Isnin, Januari 09, 2012

3 LETUPAN 2 CEDERA - ANWAR DIBEBASKAN

Dilapokan polis sedang menyiasat insiden 3 letupan kuat dipercayai akibat bom buatan sendiri di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur bermula jam 10.30 pagi tadi.

2 mangsa tercedera termasuk peguam manakala beberapa kenderaan disekitar lokasi kejadian didapati rosak. 

Letupan ke tiga terjadi kurang 100 meter dari lokasi saya berdiri. Saya difahamkan, bahan letupan itu menggunakan jam jangka masa dan dilengkapi bebola besi. 


Saya tiba di Kompleks terbabit pada jam 6 pagi tadi dan mendapati kira-kira 1,000 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di ruang parkir kenderaan.

Gambar berikut saya rakamkan pada hampir jam 8.30 pagi tadi, ketika itu dianggarkan kira-kira 5,000 penyokong berada di lokasi sama.


Sebelum ini, Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM, mengeluarkan 10 syarat berhubung perhimpunan pagi tadi, klik di sini.

Satu daripada syarat dipersetujui pihak penganjur, 'dilarang kain rentang 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar'.


Syarat ke 4 dipersetujui, 'dilarang berucap'.


Biar pun beberapa pemimpin didapati berucap, polis tidak bertindak menahan mereka.

"Hidup! Hidup! Hidup rakyat! Hancur! Hancur! Hancur UMNO," teriak penyokong.

Lelaki berdiri di sebelah saya mengajukan soalan sukar dijawab.

"Selama ini rakyat tidak hidup ke?"

Saya hanya mendiamkan diri. Jika syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa ditandatangani oleh wakil penganjur semalam dilanggar di depan mata, siapakah saya untuk menjawab soalan dikemukakan itu? Saya bukan ahli politik dan tidak pernah terbabit dalam program ajuran UMNO, PKR, PAS dan jauh seklai DAP.


Untuk rekod, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Adam Adli, klik di sini. juga berada di lokasi dan sempat melaungkan kata-kata semangat kepada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya perhatikan ramai wartawan dan jurukamera syarikat media cetak dan elektronik tempatan serta luar negara membuat liputan. 


Menjelang jam 8.30 pagi, suasana berhampiran pintu utama ke Kompleks kecoh dan tegang ketika Datuk Seri Anwar melangkah masuk ke kawasan dikawal ketat oleh pihak berkuasa itu.


Perhatikan gambar berikut.


Bagaimanakah jurukamera itu mampu berada di lokasi amat strategik untuk merakamkan gambar?


Hebat! Lima bintang untuk dia!

Sementara menunggu keputusan diputuskan mahkamah, saya terus merakamkan gambar di pekarangan Kompleks Mahkamah terbabit.


Saya juga terlihat kelibat orang di atas bumbung mahkamah.


Selepas mendongak ke langit, saya tunduk semula ke bumi dan spontan terlihat penyapu warga asing berikut.


Dia kelihatan langsung tidak mengambil pusing berhubung kejadian di sekeliling. Barangakali negara ini sudah cukup makmur dan aman untuk dia mencari rezeki sekaligus menghantar wang ke negara asal.


Deruman enjin helikopter milik PDRM berlegar-legar sejak awal pagi juga tidak menarik perhatian lelaki itu.


Di luar pagar, pelbagai gelagat penyokong Datuk Seri Anwar saya rekodkan.


Jam 9.30 pagi, Datuk Seri Anwar diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Sewaktu entri ini ditulis, stesyen televisyen BBC sedang menayangkan berulangkali berhubung keputusan itu.


Jelasnya, sistem perundangan di Malaysia tidak diperngaruhi oleh parti pemerintah dan seharusnya dipandang berkredibiliti kerana keputusan itu tidak menyebelahi pihak kerajaan.


25 ulasan:

  1. agak2 sapa la yang bawak bom tu ek..?tak kan peyokong uncle nuar plak..hoho [bukan ayat menuduh]

    BalasPadam
  2. ada segelintir orang Malaysia yang tidak bersyukur dengan keamanan, kemakmuran negara ini.
    kadang terfikir, segala bantuan yang kerajaan berikan cepat sahaja diambil, bekerja pula dengan kerajaan; kemudian dikutuk-kutuk. polis pun kena juga. bila tak puas hati, dikutuk-kutuk polis Malaysia, bila ada masalah, bantuan polis juga yang dicari.
    apepun siapa yang benar, siapa yang salah, Allah sahaja yang tahu.
    cuma saya tak suka disebabkan politik, umat Islam, orang Melayu berpecah belah. bila kita semua hendak bersatu padu? :(

    terapkan Rukun Negara dalam diri anda wahai orang-orang Malaysia.

    BalasPadam
  3. Memang tak reti bahasa, dh bg syarat tapi still x leyh nk follow. Siap bom lgi, tah pape~

    BalasPadam
  4. Terima kasihgambar duduk dalam pejabat sejukk

    BalasPadam
  5. tak bersyukur ke dengan keamanan dan kemewahan yang kita ada kat negara ni?kenapa nak kucar kacirkan....kesiankanlah pada kami anak2 muda dan juga bakal pewaris kami....sedih tgk org melayu berpecah belah mcm ni.....

    BalasPadam
  6. wahh..memang 5 star la jurukemra tu..bole lompat naik atas tu..camne la agaknye die bole naik sampai situ? mushkil gak..takkan die bawak tangge kowt??

    BalasPadam
  7. Mulanya saya marah dengan tindakan Polis memberi izin mereka berhimpun. Akhirnya saya yakin inilah keputusan tepat yang boleh dibuat sebab jika dihalang, akan jadi lebih buruk dan membuka ruang untuk masyarakat mengkritik polis.

    Sekarang, rakyat sudah melihat bagaimana PKR menguasai sentimen anti-kerajaan.

    Saya yakin tidak tertipu kali ini.

    Insya-Allah, saya akan gunakan kuasa saya sebagai rakyat untuk memastikan negara ini kekal aman dan tidak huru-hara.

    BalasPadam
  8. smti.

    lebih tertarik dengan gelagat tukang sapu sampah.

    agaknya kekecohan yang jadi tu tak boleh menandingi kekecohan kat tempat asal dia kot?

    BalasPadam
  9. berbaloi mereka yg dtg dari jauh dekat utk menyokong anwar.bersorak seronok dgn kemenangan.tapi jika keputusan sebaliknya? mmmmmm...mcm2 yg terjadi.

    BalasPadam
  10. SMTI...kalau mereka menang memang semua nya adil..tapi kalau mereka kalah..macam-macam lah yang timbul..adat manusia..

    BalasPadam
  11. Smti..

    Semua yg berhimpun pagi tadi tu amik cuti ke? Tak kerja? Bayangkan mcm manala 'kerajaan' anwar nnt kalau penyokong asik nak berhimpun je bila nak kerja... Majukah nnt kerajaan itu?

    BalasPadam
  12. assalamualaikum encik mazidul,

    berita ini sudah sampai di tv tempatan exeter uk..ketika saya sedang sarapan pagi ini :-)

    BalasPadam
  13. Hanya tn punya diri & yg Esa tahu...Sayangi & cintai kedamaian & kemakmuran Malaysia yg tercinta..

    BalasPadam
  14. SMTI - Lebih kurang seperti pelawanan bolasepak, kumpulan dia menang semua seronok, kalau kalah, mau ada yang bakar mahkamah, bakar mercun, bakar kereta, bakar pagar segala. Fikiran dalam besin rendam baju.

    BalasPadam
  15. SMTI

    salute kat jurugambar yg panjat tiang tu...memang berani :)

    BalasPadam
  16. biarlah si luncai terjun dgn labu2nya....bersalah atau tidak hanya tuhan yang lebih mengetahui.

    tukang sapu tu mesti rasa,camnie je ke, xmencabar betul.kat tmpat aku lagi hebat.

    BalasPadam
  17. dh bebas tu diaorang cakap ..."ala.. ader agenda tersembunyi la tu.. nak tarik pengundi utk PRU 13.." pulak dah.. kasi bebas pun salah jugak..

    BalasPadam
  18. Surendran: Tiada Syarat Di Bincang Ketika Jumpa KP KL
    Oleh TVSelangor
    08/01/2012
    764 View
    Share


    PETALING JAYA, 8 JAN: Naib Presiden PKR, N.Surendran yang merupakan salah seorang dari empat wakil PKR yang menemui Ketua Polis Kuala Lumpur, Datok Mohamad Salleh Omar berkata tiada sebarang syarat dikenakan ketika perbincangan di adakan pada 6 Januari lalu.


    "Saya menegaskan pendirian KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya.

    "Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja.

    "Tandatangan yang dirujuk oleh pihak PDRM adalah tandatangan Saudara Shamsul mengesahkan beliau ada menerima surat tersebut. Ia bukanlah tandatangan menyetujui syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak." jelas Surendran.

    Katanya,walaupun pihak PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, saya tegaskan tidak ada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus
    kerana pimpinan PDRM Kuala Lumpur berpuas hati dengan penerangan KEADILAN.

    "Oleh yang demikian, kami tetap dengan keyakinan bahawa perhimpunan aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang dikemukakan pihak polis.
    KEADILAN menggesa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk hadir menyuarakan sokongan dan solidariti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan usaha mengembalikan integriti kepada sistem kehakiman negara." jelas beliau lagi.

    Pada 6 Januari lalu, PKR yang diwakili Timbalan Presiden, Azmin Ali, Ketua Wanita, Zuraidah Kamaruddin, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohamad Akin serta Surindran menemui Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamad Salleh Omar di IPD Kuala Lumpur.


    Ulasan saya : Berkali lagi kenyataan pihak berkuasa boleh di pertikaikan. Kemaskan FAKTA anda.

    Jika tidak sahih, jangan gunakan apa yang dikatakan "FAKTA".

    BalasPadam
  19. Ape mksud SMTI eh? tak paham... huhuhu,,,

    *sori.. lari dr tajuk skit.

    BalasPadam
  20. hehehehehe
    sabar je laaaaaa....
    baik saya bekorban untuk ibu bapa selagi mereka masih hidup....
    just my seposen...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.