Sabtu, November 17, 2012

JIKA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN LAMBAKAN RAKYAT INDONESIA DI NEGARA KITA ...

Kita semua akur, ramai rakyat Indonesia kini bermastautin di Malaysia mendatangkan pelbagai masalah kepada warga tempatan.

Saya dapati, selain terbabit dalam kancah jenayah berat, mereka juga terus membina koloni di tanahair kita cintai ini.

Selama ini, penguat kuasa Jabatan Imigresen dan polis telah menjalankan ribuan operasi membanteras kehadiran pendatang haram Indonesia. Penempatan mereka di dalam hutan, kawasan pinggir bandar, rumah setinggan, tapak kongsi pembinaan dan apartmen digempur. Rakyat Indonesia didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63 diberkas dan kemudian dihantar pulang ke negara asal.

Malangnya masalah kebanjiran pendatang dari negara sama masih tidak mampu ditangani secara total oleh kerajaan Malaysia.

Oleh itu masalah dicetuskan mereka berterusan ...

Andai diamati, gadis mereka tanpa segan silu menggoda suami wanita tempatan sehingga kehidupan anak dan isteri terabai.  Dalam diam, pujuk rayu lelaki pulau Lombok, Indonesia terus mencairkan jiwa gadis kita.  Akibatnya, ramai remaja Malaysia kini hidup sengsara di pulau terbabit. Mereka dilaporkan beranak-pinak di Lombok dan terpaksa menampung kehidupan dengan mengambil upah mengutip daun teh. 

Hidup bak ayam.
.
..  kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

"Loghat percakapan gadis Melayu, Suriani Abdul Wahab saya bawa pulang dari Lombok Barat Mei lalu sudah tidak sama seperti loghat kita lagi. Saya bertanya, mengapakah dia sanggup berkahwin dengan lelaki Lombok? Jawabnya, kasih sayang lelaki pulau itu tidak setanding dengan cinta lelaki Malaysia. Contohnya, sepanjang 4 tahun berkahwin, suami wanita itu didakwa tidak pernah meninggikan suara apatah lagi memarahinya. Setiap kali suami melakukan kesalahan, lelaki itu cepat memohon maaf," ujar Abdul Khalid Chairul. 

Khalid, Setiausaha Agung Kelab Putera 1Malaysia saya temui di Amman, Jordan bulan lalu sewaktu membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria di sempadan Jordan-Syria.

Klik di sini untuk membaca perincaian kisah Suriani.

Lazimnya episod cinta agung di antara gadis Malaysia dan lelaki Lombok berkesudahan dengan babak duka. 

Selain daripada 'drama' seperti itu, sebilangan wanita Indonesia berkhidmat sebagai amah di negara kita turut mencuri barang berharga milik majikan. Tidak ubah seperti kes menyelamatkan anjing tersepit. Amah hidup kesempitan wang di Indonesia, dibayar gaji oleh majikan untuk mereka menyara kehidupan keluarga di kampung halaman dan akhirnya menggigit majikan bak anjing.

Biarpun berstatus pendatang, majoriti mereka tidak teragak-agak merebut peluang berniaga tanpa mematuhi peraturan dan sistem perundangan negara sehingga peniaga tempatan berasa bak dianaktirikan. 

... tersepit untuk mencari rezeki halal di tanahair sendiri.

Justeru itu, saya memohon penguat kuasa Jabatan Imigresen untuk memeriksa dokumen perjalanan semua pekerja Indonesia di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Sewaktu berkunjung ke pasar terbabit, saya berasa seperti membeli ikan dan sayur di Jakarta. 

Seorang pekerja gerai menjual ikan berasal dari Indonesia secara selamba mengaku bekerja tanpa permit. 

"Khuatir juga jika ditahan oleh pegawai imigrasi," ujarnya sambil tersenyum sinis.

Haram jadah!

Saya pasti, ramai  antara rakyat Malaysia, terutama pembaca setia blog ini, ingin mencoretkan luahan ketidakpuasan hati berhubung lambakan dan karenah warga Indonesia tinggal di negara kita.

Suara kita harus didengar.

Secara profesional, sila catatkan luahan itu di ruang komen entri ini dan kemudian kita sebarkan bersama di alam maya.

Saya percaya maklumat dikongsikan di sini dibaca oleh kakitangan pelbagai agensi penguat kuasa serta rakyat di negara jiran itu.

Negara jiran?

Selama ini kita menganggap mereka jiran, malangnya sebilangan mereka menganggap kita musuh.

29 ulasan:

  1. Sepatutnya hukuman sebat dikenakan pada mereka yang masuk ke negara ini tanpa izin sebaliknya mereka yang ditangkap, ditahan di depot penahanan sementara seperti di Pekan Nenas, Johor sebelum dihantar pulang ke negara asal. Kemasukan mereka secara sah yang tidak terkawal bilangannya juga menyebabkan mereka tidak perlu menyesuaikan diri mereka dengan kehidupan dan budaya masyarakat kita. Maaf, ini hanya pendapat 20 sen dari saya.

    BalasPadam
  2. Crime offence happens every day in every part of the world. Tak bermakna kita menghalalkan ia berlaku, cuma selagi namanya manusia tak kira bangsa apa sekalipun ia tak dapat dielakkan. Jadi tak usahlah berlebihan wahai bangsa indonesia. Wakil2 bangsa itu di sini juga tak kurang jeliknya. Jenayah yg mereka lakukan juga semua orang tahu dan pernah menjadi korban. Daripada jenayah domestik, majikan yg kerugian apabila pembantu rumah lari, mencuri barang, rompakan, rogol, malah pembunuhan berlaku membabitkan TKI di negara ini. Jadi apa bezanya. Kami tidak berdemo atau merusuh. Kami tidak memandang sinis TKI yg lain, kerana kami tahu mereka orang yg hanya mahu mencari rezeki halal. Jika tak mahu ke Malaysia pun tak mengapa. Silakan ke negara lain. Tapi kami juga tahu Malaysia menjadi destinasi mudah dan aman dari segala segi buat mereka. Jadi berterima kasihlah. Janganlah kerana satu kes terpencil begini, satu negara dihukum.

    BalasPadam
  3. Salm Abg Mazidul,Imigresen ni macam Paku bro, di ketuk baru jalan. Rasa nye dah lebih 10 tahun Indon bermaharaja lela di chowkit, malah bukan sahaja di chow kitt, tapi merata rata tempat dah. Takkan lah takder inisiatif langsung dari jabatan imigresen nih. takkan kerja depa buat passport je kot bro. Abis yg kita duk bayar depa nye bonus tahunan tu buat pe?. masalah seperti ini akan mengundang 'chain reaction' effect dimana masalah sosial akan berada di tahap kritikal.

    Harap pihak imigresen dan pihak yang terbabit yang memantau masalah yang sekian lama kronik nih dapat lah bangun dari kerusi meraka dan menyelesai kan masalah ini bukan hanya untuk melepaskan batuk di tangga tetatpi memantau masalah ini seperti mana yang tercatat dalam 'works cope' depa.

    BalasPadam
  4. Saya cadangkan supaya pihak tentera Malaysia memainkan peranan dengan menganggap pendatang tanpa izin ini sebagai musuh baru negara. Lakukan operasi secara besar-besaran untuk mengempur pendatang tanpa izin ini dan halau mereka kembali ke negara asal mereka. Jabatan Imegrsen sudah tidak mampu untuk menbendung masalah ini kerana sudah lama dan mungkin ada di kalangan pegawai yang sudah terima suapan.

    BalasPadam
  5. Secara jujurnya pendapat saya kekadang dia orang pendatang nie kalau ditangkap ada antaranya esok dibebaskan tanpa rasa bersalah sebab apa? Sebab sendiri tentu ada jawapannya....Kekadang karenah birokrasi di kalangan pengkuatkuasa dalam menjalankan tugas...(ini diakui oleh sesetengah orang bawahan)macam mana kita hendak banteras...?
    Tidak hairanlah hari ini banteras, roboh pastinya besok tumbuh kembali, ada lagi.....

    BalasPadam
  6. kenapa kita tak ikut undang2 macam singapork, tangkap rotan, selalu apabila nak buat perbandingan, kita selalu buat perbandingan dengan singapork.

    kalau naik bas kat KL pun rasa macam kat indon je. mungkin sebab ibu pejabat Imigresen kat PJ, berapa lori sangat muat, dah penuh lori berhenti operasi.

    kalau tak mampu menguatkuasa, minta tolong tentera darat macam singapork menangkap warga nigeria.

    BalasPadam
  7. Salam..
    bukan setakat melambak di negara kita lagi dah orang Indonesian ni..siap berumahtangga, meniaga, memiliki harta, dan kaya raya lagi..Kalau kenduri anak siap 3-hari-3malam lagi.Pengalaman saya duduk apartment, mereka berkenduri pasang khemah, siap ada dangdut..orang tempatan nak kenduri buat di dewan, mereka tidak..komplen dengan JMB, siap bergaduh..cuma orang tempatan tak mahu bermusuh, diamkan saja.KELOMPOK mereka sudah ramai sangat sekarang ni..mereka bersatu sesama mereka, itu yang berani..orang kita?anda sendiri tahu, jaga diri sendiri je :(

    BalasPadam
  8. Keselamatan negara kita senantiasa diintip dan diperlekeh. Mereka ibarat perisik yang menunggu peluang.

    Sudah-sudahlah pemimpin Malaysia, kita ni sebenarnya diperhatikan utara selatan dan sekeliling nusantara. mereka tidak menyumbang apa2..kita majikan, hak kita lagi besar. jangan sampai kita jadi pekerja mereka...anak cucu kita bermajikan warga asing....

    BalasPadam
  9. Malaysia terlalu ramai pendatang asing bukan sahaja dari Indonesia saja tetapi terdapat juga pendatang asing dari Myanmar ,Bangladesh,INDIA ,Nepal,Afrika,Philiphine dan lain-lain lagi mereka ini banyak melakukan jenayah dan gejala sosial....mungkin jika tindakan tidak diambil jumlah mereka lebih ramai dari jumlah bumiputera....ingatlah sejarah puak pendatang yang diberi kerakyatan dah naik tocang yang membuat berbagai tuntutan dan mengambil hak yang menyusahkan kita...harap kerajaan mengambil tindakan ...supaya masalah ini dapat dibendung

    BalasPadam
  10. Assalam. Sy Zul, berhijrah ke Kuala Lumpur dari 1997 utk belajar dan seterusnya bekerja di Kuala Lumpur. Memang tidak dinafikan, mmg ramai warga asing disini. Keadaan ini boleh dilihat lebih2 lagi pada cuti umum apabila warga kota pulang ke kampung halaman. Sy sendiri yg bekerja berdekatan dgn Puduraya, melihat deretan kedai2 yg langsung tidak menunjukkan ciri2 negara Malaysia. Kadangkala saya berseloroh dgn rakan2 semasa keluar makan tengah hari utk mengambil gambar berlatar belakangkan kedai2 berkenaan dan memuat naik ke Facebook utk menyatakan yg saya sebenarnya bercuti di luar negara (Nepal, Vietnam etc). Sambil itu, byk juga gerai2 segera yg dibuka yg majoritinya bertutur loghat Indonesia. Sesungguhnya, ibukota Kuala Lumpur sangat2 memerlukan tindakan yg serius untuk menangani keadaan ini. Terima Kasih

    BalasPadam
  11. Akibat sikapmejen pekerja asingdan pegawai kerajaan yang tamak haloba, tidak pedulikan akibat buruk kepada rakyat dan negara.

    BalasPadam
  12. Tuan Mazidul, yang paling jelas undang-undang negara kita lemah sebab itu negara kita sering diperlekeh oleh bangsa asing, banyak berlaku rasuah, saya kira jika Lim Kit Siang jadi PM Malaysia pasti malaysia ini bersih tanpa pendatang,, sebab cina lebih tegas menangani masalah begini,

    BalasPadam
  13. Pegawai imigresen mesti ada sesetengahnya terima suapan, mungkin sebab ini semakin ramai warga asing yang masuk secara haram di negara kita!

    http://www.trupturk.blogspot.com/2012/11/20082012-batmobile.html <- Entry Terbaru

    BalasPadam
  14. Kelemahan agensi penguatkuasa kerajaan adalah refleksi dari kelemahan kerajaan itu sendiri......rakyat sendiri mahu ingatlah.....penguatkuasa perlu kuat...tegas dan berwibawa......

    BalasPadam
  15. Toleh lah ke mana pun .. pasti ada pendatang ( tak kira lah yang masuk secara halal ke tidak ke .. ) cuma bezanya .. ramai ke tidak je. Kesian anak cucu cicit kita yang satu waktu nanti pastinya akan jadi PENDATANG di bumi atau tanah air sendiri. Kenapa ?? sebab koloni pendatang sudah terlalu ramai .. pelbagai bangsa pula tu. Cuba tinjau sekolah-sekolah rendah di area Sg Buloh, di Sitiawan .. Perak; yakni di mana ada ramai pendatang .. dan cuba tanya para guru di sekolah berkenaan .. apa masalah yang mereka hadapi. Seram dan bimbang saya mendengarnya. Lantas terfikir apakah nasib anak bangsa kita nanti ???

    BalasPadam
  16. Sdr Mazidul,saya peneroka felda, kebanyakan kami bergantung kpd buruh Indon ini, sbbnya, anak tempatan tidak mahu bekerja di sektor perladangan.

    Tetapi dari pengamatan saya, mereka kebanyakanya ada permit kerja, saya hairan mcm mana di Chow Kit mereka tiada permit dan di biarkan berkeliaran.

    Sebenarnya kita saling bergantungan, mereka perlukan kita dan kita perlukan mereka.

    Cuma soal masaalah, ini salah pemerintah, mereka tidak tegas, kalau begitu cuba kita pilih pemerintah yg lebih tegas, PRU dah tak lama lagi, tepuk dada tanya selera.


    BalasPadam
  17. Sdr Mazidul,saya peneroka felda, kebanyakan kami bergantung kpd buruh Indon ini, sbbnya, anak tempatan tidak mahu bekerja di sektor perladangan.

    Tetapi dari pengamatan saya, mereka kebanyakanya ada permit kerja, saya hairan mcm mana di Chow Kit mereka tiada permit dan di biarkan berkeliaran.

    Sebenarnya kita saling bergantungan, mereka perlukan kita dan kita perlukan mereka.

    Cuma soal masaalah, ini salah pemerintah, mereka tidak tegas, kalau begitu cuba kita pilih pemerintah yg lebih tegas, PRU dah tak lama lagi, tepuk dada tanya selera.

    BalasPadam
  18. Mohd Rafhan berkata...
    Sepatutnya hukuman sebat dikenakan pada mereka ...

    yesss !!!
    setuju sgt tu...
    lain2 kali.. jika ada kes2 tangkapan.. pihak berkuasa cuma perlu londeh sluar mereka tu..
    dan check punggung ..
    jika ada yg berbirat tu..
    dah tentunya ada 'kes lampau'..
    jangan cerita banyak lagi dah.. terus kumpul masuk tongkang !!

    BalasPadam
  19. berapa ramai naik motor xda lesen kalau kena tahan pun cerita tepi jln je selesai,mana pihak berwajib,pengawasan di sempadan perlu diketatkan

    BalasPadam
  20. Saya rasa ramai yang dah tahu lagu "Bangau oh bangau"........... kita kena ada ayat yg akhir "Itu makanan aku" iaitu ucapan sang ULAR = Pemerintah & Pihak Berkuasa. Berani melakukan tindakan yg betul dan sokongan dari rakyat jelata yg sayangkan MALAYSIA.

    BalasPadam
  21. Mslh pati ni mmg tak penah abis.umpama lagu bangau oh bangau.kalo di sabah susah mau bezakan rakyat tempatan n pati.pengalaman sya, adakalanya rakyat kita juga membantu pertambahan mrk.cthnya jika pihak jpn dtg ke kg2 utk pendaftaran lewat surat lahir,pihak pati akan mbyr org kg utk mengaku mrk adalah ank kandung.akhirnya mrk akan dpt hak rakyat tempatan.malah ank2 mrk no ada yg bijak n belajar di ipta

    BalasPadam
  22. boleh nak halau semua orang2 indon, tapi anak2 muda tempatan dan rakyat malaysia kena ada yang sanggup ambik alih kerja2 mereka seperti bina rumah, orang gaji, penoreh getah, kait kelapa sawit dan lain2, lupakan rempit, lepak, clubbing dan lain2.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  23. Malaysia ni terlalu dekat dengan negara jiran yang lain, sepatutnya kawalan lebih diperketatkan. Bayangkanlah negara lain macam Australia, Jepun dan New Zealand, pulau yang jauh daripada negara jiran, orang luar nak masuk pun susah, sudah lah tu, kawalan sangat ketat. Pada saya pokok pangkal macam mana penguatkuasaan undang2 dilaksanakan.Saya hairan, kita nak masuk ke negara orang kita prepare macam2 sampaikan tiket untuk balik pun dah ready kalau tak, tak dibenar masuk. Org nak masuk negara kita, senang sungguh.

    Sikap bagi muka dengan orang luar oleh orang kita tu sudah lama berakar umbi. Yang satu lagi bangsa nak kutip untung, pandai bawa masuk seramai yang mungkin orang luar janji bisnes mereka dapat jalan. Mereka ni yang bawa masuk org Myanmar, Vietnam, China seramai yang boleh sebab mereka mampu bayar.Masalah dan akibatnya mereka tak peduli janji untung RM.

    Saya menulis bukan berdasarkan cerita di TV saja tapi berdasarkan pengalaman di kawasan perumahan saya sendiri. Shah Alam kawasan yang totally changed penuh dengan Myanmar, Vietnam, Afrika, India dan Cina tanah besar. Crowded. Mereka pengotor, conquered padang futsal yang sepatutnya anak remaja kita habiskan masa. Mereka kasar tak beradab.

    BalasPadam
  24. tukar pemerintah?

    selangor dah lebih 4 tahun tukar pemerintah tapi bertambah ramai juga pendatang yang ada. siap ada yang berniaga lagi di gerai2 tepi jalan. bayangkanlah apa perasaan orang melayu yang terpaksa bayar sewa restoran hingga 4-5 ribu sebulan?

    Undang2 dah ada tapi siapa nak kuatkuasa? Anak cucu kita di masa akan datang? bila penyakit dah bertukar jadi wabak?

    BalasPadam
  25. silakan ke Kea Farm, Cameron Highland. Anda akan berasa seolah2 berada di kawasan peranginan pergunungan Brastagi, Medan ketika membeli sayuran di Kea Farm...

    BalasPadam
  26. Salam semua saudara-saudaraku.

    Saya pernah bekerja di sebuah food court sebuah shopping complex terkemuda, dan berkenalan dngan seorang tukang masak indonesia. Suatu hari dia membawa anak lelakinya berjalan-jalan kerana dia cuti hari tersebut. Di masa itulah dia memberitahu dia sangat sedih kerana anaknya itu telah diBIN kan kepada adik atau abang iparnya yang telah mempunyai IC biru agar budak boleh didaftrkan dan mendapat mykid. Dia dapat. Baginya dia telah berkorban untuk masa depan anaknya.

    Saya sangat terkejut dan mendoakan anaknya itu tidak selamat hidup dunia akhirat kerana dia akan menikmati semua yang warganegara malaysia berhak dapat.

    Tidakkah dia rasa berdosa/ Baginya tidak. Anaknya memang lahir di malaysia dan berhak menjadi warganegara, undang2 itu baginya adalah undang2 manusia saja.

    Kalu nak tengok muka dia ni saya boleh tunjukkan selagi dia kerja di sana.

    BalasPadam
  27. bila kerajaan hendak bertindak?rasa menyampah sgt dah ni...

    BalasPadam
  28. Salam,

    SMTI

    Secara jujurnya saya juga tidak sukakan kebanjiran PATI di negara Malaysia. Mereka melanggar undang-undang mengikut rasa tanpa menghormati Malaysia dan rakyat Malaysia. Mereka juga membawa budaya mereka ke sini seperti tidak menghormati orang lain, lintas jalan suka hati, berebut naik bus (walaupun kita depan tangga bas, masih tak boleh naik sebab skill memotong sangat hebat), naik couch perempuan di KTM (especially warga Bangladesh) dan flirting bila menjual (terutama warga arab di Jalan Tar - konon semua orang Malaysia berminat dengan mereka lah tu).

    Tapi sebagai seorang perempuan, takut nak tegur sebab takut apa-apa jadi....

    Paling mengecewakan ialah orang Malaysia sendiri yang mengupah PATI ini...

    just a thought.

    tq

    BalasPadam
  29. Saya sayang Malaysia sangat sangat. Tolonglah hentikan kemasukkan bangsa Indonesia ni. Bahasa melayu semakin lama semakin macam bahasa Indonesia. Orang melayu makin pupus. Lama lama Malaysia hancur.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.