Ahad, Mac 01, 2009

Terlalu Buruk?

31 ulasan:


  1. SALAM EN.MAZIDUL,

    TERLALU BURUK??

    BAGI PENDAPAT SAYA SECARA PERIBADI, TIDAKLAH TERLALU BURUK SANGAT, SESUAI SANGATLAH BAGI PELAJAR DI TAHUN 2. KALAU TIDAK SILAP, ITU KERTAS MATEMATIK OPERASI BENTUK LAZIM KAN? SEBELUM INI, INGAT SAYA TULISAN ABJAD, RUPENYE NOMBOR.. KALAU CIKGU BAHASA MELAYU BOLEH TAHAN DGN TULISAN PELAJAR INI, MENGAPA CIKGU MATEMATIK HILANG SABAR????

    KALAU BURUK, CIKGU TOLONGLAH BAIKI TULISAN ANAK MURID TERSEBUT, XPERLU LA NK KOYAK & KERONYOKKAN..
    NASEB BAIK SEHELAI JER,
    KALAU DIBUANG TERUS BUKU TUH, LAGI PARAH.. KPD CIKGU TU, BERINGATLAH SEBELUM BUAT TINDAKAN.

    SABARLA DEK NUN......

    BalasPadam
  2. cikgu koyakkan buku tulis murid dia? hmm... teruknya... ia tidak harus berlaku, murid tu mesti terganggu psikologi... cikgu dah tentu mesti sabar....

    salaam

    BalasPadam
  3. bagi saya tulisan murid ini adalah biasa bagi murid tahun 2. setiap nombor ditulis dengan jelas.mungkin guru itu ada masalah mata...

    apa yang sy nampak, antara setiap soalan ditulis tanpa selang kotak. maka boleh kelihatan kurang kemas.itu saja.. tidak perlulah sampai mengoyakkan kertas. sekadar menegur itu sudah memadai.

    BalasPadam
  4. nak budak ni seorang yang artistik kot.
    boleh tulis dengan seni.
    mase saye darjah dua dlu pun,tulisan macam ni jugak.
    asalkan boleh dibaca

    BalasPadam
  5. cikgu makin keliru dengan tanggungjawab mereka. cikgu yang dirujuk di sini patut menjalankan semula ujian untuk melihat samada beliau masih layak dan berminat untuk menjadi seorang guru atau tidak. ini kerana hal ini tidak mendidik pelajar tetapi merosakkan minat pelajar. inilah yang mendjadi sebab beratus ribu rakan-rakan sebaya saya menjadi drop out dan penjenayah. kerana cikgu-cikgu yang semacam ini lah. alasan yang diberi para cikgu biasanya mudah, cikgu-cikgu dulu2 lebih ramai yang garang. yang mereka tak kaji ialah pada 'dulu-dulu' tu lebih ramai lagi drop out dan lebih ramai lagi yang tak bersekolah.

    BalasPadam
  6. saya rasa, tulisan saya masa salin nota kuliah lagi buruk. Hanya diri sdiri je bleh baca, tp kekadang kene tilik betul2 baru faham apa yg ditulis.

    BalasPadam
  7. Tak sepatutnya guru guna pendekatan yg buat budak2 takut. nak melentur buluh perlu ada caranya, lenturlah elok2 jgn sampai patah

    BalasPadam
  8. Eh...Eishhhhhhhh...EiEHHHHHHHHHHh...

    Lagi buruk Bebenow.. perangai Guru dari Tulisan nih....!!!

    Hebat 360
    Terkejut Gua ngn FAKTA benar ( Tulisan Murid )yang dipamirkan....

    Bagi Gua merotan lebih baik dari mengoyakkan!!!..

    BalasPadam
  9. Salam.

    Saya rasa cikgu tersebut kena hantar pergi kaunseling neh...

    BalasPadam
  10. itulah asam garam dalam hidup, dalam sejuta pasti ada seorang yang bertindak begitu...

    Yang sedihnya, pada zaman sekarang ni, dek kerana seorang guru, sejuta guru akan dipandang sinis oleh semua orang..

    Sekarang semua orang dah tahu undang-undang, kalau tersilap sedikit padah la jawabnya...

    Tapi yang penting tanggungjawab kepada anak bangsa perlu diteruskan. Bila difikirkan, buat ape kita terlalu memikirkan pelajar kita, bukan anak kita, bukan anak saudara kita, bukan anak kampung kita TAPI tak pernah terlintas di hati ini untuk membeza2kan pelajar kerana didalam jiwa kita dah sebati dengan tanggungjawab itu.. Kadang-kadang seorang guru menangis bila pelajarnya berjaya. Tapi yang kesiannya, dia lagi menangis memikirkan kenapa anaknya sendiri tidak seberjaya sebegitu....

    BalasPadam
  11. MMG TAK PATUT KALO DIKOYAK! :(

    ~ mayb dah byk kali tego tapi masih tak berubah.

    ~ mayb budak ini bkn fav cikgu sbb jenis slow sgt ataupun hiper active (cikgu pun ade anak2 kat sekolah yg menjadi anak emas sbb kerajinan atau kecerdikkan)

    apapun alasan cikgu mesti tego dgn berhemah apatah lagi budak baru nak belajar..tak gitu en. mazidul :)

    .............

    parents pun mesti ambek berat.pengalaman saya dgn anak jiran2 yg kedua ibubapa bekerja mmg sgt menyedihkan..

    ada anak2 yg ke sekolah tanpa kelengkapan alat tulis dgn alasan parent malas nak beli lagi sbb kerap hilang.

    buku yg comot/rosak terlipat sana sini sbb tidak disusun dgn kemas didlm beg.

    homework yg tidak dibereskan alasan tatau nak buat..parent sibuk/penat bila balik dari keja.

    mcm2 lagi kalo nak komen mesti boring en. mazidul nak baca :p

    so kesian kat cikgu ekk.

    BalasPadam
  12. Guru perlu menyelesaikan masalah seperti ini dengan matang.kekerasan bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya.Sikap guru sekarang sungguh jauh berbeza dengan dahulu.Dahulu guru lebih mementingkan kejayaan anak muridnya dan manakala sekarang guru lebih mementingkan bayaran dan elaunnya.Tidak dapat dinafikan juga ramai guru mengambil berat anak didiknya, namun apa yang dilihat dalam masalah ini sangat mengecewakan."wahai guru2 semua..bukalah mata dan minda..ayuh!pandang ke hadapan".

    BalasPadam
  13. Bro Mazidul boleh ajukan perkara ini ke PIBG, mungkin pihak sekolah boleh membuat sesuatu tentang perkara ini

    BalasPadam
  14. cekgu ni ada masalah rumahtangga dengan isteri dia.. datang kerja terus dia lepaskan kat anak murid dia.. entah-entah bini dia marah sebab muka laki dia buruk sangat.. nak mengadap pun benci.. maaflah maz, saya mmg benci manusia zalim yang lepaskan marah pada budak-budak kecil yang tak tahu apa-apa ini. saya akan bawa kes ini ke peringkat tertinggi! saya berjanji.

    BalasPadam
  15. Salam,
    ..mmm..bila dh tgk tulisan anak nyer si ibu x rasa terpanggil ke utk bantu si anak??
    ibu bapa sekarang lebih sibuk dgn kerja...saya faham...kerana ekonomi skrg beza dgn dulu.
    apa lah sgt sekeping kertas kalau dgn cara itu anak kita boleh maju.
    Kali ini saya bersetuju dgn cara guru itu.
    Biar kena koyak buku skrg drpd kena lempar file dgn boss...

    Sekadar Pandangan
    -GC-

    BalasPadam
  16. guru sekarang lebih kepada tangkap muat nak jadi cikgu sebab ekonomi memaksa.bukan kepada niat untuk mendidik macam cikgu aku dulu2.sekurang2 nya bagi la tempoh sampai darjah 4~6 untuk pemulihan tulisan.skang ni baru darjah 2 ok.masih tercari2 identiti sendiri lagi.aku tampar sekor2 baru tau itu cikgu.hahaha...

    BalasPadam
  17. assalamualaikum..

    harapnya walaupun sebagai cikgu yang tangkap muat, dia blh melaksanakan tugas sebagai pendidik dengan baik. Cik cuba tetapkan dalam hati untuk tak menjadi seorang guru, sebab memang cik xboleh mengajar orang. Kepuasan tak ada.

    Cikgu cik mengajar macam xikhlas jd cikgu. Students pun xsuka, susah nak paham apa yang diajar. Kdg2 jd malu, budak2 kelas lain boleh buat dgn senang, kita terkial-kial.
    Buang duit pulak cari pusat tuisyen..

    BalasPadam
  18. manalah bleh main koyak2... cuba pk, kalau pada anak sendiri dia akan buat begitu ker? atau kalau orang lain buat begitu pada anak dia, dia marah tak??

    Treat others like how we want to be treated...simple!

    cikgu tu kene pergi kauseling.. maybe dia ada masalah keluarga dan menempiaskan marahnya pada murid2..
    Teacher cannot be bias...

    BalasPadam
  19. Bang Dul

    Tak buruk pun.
    Kalu iya pun buruk dimata,
    apa lah salahnya, minta atau suruh murid tersebut tulis semula di muka surat yang lain.

    Macam ni lah, aku ingat nak pergi jumpa Cikgu tu, pastu kita ambil buku laporan Harian Mengajar dia, pastu kita koyakkan ramai ramai.

    Klau pedih hati guru tu, katakan pada nya, hati anak tercinta ini 100 kali pedih, kerana jiwa kanak kanak adalah SENSITIVE.

    Macam GURU tu tak pernah jadi budak.

    Perangai macam kambeng!

    Marah dia Abang Dul, suruh dia jangan buat lagi. Jangan sampai ALID balik....


    Anak abang Dul punya buku ke????

    BalasPadam
  20. agak buruk juga tulisan ni.. macam tulisn budak malas..so pelajar ni mesti cuba tulis lebih cantik lagi.

    BalasPadam
  21. tak buruk pun.. masih boleh baca lagi.. susun atur nilai tempat dan nilai digit... betul...

    kiraan betul...

    simbol tambah terkebawah kotak... tak ada apa... cuma persembahan nya tidak kemas.. itu sahaja....

    terlalu rapat... but.. it is ok!!!

    biasa lah ni...

    siapa guru nih... melampau lah ...

    kenapa tidak di latih pelajar pelajar guru tersbut dengan mebahagi kan satu muka surat dengan 3 ruangan kira-kira... atau nak kemas lagi dengan 2 ruangan... yang di garis di tengah tengah muka surat.. dan nampak teratur...

    guru terbabit tidak pandai mentadbir arahan kepada anak anak murid agaknya

    BalasPadam
  22. salam buat semua...

    setiap orang mpunyai alasan tersendiri atas apa yang difikirkan.. segalanya tepulang pada individu untuk mentafsir semua perkara..bahasa lisan dan bahasa tulisan memberikan pengertian berbeza..

    BalasPadam
  23. salam bro..
    pada pandangan saya, tak la buruk tulisan tu. standard 2..biasa la tulisan mcm tu.

    BalasPadam
  24. to alidyangon

    jom kita jumpa guru tersebut...

    Macam ni lah, aku ingat nak pergi jumpa Cikgu tu, pastu kita ambil buku laporan Harian Mengajar dia, pastu kita koyakkan ramai ramai.

    saya tambah.. koyakkan depan semua guru guru...
    sokong!!!

    BalasPadam
  25. tulisan doktor buruk. cuba tanya mereka, masa sekolah cikgu mereka koyakkan buku mereka atau tidak kalau tulisan mereka buruk?

    BalasPadam
  26. tulisan doktor bukan buruk tapi mau cepat sebab patient ramai...apa apa pun tulisan penting untuk komunikasi berkesan, sama seperti bercakap dan bertutur. sekiranya tulisan buruk hingga tidak difahami, komunikasi jadi sifar. cikgu pula perlulah lebihberhemah. janganlah terus koyak. beritahu dengan lebih berhemah.AJARLAH! ni mungkin guru yang tension dengan kerja2 dirumah...

    BalasPadam
  27. Tapi biasanya orang yang tulisannya buruk adalah orang yang kreatif dan artistik.

    BalasPadam
  28. ermm kalau marah pon jgnla smpai tahap mengoyak buku murid.Student sy pon ramai yg koyak buku,tp bukan saya yg koyakkan..ekekeke~~Kalau setakat student sekolah rendah,patutnya guru2 harus memahami mrk,xpasal2 mrk takut ke sekolah.xpatut xpatut..guru2 sekarang harus di berikan kursus dan kaunseling,,

    BalasPadam
  29. Apa yang boleh dipelajari dari isu ini adalah...
    Bukan mudah menjadi seorang guru. Semua orang boleh mengajar namun tidak semua orang mampu mendidik. Terkadang guru itu menjadi terlalu emosi atas pelbagai hentaman dari pelbagai sudut psikologi yang hanya diketahui oleh yang empunya diri. Mungkin pada hari itu sang guru gagal mengawal emosinya... Fitrah manusia.

    Tindakan Sang guru boleh menjadi salah pada fikiran sebahagian kita namun tidak pada sebahagian yang lain. Ini kerana kita (manusia) boleh melihat sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut.

    Jadi... membuat kesimpulan bukan semudah berkata ABC... saya sendiri pernah mengalami lebih teruk dari dicarik halaman sebuah buku... tapi kini sebagai guru amalan itu tidaklah digunapakai oleh saya di dalam tugas (lebih kepada tanggungjawab sebenarnya..) seharian mendidik 'anak-anak manusia'...

    Wallahualam..

    BalasPadam
  30. haishh...tulisan saye sekarang lagi teruk dari budak tu

    ada yg kata tulisan buruk ni ada bakat jadi doktor :P

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.