Ahad, Mac 25, 2012

JOM AMBIL BOLA SEPAK PERCUMA!

Projek Free Balls dicetuskan di blog ini dan dilaksanakan oleh semua kru 666 dengan bantuan pembaca.

Konsep usaha ini dicatatkan, di sini dan di sini.


Sahabat saya, Sabil bersama rakan setugasnya di MMPCOMMUNICATIONS, syarikat penerbit Majalah Milenia Muslim dan Aniqah telah mengatur program untuk mengutip bola sumbangan orang ramai.

Selain Sabil, kakitangan lain terbabit, Juwiza, Azlin Haryatie, Adwina Natasya, Noor Hazwani, Rosmah dan Jessri Hazril

Berikut butiran kutipan.

Tarikh : 31 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 9-11 pagi
Lokasi : Padang Merbok, Kuala Lumpur

Justeru, jika pembaca ingin memberikan bola sepak atau wang tunai, sila temui mereka di lokasi terbabit. Hubungi Sabil di talian 017 256 3850.

Pada hari sama, saya bersama kru 666, InsyaAllah akan mengagihkan bola sepak kepada orang ramai.

Tarikh : 31 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 2 Petang
Lokasi : Padang Kota (Padang berhampiran Sunway Giza, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor)

Saya akan menunggu di lokasi terbabit, bawa anak untuk mengambil bola sepak diberikan secara PERCUMA.

1 kereta, 1 bola sepak, itu hadnya dan mengikut kaedah siapa cepat, dia dapat.

Bilangan bola sepak akan diagihkan, 50 sahaja.

Untuk bersama menjayakan projek istimewa 'Free Balls : 1 Kereta 1 Bola' ini, sila bercakap dengan Razali Harun, di talian 016 231 5812 atau hantarkan pesanan ringkas untuk menyumbang wang tunai atau bola sepak.

Saya percaya, setiap sumbangan pembaca, bakal menceriakan wajah lebih ramai kanak-kanak di bumi bertuah ini.

Hakikat tidak dapat disangkal, sebiji bola kita hulur akan membuatkan puluhan anak kecil bergembira.

So let's do it for the children.


Bantu kami untuk menghebahkan kandungan entri ini di dinding Facebook, emel dan blog. Jasa kalian amat saya hargai.


4 ulasan:

  1. Salam bro.Saya berminat untuk dapatkan bola percuma ini utk kanak² ditempat tinggal saya (Apt Laguna Biru,Kundang).Tiap² petang mereka berkaki ayam bermain bola yg lusuh diatas padang simen.Boleh ke saya dptkan bola tersebut?

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...moga usaha murni ini berpanjanggan dan beroleh keberkatan dari-NYA:)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.