Ahad, Disember 28, 2008

Minum Air Hujan

Tengahari tadi, sewaktu minum di gerai pasar Serikin, Sarawak saya dihampiri wanita tua, datang bersama 18 ahli keluarga.

“Ish! Ini biasa nenek tengok kat TV tu yer?,” tanyanya.

Saya tersenyum dan menganggukkan kepala. Dia kemudian pantas menarik kerusi dan duduk di hadapan saya. Hajjah Darmi Selamat berasal dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor, berketurunan Jawa, berusia 92 tahun. Dia lebih senang dipanggil Nenek Wok.

“Nenek, umur 92 tahun, masih kuat, nampak muda, apa petuanya?,” soal saya.

“Nenek minum air hujan, mandi pakai air hujan. Tak pakai air paip biasa, cubalah. Nenek ada 12 anak, 3 lelaki 9 perempuan. Cucu 50, cicit 35 orang. Ni ha, anak sulung nenek, Salbiah, umur 65 tahun,” jawabnya sambil menunjukkan wanita duduk di sebelah kanan saya.

Nenek Wok berkahwin ketika berusia 15 tahun.

“Masa tu nenek kerja kopek pinang, siang malam bolehlah dapat 10 tin, upah 2 sen satu tin. Tapi beras segantang baru 7 sen, gula 2 kati pun sama harga. Sekarang ni lain, mahal,” ujarnya.

Sebelum beredar, Salbiah memberikan saya nombor telefon Nenek Wok.

“Kalau datang ke Batu Pahat, singgah,” pelawa Salbiah.

13 ulasan:

  1. Dlu air hujan 'bersih' .. lani air hujan 'kotor' ...

    Dlu klau msa musim banjir kt kmpung .. airnya jernih je, smpai leh nmpak dasar, lani ..hmm...

    BalasPadam
  2. emm org dulu2 memang makanan diorg terjaga org kita sekarang semua main instant je....

    BalasPadam
  3. Kebaya, fikiran manusia dulu dan sekarang pun dah banyak sangat berbeza.

    BalasPadam
  4. itu sebab ramai org pencen berhijrah di kampung..suasana damai, udara segar, sayur tanam sendiri,air pun jernih, pencemaran pun takde..itulah rahsia panjang umur kot

    BalasPadam
  5. tadah air masa hujan lebat boleh le kotnye... kurang sikit bahan kimia...

    jgn tadah masa hujan renyai di KL... tumpo kome....

    BalasPadam
  6. Tul tu Abg.MAS.. tata tertib, peradaban, tgkahlaku & seumpamanya.. jauh brbeza dri dlu .. mgkinkh ada kaitan dgn kmajuan teknologi yg kian canggih takala ini @ mmg nilai diri sndiri yg kian lupus?

    BalasPadam
  7. Kalau zaman dahulu, minum air hujan kira ok, coz zaman dahulu alam sekitar tak berapa tercemar. Sekarang ni, cuba la minum... silap2 dapat kanser coz udara dah tercemar teruk ngan gas2 beracun. Cuba lah...

    BalasPadam
  8. bersih ke air ujan skrg nie kalu nk di buat air minuman?

    BalasPadam
  9. ehhh..ini nenek wok mana nieh? yang kahwin atau nenek wok yang lain?.. mak boleh jaga 10 org anak...1o org anak boleh jaga satu mak ker?

    BalasPadam
  10. bahaya nek, air hujan sekarang berasid....nanti nenek punya tekak dan perut menjadi radang...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.