Ahad, November 18, 2012

MALAYSIA MEDAN PEMBUNUHAN 500 RAKYAT INDONESIA?

Jumaat lalu, sewaktu menyertai protes di hadapan bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia, Pengarah Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayah mendakwa, Malaysia menjadi medan pembunuhan 500 pekerja Indonesia bermastautin di Malaysia setiap tahun.   

Polis hanya menembak mati penjenayah tegar, bukan sahaja rakyat Indonesia malah penjenayah warga Malaysia.

Melalui pengalaman saya membuat liputan kes jenayah, ramai rakyat Indonesia di sini saling berbunuhan sesama mereka. Contohnya, suku Madura dan Flores tidak pernah sebulu. Jika berlaku pertikaian, mereka sanggup mencabut nyawa warga senegara menggunakan senjata, celoret.

Mungkin statistik itu tidak didedahkan oeh Migrant Care.


Anis juga meluahkan rasa ketidakpuasan hati berhubung tindakan pihak berkuasa negara ini terhadap 3 suspek didakwa merogol pekerja Indonesia di Pulau Pinang tempoh hari. Walhal semua suspek telah direman dan dituduh di mahkamah semalam. 

Klik di sini untuk membaca berita dipaparkan oeh Jakarta Post.

Saya perhatikan, beberapa wartawan akhbar menulis, sabit kesalahan merogol, pesalah boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan disebat. 

Sebenarnya tempoh penjara maksimum telah dilanjutkan ke 30 tahun.

Sedang saya menulis entri ini, tiba-tiba terdengar suara jeritan di kedai runcit bersebelahan restoran mamak.

"Lighter! Lighter!"

Pantas saya mengeluarkan kamera digital dari dalam beg dan merakamkan gambar berikut.


Kali kedua dia menjerit kepada pekerja di kedai runcit, saya pergi menghampiri lelaki kurus itu.

"I want a lighter!," jeritnya lagi.

"Orang mana dia?," soal saya kepada pekerja kedai.

"Tidak tahu, dia tidak boleh berbahasa Melayu," balasnya.

Saya memerhatikan gelagat lelaki itu.

"Where are you from?," tanya saya.

"China," balasnya sambil menjeling saya.

Dia kemudian bergerak ke restoran mamak dan menjerit sekali lagi.

"Lighter! I want a lighter!"

Kesabaran saya teruji dek gelagat warga asing itu.

"Is that your van?," soal saya lagi.

"Yes," balasnya tetapi tidak lagi menjerit.

Lihat cara dia memakir van dipandu, milik syarikat di Klang, Selangor. 


"Go and close the door," pinta saya.

"Give me one minute," katanya.

"There is no one minute for you, your time is up! Go and close the door now!," jerit saya.

Akhirnya dia akur dan masuk ke dalam van sebelum beredar.  Barangkali selama ini jeritannya tidak membibitkan telinga orang lain.

Saya hanya cuba menegakkan hak sebagai warga Malaysia untuk menegur sikap naik lemak warga asing terbabit.

Cukup-cukuplah.

11 ulasan:

  1. Bukan setakat pendatang dari Indonesia sahaja malah dari Myanmar,bangladesh.India,cHINA,Nepal ,Nigeria,Philiphine dan berbagai lagi.....macam-macam masalah dan jenayah yang dilakukan mereka ,Sampai bila rakyat Malaysia harus bertahan dan bersabar dengan mereka ini...Kerajaan Malaysia harus mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini...Ada juga terdengar cerita ada pihak-pihak dari agensi kerajaan yang mengaut keuntunggan dan memberi perlindungan dari pendatang aasing ini...jangan sampai Malaysia tergadai

    BalasPadam
  2. Dari arab iran afrika juga.mcm kat cyberjaya ni.bwk kereta sesuka hati dan berhenti sesuka hati.tanpa signal.bawak laju.mengorat perempuan tempatan.cyberjaya ni kalau tgk xmcm Malaysia.bangsa asing saja.baling batu sebijik sure kena org asing.n they r very rude

    BalasPadam
  3. Tuan mazidul, sampai bilalah masalah pendatang ini dapat diselesaikan, sab an hari ada-ada saja masalah ditimbulkan oleh warga pendatang ini, inilah juga antara faktor kemarahan rakyat kepada pihak berkuasa, dilihat tidak bersungguh-sungguh menangani masalah ini, di daerah saya sudah bertukar wajah bagai berada di negara asing..warga tempatan sudah kelihatan kabur kerana warga pendatang sudah melebihi jumlah warga tempatan, permis2 juga warga pendatang yang sudah menguasai..kalau dipasar malam mereka saja yang berjualan , melalui risikan saya, permis berkenaan milik orang tempatan tapi disewakan kepada pendatang ini..

    BalasPadam
  4. Salam.. Mohon JANGAN CLICK ke ID atas kerana blog GAPA di Malaysia telah di hack oleh Musuh.

    Oleh itu, sila ke facebook kami

    http://www.facebook.com/pages/Gerakan-Anti-Pendatang-Asing-GAPA-Di-Malaysia/380862445323019

    Salam dari Gerakan Anti Pendatang (GAPA) Di Malaysia.
    We need your support as a fellow Malaysian.

    PATIENCE NO MORE!!

    GAPA Di Malaysia gave full supports for our guardians, The Royal Malaysian Police ,The RELA and other Authorities who gave their full commitment to protect this country from the menacing Immigrants

    BalasPadam
  5. Selagi dasar kerajaan tidak berubah terhadap kemasukan warga asing, perkara macam ni akan tetap berlaku. Aku tak pasti, kerajaan peka atau tidak akan masalah yang melanda negara kita ni. Pergi mana-mana pun, nampak Malaysia makin kotor dengan iklan ah long tambah dengan pekerja asing yang tak tau jaga kebersihan. Aduhai Negaraku. Takde ke Menteri atau YB YB yang baca blog brader mazidul ni?

    BalasPadam
  6. Malaysia ini tanah kita! Kita harus menunjukkan yang kita ini tuan, bukan menikus dengan warga asing ni! Jangan jadi terlalu baik tak bertempat! Saya sokong tindakan abang Mazidul! mana yang salah, jangan bagi muka!

    BalasPadam
  7. sy baru balik bercuti di Medan... keadaan disana amat padat.. sesak... dan untuk mencari rezeki disana mmg sukar... mmg patut ramai org indon datang malaysia carik rezeki.. negara dia sendiri tak mampu memberi sumber rezeki kepad rakyat nya...

    pada pandangan saya menipu pelancung bukan la perkara asing kepada org indon.. 3 hari saya di medan.. 3 kali ditipu ... biar pon jumlah tidak banyak tetapi kejujuran dalam mencari rezeki tiada disana...

    saya sokong kalau PATI ini dihantar pulang.. biar mereka rasa senang atau susah nak carik rezeki ditempat sendiri...

    BalasPadam
  8. Negara yang mereka hinakan inilah yang memberi mereka makan sepinggan nasi, memang tidak mengenang budi sungguh. Kerajaan sepatut ambil langkah untuk memberitahu dan penerangan kepada media di Indonesia, malangnya tiada sesiapa yan.g hadir ke hadapan untuk melakukan ini. Siapakah yang boleh kita harapkan? Mungkin Encik Mazidul lebih tahu jawapan nya

    BalasPadam
  9. mintak lighter mcm nak cari gaduh je
    silap timing la dia sebab bro ada kat situ.hehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.