Selasa, Jun 17, 2014

560 RAKAN FACEBOOK INGIN MELIHAT PEGAWAI JAKIM MAKAN CADBURY


Berikut status saya muatnaik di akaun facebook.



560 pemilik akaun laman sosial menyatakan keinginan mereka untuk melihat gambar atau rakaman video pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, memakan produk Cadbury disahkan halal.

Sebelum ini, Pengarah Kanan Halal Hub JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata, sangggup memakan cokelat Cadbury sekiranya diminta berbuat demikian. 

Alhamdulillah.

Jika kerana berstatus penjawat awam, pegawai JAKIM dilarang untuk menunjukkan bukti tanpa keraguan, siapakah lagi akan melaksanakan tugas itu secara sukarela? Ahli keluarga pegawai JAKIM? Rakan karib mereka? 


Demonstrasi itu akan menghantar isyarat LEBIH jelas kepada rakyat Malaysia, JAKIM sendiri tidak berasa was-was terhadap produk,  sebelum ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dicemari DNA babi.

Kami akan terus menanti.

3 ulasan:

  1. Saya lagi suka kalau Dato Jamil Khir pun makan sekali

    BalasPadam
  2. Lebih baik semua kakitangan Jakim sendiri yang makan, bukan disuruh makan kerana nampak macam dipaksa makan.Sanggup makan kalau diminta (dipaksa la tu) nampak tak ikhlas nak buat.Kes nie pun dah nak basi sudah.

    BalasPadam
  3. Kalaulah semua kakitangan JAKIM termasuk Dato Jamil Khir sanggup makan coklat ini, adakah ianya menjadi penanda aras bahawa coklat ini sudah halal? Kesan halal / haram jika memakan coklat tidak dapat dibuktikan melalui fizikal. (contohnya akan jadi gila babi, muntah-muntah, cirit birit dll). Islam bagi guideline yang mudah, kalau merasa ragu/was was, tinggalkanlah. Yang kita nak tahu, apa jadi dengan sample yang dibuat oleh JKM. Katanya sample diambil di pasaraya. Bagaimana ianya boleh tercemar ? Adakah produk ini sahaja yang tercemar, sedangkan ianya dibungkus rapi. Bagaimana halnya dengan makanan lain yang terdedah seperti sayuran & buah-buahan. Adakah pihak JAKIM ada membuat siasatan terhadap pasaraya tersebut dan mengambil tindakan? Adakah pasaraya tersebut masih terus beroperasi? Ini yang kita hendak tahu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.