Selasa, April 14, 2009

Janda Berhias Jadi Buruan

Hakikatnya wanita menjadi janda kerana diceraikan atau kerana kematian suami. Sejak dahulu status janda dianggap ‘hangat’. ‘Janda berhias’, janda muda tanpa anak contohnya menjadi buruan ramai lelaki. Manakala di kalangan wanita, janda berhias satu gugatan.

“Elok-elok sikit jaga suami awak tu, kebelakangan ni nampak rapat semacam dengan Tijah tu. Dia tu janda berhias, tersilap langkah, takut suami awak dirampasnya,” pesan wanita kepada wanita.

Baru-baru ini Harian Metro memaparkan kisah janda selebriti dikatakan menjadi kegilaan ramai lelaki termasuk golongan VIP. Walhal sebilangan mereka sudah beranak pinak.

Tidak disangka, sejak dahulu hingga sekarang wanita berstatus janda masih terus menjadi buruan sedangkan mereka bekas isteri kepada lelaki.

Mengapa?

19 ulasan:

  1. ramai yang meletakkan anggapan yang negatif terhadap golongan janda. mereka pun ada perasaan.
    Cuma adalah juga sebilangan janda yang tak pandai menjaga status mereka..ada juga yang 'gedik' dengan suami orang.. tapi tak semua.. sebahagian kecil sahaja.

    BalasPadam
  2. Banyak 'pengalaman' kot..

    Ha..Ha..Ha..

    BalasPadam
  3. Siapa janda selebriti yang En mazidul maksudkan?
    kongsilah....

    BalasPadam
  4. kesian janda..sekor membawa lumpur semua terpalit..

    ramai janda yg combi kenal sgt tabah menghadapi susah payah kehidupan kerana ditinggalkan seorg lelaki samada bercerai mati atau hidup.lebih2 lagi yg ramai anak.

    jgnlaa menghina mereka sbb mungkin satu hari nanti ibu,kakak,adik,anak, makcik kita sendiri akan menjadi janda..

    hidup mcm roda kdg benda yg kita takmoh terpalit kat muka sendiri..karma!

    BalasPadam
  5. a'ah... pengalaman tue yg jdk rebutan... tp... dgr kisah2 jande nie... sedih plak...

    BalasPadam
  6. Bro Maz

    Orang kata 'Maintenance' dia tinggi.

    Spaceship kalau dah pernah mengorbit bumi, memang banyak 'parts' yang kena buat replacement.

    Tak semua tak baik, tak semua baik.

    Ada pro and const nya.

    He he he he

    BalasPadam
  7. Apapun selalunya janda sudah cukup memahami perangai dan kerenah lelaki. Mereka lebih berhati-hati jika menerima seorang lagi lelaki dalam hidup. Mereka sudah ada 'basis of comparison'.

    Rakan sekerja saya di pejabat, janda anak lima akibat bercerai dengan suami. Tetapi susuk tubuh bagai gadis 20 tahun sedangkan dia berusia 30 tahun.

    "Nak besarkan anak susah bang. Sekarang 1 anak saya jaga, 4 lagi ayah dia orang"

    BalasPadam
  8. saya pernah jadi janda...

    orang dulu beranggapan, janda ni dah pernah merasa tidur dipeluk, bila tak ada suami, mungkin akan merindu suasana begitu walhal, anak dara sekarang bersepah yang menjanda walaupun belum pernah berkahwin


    http://sweetdarling79.com/

    BalasPadam
  9. menarik komen afkar'z..

    tapi apa pun.. orang tetap pandang buruk pada yang janda, afkar'z. Itu kenyataan.

    BalasPadam
  10. ada janda-janda ni pandai menggoda,memujuk,minta'simpati' lelaki untuk dapatkan apa yang mereka inginkan dari seorang lelaki.
    tapi tidak lah adil untuk letakkan semua kesalahan pada mereka yang berstatus janda.
    Cute setuju sangat dengan komen dari afkar'z.

    BalasPadam
  11. mgkin sbb status dorang tu 'janda' rmai laki yg nk..sbb?..mudah dapat kot..nk cari yg msh 'dara' cm demand sket..kalu diperhatikan yang cari janda ni pun jenis cam suami orang/laki yang dah terlajak usia/duda..tp tu andaian je la..mungkin~

    BalasPadam
  12. .:::.
    kalo org pompan...sumer nyer nampak x elok dan kurang manis. tapi bila lelaki, tak de pulak istilah "bekas"...hhmmmm, pelik sungguh..rasanya sbb lelaki buleh kawin 4 kot...sebab tu payah nak dengar lelaki digelar "bekas".
    .:::.
    "mengapa?"
    bukan ke jodoh itu kerja Allah...
    "terus menjadi buruan?"
    sebab masih ada yg sayang...
    "sejak dahulu hingga sekarang?"
    dan sampai bila-bila...apa salah nya. kalo x mau ada pompan berstatus 'janda', jgnlah diceraikan...
    .:::.
    sekadar pandangan
    .:::.

    BalasPadam
  13. Janda adalah seorang perempuan yang dahaga. Itulah persepsi lelaki ke atas janda. Oleh itu tidak hairan kenapa lelaki suka mengejar janda.

    Tapi tak semua begitu, namun ada janda yang memang pandai menafaatkan status dan memainkan peranan. Kalau masih bersuami dula, takdelah posing sangat, tapi selepas menjanda bukan main lagi. Untuk apa itu? Tepuk dada tanya selera.

    Memanglah, bukan sahaja VIP, klu tak semua pun ramai kaum elaki nak mencuba janda selebriti, sebab penampilan mereka yang menggoda, cerita2 dan gosip tentang mereka yang meningkatkan keinginan lelaki untuk mencubanya.

    What say you?

    BalasPadam
  14. hish!! ada kawna janda...

    punya lah bangga dia bercerita pasla status jan dia... sampai hal dalam kain dengan selamba badak cerita depan mak saya (masa tu saya berpantang kat KL)

    ada gaya sebegini:

    "biasalah kan makcik... mana tahan"

    hish geram saya masa tu..

    mak saya ni balu (kematian suami) tak sama ye dengan janda!!!

    mengapa jadi buruan:
    huhu

    hantaran free kot

    kah kah kah

    aa kes dah cerai denagn suami pertama lah... tiba tiba...bitau dah kawen denagn si polan bin si polan...

    beritahu selepas perut nye membuncit...

    urm...

    tiada majlis... org mesti bercakap kan?...

    janda senang lentok kot...

    Ya ALlah.. lancang betul saya mengutuk...

    BalasPadam
  15. biasa la....masing2 nak amik peluang....ermmmmmmm

    ''orang kita oh orang kita''

    BalasPadam
  16. aku melihat dari sudut yg lain..

    aku sedih melihat kejandaan mereka..

    BalasPadam
  17. entahla skng nie macam2 org macam2 ragam..sukar tuk kita gambarkan..

    BalasPadam
  18. janda?

    teman ada member sorang janda. Tapi teman takde rasa ape2x pun terhadap diorang. bese je..

    BalasPadam
  19. hello bro....
    gua pun nk share gk pandagan wa terhadap insan yg bergelar janda ni...emmm..pada wa la kan...org melayu ni kita ni nk kena tukar persepsi terhadap janda...mana de pompuan bercita2 nk jadi janda...tu semua kan takdir yang ditentukan...so kepada pengkritik2 janda ni jgn lah dok penhemtam janda yang tak berdosa..walaupun ade gk janda yg something wrong some where..."KALAU JANDA...MEMANG2 LH DIA TU JANDA...KALAU ANAK DARA BELOM TENTU ANAK DARA "....wa ni bujang(bukan bujang telajak tau)... wa de kenal sorang janda ni anak 2 n wa bekenan sangat kat janda ni....insyallah panjang umur ..murah rezeki wa..nak pinang dia n nk bela nasib dia n ank2 dia....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.