Selasa, Januari 31, 2012

SIAPA LEBIH BERKUASA? POLIS, KPDNKK, PENJUAL DVD CETAK ROMPAK ATAU ORANG RAMAI?

27 Januari lalu, saya dedahkan kegiatan memasarkan DVD cetak rompak di Muar, Johor.

Baca di sini.

Dalam tempoh kurang 1 jam, pasukan polis dari IPD Muar bertindak menyerbu 2 premis dipisahkan jarak kira-kira hanya 100 meter itu.

Baca, perincian berita di sini.


Selama ini polis kerap mewar-warkan harapan agar orang ramai menjadi mata dan telinga pihak berkuasa terbabit.

Bagus.

Masyarakat dan polis saling bekerjasama menangani pelbagai masalah jenayah. Justeru usaha murni terbabit harus diteruskan.

"Engkau tengoklah nanti, polis serbu hari ini, premis itu ditutup dua tiga hari. Selepas itu premis sama akan beroperasi balik"

Itu antara kenyataan sering disumbatkan ke telinga dan saya tidak mampu menyangkal sepenuhnya pandangan dilontarkan.

Pada masa sama, kita juga harus prihatin melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai rakyat negara berdaulat. Tuduhan semberono tanpa bukti kukuh, fitnah. Maka, jika kita terlihat perkara sumbang atau perlakuan melanggar undang-undang Malaysia, cuba rakamkan gambar. Kemudian berusaha sedikit untuk merekodkan fakta berhubung kejadian.

Muatnaikkan gambar dirakam sekaligus catatkan fakta kes di laman Facebook atau siarkan bahan sama di dalam blog. Lebih molek dan profesional jika pihak berkuasa terbabit dihubungi secara hormat.

InsyaAllah usaha itu berbaloi berbanding hanya bercakap kosong tanpa tindakan.

Maklumat terkini saya perolehi, 2 premis memasarkan DVD cetak rompak di Muar, masih ditutup sejak berita dipaparkan di blog picisan ini. Malah lebih menarik, sebilangan pembaca menetap di Muar menawarkan khidmat percuma untuk merekodkan gambar premis terbabit andaikata beroperasi semula.

Penjual DVD cetak rompak di pelbagai lokasi dilihat berpengaruh, polis dan penguatkuasa Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDKK, diperuntukkan kuasa untuk membanteras kegiatan sumbang berlangsung di hadapan mata TETAPI pada masa sama ketahuilah, kita sebagai rakyat sah negara merdeka ini juga berhak untuk bersuara.

Gunakan hak itu sebaik mungkin.

 

7 ulasan:

  1. SMTI - DI Malaysia, sebut je any kind of 'crime'...siapa dia? tau sendiri je lah..Mother of All Crimes. Patut tarik balik Kerakyatan, Hak Mengundi, Sekolah, tulisan, budaya mereka. Kita tak perlu orang dia di Tanah Melayu ini.

    BalasPadam
  2. paling berkuasa ialah wang...kalau tak ada wang jual nasi lemak tepi jalan pun kena angkut dgn pihak BERKUASA??????
    jika ada wang bukalah apa pun perniagaan halal atau haram pihak "berkuasa" hilang "kuasa"kerana wang lebih BERKUASA.
    ada pihak berkuasa berani menunjuk kuasa pada satu kaum,disatu kaum lain mereka hilang kuasa kerana kaum tersebut punya wang untuk membeli kuasa.
    wang dan kuasa tak bolih dipisahkan.jika anda punya wang segala undang2 dan kuasa bolih dimasukan dalam poket anda.
    malaysia bolih...ada wang apa pun bolih!!!!

    hisham klana jaya.

    BalasPadam
  3. saya tak percaya wang ada kuasa

    yang ada kuasa adalah kad pengenalan biru

    anda lapor, anda siarkan, anda sebarkan, satu dunia akan tahu

    BalasPadam
  4. bro kat Kelana Jaya pun msh ade kedai cetak rompak, esspecially dekat area giant n ayamas..sebaris rest syed..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.