Jumaat, November 28, 2008

Berak Di Tengah Jalan

Wow! Ramainya pembaca berasa kurang berpuas hati berkaitan pendedahan berhubung Cakra Alam tempoh hari ..

Begini penjelasannya ..

Pada awalnya 360 HANYA ingin memuatkan isu penipuan membabitkan beberapa syarikat dalam perniagaan kiosk dan penternakan pawah haiwan peliharaan, bersesuaian dengan tajuk ‘ditipu lagi’. Kemudiannya saya menerima kiriman video terbabit melalui e-mail. Lalu saya mengambil inisiatif menghubungi sendiri ustaz pemilik pusat rawatan terbabit. Beliau bersetuju untuk ditemubual.

“Harris dan Raziff, minta ustaz tu buat demonstrasi pakai lampu kalimantang macam dalam video tu, biar penonton bandingkan,” itu arahan saya kepada dua wartawan 360 terbabit.

Mereka mengemukakan permintaan itu. Tetapi ustaz itu secara terang-terangan ENGGAN melakukan demonstrasi seperti diminta. Alasan dikemukakan, demonstrasi itu tidak boleh dilakukan mengikut kehendak dan masa sendiri. Pelbagai syarat lain harus dipenuhi, antaranya ritual dan zikir, sepertimana disebut dalam program 360.

Pembaca sekelian ..

Media dan program 360 khususnya berhak bertanya dan meminta tetapi hak melaksanakan permintaan itu BUKAN milik kami, hakikat itu perlu difahami. Malah setakat ini tiada pihak berkuasa atau media lain cuba memaksa beliau membuktikan dakwaan tiada penggunaan silap mata dalam kaedah rawatan.

Kekadang terlalu mudah melontarkan tuduhan malah kata kesat kepada orang lain, sedangkan diri sendiri belum tentu berani jika berpeluang menjalankan tugasan terbabit. Sebab itu terbit pepatah ‘tin kosong’, cukup kita fahami maksudnya. Lagi pun, fikirkan, orang kalau berak di tengah jalan, mahu mengaku ke?

13 ulasan:

  1. salam..
    betul tu en mazidul..
    siapa yg nak ngaku kalo da berak kat tgh jalan...

    Pelbagai syarat lain harus dipenuhi, antaranya ritual dan zikir- masa media korea tu suruh buat, dia buat je..

    heee..macam2 la dunia skang...

    BalasPadam
  2. klu tanya terus,smpai mati pun susah owg nk ngaku meniru..
    cuba klu ade waran geledah dr pihak polis,mesti senang nk cari bukti penipuan..

    btw,ape r guna owg korea tu nk fitnah die??niat owg korea tu baik utk elakkn owg kite yg terlalu taksub pd perubatan mcm tu dr terus ditipu..Tp dituduh fitnah plak??Fitnah klu ade bukti,still dikatakn fitnah ke???

    ntah ler?? bak kata nabil, "lu pikir la sendiri!"

    BalasPadam
  3. tak payah berak kentut pun orang susah nak mengaku..saya rasa tiada niat pihak media korea mahu menipu tetapi mahu menunjukkan kebenarannya..manusia yang bersalah selalu menyalahkan orang lain,dengan berkata "orang itu menfitnah saya" tetapi manusia benar sanggup bersumpah mengatakan saya benar,sila kemukakan bukti,saya akan buktikan saya benar"....

    BalasPadam
  4. Akmal,
    Lumrah lah dalam rumpun masyarakat kita nie nak jumpa yang nak mengaku bila dah berak tengah jalan. Kena diberi ganjaran wang atau tebusan hadiah baru berebut-rebut yang nak mengaku agaknya.

    BalasPadam
  5. Bro..ni hanya pendapat saja jeklah..apa kata perbanyakkan lagi kisah yang orang cakap lagi make sense yang boleh membantu membina minda rakyat malaysia ni kadang-kadang.Masa i balik msia aritu..bukak tv jek..drama2 di penuhi dgn kisah2 yg berdengki2..kang filem lak tulah hantu sana hantu sini.Boleh tak perbanyakkan cerita2 yg memberi pengetahuan atau skills ke macam local documetary ke..lebih-lebih lagi untuk golongan remaja muda kita yang boleh diaorang pratcikan atau boleh memberi semangat dan dorongan untuk diaorang tu berusaha.

    Tak tahulah balik pun 2 bulan jek..tapi yang perasan benda2 mcm tulah kat TV..apa-apa maaflah bro bukan maksud nak merendahkan hasil kerja sesiapa..anyway keep up good work!

    BalasPadam
  6. berapa tahun cakra alam telah beroprasi?
    berapa ramai orang telah berubat di cakra alam?
    berapa ramai yang sembuh dengan kaedah perubatan cakra alam?
    berapa ramai yang merasa tertipu dengan cara perubatan cakra alam?
    berapa banyak laporan polis telah dibuat kerena penipuan cakra alam?
    berapa banyak media masa telah melaporkan tentang penipuan cakra alam sebelum kewujudan dua video korea di you tube?
    Berapa banyak soalan daaa....
    fikir-fikirkanlah. jika benar cakra alam menipu, maka mereka perlu tanggung, tapi jika mereka benar dan kita tuduh mereka menipu, siapa yang akan tanggung?
    ingat! menyebar fitnah tu dosa besar tau....

    BalasPadam
  7. hehehehe....itu jer laa boleh saya katakan...

    BalasPadam
  8. Bro Mazidul,

    Saya setuju tu. Kalau letak orang lain menjalankan tugas terbabit, ntah ntah berak dalam seluar lak!ha ha

    Buat Ardzham,

    Ini 'fitnah' dari saya;- ARIF CAKRA ALAM MENIPU. Mudah mudahan memuaskan hati penyanjungnya dan membakar saya di akhirat.

    kamal affandi hashim

    BalasPadam
  9. Teja, media tempatan kekadang lebih memahami putar belit :)

    Duke,saya pun tengah tunggu tindakan daripada pihak sepatutnya ..

    Peminat, barangkali awak lebih memahami maksud tersirat paparan 360 malam itu, biarpun pendek!

    Wangi, drama tu semua bukan di bawah jurisdiction saya :) Saya 'in charge' of current affairs and have been doing my level best to educate the society.

    Ardzham, :)

    Nik, berkecuali ke apa?

    Bro Kamal,kekadang manusia ni lagaknya umpama hero, mudah membidas. Pada masa sama belum tentu memahami apa dicatatkan. Hairan, marilah sama2 kita izinkan dia (bukan Adzham) terjun dengan labu2nya! Mempertikaikan keberanian orang? Belum tentu dia sanggup makan burger di tepi mayat dikerat lapan lagikan? :)

    BalasPadam
  10. Sekadar berkongsi pendapat.Ni ada sikit pembetulan,kalau sy salah tolong betulkan, http://lipashidup.blogspot.com/2008/11/info-sliper-dengan-telur.html

    BalasPadam
  11. bukan berkecuali bang..nak kata kang..banyak boleh kata...tapi..baik saya selidik dulu betul betul sebelum buat speculation..walaupun sikit dah ada..tapi biarlah..tak yah cerita kat public hahahaha...

    BalasPadam
  12. Kajian sikit:

    Kenapa orang tu berak tengah jalan?

    1. Jalan kosong, jalan dalam hutan, tak de orang nampak
    2. Tiada tandas awam dan jalan kosong tak de orang nampak
    3. orang tu memang jahat, suka suka hati berak tengah jalan.
    4. Orang GILA, tak tau tandas
    5. Orang tu tak tau yang dia tu orang, dia ingat dia tu lembu atau kambeng.
    6. Kerajaan dah buatkan tandas awam, tapi tandas awam kotor, jalan lebih bersih.
    7. Jalan tu hak awam, dia pun pembayar cukai, awam ialah 'dia', maka jalan tu dia punya, so, suka hati dialah nak berak kat tengah jalan.

    he he he he

    BalasPadam
  13. bro, takde ke orang yang dah berubat kat "ustaz arif" buat laporan polis?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.