Rabu, Ogos 14, 2013

POLIS TANGKAP POLIS BEBASKAN (WAJIB DITANGKAP BALIK)


Cerita dimuatkan di akhbar hari ini amat mengujakan. Suspek warga Nigeria berusia 25 tahun, ditahan oleh polis berikutan kesalahan berkaitan dadah dilapor telah dibebaskan oleh polis berpangkat Koperal.

Rakaman CCTV menunjukkan anggota bertugas di lokap berpusat  Kuala Lumpur  di Jinjang, berusia 52 tahun itu  dilaporkan  membawa Osuji Kelly Prince keluar dari lokap.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, anggota terbabit kemudan  ditahan di rumahnya dan mungkin akan didakwa di mahkamah esok. Berkebarangkalian anggota sama telah disogok oleh Osuji untuk memboloskan diri.

Semesatinya, pegawai dan anggota polis terbabit  memberkas Osuji pada 2 Ogos lalu berasanya marah apabila suspek ditahan oleh mereka dibebaskan begitu sahaja oleh anggota sepasukan.  

Jarang benar  kita mendengar kes unik sebegini.

Jika pembaca terserempak dengan Osuji, sila hubungi Inspektor Hamsan Hadi 012 277 1619 atau ASP Mohd Akmal Abdullah 012 582 9300.


5 ulasan:

  1. Cop Helps Foreigner Escape Police Lockup

    A police corporal with 32 years on the force has been arrested after he aided a foreigner to escape from lockup.

    The corporal, 52, allegedly helped 25-year-old Osuji Kelly Prince from Nigeria escape the Jinjang lockup on Monday.

    Osuji Kelly Prince, 25, from Nigeria, escaped lock-up aided by a policeman.

    Osuji had been in detention since Aug 1 for drug possession.

    KL CID chief Senior Asst Comm Datuk Ku Chin Wah said the corporal was arrested at his home on Aug 12 and his remand ends on Thursday.

    "His actions will not be tolerated and I will see to it that he be charged as soon as possible," SAC Ku told reporters a press conference at the police contingent headquarters on Wednesday.

    According to Ku, the corporal has previously been investigated for improper conduct and been transferred between stations a number of times.

    Ku did not go into detail how Osuji's escape was perpetrated and said details would be released in court, but believed pay-offs were involved.

    "We have witnesses from the personnel there and we are also investigating if procedures were followed," he said, adding the case would be investigated under Section 225 of the Penal Code which carries a seven-year jail term upon conviction.

    Meanwhile, Osuji is still at large and anyone with information on his whereabouts should contact the police immediately.
    Salam kawan.. utk makluman laporan tangkapan (3) lelaki Taiping rpt.6381-6382/13.Salah seorang melibatkan tangkapan a nggota Polis Balai Polis Taiping &rampasan dadah (10) peket kecil disyaki Syabu & (3) keratan straw disyaki heroin. 2) serbuan rumah di no.143A Kpg.Birch Taiping. 3) Nama.MAHADI B. AWANG MAT (RF/131987) Telah berkhidmat dalam pasukan l/kurang 16 tn.&tlh.berkahwin. 4) Ujian saringan awal positif morphine& Meth.
    5) Kes disiasat dibwh dua pertuduhan sek.12 (2)/(3) ADB 1952 & sek.15 (1) (a) Adb 1952.
    I.O Insp.SITI RABIAH KASSIM BSJND Tpg.

    BalasPadam
  2. kadang kadang benar kata orang , harapkan pagar pagar makan padi' harap penguatkuasa , penguatkuasa boleh dibeli

    BalasPadam
  3. agak agak berapalah imbuhan OKT itu bagi kat dia,berbanding dengan graduiti yg bakal dia dapat kalu dia minta pencen awal atau pencen wajib.Lagi pun 32 tahun dalam polis tak kan lah pasukkan mampu bagi pangkat koperal subsidi(timebase) saja kut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni la akibatnya kalau tak guna aqal. Pokcik ni memalukan PDRM. Tapi 'kutu-kutu babi' lain dalam PDRM yg masih berkhidmat tu macam mana? KPN taknak siasat ke? Siasatan dalaman kena dipergiatkan. Transformasi kena dibuat. Maruah PDRM selalu tercemar sebab 'kutu babi' yg suka makan suap.

      Padam
  4. Buat lokap berpusat , da cakap kerajaan masih nak tanggung..koperal dulu dgn koperal sekarang mana sama, nak tegur anggota pun x berani, tengok kawan mewah dia lun nak..so ini jadinya..sepatutnya satu shif yg terlibat di tukarkan ke swk atau sabah..ulu ulu..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.