Khamis, Februari 28, 2013

PENCURI

Saya baru dimaklumkan ...

Jika menaiki kapal terbang ke China, berhati-hati. Sebilangan penumpang dari Negara Tembok Besar itu didakwa sering mencuri beg sandang penumpang lain diletakkan di ruang simpanan di atas kepala.

"Kekadang kita duduk di belakang tetapi beg kita masukkan dalam head compartment di hadapan. Jadi bila penumpang China turun, mereka rembat sekali. Ada antara mereka ditangkap dan kemudian berpura-pura tersalah mengambil beg. Mereka tahu selalunya penumpang menyimpan wang tunai di dalam hand lugage," jelas rakan.

Kes kecurian dikatakan jarang berlaku di Jepun dan Korea.

"Di Korea, jika tertinggal handphone di restoran, esok datang kembali, masih ada. Kawan saya tertinggal kamera di lapangan terbang di Jepun dan tersedar tatkala berada di dalam teksi untuk ke hotel. Dia berpatah kembali dan mendapati kamera miliknya masih ada di atas kerusi," celah rakan sama.

Di Malaysia?

Tertinggal harta benda di tempat awam, lazimnya lesap. Harta kita, harta mereka.

Jika pembaca memounyai pengalaman harta benda dicuri, kongsikan kejadian itu di sini.
posted from Bloggeroid

Rabu, Februari 27, 2013

KISAH PENYOKONG TEGAR PR



Penyokong tegar Pakatan Rakyat, PR  di bawah memaparkan status berikut di laman Facebooknya.


Hakikatnya, semua mahkluk diciptakan oleh Allah termasuk manusia. Jika manusia mampu mencipta manusia, pasti ramai lelaki ingin kelihatan seperti Aaron Aziz.

Kata Cucu Tok Jah Mongey, leher saya tiada. Ajaibnya! Saya masih mampu hidup, bernafas tanpa leher, jika benar seperti didakwa. 

Sebenarnya ada tetapi tidak jinjang. Masa itu sedang makan, cucur udang, masakan perlu mendongak.

Allah telah menjadikan leher saya sebegitu dan saya bersyukur berbanding keadaan manusia tidak mempunyai leher akibat dipancung oleh manusia lain.

Tatkala waktu minum di lokasi sama bersama kru Penyingkap Fakta, mengapakah dia tidak tampil menghampiri saya dan mengajukan soalan ... 

"Awak memang tidak ada leher ke?"

Justeru boleh saya beritahu, balik dahulu dan pakai baju. Simpati melihat manusia sebegitu. Tanpa disedari atau tidak, begitu kaya dengan cercaan di hati dan perasaan. Ahli PAS di Puchong, Selangor mungkin boleh menasihatkan dia agar kenyataan individu seperti ini tidak dilihat sebagai SUARA kepada parti disokongnya.

Bolehkan? Kata PAS memperjuangkan Islam. Nasihatkan penyokong, agar menjaga kata-kata. 

Sebenarnya, pada waktu itu, saya membawa wang lebih. Tidak langsung menjadi kudis andai dia inginkan saya membelikannya  sehelai baju kerana lokasi itu terlalu hampir dengan pusat membeli-belah The Curve.

Saya lebih sanggup mengeluarkan wang berbanding kenyataan berbentuk penghinaan biarpun saya tidak pernah mengenali Cucu Tok Jah Mongey.

... a key board warrior.


Barangkali bagi dia, mencerca kejadian Allah itu satu kelaziman, hanya kerana terlalu taksub dengan parti ikutannya.


Kalau kejadian Allah sewenang-wenangnya dicerca, inikan pula sesama manusia. Lihat sahaja perkataan digunakannya, mencermin diri dia. 

Saya percaya, bukan semua penyokong PR  bersikap seperti Cucu Tok Jah Mongey. 

Ramai lagi antara mereka berkeupayaan berhujah secara bijak dan rasional. Usah kerana ketaksuban, terlalu mudah menghina.

Apapun, pemimpin tidak seharusnya diangkat di kalangan mereka berfikiran dangkal dan jika tidak mempunyai ide untuk berhujah, memaki hamun mereka tidak sehaluan.

Saya tidak pernah bergiat aktif dalam arena politik dan tidak sesekali berhajat untuk diangkat menjadi calon dalam Pilihan Raya ke-13. Bimbang jika tidak mampu melangsaikan tanggungjawab seperti wakil rakyat terkini saya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Semangatnya terkubur di pertengahan jalan.

Undi saya, saya tentukan, bukan pemimpin Barisan Nasional atau PR. 

* Komen berbentuk negatif  terhadap Cucu Tok Jah Mongey, TIDAK akan disiarkan di sini. Jika pujian ingin dilontar, silakan.


Selasa, Februari 26, 2013

PEROGOL PAPAN TANDA

Kenderaan tidak diparkir mengikut peraturan ditunda oleh kakitangan penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ. Untuk menuntut kenderaan dari Depo Simpanan Kenderaan Tunda di Damansara Perdana, pemilik atau pemandu kenderaan harus menjelaskan bayaran saman kira-kira RM300.


Penguatkuasa hanya menjalankan tugas mereka mengikut peruntukan undang-undang. Saya tidak mempunyai sebarang bantahan. 

Sewaktu berada di luar depoh, saya terlihat keadaan pintu panggar premis terbuka itu.


Keadaan pagar depoh kelihatan seperti pagar rumah berpuaka ditinggalkan di kampung pedalaman.


Mungkin MBPJ ingin mengekalkan nilai estatik.


Kira-kira jam 3.30 petang, saya terlihat kakitangan MBPJ menyaman beberapa kenderaan. Mereka melaksanakan tugas, bagus.


"Berapakah bayaran saman kalau meletakkan kenderaan melebihi waktu dicatatkan di tiket?," soal saya.

"Tiga puluh ringgit," jawab petugas.

"Waktu ini ramai orang keluar makan, ruang parkir tidak mencukupi di kawasan ini," ujar pelanggan restoran berhampiran.

Saman banyak dikutip. 

Saman parkir dan kenderaan ditunda kerana melanggar peraturan meletakkan kenderaan namun  pagar depo hampir runtuh dan diselaputi tumbuhan menjalar.


Saya kemudian merayau untuk meninjau kawasan sekitar depoh dan tiba di pintu pagar utama. Gambar di bawah menarik perhatian saya.


Bukan kenderaan ditunda tetapi ...


Lazimnya banting berlesen mempunyai cop atau nama MBPJ tertera di atas iklan itu. Tindakan saya merakamkan gambar di atas sambil  diperhatikan oleh seorang daripada pegawai MBPJ bertugas di depo.

Dia datang menghampiri saya, lalu menanggalkan iklan itu.


Tadaaaaa ....


"Bagus kakitangan MBPJ melaksanakan penguatkuasaan tetapi nampaknya tidak begitu menyeluruh. Iklan tanpa permit digantung di hadapan pintu masuk depo," ujar saya.

Perhatikan juga papan tanda 'ZON TUNDA' di atas.


Papan tanda itu dicemari dek pelekat Ah long dan dikoyakkan secara tidak sempurna. Kira-kira 10 meter dari lokasi terbabit, saya merekodkan pula gambar papan tanda MBPJ  'dirogol' oleh pengiklan haram. 

Maklumat dipaparkan berhubung tindakan menunda kenderaan melanggar peraturan tidak dapat dibaca oleh orang ramai.

Apakah pula tindakan diambil terhadap kelompok pencemar itu? 


Selain daripada itu setakat ini, kakitangan MBPJ belum lagi bertindak menurunkan iklan haram menyakitkan mata berhampiran Salvia Apartment di Seksyen 11, Kota Damansara.


Mungkin kerana tiada kutipan saman, jadi tindakan mereka perlahan, biarpun telah saya maklumkan kepada pihak terbabit pada minggu lalu.

Klik di sini.



Isnin, Februari 25, 2013

PILIHAN RAYA UMUM KE 13 MENJELANG TIBA ( KAMPUNG SUNGAI BIL MASIH TIADA TALIAN TELEFON)

Komunikasi tidak mampu disempurnakan tanpa penerima panggilan atau pendengar, audien. Jika menggunakan telefon bimbit, tanpa panggilan diangkat, kita tidak mampu berhubung.

Oh! Saya tahu.

Sebilangan rakan kita memang berperangai pelik. Mereka mencari kita andai diperlukan tetapi membiarkan telefon bimbit berdering tatkala kita menelefon . Walhal mereka sedar dan melihat nama kita tertera di skrin telefon mereka.

Saya percaya, pembaca juga mempunyai kenalan sebegitu.

Jika tidak bermesyuarat, bukan tidur lena atau sibuk, ertinya mereka tidak berminat untuk berkomunikasi dengan kita. Jika hanya satu panggilan kita buat, mungkin mereka mempunyai alasan tidak mampu disanggah. Namun andai kita membuat panggilan berulang kali pada hari berbeza, panggilan masih tidak dijawab, apakah ertinya tindakan mereka?

Mudah, mereka tidak menganggap panggilan kita penting untuk dijawab. Justeru, lupakan sahaja mereka dan padamkan nombor telefon terbabit.

Bolehkah begitu?

Secara profesional, andai tidak berpeluang menjawab panggilan telefon kerana sibuk, hantarkan pesanan ringkas, SMS. Nyatakan kepada pemanggil, kita akan menghubungi mereka semula sebaik berpeluang.

Susahkah?

Tidak. Satu SMS berharga di antara 10 dan 15 sen atau kekadang percuma.

Saya memang sukar dihubungi jika pulang ke kampung di Tanjung Malim, Perak.

Mengapa?

Kerana sedang kampung lain dibekalkan dengan kemudahan talian komunikasi, Kampung Sungai Bil tidak. Wakil rakyat dahulu bernaung di bawah Pakatan Rakyat, PR, kemudian melompat menjadi wakil rakyat bebas. Akhirnya, rakyat diwakilinya terus dibelenggu pelbagai masalah.

... termasuk kampung tanpa talian telefon tetap atau mudah alih.

Hebat! Sedang kerajaan bercerita mengenai kemudahan jalur lebar percuma di Kuala Lumpur, penduduk Kampung Sungai Bil, klik di sini, amat sukar dihubungi.

Kemanakah perginya pemimpin Barisan Nasioanal, BN? Pemimpin PR? Adakah masalah komunikasi di Kampung Sungai Bil diketahui oleh Menteri Besar Perak?

... atau selama ini beliau tidak dimaklumkan oleh pemimpin bawahan?

Biarlah pemimpin BN di daerah itu memberikan penjelasan. Sia-sia selama ini saya mencurah air ke daun keladi. Banyak entri saya tulis mengenai masalah ini tetapi tiada tindakan dilaksanakan. Jika ada sekalipun, bak melepas batuk di tangga.

Jadi pada pilihan raya akan datang, wakil rakyat terkini TIDAK perlu diundi semula.

Tidak lama lagi, calon wakil rakyat bakal sibuk berkempen di kampung saya. Pilih calon terbaik, bukan calon bijak berjanji tetapi tidak mempunyai inisiatif untuk memenuhi janji ditaburkan.

posted from Bloggeroid

Ahad, Februari 24, 2013

UDANG MENYOROK

Saya dan rakan minum petang di Teh Tarik Place, di The Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Ada makan mi goreng, ada sekadar minum teh ais sahaja dan ada memesan cucur udang. Satu set, di potong empat, berharga RM2.40. Memang saya membawa wang mencukupi untuk makan dan minum.

Malangnya, selera hilang sebaik melihat 'cucur udang' versi digoreng oleh pekerja warga asing.

Hangit tetapi masih dihidangkan kepada pelanggan. Apabila diajukan kepada pengurus bertugas, juga warga asing ...

"Sorry," katanya.

Pelik, nama juadah cucur udang tetapi udang mungkin menyorok.


Sabtu, Februari 23, 2013

LUCUTKAN PEMBALUT MUKA THE INVISIBLE MAN



Mari kita berbicara soal FAKTA, bukan tuduhan melulu tanpa asas kukuh. 

Sila baca laporan Harian Metro berhubung rumah super mewah, Datum Jelatek, di Datuk Keramat, Kuala Lumpur,  dijual kepada warga Singapura, klik di sini.


Pihak manakah penguruskan pembinaan projek perumahan mega itu?

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS.

Klik di sini.


Baca pula, kisah penjualan senyap, silent purchase Kompleks Muhibbah Petaling Jaya kepada syarikat HALIMUNAN, klik di sini.


Jika pembaca berpeluang meneliti entri saya nukilkan sebelum ini, pasti mengetahui anak syarikat negeri Selangor, PKNS terbabit menjual kompleks itu. 

Apakah persamaan isu di antara Datum Jelatek berbanding Kompleks Muhibbah Petaling Jaya?

Penganiayaan terhadap orang Melayu.

Datum Jelatek, projek perumahan mewah, dipasarkan pada harga jutaan ringgit se unit sekaligus tidak mampu dibeli dek majoriti orang Melayu. 

Lalu kira-kira 100 penduduk asal tanah terpinggir.

Apabila Kompleks Muhibbah dijual,  54 peniaga pasar tani mencari rezeki pada setiap hari Ahad di dalam kompaun kompleks sama diarahkan keluar sejak lebih setahun lalu.

Itu fakta.

Manakala kadar sewa gerai peniaga pasar malam Uptown D' Kota beroperasi di dalam kompaun kompleks sama dinaikkan daripada RM200 ke RM500 sebulan.

Itu juga fakta.

Fakta nasib orang Melayu diperkotak-katikkan.

Apakah perbezaan ketara di antara Datum Jelatek dan Kompleks Muhibbah? 

Majoriti unit Datum Jelatek dijual kepada warga Singapura dan Kompleks Muhibbah dijual kepada syarikat HALIMUNAN.

Dimiliki oleh orang halimunan, an invisble man KERANA identiti pemilik tidak didedahkan. Mungkinkah dia orang kaya warga Singapura? Jepun? Korea? 


Kita bersama harus berusaha melucutkan pembalut muka dan kacamata hitam dia.

Jumaat, Februari 22, 2013

MENGAPAKAH QUE HAIDAR TERTAWA?


Klik di sini.

CAUGHT IN THE ACT

Kewujudan iklan haram ditampal di tempat awam tidak seharusnya dibiarkan berleluasa begitu sahaja. Semalam saya telah mengubungi Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, memohon kakitangan bertanggungjawab menanggalkan semual iklan menyakitkan mata ditampal secara semberono.

Kira-kira jam 5 petang tadi, saya rakamkan gambar berikut.


Berikutan berjaya mengikat papan iklan haram di aras paling tinggi ...


Kita hadiahkan ...


Bilangan papan tanda haram dan ketinggian iklan itu ditampal menunjukkan tempoh waktu kakitangan MBPJ tidak menjalankan tugas mereka.

RAMAI TERGAMAM MENYAKSIKAN KUCING TERBANG

"Kita naik helikopter," kata rakan setugas.

"Ha?," kata saya.

Kami kemudian bergerak ke Lapangan Terbang  Sungai Besi,  Kuala Lumpur sebelum diterbangkan ke Bukit Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor.

Teruja, itu perkataan mewakili perasaan saya sebaik helikopter mendarat selamat di padang sekolah tidak jauh dari tapak Festival Layang-Layang Sedunia. Bukan teruja kerana pertama kali menaiki helikopter tetapi terpesona melihat  keunikan  pelbagai jenis layang-layang tidak pernah saya saksikan sepanjang hidup saya pada waktu itu.

Saya diberikan peluang mengendalikan siaran langsung program khas dipancarkan untuk tontonan masyarakat di seluruh negara. 

Peristiwa itu  berlaku lebih 17  tahun lalu. 

Kini festival  memukau mata dunia terbabit telah mencecah usia 18 tahun dan masih terus berlangsung.


Sejak dianjurkan oleh Kerajaan Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang, MPPG, Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor pada tahun 1995,  festival sama berjaya menarik minat hampir  2 ribu peserta dari seluruh dunia. 

Perhatikan antara layang-layang  unik diterbangkan oleh peserta tempatan dan antarabangsa di tapak festival.  

Buaya, kucing, sotong, ikan, semua terbang bebas di udara.


Flying  Red devils? 


Saya berasa amat yakin, kanak-kanak pastinya antara kelompok penonton paling gembira menyaksikan sajian festival berlangsung di antara 17 dan 24 Februari 2013 itu. 

Pembaca dan ahli  keluarga mempunyai masa terluang masih berpeluang berkunjung ke Pasir Gudang pada  hari Sabtu dan Ahad ini untuk menyaksikan pengisian festival itu secara PERCUMA.


Banyak gerai disediakan oleh pihak penganjur, andai pengunjung berminat untuk membeli layang-layang. 

Yang Dipertua MPPG, On Jabbar@Jaafar berkata ...

"Kita juga mengadakan pertunjukkan layang-layang dipersembahkan oleh peserta antarabangsa serta menganjurkan persembahan kebudayaan pada setiap malam. Antara artis jemputan, Ayai, Saleem dan kumpulan Spider," kata Yang Dipertua MPPG, On Jabbar.

Ujar On, peserta dari hampir 40 negara dunia, antaranya China, Jepun, England, Perancis, Belgium, New Zealand dan Australia mengambil bahagian. Negara baru mengesahkan penyertaan,  Zambia, Colombia, Russia dan Ukraine.

Tentunya sebagaimana tahun lalu, festival kali ini turut menampilkan layang-layang peringkat ASEAN. Kategori layang -layang dipertandingkan, Ciptaan 2-D, Train Kite dan layang-layang Rokkaku 5 kaki. Sebilangan layang-layang istimewa diterbangkan oleh peserta pada waktu malam, menggunakan cahaya LED," tambah On lagi.


Biarpun pelbagai jenis layang-layang rekaan peserta dari luar negara diterbangkan di ruang udara Johor, wau bulan tidak dilupakan.