Ramai antara kita pernah didekati oleh ahli berdaftar syarikat jualan langsung, MLM. Lazimnya mereka petah berkata-kata untuk memikat prospek down line menyertai perniagaan mereka jalankan.
Pelbagai kaedah dan strategi mereka praktikkan.
"Boleh puan kongsikan maklumat, sekarang ini puan memandu kereta jenis apa?," tanya jurucakap syarikat MLM.
"Proton Wira," balas pendengar ceramah secara jujur.
"Proton Wira? Puan, setakat Proton Wira, itu kenderaan dipandu dek maid saya. Hahahahahahahaha! Kalau puan menyertai kami, puan akan pandu BMW," jelas jurucakap.
Jurucakap itu, wanita bertugas sebagai pegawai perubatan dan dilaporkan meraih pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan.
Itu antara kejadian benar berlaku dalam ceramah dikendalikan oleh jurucakap syarikat MLM. Biarlah saya rahsiakan nama syarikat terbabit. Kita akui, doktor memang profesional dalam bidang mereka, merawat pesakit di klinik atau hospital tetapi tidak semestinya pengucap terlatih di bidang MLM.
Apakah reaksi wanita menjadi sasaran sekaligus dimalukannya?
"Kalau macam itu saya memang tidak layak menyertai MLM ini"
Lalu dia meninggalkan dewan ceramah. Tentunya tindakan wanita itu meninggalkan impak negatif kepada pendengar menjadi prospek syarikat. Tersilap langkah, kenyataan penceramah itu bakal tersebar di kalangan masyarakat.
Saya percaya banyak produk dipasarkan oleh syarikat MLM berguna untuk kita. Namun pandangan orang ramai mengenai syarikat terjejas akibat jurucakap syarikat kurang berkemahiran dalam bidang komunikasi. Majoriti jurucakap hanya mempelajari kemahiran bercakap di kalangan ahli sahaja.
Maksudnya, jurucakap senior berkongsi pengalaman sebagai penceramah bersama jurucakap junior. Lalu kaedah sama, biarpun kekadang kurang bersesuaian dipraktikan secara berterusan kerana ahli baru tentunya tidak berani menegur kesilapan berulang dilakukan oleh pengucap dianggap berpengalaman.
Terkini, saya dijemput menghadiri sesi ceramah syarikat MLM terkenal di negara kita. Dua jam saya duduk, bersama ratusan pendengar lain, memerhati dan mencatatkan maklumat mengenai kaedah dipraktikkan oleh penceramah ulung syarikat terbabit.
"Dalam MLM, kita JANGAN sesekali mengutuk syarikat MLM lain. Kita hanya memberitahu orang ramai maklumat berhubung kebaikan syarikat dan produk kita jual," kata penceramah itu.
Saya amat mempersetujui kenyataan itu dan terus mendengar dengan khusyuk biarpun tiada sebotol air mineral dihulurkan kepada pendengar. Saya difahamkan, penceramah itu meraih pendapatan kira-kira RM300,000 sehari sedangkan sebotol air mineral hanya berharga kurang daripada RM1.50.
"Sebelum menyertai syarikat ini, saya bersama syarikat MLM lain, memasarkan produk ... tetapi membuat pilihan untuk berhenti, biarpun pada ketika itu pendapatan saya mencecah RM100,000 sehari. Mengapa? Kerana syarikat itu tiada perancangan pemasaran," ucapnya lagi.
Saya kemudian tersentak. Bukankah kenyataan itu mengutuk syarikat MLM lain?
Jelas penceramah itu tidak prihatin, kenyataan awal dikongsikannya bersama ramai pendengar bercanggah dengan kenyataan berikutnya.
Siapakah antara ahli atau jurucakap lain di syarikat sama berani menegur kesilapan itu? Tiada. Kerana dia dikatakan memperoleh ratusan ribu ringgit dalam tempoh sehari.
Money is power.
Apapun saya percaya, bukan semua penceramah syarikat MLM bersikap begitu. Majoriti tentunya berhasrat untuk mengasah kemahiran berkomunikasi di khalayak ramai. Mereka akur, the more you learn, the more you earn namun mungkin kurang mengetahui di mana untuk meraih ilmu pengucapan awam.
"Saya pernah berkunjung ke syarikat menawarkan kursus mengasah kemahiran pengucapan awam tetapi kos ditawarkan terlalu tinggi, RM2,000," ujar kenalan baru saya temui petang tadi.
CakapDotCom percaya, kemahiran pengucapan awam mampu digilap jika berminat. Ilmu bukan untuk dijual beli justeru dikongsikan dalam sesi tidak membosankan dengan bayaran amat berpatutan.
Fasilitator ELIT CakapDotCom sentiasa berlapang dada untuk berkongsi pengalaman mereka raih di pentas pengucapan awam dan penyiaran negara, di antara 17 dan 30 tahun.
Fasilitator ELIT CakapDotCom sentiasa berlapang dada untuk berkongsi pengalaman mereka raih di pentas pengucapan awam dan penyiaran negara, di antara 17 dan 30 tahun.
Sila hubungi Ketua Pegawai Eksekutif CakapDotCom, Haji Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73 atau emel ke cakapdotcom@gmail.com untuk mendapatkan perincian berhubung sesi bersama kami seterusnya.
Mohon maklumat ini disebarkan.
cakap ikut sedap mulut saja tanpa kira perasaan org lain..
BalasPadamsalam, cuma ingin berkongsi. Saya dulu pernah masuk MLM seawal umur 17tahun. tiap2 malam kami wajib datang port.dengan baju hitam. dalam restoran mewah. Tapi kami datang just duduk dan berlagak macam org kaya. nak order air sirap pun tak mampu. Duit kerja sambilan saya habis untuk call kawan2 ajak join MLM. sekarang, syarikat MLM tu dah bankrup, saya pun tak balik modal. rugi dalam rm1200.
BalasPadamSMTI: Intipati utama adalah CakapDotCom menawarkan perkhidmatan/tips utk kita 'pandai bercakap' dan BUKANNYA 'pandai menipu'prospek :)
BalasPadamJadi hubungilah nombor tertera utk menyertai bengkel yg sangat bermanfaat ini..:)
Insyallah anda pasti akan berpuas hati..:)
Setuju...kalau nak berniaga kita puji produk kita,jangan kutuk milik orang.
BalasPadamKomen saya - banyak produk MLM terutamanya barangan kesihatan adalah barangan mengarut. Blog aididmuadib banyak membongkar penipuan produk kesihatan MLM.
BalasPadamSaya tak kisah peserta MLM dapat pendapatan lumayan, memiliki kereta mewah, rumah besar, itu urusan mereka.
SMTI
BalasPadamBro,
1. Pernyataan yang sangat kurang ajar oleh jurucakap MLM tersebut,
kalau di kampung isteri saya, esok lusa, mayat beliau akan ditemui di bawah satu daripada jambatan-jambatan yang banyak di bandar tersebut.
2. Konon masuk sebulan RM300,000.00, tapi tengok-tengok rumah....kereta...tunggakkan rumah berbulan,
hutang credit card bayar sikit-sikit...
tengah bulan jumpa kawan-kawan "Bro, minta bantuan boleh? beras dah habis, kereta tak jalan, bas sekolah anak belum bayar...bla bla bla"
Myampah dengan MLM ni, perasan lebih hebat dari Donald Trump, Steve Job, Mazidul Akmal Sidek, Zakiah Anas, Yusmira Corp, Tan Sri Ananda Krisnan dan banyak lagi. Sewa kereta Ferrari, BMW, Merc ikut jam, ambik gambar banyak-banyak, pastu buat flyer cakap konon kejayaan dia. Zakat perniagaan dah bayar ke belum?
memang tak patut dia keluarkan statement macam tu..haha.. terus hilang prospek..
BalasPadamalamak mlm... pernah terjerat sekali je waktu belajar dulu kat u, nasib burn rm50 je masa tu kena paksa jadi ahli oleh kawan, ada member yg burn duit ptptn dia ribu2 hanya kerana mlm ni
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
ya amatnya poyo statement itu..alahai
BalasPadamsy sendiri pun pernah join beberapa MLM ni dlu...masa mula2 start keje. Buat loan berbelas ribu. Skrg syarikat tu da bankrup, tp sy masih menanggung hutang yg ntah bila nk abes...klau guna loan tu utk beli keta atau umah lagi bagus. Hilang kawan, malah jadi gerentor dan di blacklist sbb kwn da lesap, xbyr utang.Ilang waktu dgn ank yg baru lahir psal lps blk keje kena dtg jumpa upline smpai kul 2-3 pg. Brg2 yg dah xlaku melambak2 kt umah, nk jual pun xde sape nk beli....
BalasPadamTapi, wlaupun byk kesulitan yg sy alami smpai skrg....satu yg sy belajar, bercakap dgn yakin dan berani, sbb sy dlu adlh seorg yg sgt penakut. Nak angkt tgn dlm kelas pun takut. Alhamdullah ats ujian Allah, ada jugak ilmu yg sy dpt.
Klau ada yg blum prnh join MLM, (xpyh la join)ble la pg kelas pengucapan awam mcm Abg.Mazidul buat ni, sbb ilmu ini sgt byk manfaatnyer. Ia mampu mengubah hidup anda 360 darjah...
saya pernah kena tapi pasal lipstick, dia kata siapa yang pakai lipstick satu kaler saja org itu sangat bodoh sbb dia nak kita beli product MLM lipstick dia full range kaler..dalam hati saya ko la yang bangang..oppss sori..hihihi
BalasPadambiarlah aku berniaga burger dr aku buat mlm ni.aku da merasa cam org bodo je joint...
BalasPadammacam mlm dah eray join start dr zaman u, konon2 nak duit banyak, last sekali ngn Hai O, konon nak jual korset, tp dek krn tak larat nak ikut kelas2 mlm derang sy surrender.
BalasPadamfinally jumpe ngn MLM yang home based je, tak yah susah2 nak tadah muka nak suh orang beli. juz online saje.
http://welovesusuibu.blogspot.com/2012/11/energizing-soy-protein-shaklee-khasiat.html