Jumaat, November 16, 2012

PEKERJAAN HARAM TERBARU WARGA INDONESIA



Jam 9.30 malam semalam, saya duduk di restoran mamak di Kelana Jaya, Selangor, menunggu untuk bertemu rakan.

Beberapa minit kemudian, saya dihampiri oleh warga emas, wanita Melayu berbaju kurung sambil menjinjing beg plastik merah dipenuhi pelbagai jenis keropok. 

"Keropok?," tanya wanita itu.

"Terima kasih," balas saya.

Pantas dia beredar dan kemudian menawarkan keropok dikendong kepada pelanggan duduk di beberapa meja lain. 

Malangnya tiada pembeli. 

Mata saya terus mengekori gerak-gerinya. Beberapa minit kemudian, wanita saya anggarkan berusia lebih 60 tahun itu kemudian berhenti berjalan. Dia menghela nafas panjang sebelum menarik kerusi dan duduk di meja berjarak kira-kira 5 meter dari lokasi saya berada. Barangkali tubuh dimamah usia itu berasa penat setelah berjalan ke hulu ke hilir menjaja keropok dibawa dari Kuala Selangor, Selangor.

Spontan terbit perasaan simpati di hati. Wanita itu layak digelar ibu. Lalu saya memanggil pelayan restoran, warga India ...

"Tanya sama itu mak cik, mahu makan dan minum apa? Bagi dia, saya bayar," bisik saya kepada pelayan bermisai tebal.

Pelayan itu kemudian menemui wanita terbabit sebelum datang kembali berjumpa saya.

"Dia cakap tidak mahu makan dan minum, saya sudah cakap abang mahu kasi bayar," jelasnya.

"Terima kasih," ujar saya.

Sebaik pelayan itu beredar, tercetus beberapa soalan di benak fikiran saya.

Ibu siapakah wanita itu? Siapakah pula suaminya? Berapakah pendapatan diraihnya semalaman menjual keropok? 

Barangkali WARGANEGARA Malaysia itu tiada pekerjaan lain untuk membantu menyara kehidupan  keluarga sekaligus menghabiskan sisa sisa hidupnya. Apapun, saya amat berbangga memerhati kegigihan wanita itu berniaga di bumi kelahirannya dan tidak memilih kaedah meraih wang secara mudah.  

Tepat jam 9.52 malam, saya didekati pula oleh lelaki buta dan wanita bertudung berbaju kurung. 

"Assalamualaikum!" 

Lalu saya membalas salamnya dan bertanya ...

"Awak orang mana?"

"Saya orang Malaysia," jawab si buta.

"Maaf. Saya bukan bertanya kepada awak tetapi kepada wanita ini," jelas saya. 

Saya melihat tepat ke wajahnya.

"Saya dari Jawa Tengah, Indonesia," celah wanita itu.

Saya langsung tidak berasa terkejut dengan pengakuannya kerana daripada loghat dia memberikan salam, saya telah menduga, dia bukan rakyat Malaysia. 

Namun menariknya, kelihatan ramai pelanggan restoran sama menghulurkan sumbangan kepada mereka berdua

"Awak kerja apa sebenarnya di Malaysia ini?," tanya saya lagi.

"Siang hari, cleaner. Malam saya tolong dia ini (si buta) sebab anak dia ramai," tambahnya.

"Awak dapat berapa daripada hasil kutipan derma ini?," soal saya lagi.

"Separuh," balasnya spontan.

Saya kemudian mengeluarkan telefon bimbit dan merakamkan gambar mereka ...


Menyedari tindakan itu, pantas wanita Indonesia itu menarik tangan si buta dan beredar secara  tergesa-gesa.


Selang beberapa minit kemudian, saya didatangi pula satu lagi pasangan. Si buta, warga Malaysia manakala pemimpin tangannya, wanita Indonesia.

Modus operandi itu barangkali trend terbaru kaedah meminta sedekah di Malaysia.

Kalau sebelum ini, si buta lazimnya dibawa bergerak ke pelbagai lokasi oleh warga tempatan, kini tugas meraih wang secara mudah itu diambilalih oleh rakyat Indonesia.

Sepengetahuan saya, Jabatan Imigresen Malaysia tidak pernah mengeluarkan permit kepada warga asing untuk melakukan kerja seperti itu.

Selepas pendedahan ini, kini kita semua tahu mengenai fakta sebenar berhubung kegiatan haram sebilangan warga Indonesia di Malaysia. Ternyata, tanpa segan silu  mereka merebut setiap peluang terbuka untuk menghasilkan wang biarpun tidak mengikut lunas undang-undang.

Saya percaya, sebahagian daripada wang diraih di Malaysia itu kemudian dihantar ke Indonesia buat menampung perbelanjaan keluarganya. 

Ya, Indonesia.  

Negara jiran, lokasi Duta Besar Malaysia cuba diusir dan Jalur Gemilang dibakar sebelum ini.

10 ulasan:

  1. Salam...wow!satu pendedahan baru...terima kasih di atas info abg mazidul..teruskan membongkar rahsia2 kehidupan ini...

    BalasPadam
  2. Assalam tuan,

    Kawasan bayu perdana klang selangor,sudah lama beroperasi kegiatan haram ini.

    mereka akan ke kedai tomyam2, mamak.

    harap mpk, pbt lebih peka..

    terima kasih atas coverage tuan mazidul. JazaKALLahu khairan.

    BalasPadam
  3. waduh-waduh enak aja mereka ya..rsnya pendapatan diorg lebih tinggi drpd mereka yg kerja di pejabat.huhuhu

    Fesyen Janggut Yang Sangat Cool

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas pendedahan terbaru ini. Yang sedihnya, tiada tindakan daripada pihak yang mempunyai kuasa membanteras kegiatan seperti ini sedangkan kesannya amat besar kerana wang kita mengalir keluar dari negara kita sendiri

    -ab rahman-

    BalasPadam
  5. kadang2 mmg rasa sangat terganggu bila tengah makan tiba2 datang peminta sedekah. yg peliknya ada restoran2 yg tertutup dlm shopping complex pun diorg leh masuk dan mintak sedekah. bukan tak bersimpati atau apa, tapi apa guna zakat yg kita bayar2 tiap bulan, tak cukup ke dengan lembaga zakat dan jabatan kebajikan masyarakat?

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Mereka mengambil kesempatan di atas sikap pemurah rakyat Malaysia....
    bongkarkan terus kepada DUta INDONESIA bahawa rakyatnya bukannya baik sangat dahlah meminta sedekah di tempat kita, menggali sana sini rakyatnya fikiran ke belakang...berniat jahat terhadap kedutaan Malaysia dan rakyat Malaysia di Indonesia...

    BalasPadam
  7. Harap Tuan dapat menjelaskan jenis2 visa, procedure/cara2 membuat laporan, cara2 mempercepatkan tindakan pihak berkuasa, dsb supaya lebih ramai lagi rakyat Malaysia dapat membantu melindungi tanah air.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  8. Kalau dekat uptown shah alam ramai sangat, lagi2 malam minggu, huhu..
    Zety lagi suka beli kerepek dgn makcik2 dari bagi duit dkt org yang bersindiket ni...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.