Sabtu, November 22, 2008

Cinta Atau Bala?

Cinta ke cari bala?

Itu persoalan bermain di minda sewaktu menatap berita gadis, Sha berusia 18 tahun cuba terjun dari bumbung hotel 10 tingkat di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu, Terengganu pada jam 1.35 petang 2 hari lalu.

“Saya tak nak turun, saya tak nak makan, saya nak Fadhil,” jeritnya.

Sejam kemudian, kekasihnya, Fadhil tiba namun gagal mententeramkan gadis berjiwa kacau terbabit. Kecoh, pekerja hotel terpaksa menyusun puluhan tilam, bimbang Sha mengambil keputusan terjun manakala orang ramai menyaksikan ‘drama’ itu mula bersorak diminta pihak polis beredar.

3.25 petang, Sha rebah dan diselamatkan pihak berkuasa.

Hebatnya lelaki! Apapun, gadis pun sama hebat. Hebat emosi, hebat gangguan jiwa dan hebat membuat keputusan mengundang bencana.

Mengapalah agaknya?

15 ulasan:

  1. Attraction seeker!!!
    Patutnye suruh aje dia terjun terus.
    Tak payah pujuk2.
    Tgk dia berani ke nak terjun.
    Mengada-ngada.
    Menyusahkan bomba, polis, orang ramai.
    Kalo dpt jumpa dia, nak tunjal dahi dia ckp dia MORON.

    BalasPadam
  2. salam,
    CINTA ATAU BALA????
    Jawapan : BALA.

    Mengapa?
    Sebab cari penyakit sendiri.Tak fikir panjang.

    BalasPadam
  3. urmm..dh syg sgt kot.
    ssh la nk ckp
    smpai x leh pk.

    kata org2 tua:
    ikutkn rasa, binasa
    ikutkn hati, mati

    urmm..btol sgt la 2

    CINTA ALLAH ITU HAKIKI

    BalasPadam
  4. Semua, gadis terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan DAN kemudain direman atas kesalahan cuba membunuh diri!

    BalasPadam
  5. bab nie susah nak kata...when it comes to feeling..susah nak explain...abit of history here..because of love..King Arthur jatuh...Roman Empire jatuh...dan ada beberapa lagi pemerintah yang kuat jatuh angkara cinta...so...itu laa dia...

    BalasPadam
  6. Memang gadis ini mengundang bala sebab cinta tu tak salah jika bertempat.Yang saya hairan tu kenapa si Fadhil dah datang dan cuba tenangkan tapi macam tu jugak.Emmmm...memang mengada-ngada si budak Sha ni.Agak sayalah kenapa dia jadi macam ni sebab dia kurang kasih sayang seorang lelaki bernama ayah..sebab dia tak berkeyakinan bahawa cinta boleh celik kalau bukak mata.Mata apa tu..apa lagi kalau bukan mata HATI.

    BalasPadam
  7. Ini Cinta GILA namanye.. cari Bala tak sudah.. Ikut hati mati dik. Sy percaya ini first love dia.

    Lin pernah tau berdepan dgn org macam ni, ngan bdk PLKN, sebaya lah dgn si Sha ni 18 thun, yg peliknya kenal tak sampai 3 bulan dah mcm angau. Sekali tu ntah apa silapnya, bdk perempuan tu cuba nak bunuh diri, dia p panjat flying fox nak terjun. Susah k'org. Puas pujuk nih. Berpeluh kami menunggu, nasib baik tak terjun. Dia saje nak psiko kita benornya.

    Kalau iman kurang dalam hati, syaitan pun apa lg.

    Wallahulam..

    BalasPadam
  8. Gadis ini patut dihantar ke pusat pemulihan. Kekosongan batin,jiwa dan rohaninya perlu diisi dengan ilmu agama.

    BalasPadam
  9. Senangnya membuat keputusan. Tidak fikir dahulu. Mungkin 'dalam'nya kosong..

    BalasPadam
  10. Kalau boy fren ke. gal fren ke..dah takde perasaan sayang lagi di antara satu sama lain mengapa harus ambil jalan short cut. Perasaan tidak boleh dipaksa kalau dah tak suka. Cara yang elok adalah berpisah and life must go on. Jadi kes ini di kategorikan kes tidak ada IMAN. Allah murka perbuataan sebegini.

    BalasPadam
  11. Lemahnya iman orang sekarang.

    Apa yang di buat oleh pemimpin kita pada generasi sekarang ni ye?

    Lebih materialistik dari Ad-din.

    BalasPadam
  12. cinta atau bala?

    tentulah cinta,
    sebab cinta itu memang buta (tak ada matakan), yang mabuk cinta tu memang sah-sahlah buta, buta hati.

    kalau dah buta, kenapalah tak terjatuh masa sedang panjat tinggi tu hah.

    BalasPadam
  13. salam

    carik bala namanya tu..kalo dia terjun then mati..si fadhil tu bleh carik lain..die..masuk neraka

    lg 1 menyusahkan org..terkejar sana sini carik tilam, panggil bomba, panggil polis..

    ntah la..

    BalasPadam
  14. salam semua.
    Saya di tempat kejadian. masa tu kami sdg berkursus di sana. dia di roof top, saya di level 3. semua rakan2 kursus berbelah bahagi. samada nak attend kelas atau tgk drama smpi hbs. hehehe :p tp kami semua rs, dia mmg psiko. bukannya apa, klu dia nk terjun, dah lama dia terjun. x pyhla dia nk pegang tiang ke apa kan. saya rs, dlm press bgtau dia merajuk kan? tp saya rs bukan. dia ada jerit "Kau Tipu, Kau Tipu!" byk kali dia ckp mcm tu. ada satu part, dia pandang kami yg tgh tonton dia, buat kami bdebar. mana la tau, dia jatuh ke bwh dgn pndangan terakhir dia iyelah ke arah kami. iskk..dia marah juga masa kami semua dok menonton dia dr tgkap. rmi juga antr kami yg rakam aksi2 dia di roof top. ad ajuga kami provok, kami ckp, "terjun je le. nk sgt terjun kan?" hehe:p jauh di sudut hati, saya berdoa moga dia msh lg diberikan hidayah dari Nya. penceramah kami pun anjurkan kami semua doakan dia msh lg dilindungi iman dari godaan syaitan yg berada di kelilingnya. ngeri bila diingat sbb ada satu part, kaki dia sipi lagi nk terlepas ke bwh.

    yg pntg skrg, utk ibu bapa, doakan anak2 sentiasa dlm lindunganNya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.