Ahad, November 25, 2012

SEDUT SAMPAI KERING ...



Awal pagi tadi saya menenuhi undangan pakar motivasi terkemuka, Datuk Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, memberikan ceramah kepada peserta Kem Inspirasi, Karisma dan Kepemimpinan 2012 di Excel Training Country Resort di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Tajuk dihuraikan, 'Masalah sosial dan jenayah usia muda'.


Pendengar ceramah, pelajar sekolah berusia di antara 8 dan 11 tahun.

Puas melihat reaksi hampir 120 anak kecil cemas, takut dan tertawan di sepanjang sesi selama 2 jam bersama mereka. Pelajar berusia begitu lazimnya tidak terbabit dalam kancah jenayah berat. Mereka mendakwa berpengalaman berhadapan dengan tabiat sebilangan pelajar mencuri barangan seperti pensil, pemadam, pembaris, buku dan wang tunai dalam jumlah kecil.

"Di sekolah saya, pelajar bergaduh dan patah tangan," kata seorang daripada pelajar berusia 8 tahun.

"Sebab apa perlu bergaduh?," soal saya.

"Kalau orang mencabar, kita kena lawan balik," jawabnya spontan.

"Orang menang dalam pertarungan adalah orang bersikap tenang dan tidak semestinya perlu bergaduh sehingga mematahkan tangan pelajar lain. Kalau tangan dia patah, mesti awak dipanggil dan kemudian dihukum oleh guru. Balik ke rumah kena marah dan dipukul pula dengan ibu ayah. Itu kemenangan ke? Bukan. Jadi setiap kali berhadapan dengan pelajar lain suka mengusik, mengejek, mencaci, menghina, kamu semua harus bertenang. Biarkan dia bertindak bodoh begitu. Kamu tidak rugi sesen pun berbanding kalau bergaduh dan kemudian menyusahkan guru, keluarga dan paling penting diri sendiri, tidak berguna, kan?," soal saya kembali.

Mereka terdiam, barangkali berfikir mengenai logiknya kenyataan saya lontarkan.

Di akhir sesi ceramah, saya meminta 5 pelajar secara sukarela duduk di atas tikar saya bawa.


"Jangan seorang pun daripada kamu duduk, berdiri atau berbaring melebihi bahagian tepi tikar itu," arah saya.

Kurang 10 minit, mereka semua mula berasa gelisah dan berbual secara perlahan, meluahkan rasa ketidakselesaaan duduk di ruang sempit hamparan tikar.

"Kalau terbabit dalam kes jenayah, di lokap polis, begitulah keadaannya, berhimpit-himpit di ruang sempit," tambah saya lagi.

"Dalam lokap tidak ada kolam renang?," soal pelajar darjah empat.

"Tidak," jawab saya diikuti hilai tawa pelajar lain.

InsyaAllah, Ahad minggu hadapan saya akan bersama kumpulan pelajar berbeza di lokasi sama. Jika pembaca ingin berceramah atau bercakap di hadapan audien secara lebih yakin, tanpa gementar, sila klik di sini.

BERITA BAIK!! Potongan Harga 50% masih berkuatkuasa untuk program CakapDotCom pada 1 Disember ini - Program mengasah kemahian pengacaraan dan pengucapan awam. Telefon 013-6366673 atau hantarkan emel ke cakapdotcom@gmail.com.

DAFTAR SEGERA!
 

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya, Selangor, saya singgah untuk mengisi minyak kenderaan di stesyen minyak di pekan kecil Broga. 

Saya rakamkan gambar berikut ...


Untuk rekod, di negara ini tiada Akta Inhalan membenarkan pihak berkuasa mencegah, menangkap dan mensabitkan mereka menghidu gam.

Berikutan itu, pelaku tidak langsung berasa takut dan kelihatan amat selesa menghidu gam sambil disaksikan oleh pemandu dan penumpang kenderaan lalu-lalang. Menghidu gam berbahaya kepada tubuh badan dan merosakkan otak manusia tetapi setakat ini kerana ketiadaan akta, pihak berkuasa tidak berhak untuk mendakwa mereka di mahkamah.


Gambar lelaki di atas, saya rakamkan ketika dia bertinggung di kerusi tempat pengguna pengangkutan awam menunggu bas. Kehadirannya menakutkan orang ramai. Dalam keadaan khayal, tingkah lakunya tidak mampu dijangka.


Sedih, di Malaysia, gejala ketagihan menghidu gam bermula seawal usia 8 tahun dan sebilangan masih menyedut gam pada usia 60 tahun.

Masyarakat hanya mampu melihat.

Apakah pula antara usaha pihak kerajaan mahupun parti pembangkang untuk menangani masalah semakin menular ini? Masalah bukan sahaja melanda dan semakin kritikal di Semenanjung Malaysia tetapi di Sabah dan Sarawak.

Adakah pemimpin tidak ambil pusing jika ramai anak muda dikatakan tonggak masa depan negara bakal tersungkur kerana otak mereka berselirat bak sarang labah-labah?

8 ulasan:

  1. Tuan,

    Tolong minta pihak kerajaan untuk mengubalkan undang undang berkenaan masalah penagihan Gam ini.

    Macam air daun ketun yang telah pun dikategorikan sebagai bahan larangan iaitu dikategori seperti najis dada ! Maka dengan itu sesiapa yang memiliki, memproses, menjual bahan yang berasakan daun ketum akan boleh dikenakan tindakkan undang undang.

    Sebenarnya masalah ketagihan menghidu gam ini adalah sangat serious sekali iaitu dikalangan muda mudi di bandar @ di kawasan luar bandar !

    Cegah sebelum parah maka saya syorkan Tuan boleh bawa isu ini ke atas iaitu ke pihak kerajaan / Polis yang berkaitan iaitu untuk memikir & membuat tindakkan bagaimana isu permasalahan penagihan GAM ini boleh dicegah daripada berleluasa.

    Cegah sebelum parah !
    Better late then never !

    Wassalam..

    BalasPadam
  2. sepatutnya kita kena buat pencegahan terus tentang hidu gam ni... sebab ternyata kesan dia sangat2 buruk.. sampai ada yang jadi gila dan sewel akibat hidu gam ni..

    BalasPadam
  3. hmmm hidu gam... bro mazidul, saya nak tanya apa pendapat bro pasal ada golongan yang cuba nak legalizekan ganja di malaysia atas alasan perubatan. saya sama sekali tak setuju dan saya ada menulis di http://buasirotak.blogspot.com/2012/05/perjuangan-ganja.html tapi dihentam teruk oleh orang yg pro-ganja. saya cuma nak minta pandangan bro mungkin bro ada pandangan yg berbeza...

    BalasPadam
  4. selain gam, ada orang suka hidu bau whiteboard marker, bagi saya perbuatan itu sangatlah di luar tabi'i...

    tahniah di atas usaha bro dalam memberi pendedahan awal kepada golongan kanak2 ribena, bak kata pepatah: melentur buluh biarlah dari rebungnya, semoga berhasil ^^

    BalasPadam
  5. prince of noob @ noob, ya aku juga curious pasal isu itu...

    bagi aku setiap benda ada baik buruknya, dia jadi buruk apabila disalah-gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, atau diaplikasikan secara luar tabi'i...

    BalasPadam
  6. pernah terserempak dgn orang2 ni semasa berhenti kt trafik light semenyih. Nampak macam x betul... risau juga takut dia buat hal... cepat2 nak supaya lampu jd hijau ... nk pergi dr situ.

    BalasPadam
  7. Bro.. mungkin boleh paparkan kes pendatang 5 asing warga pakistan yang baru2 ini merogol dan bunuh seorang gadis tempatan sabah berumur 15thn di kota marudu .. pti sana makin berani.. andai ini terjadi kepada saudara saya sudah tentu kepala 5 warga pakistan tu aku 'kayau' .

    http://www.pengerindu.com/2012/11/kejam-5-warga-asing-babi-pakistan-rogol.html

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.