Selasa, September 04, 2012

'JUALAN AMAL' SEHINGGA SELEPAS WAKTU TENGAH MALAM DI KAWASAN DIBANJIRI WARGA AFRIKA

Kejam.

Itu perkataan tepat menggambarkan kejadian berlaku malam tadi di stesen minyak Shell di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Dua anak kecil berusia 14 dan 16 tahun didapati masih aktif melakukan 'jualan amal' pada jam 12.30 malam. Sebotol air minuman kesegaran untuk lelaki dan wanita 'tonite' dijual dengan harga RM10.

"Kami melakukan jualan amal secara sukarela dan ibu dan ayah kami tahu," dakwa mereka.

Ada baiknya, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan turun padang dan mengambil sampel air untuk dianalisa.

"Kami mula membuat jualan amal sejak dari petang," ujar kanak kanak terbabit.

Mereka menghubungi lelaki digelar 'Abang Wan' dan kemudian spontan dipanggil 'ustaz' sebaik menyedari perbualan telefon mereka dirakamkan oleh jurukamera.

Beberapa minit selepas visual direkodkan, kedua mereka bertindak melarikan diri.

Jika tindakan mereka tidak diragui, mengapakah harus beredar secara tergesa-gesa untuk bersembunyi? Barangkali wujud SOP ditetapkan oleh cikgu mereka, tindakan harus dilaksanakan jika terserempak dengan wakil media atau pihak berkuasa.

Saya percaya kanak kanak terbabit ditempatkan di rumah transit di sekitar Damansara Damai bersama ramai lagi rakan sesekolah.

Operasi sekolah tahfiz terbabit sudah berlangsung lama. Namun tindakan antaranya hanya dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Negeri Sembilan seperti dilaporkan oleh media sebelum ini.

"Kanak kanak ini melakukan jualan amal kerana mengikuti aktiviti ko kurikulum sekolah mereka dan dipersetujuai oleh ibu bapa. Justeru Akta Kanak Kanak 2001 tidak dapat diaplikasikan for the best interest of the children"

Itu antara hujah pihak berkuasa saya hubungi.


Persoalannya, adakah ibu bapa pelajar terbabit mengetahui fakta anak mereka dikerah 'berniaga' hingga waktu selepas tengah malam?


Lebih malang lagi, adakah keluarga pelajar redha menerima hakikat anak mereka ditempatkan di lokasi dibanjiri oleh warga Afrika itu?


Sebelum ini tiada agensi kerajaan secara spesifik bertanggungjawab menangani isu dan masalah ditimbulkan kelompok gelandanagan. Namun setelah kisah gelandangan disiarkan oleh media, rumah perlindungan Anjung Singgah dibina untuk memberikan perlindungan dan menguruskan peluang pekerjaan kepada warga gelandangan.

Pelbagai keluhan dan catatan kekhuatiran berhubung kegiatan pelajar pusat Tahfiz Amal dikongsikan bersama saya oleh masyarakat buat sekian lama. Contohnya, pelajar berdiri lebih 8 jam menjual barangan di lokasi tumpuan orang ramai dari Johor sampailah ke Sabah.

Masyarakat prihatin dan majoriti tidak bersetuju dengan kegiatan dilihat sebagai pengeksploitasian terhadap kanak kanak.

Hairanya, mengapa 'ustaz' atau cikgu mereka tidak dikerah melakukan jualan amal sama?

"Ustaz ada di tempat lain," itu kata pelajar.

Sejak lebih 2 tahun menulis berhubung isu ini, tidak pernah sekali saya terserempak tenaga pengajar sekolah itu memegang madu, kalender mahupun CD untuk dijual kepada pelanggan stesyen minyak atau bank di negara kita.

Mereka hanya menghantar kebanyakkan pelajar di bawah umur ke lokasi terpilih dan kemudian menjemput mereka pulang mengikut jadual ditetapkan.

Purata 8 jam, ustaz atau cikgu mungkin pergi minum kopi sambil menggoyangkan kaki.

Sebilangan individu simpati melihat kanak kanak ditinggalkan kelaparan, terbuka hati memberikan wang atau membelikan mereka makanan.

"Pak cik India tadi bagi RM5, saya tidak boleh memberikan dia minuman kesegaran ini, nanti tidak amanah kerana harga sebotol RM10," ujar pelajar perempuan dari sekolah sama.

Majoriti mereka amat bijak berhujah bak sudah di brain washed ke tahap maksimum oleh pihak tertentu.

Biarpun pelbagai cerita didedahkan oleh media, pihak pengurusan sekolah tidak didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran itu berterusan mengamalkan sikap berdiam diri.

Jika sebilangan pembaca tinggal di Yan, Kedah, sila kongsikan maklumat bersama pembaca lain berhubung pusat tahfiz itu.

Lebih molek andai gambar pusat tahfiz terbabit dapat dirakamkan dan dihantar ke emel mazidulakmal@yahoo. com atau hubungi saya melalui WhatsApp 0192445354. Mungkin ramai ingin melihat sejauhmanakah wang hasil jualan amal digunakam untuk membangunkan sekolah itu.

posted from Bloggeroid

11 ulasan:

  1. Mohon abang mazidul cover story mesin judi berkomputer pula lepas ni. Di ipoh mesin judi berkomputer ini menjadi popular. Banyak kawasan perumahan melayu ada kedai jackpot khas untuk customer melayu.

    BalasPadam
  2. Budak Benteng, tidak perlu. Di sana kan ramai Melayu.

    Mereka boleh mengekang masalah jika ada keinginan.

    Amal makruf nahi mungkar.

    I bleed too.

    BalasPadam
  3. as salam ..En Mazidul. Saya pun hairan kenapa isu kanak-kanak menjual ' barangan' di setesen minyak tidak di ambil tindakan. Cuba kumpulkan atau pungut kanak-kanak tersebut ( macam pungut peminta sedekah di jalanan tu ) dan ambil info waris mereka .. kemudian minta waris atau guru mereka datang ' claim' mereka di balai atau pusat di mana mereka di kumpulkan. Selagi tidak ada waris atau penjaga yang sah datang mengambil, jangan lepaskan mereka. Mungkin ini akan menakutkan kanak-kanak tersebut .. tapi saya rasa ini adalah cara terbaik untuk mengenal pasti siapa DALANG di sebalik ' sindiket' menggunakan kanak-kanak sebagai pemungut derma.Saya amat bersimpati dengan mereka .. sering saya didekati oleh mereka apabila keluar berurusan di bank atau kedai minyak. Sekali tu .. saya pegang bahu kanak-kanak berkenaan .. dan bagi tahu dia .. ' baliklah dek .. dah lewat malam ni ' .. tika itu dah jam 9 malam .

    BalasPadam
  4. BUDAK BENTENG, betoi kata bro Mazidul tu...

    area sana.. xperlu..
    semau dah settle..
    siap bayar mingguan lagi !!!

    malah ada yg xcukup seminggu...
    dah ada muka..
    pusing2 depan kedai tu !!

    BalasPadam
  5. memang tersangat kejam... tapi tak dapat feel sangat perasaan mereka sebab takde gambar... biasa bro mazidul letak gambar huhuhu

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. banyak sgt kes mcm ini..lambakan pekerja asing pun satu masalah lagi..

    BalasPadam
  7. Bukankah sekurang2nya boleh didakwa berniaga tanpa lesen

    BalasPadam
  8. Lemahnya la undang2 Malaysia trhadap kanak2 based pd jawapan penguatkuasa tersebut... takkan begitu sekali...

    Sgt menyedihkn tgk nasib mereka ... Dipergunakan oleh sekolah, diabaikn ibubapa dan tak diendahkn oleh pihak berkuasa dgn alasan sebegitu... is this how we treat our future generation... bukan they hv their rights too...

    BalasPadam
  9. saya setuju dgn pendapat Shaty...

    Saya tak rasa mereka pelajar yg benar2 pelajar di sekolah tahfiz tersebut. Resit tersebut hanya untuk kelabukn mata org ramai. Mungkin mereka ni dipaksa mengutip derma.

    Takkanlah 'ustaz' mereka tak terfikir akan keselamatan murid2 ni ketika berada di luar. Yg hairannya seluruh Malaysia ada wakil kutip derma sekolah ni. Takkan dah bertahun2 tak cukup lagi duitnya. Sangat mustahil bukan.

    Pihak berkuasa takkan tak boleh nak siasat kes ni. Takkanlah sorang pun pegawai diorang tak terfikir nak cari jalan selesaikan masalah budak2 ni. Takkan nak tunggu media baru nak gerak...

    BalasPadam
  10. Apa kata abg cuba bongkar dan paparkan gambar kepala2 yang menghantar & mengambil budak2 nie...
    Jika ada masa abg & team 666 boleh memantau kegiatan kepala2 nie & dimana mereka tinggal...

    BalasPadam
  11. Saya amat2 bersimpati dengan kanak-kanak ini. mungkinkah mereka dieksploitasi oleh insan2 yang bergelar 'ustaz'. wallahhualam. diharapkan abg mazidul dapat membongkar kes ini dengan lebih mendalam lagi. saya doakan usaha murni abg dipermudahkan oleh Allah SWT. Insya Allah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.