Jumaat, November 30, 2012

SEMBANG KEDAI MAMAK CAKAPDOTCOM : PERCUMA (UPDATED) PERUBAHAN WAKTU


"Setiap hari saya bertemu orang ramai di balai polis. Sejak menjadi Sarjan Aktiviti, antara tugas saya memberikan ceramah kepada penduduk mengenai pelbagai topik. Antaranya, hubungan di antara polis dan masyarakat, community policing dan topik berhubung kaedah untuk mencegah jenayah," ujar rakan semalam.

Tanpa disedarinya, saya memerhatikan cara dia berdiri.

"Sambil kedua tangan dimasukkan ke dalam poket ketika berceramah?," soal saya.

"Ya, saya berasa selesa begini," ujar anggota polis terbabit.

"Lazimnya, kita bercakap sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar apabila bersembang secara kasual bersama rakan dan kenalan. Di hadapan orang ramai, seperti ketika menyampaikan ceramah kepada penduduk, penampilan itu kurang sesuai," tegur saya.

"Masalah saya sebelum ini, sewaktu bercakap di hadapan audien, kekadang seperti kehilangan punca dan ide," celah pegawai anggota itu. 

"Mudah! Tuan hanya perlu menyediakan nota ringkas dalam bentuk talking points dicatatkan di atas kertas  keras bersaiz separuh kertas A4. Letakkan nota itu berhampiran tuan ketika memberikan ceramah dan rujuk apabila perlu. Lazimnya otak kita mampu mengembangkan ide tetapi kita terlupa subjek utama ingin kita kongsikan bersama audien," jelas saya.

Saya kemudian berkongsi pengalaman bersama mereka berdua berhubung subjek komunikasi berkesan, penampilan serta keselesaan, kaedah menangani gemuruh dan menggapai keyakinan. 

Lebih dua jam waktu saya peruntukkan bersama mereka.

"Jika ingin bertanyakan soalan di sepanjang sesi penerangan, sila kemukakan," kata saya.

Begitu kaedah dilaksanakan oleh fasilitator ELIT CakapDotCom dalam 3 sesi bersama peserta sebelum ini. Klik di sini, di sini dan di sini.

Mereka tidak perlu menunggu sehingga di akhir sesi untuk mengajukan soalan. 

Keseluruhan sesi dijalankan secara santai dan peserta bebas berpakaian mengikut kesesuaian mereka, asalkan kelihatan kemas dan selesa.  

Selesai sesi perkongsian ilmu secara santai, saya meminta anggota dan pegawai polis terbabit bercakap mengenai subjek mereka minati selama beberapa minit.

"Sewaktu saudara bercakap, saya akan meneliti, antaranya pergerakan tangan, hubungan mata dan penggunaan pause, silakan," ujar saya.

Sarjan Aktiviti mula bercakap, saya berdiri di hadapannya. Dia kelihatan lebih tenang tanpa tangan dimasukkan ke dalam poket. Dia juga menggunakan peluang untuk berhenti buat seketika pada saat sesuai sekaligus membuat penekanan terhadap beberapa perkataan penting dalam 'ceramah' itu.

"Terima kasih. Sekarang kita ketahui, tangan dibiarkan terjuntai di kiri dan kanan badan memudahkan kita untuk mengerak dan menggayakan tangan mengikut maksud perkataan kita ungkapkan dan tidak semestinya tangan dimasukkan ke dalam poket. Penggunaan pause memberikan masa kepada audien untuk mencernakan maklumat kita kongsikan sebelum menyambung ayat berikutnya. Kita juga tahu, sebaik dipersilakan untuk menyampaikan ceramah, kita tidak perlu tergesa-gesa bercakap. Silent is golden. Berjalan segak dan tampil ke hadapan, berdiri pegun di hadapan audien, senyum, tarik nafas secara tenang dan barulah membuka bicara tanpa lupa mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis. Ok Sarjan?," soal saya.

"Ok!," jawabnya sambil tersenyum puas.

"Dipersilakan tuan," kata saya.

Pegawai polis berpangkat Inspektor itu kemudian mempersembahkan bakatnya 'berceramah'. Penampilan kemas berkemeja dan berambut pendek tentunya menyejukkan mata memandang. Beliau juga meletakkan nota ringkas ditulis di meja berhampiran sebagai rujukan.

Saya amat berpuas hati melihat persembahan beliau.

"Sekarang tuan faham kan? Berbekalkan nota ringkas, kita mampu bercakap secara lebih selesa kerana kita tahu, sumber rujukan ada andai kita terlupa berhubung key points ingin dihuraikan. Walhal sepanjang waktu bercakap tadi, tuan tidak langsung melihat nota. Maksudnya nota ditulis itu berupaya menyuntik keyakinan kepada tuan sebagai pengucap awam. Usah juga lupa, tuan memilki pesona, berwajah manis. Jadi senyumlah kepada audien pada waktu difikirkan sesuai. Tidak semestinya selaku pegawai polis, wajah harus kelihatan garang," jelas saya. 

Untuk rekod, mereka berdua mendaftar untuk menyertai sesi kedua CakapDotCom sebelum ini tetapi tidak berpeluang untuk hadir kerana sibuk melangsaikan tugas sebagai anggota dan pegawai pihak berkuasa.

Pelbagai panduan dan ilmu berhubung pengucapan awam saya kongsikan bersama mereka biarpun dalam tempoh waktu terhad dengan bayaran berpatutan.

Menurut emak, saya mula petah bercakap ketika berusia 8 bulan. Sejak itu saya bercakap dengan ramai rakan, sahabat dan orang ramai secara percuma.

Esok, Sabtu, 1 Disember 2012, saya ingin membuka ruang sama kepada mereka berminat untuk bersama dalam sesi ringkas 'Sembang pengucapan awam di kedai mamak : Bahasa Tubuh (Non-verbal communication)' bersama 10 individu tanpa bayaran.

Peserta hanya perlu membayar harga segelas nescafe 'O' ais dan sekeping roti canai kosong, dijamin sedap. Jika terlalu lapar, barangkali 2 keping roti canai kosong :)

Lokasi : Restoran Bestari Maju, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Restoran ini terletak berhampiran GIANT Kota Damansara.

Waktu : 5-6.30 petang (HANYA SESI PETANG SAHAJA)

Jika berminat, sila hantarkan emel ke mazidulakmal@yahoo.com dengan kadar segera atau Whatsapp 0192445354.

First come, first serve basis.

InsyaAllah, saya juga akan kongsikan kaedah mengenal penipu melalui bahasa tubuh.

CakapDotCom 'Menggilap kemahiran pengucapan awam'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.