Isnin, November 19, 2012

TAWARAN DISKAUN HARGA 30% UNTUK PEMBACA BLOG INI MASIH SAH UNTUK PEMBELIAN PERABOT DI KILANG AH CHAI

Kita semakin menghampiri penghujung tahun 2012 dan tidak lama lagi tahun 2013 bakal menjenguk semua.

Ingin membeli perabot baru? Sofa? Almari? Katil? 

Teruskan membaca ...

Minggu lalu, saya bertemu peniaga perabot, Ah Chai dan isteri, Angel, buat kesekian kali.

"Mazidul, ramai orang datang ke kilang, mereka bertanya mengapa tidak membukan show room?," ujar Angel.

"Kalau ada show room kena bayar sewa mahal. Nanti harga perabot naik. Kita tidak mahu macam itu sebab sudah berjanji, semua pembaca blog Mazidul akan diberikan 30% diskaun harga," celah suaminya.

Saya terdiam buat seketika.

"Ramai peniaga perabot lain, ada show room tetapi tidak memiliki kilang. Jadi harga ditawarkan lebih mahal. Ah Chai dengan Angel, ada kilang, itu satu keistimewaan. Saya cadangkan, kalau ada lagi ruang di kilang, cuba buat show room bersaiz sederhana. Jadi, bila pelanggan datang, mereka boleh melihat sebahagian daripada contoh perabot selain daripada gambar dicetak di katalog," saran saya kepada mereka.

"Itu ide baik. Sambil memilih perabot bersesuaian dengan citarasa mereka, pelanggan juga berpeluang untuk melihat cara pelbagai jenis perabot dibuat di kilang. Kami pun tidak perlu untuk menyewa show room di tempat lain sekaligus boleh terus menawarkan harga diskaun 30% kepada semua pembaca blog awak," kata Angel. 

"Mazidul tolong beritahu kepada semua pembaca, Alcano Design sekarang ini menerima pembayaran menggunakan kad kredit," celah Ah Chai.

"Tiada masalah," balas saya.

Berikut antara perabot terbaru dihasilkan di kilang mereka.

'Dolphin' (1+2+3) RM3,600


Katil 2 dalam 1


'Seri Utama'


'Santai Seri'



RM2,850 (1+2+3)

Pelbagai jenis perabot dan model ditawarkan di kilang Ah Chai.

Kepada mereka ingin berkunjung ke kilang Alcano Design, sila klik di sini.

5 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.