'suspek', mereka belum lagi didapati bersalah oleh mahkamah.

JIKA Sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dipenjara di antara 5 dan 30 tahun serta disebat. Dilaporkan, semua suspek kini ditahan kerja untuk tujuan siasatan dan tindakan itu, prosedur lazim di kalangan pegawai dan anggota polis.

Perlu juga saya catatkan di sini, setiap suspek berhak untuk membela diri menggunakan khidmat peguam jika mereka tidak mengaku bersalah.

Berikutan kes terbabit, sekumpulan penunjuk perasaan di Jakarta, mendesak kerajaan mereka mengusir Duta Besar Malaysia di Indonesia dalam tempoh 48 jam.


Jalur Gemilang turut dibakar dalam kejadian sama, klik di sini.


Dilaporkan oleh akhbar KOMPAS. com, surat bantahan terhadap kejadian itu telah dihantar oleh Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar  kepada kerajaan Malaysia, klik di sini.

Sebelum menulis entri ini, terlintas beberapa soalan di fikiran saya ...

ANDAI kejadian itu benar berlaku, seronok benarkah merogol di dalam balai polis? Di manakah lokasi  tepat kejadian rogol bergilir-gilir itu berlaku? Siapakah antara pegawai sepatutnya berada di balai itu? Adakah suspek meninggalkan kesan air mani? Tidakkah mangsa melawan atau  menjerit ketika dirogol? Apakah mangsa tinggal secara sah di negara ini? Mungkinkah ada cerita lain di sebalik kes dilaporkan oleh media ini?

Sudah tiadakah lagi pelacur dan  gadis pelayan pelanggan, GRO warga asing di Pulau Pinang untuk melampiaskan nafsu?

September 2010, ketika bertugas untuk program 999, saya menyertai serbuan di pusat hiburan dikenali sebagai 'bar korek' bersama penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang. 

24 GRO warga asing, majoriti dari Vietnam diberkas.


Klik di sini untuk membaca laporan saya.

Sehari kemudian, pasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman menyerbu premis SAMA dan menahan 27 lagi GRO warga asing, klik di sini.

Daripada merogol, kenapa tidak melanggan GRO terbabit dengan harga servis, kira-kira RM100 sahaja? 

Apapun, kejadian terbabit tidak sesekali menjejaskan kredibiliti semua pegawai dan anggota polis di Malaysia.  Majoriti mereka masih melaksanakan tugas dipikul secara berwibawa biarpun dengan imbuhan  tidak seberapa. Tanpa pihak berkuasa terbabit, negara tidak aman dan sekaligus kita semua tidak tenang untuk tidur nyenyak di waktu malam.

Klik di sini  dan di sini untuk membaca catatan akhbar Indonesia berhubung polis negara kita.

Perilaku rakyat Indonesia kini berada di Malaysia? 

Tidak semua mereka berhijrah dan mencari rezeki di bumi bertuah ini, baik budi pekerti. Sebilangan mereka jelas banjingan goblok!


Jika mereka terbabit dalam kes jenayah berat dan perlu dibunuh, bunuh. Mengapakah perlu mereka dibiarkan mengganas sekaligus menggugat keselamatan rakyat Malaysia? Mereka pendatang, bukan kita.


Sebilangan warga Indonesia bermastautin di Malaysia, ternyata berulang kali terbabit melakukan kes jenayah, antaranya, merompak, menyamun, membunuh dan memperdagangkan orang.

Dalam kes ini, ibu ayam memperdagangkan 2 wanita Indonesia, saya dan kru 999 selamatkan di Tawau, Sabah, rakyat Indonesia sendiri.

Mereka telah lama melakukan pelbagai onar di negara ini.

Apa kata jika kita pula mendesak warga Indonesia tinggal di Malaysia secara haram pulang ke negara asal?  Hapuskan semua penempatan dan lokasi mereka membina koloni! Robohkan semua gerai milik mereka, tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan! Halau semua peniaga Indonesia di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur, memiliki dokumen diragui! Usir semua GRO berasal dari Indonesia kini menjual tubuh di pusat hiburan!

Jabatan Imigresen, bagaimana?

Rakyat Malaysia juga berhak untuk bersuara di dalam negara mengamalkan demokrasi berparlimen ini.

Kepada pegawai dan anggota polis berkahwin dengan wanita Indonsia, jaga isteri baik-baik.

25 ulasan:

  1. SMTI: kalau kita rakyat Malaysia nk 'listdown' salahlaku rakyat Indonesia yg berlaku di Malaysia...memang jenuh.. sakit jari menulis...

    BalasPadam
  2. Manusia ada pelbagai. Umumnya dibahagi berdasarkan kaum, negara, dsb. Itu scara umum. Jgnlah putuskan scra stereotaip. Kesalahan individu tidk wajar diletak pada negara asalnya. Mungkinkah polis itu berasal dari Indonesia? Jika terjadi, salah rakyat Indonesiakah? Yg pastinya mereka yg bersalah sja wjib dihukum.

    Inilah masalahnya. Budaya melabel scra stereotaip. Tuan blog pun bersalah juga. Suka pukul rata. Slalu label 'pengacau' pd Awang Hitam. Sdgkan ada kalangn pendatang Afrika yg bertanggungjawab bila di negara orang. Setiap permasalahn wjr ditangani dgn melihat kepada punca sebnar, dn ditangani scara bijak dan adil. Bukan sentimen.

    BalasPadam
  3. kita manjakan sgt org indon ni...belum masuk ke kg2 lagi berapa ramai pakcik2 kita sgt terpedaya dgn status sedara dr seberang..mereka dilayan bagai cerita melayu dulu..padahal org asing..dah lama2 anak dara diambil...abis semua satu kg akhirnya jd org indon punya kg..x caya masuklah kg2 di johor di batu pahat tu...atas nama sedara...org kita yg xde tanah ni terkapai2..mereka tetiba je blh bt rumah..aikkk? mereka rajin? mmglah sbb mrk merantau...yg org kg lak malas sbb mewarisi harta pusaka...indon amik kesempatan pastu bolot harta..hahahaha...hampehhhhhH!!! ASALNYA KITA DARI INDON JUGAK..BAGAIMANA? HANCURRRRR!!

    BalasPadam
  4. en mazidul,
    sangat betul paparan di entri ini
    minah/mak janda indon miang miang dan gatal merenyam
    asyik nak mengorat jejaka/lelaki bujang/duda waima suami orang...
    keje as cleaner kat kementerian tempat i keje ni...i pun musykil..habis keje kul 5 dey all gunakan toilet kita orang berdandan bermekap bagai...nak balik rumah jer pun...tapi tshirt ketat n jeans ketat gincu tebal bedak tebal alis tebal...berduyun2 beratur kat foyer kementerian tunggu van dey all dtg angkut...yg musykil tu nape makeup iye iye...buat keje xde kualiti pun...menghabiskn duit gomen bayar kat syarikat...tapi kan en mazidul...lelaki ni kan...pekerja kedai indon pun jalan gak...wangi ke? sexy ke? mana pegi benchmark lelaki malaysia ni...??? adoyy...yg haram gak nak di pulun nyer...

    BalasPadam
  5. Saya setuju dengan saudara Mazidul..

    Pada saya, "Nila yang merosakkan Santan" patut dibuang jauh-jauh dari Santan.

    BalasPadam
  6. Halau saja warga indon yang berada di negara malaysia..dahlah pendatang buat samseng lagi..

    BalasPadam
  7. bro mintak siarkan sikit2..
    serba ringkas...
    kisah asal usul...
    mcmna negara kini dah hampir dipenuhi pendatang...
    baik dr afrika/nepal/vietnam... dan sbagainya..


    tahun2 50-60an dulu..
    mana ada semua2nya...
    skali renung2...
    malaysia ni bagaikan negara yg xcukup penduduk la pulak..

    khabarnya..
    dah ramai abg2 bangla dah siap2 beli/pinjam beg...
    nak berhijrah masuk xlama lagi ni !!

    BalasPadam
  8. Saudara Mazidul....betul ke gambar pemuda bermotosikal tu menunjuk perasaan? sebab kat laporan Bernama, cuma 20 orang saja yg hadir dalam tunjuk perasaan berkenaan kes ni. Mana satu betul ni?

    BalasPadam
  9. Sokong! Desak keluar warga Indonesia yang buat masalah di negara ini. Terlalu ramai! Ada yang punyai gerai, ntah mana dapat mykad? Bolehkah kita bebas berniaga di negara mereka?

    BalasPadam
  10. Nak salah kan siapa didalam bab pendatang ni????saya amat terkejut melihat kedai runcit di sungai udang klang di monopoli oleh pendatang dari seberang trutamanya warga acheh...peniaga buah kbnyakannya warga minang..di kota damansara pula penuh dengan warga madura yang mmg patut di ragui status nya..cuba lihat di paya jaras sahaja berapa rmai pendatang asing.yang menghairan kan rumah mereka besar besar malahan ada yang membina banglo...kalau bergaduh siap berparang parang sesama sendiri..di seksyen 8 kota dmnsara dahulu ada pergaduhan warga madura yang menyebab kan kulit muka mangsa koyak di celoret si penyerang..kes kecurian smakin menjadi jadi kebelakangan ini oleh warga indonesia...kes bunuh,kes rogol,sabung ayam,ape ape bgai jenayah lah..itu baru melibat kan warga indonesia...warga myanmar pula???warga myanmar pula apa krg hebat nya..kuat mabuk..kencing tepi jalan,,bergaduh sampai mencabar orang melayu..makan sireh habis di ludah merata rata...mmg kurang ajar...bgai mana pula dgn warga nepal??? Puak nie mmg jenis kaki mabuk..mabuk sikit kecoh satu flet..bgai mana pula dgn warga bangla??berniaga kedai runcit,carwash,buka kdai handset,jual ayam hdup naik motor,suka kacau isteri orang nahhh ini lah dia warga bangla..mcm mane puak2 yang sy kata kan ini boleh hdup dgn bebas,dgn aman nya di malaysia????adakah pihak berkuasa atau yang berkenaan langsung tidak mengambil peduli tentang pendatang ini???siapa dalang nya semua ini??bukan saya mempertikai kerja pihak yang berkaitan TETAPI TOLONG LAH PANTAU DAN AMBIL TINDAKAN DENGAN GOLONGAN PENDATANG INI..semakin hari dia semakin berani...takut lama lama nanti kita pula yang di tindas di tanah sendiri..buka lah mata dan tengok lah malaysia hari ini...pendatang asing senang lenang mengaut keuntungan di bumi malaysia...saya lihat perkara ini hanya di pandang remeh sahaja oleh pihak berkuasa..operasi hari hari tetapi bilangan nya masih byak malah ada yang sudah di tangkap tetapi esok lusa ada lagi muka mereka...ape ni?????wallahualam

    BalasPadam
  11. entri ni kisah dlm balai..
    ni kisah kat luar balai..

    KUALA LUMPUR: Kerajaan sangat dukacita dengan satu lagi kes perkosa membabitkan wanita Indonesia yang dilapor berlaku di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

    Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini, berkata kerajaan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji ini yang juga merupakan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.
    "Wanita berkenaan itu juga difahamkan telah diikat dan tidak diberi makan selama empat hari,” katanya.


    Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar akan mengikuti perkembangan kes berkenaan dengan Polis Diraja Malaysia serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Indonesia.

    Mangsa dilapor bekerja sebagai pembantu rumah dan majikannya kini ditahan reman selama tujuh hari sejak kelmarin bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol.

    BalasPadam
  12. saya masih ingat di awal tahun 90an dulu ada seorang gadis (juga warga indonesia) menceritakan bagaimana anggota polis berkereta (kalau tak silap black maria) menahan gadis-gadis indon di sebuah pekan kecil di utara sarawak bersempadan dgn sabah dan merogol mereka di dalam kereta. mungkin kerana tidak dilaporkan (sudah tentu dgn ugutan) kes ini hilang begitu saja. saya pasti kes seperti ini sudah berlaku banyak kali di serata negara.

    BalasPadam

  13. Tuan yang mulia,

    Sentimen rasa benci pada masyarakat Malaysia ini telah lama bermula. kalau dulu kita diperlecehkan dengan istilah 'setubuh bumi' , 'rumah sakit korban lelaki' dan banyak lagi dan sentimen ini akan berterusan kerana cemburu dan rasa iri,

    kenapa cemburu?

    kita merdeka pada tahun 1957 dan indonesia lebih awal mencapai kemerdekaan iaitu 17 augustus 1945. kita menjadi adik kepada abang yang bebas dari penjajah.

    sebagai adik kita seharusnya berada dibawah abang yang lebih besar dan hebat. kita tidak boleh mendahului abang atau melebihi abang dalam segala urusan.

    sebagai adik kita seharusnya menghormati abang dan jangan sesekali angkat kepala ketika berbicara

    sebagai adik, kita seharusnya tidak 'memberi rezeki kepada rakyat' negara lain sebaliknya meminta dari abang.

    malangnya kita ada abang yang tiada 'wawasan' dan pada ketika tumbesarnya. kurang terima makanan berkhasiat maka tumbesarnya turut terbantut. abang ini mula rasa iri kesan dari hal-hal ini.

    terlalau banyak makan 'indo mee' menjadikan kandungan protein dan tumbesar abang terbantut, maka otak abang tidak bisa bercambah dengan baik. abang mula mencari sisi lemah dan korupsi adik.

    kebetulan adik memiliki 'wawasan' dan ada impian tanpa bantuan sesiapa. maka adik ini belajar berjalan dan menyediakan peluang dan ruang.
    cemburu abang makin gemilang.

    pengalaman dua tahun dinegeri 'abang' ini buat saya fahaman. dimana cemburu itu datang. tapi tak semua warga abang sifatnya malang. hanya segelintir yang banyak makan instant mee segera sahaja.

    jangan pedulikan keletah abang yang satu ini. sebagai jiran yang baik. kita harus menghormati dan menjadi warga yang baik dan berhemah. pedulikan sebarang provokasi yang datang. belajar menjadi umat yang berhemat. akan ada nilainya nanti. jangan dibalas atas dihalau mereka dari bumi kita. mereka juga punya rupa dan jiwa.

    suatu hari mereka akan mengerti kenapa semua ini terjadi. yang jahat itu bukan orang Malaysia tetapi hanya binatang yang bertopeng manusia. yang merompak, merampok, mencuri, dan mencabul itu bukannya orang indonesia tetapi syaitan yang menyerupai manusia.


    hidup dengan aman dan jangan termakan dengan hasutan dan perbuatan syaitan untuk mensabitkan kita dengan 'bencana yang lebih besar' Bersabarlah.

    BalasPadam
  14. biasa la.. encik mad...
    org dah dlm keadaan bersalah..
    disuruh buat apa sj.. akan turut..

    sblum dirogol.. disuruh ketuk ketampi.. pun bleh ketuk..
    slepas dirogol.. disuruh ketuk ketampi.. pun bleh ketampi..

    BalasPadam
  15. salam bro, just nak maklumkan, kalau bro amati betul2 berita yang dari kompas yang ada motor banyak2 tu, itu berita tahun 2010 bukannya berita baru2 ni.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  16. Saya setuju... cokit tu di "clear"kan... byk sgt org indon..dah macam mini jakarta...

    BalasPadam
  17. Smti

    Jawapan kepada persoalan kenapa ramai pendatang?
    Kenapa ramai gro asing?
    Kenapa ramai negro?
    Kenapa banyak rumah urut?
    Kenapa ekonomi Melayu merudum?
    Kenapa Melayu makin terpinggir?
    Kenapa Bahasa Melayu makin kucar kacir?

    Anda boleh jawab sendiri.

    DAP dan sekutunya

    BalasPadam
  18. tembak dan bunuh untuk pendatang tanpa izin..rasanya kalau ada undang2 macam ni diorg ttp x takut nak datang...malaysia ni baik hati sampai pijak kepala...bagai lepaskn anjing tersepit je tolong org indon ni...

    BalasPadam
  19. pada pendapat saya .. hanya PIHAK PEMERINTAH sahaja yang MAMPU menyelesaikan masalah kebanjiran pendatang ini. Kita rakyat marhaen tidak ada ada kuasa pun.

    BalasPadam
  20. Salam. Harap encik mazidul dapatlah kiranya memautkan blog saya pada blog tuan. Saya selalu mengikuti penulisan en mazidul.

    www.tokguru86.blogot.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.