Isnin, Oktober 29, 2012

JANGAN BACA JIKA MUDAH BERASA LOYA


Tengahari tadi saya sempat menjenguk struktur peninggalan mereka hidup di zaman gangsa, kira-kira 7,000 tahun dahulu, Citadel di Amman, Jordan.


Mereka dikatakan hidup sezaman dengan penduduk berhampiran Sungai Nil di Mesir. Dalam erti kata lain, Jordan antara negara dunia pernah dihuni mereka bertamadun tinggi.


Malangnya sejak berada di negara terbabit pada 23 Oktober lalu, saya memerhatikan pelbagai karenah dan perlakuan tanpa nilai sivik penduduk di bumi arab ini.

Pertama, mereka amat pengotor. 

Sampah sarap dibuang di merata tempat, sama seperti keadaan di Kaherah, Mesir. Longgokan sampah boleh dilihat di banyak tempat, di tepi ruang pejalan kaki kedai, di kawasan perumahan malah di ibu negara Jordan, Amman.


Membuang sampah seperti bekas air minuman tin dan kertas pembalut makanan dari kenderaan sedang bergerak, perlakuan normal bagi mereka.

Saya perhatikan, suasana tidak teratur di kawasan berhampiran rumah, tidak langsung mengganggu fikiran mereka.


"Mereka ini pelik. Kalau orang lebih muda memegang dan bermain dengan kepala orang tua, tidak mengapa tetapi jangan sentuh punggung, biarpun sesama lelaki, mereka akan berang. Cara hidup mereka tidak ubah seperti masyarakat barat, masuk ke rumah berkasut," ujar kenalan di Jordan.

Biarpun sewaktu bertemu rakan atau saudara amra mereka bercium pipi namun sikap majoriti mereka, kasar dan enggan mengaku kelemahan diri. 

"Tidak ramai penduduk Jordan mengenali Malaysia. Mereka sangka penduduk negara kita masih tinggal di dalam hutan. Barangkali kerana mereka pernah menonton iklan Cuti Cuti Malaysia, memaparkan visual penduduk pribumi memakai cawat sambil memegang parang dan menggunakan sumpit.  Apabila ditunjukkan gambar bangunan KLCC, mereka tertawa dan mengatakan itu hanya sekadar gambar dihasilkan melalui teknik pengubahsuaian menggunakan komputer," tambah rakan itu lagi.

Pengalaman membuat liputan di kem pelarian Za'atari, Mafraq dan Ramtha di Irbid menunjukkan, pelarian Syria juga bersikap kasar dan tidak berdisiplin. Mereka cenderung bertengkar dan bergaduh tanpa mempedulikan perlakuan mereka diperhatikan oleh orang ramai.


Beratur untuk menerima sumbangan bekalan makanan diagihkan oleh sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia, KP1M, sukar bagi mereka. 

Hampir setiap arahan dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan juga tidak dipatuhi.

Saya percaya ramai pelajar Malaysia menuntut di Jordan, Syria dan Mesir menyedari sikap penduduk tempatan tetapi berasa serba salah untuk berkongsi hakikat sebenar.


"Pintu bilik hotel terkunci dari dalam dan rakan sebilik Khor Thiam Seng sedang tidur di dalam. Dia sakit mata dan saya enggan megetuk pintu, bimbang mengganggu dia. Lalu saya meminta pekerja house keeping lelaki berada berhampiran bilik membukakan pintu. Dia meminta USD10," komplen jurukamera Majalah 3, Rohaizat Roslan.


Khor, 29 tahun, berasal dari Teluk Intan, Perak, berpengalaman menjadi sukarelawan di Mesir, Pakistan, New Zealand, Jepun, Myanmar dan Somalia sebelum ini.

Jun 2010, saya berada di Kaherah, Mesir dan berpeluang menjamah nasi Mandi, juga dihidangkan di Jordan.

Klik di sini untuk melihat nasi Mandi.

Lazimnya memang orang Arab dikatakan berselera besar dan berkebarangkalian menghabiskan setalam nasi tanpa sebarang masalah tetapi bukan setiap kali mereka makan.

Saya yakin, lebihan nasi terbabit tidak dikitar semula lalu terbazir begitu sahaja dan berakhir di tong sampah.

Di Amman, saya dihidangkan dengan nasi briani seperti gambar di bawah. Sebekas nasi itu untuk hidangan seorang pelanggan. Saya pasti bukan semua pelanggan mampu menghabiskan nasi sebegtiu banyak lalu lebihan akan dibuang.


Kita di Malaysia acapkali berkata, membazir itu amalam syaitan.

Justeru saya berasa hairan mengapakah orang Arab terlalu gemar membazir sedangkan majoriti mereka beragama Islam?

"Memang mereka tidak menghabiskan makanan itu. Kalau dihabiskan, mereka berfikir orang itu tentunya kelaparan dan miskin," kata rakan tinggal lebih lima tahun di Syria sebelum ini.

Pelik sikap mereka.

24 Oktober lalu, sewaktu dalam perjalanan ke Sweileh, saya terlihat senario ganjil lalu saya rakamkan.


Ya, penduduk tempatan selamba membawa kambing biri-biri menaiki kereta.

Kotor?

Jika mereka mengetahui erti perkataan itu, pastinya tindakan sebegitu tidak dibuat.

Kepada pembaca belum membaca kisah Abdel Elah, mangsa terkena tembakan senjata api buatan Russia, AK-47, sila klik di sini.

Sehari selepas presiden KP1M dan ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berjanji menghantar doktor untuk merawat Abdel, saya dan Doktor Mohd Kasim Abdul Rahim serta Doktor Alvin Teo ke rumah pesakit itu.


Mereka kemudian membersihkan luka di bahagian atas pinggang Abdel.


"Melihat luka itu, selepas dirawat, saya percaya boleh sembuh namun di Amman tidak ada pakar untuk merawat tulang belakang pesakit," komen Doktor Kasim.

Dua sahabat media mewakali Agenda Daily, sempat bersalaman dengan Abdel dan mereka berpelukan bak adengan dalam drama.


Perhatikan wajah sebak mereka biarpun bertemu Abdel buat kali kedua dan barangkali tidak akan berpeluang bertemu pesakit itu lagi dalam hidup mereka.


18 ulasan:

  1. benarlah kata2 orang lain yang orang arab ni memang kasar..

    BalasPadam
  2. benar apa yang En.Mazidul tulis ni, saya antara student Malaysia yang berada di Mesir tika ini, alhamdullillah masalah longgokan sampah sedikit demi sedikit makin berkurangan semenjak Dr.Mursi menjadi President Mesir, masalah adab dan sifat kasar mereka mungkin sudah sebati dengan mereka, even waktu jalan raya sedang sesak, mereka dengan slumbernya boleh bergaduh ditengah jalan raya sambil tengking menengking sesama mereka -.-'' pasal nak berbaris dlm barisan tu jangan haraplah, waktu pilihan raya hari tu ja kot nampak mereka berbaris haha

    BalasPadam
  3. Patut la, sesuka hati saja mereka menembak mati tahanan perang... Sama kejam jer mereka nie...

    BalasPadam
  4. SMTI..tak sangka mereka mempunyai sifat pengotor macam tu..huhu...

    BalasPadam
  5. mungkin itu budaya mereka en mazidul.... dan budaya kita lain jadi kita jaga lah budaya kita yang sekarang pun orang kita pun xnak ikut budaya sangat dah....

    BalasPadam
  6. Bagaimana sebenarnya kehidupan para pelajar kita di Jordan dengan dikelilingi masyarakat sebegini?

    Tahniah kepada mereka yg tabah dalam mencari ilmu.

    BalasPadam
  7. sebab tu orang cakap kita ni penuh dengan nilai2 ketimuran, maksudnya hanya kaum belah2 timur kita ni sahaja yg kebanyakan bersopan santun, yg lain2 tu sama je, kasar dan kurang sopan.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Itulah yg sering diungkapkan, Islam kita lihat di Barat/negara kafir...Yg kafir lebih faham tentang nilai kebersihan, nilai elak pembaziran..nilai adab sesama manusia...Selagi umat Islam macam ni, selagi tu lah Islam akan ditindas, di pandang serong...so memang tak boleh nak salahkan pihak Barat yg sentiasa padang serong/stereotype Islam sebagai pengganas/kotor/etc..sebab umatnya sendiri gagal amalkan Islam.

    BalasPadam
  9. saya rasa mungkin sedikit sebanyak ada yang terikut budaya sana jugak.... mungkin laaaa

    smti dan mohon kongsi en mazidul

    BalasPadam
  10. SMTI. ALhamdulillah.. negara kita jauh lebih baik....

    BalasPadam
  11. kebanyakkan org arab, mmg kasar, tp tak semua...zaman sy belajar dlu, ade jugak org arab yg friendly dn ramah, smpai skrg sy masih contact dia, org yaman, duduk di aden...tp ada jugak yg kasar....ada 1 situasi, masa tu festival kbudayaan antarabangsa kt U sy...smpai giliran penyanyi perempuan uzbekistan menyanyi, student2 arab ni dtg kedepan pentas, bergelek ramai2... yg sadis nya, naib canselor dan org2 tertinggi universiti, semua duduk di depan....

    BalasPadam
  12. kesiannn.. diaornng jauh ketinggalan ke belakang kerana sikap mereka yg susah nak mengaku kelemahan diri sendiri,mudah panas baran dan melenting...tpi masih ada yg baik orngnya...

    BalasPadam
  13. knapa perlu kita lihat kburukan negara lain ?
    bagaimana dengan negara kita sendiri ? RUMAH URUT ? PELACURAN ? BUANG BAYI ? KERUNTUHAN AKHLAK ? BAPA MAKAN ANK ? DISKO ? PELAJAR ISLAM BUAT TATU ? INI YANG KITA BGGAKAN ?? KALAU nak kte pasal smpah.. NEGARA KITA PUN apa kurangnya.. kita kna ingat ... Allah jadikan kita bukan mncari ksalahan org lain .. tapi mndoakan yg terbaik untuk yang lain . bukankah mereka muslim ? doakan.. bukan aibkan .. mmang akan kta "nak jadi pedoman " "nak jadi pngajaran" .. tapi ... bukan ini jalan dan uslubnya..

    BalasPadam
  14. perluka aibkan diorang ?
    bagaimana dgan negara kita ?

    BalasPadam
  15. bukan mengaibkan.. dengan info sebegini lah, dapat menjadi pengajaran dan pedoman agar kita tidak menjadi seperti mereka. tidak semua penduduk di sana yang pengotor. jangan johan harun jadikan ini sebagai isu negatif..
    jika tiada info sebegini, bagaimana kita ingin tahu keadaan dunia sekarang?? kita mesti berfikiran positif..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum.
    Kite jgn terus membuat andaian dgn stiap prkara2 yg kite Dengar & Lihat.
    Brsangka baiklh sesame kite jika kite tau prkare tu utk kebaikan...wlupun kite tau ade agenda disebaliknye. Stiap Baik & Buruk kejadian tu ade Hikmahnye.
    ALLAH swt adalah sebaik2 'Hakim'. Dialah yg akan mnentukn Baik & Buruk balasan kpd kite.. jika x didunia,diakhirat nnti...atau kdua2nye skali. Nauzubillah.
    Kite brDOAlah kpdnye smoga kehidupan kite,Negara kite,Umat ISLAM diseluruh DUNIA,akan mnjadi lebih Baik dgn brlandaskn Syariat ISLAM.
    Kite MELAYU jgn salahkn MELAYU(yg selalu diucapkn oleh bangsa MELAYU tu sndiri). MELAYU tu adalh BANGSA kite dan kitelh yg patut merUBAH dan memartabatkn MELAYU tu..barulh kite bangga yg kite ni MELAYU. Kite SEDAR akan kelemahan kite(MELAYU) tpi sejauh mne keSEDARan kite dgn kelemahan kite(MELAYU)? Same2lah kite Renung2kan dan SEDAR2kan DIRI kite yee.sambil2 tu kite tlg sedarkn kwn2 kite skali...jgn tgu kite btul2 SEDAR bru kite nk tlg kwn2 ye..umpama Serampang 2 Mata.. kite dpt dan memberi. WALLAHUA'LAM.

    BalasPadam
  17. As salam En Mazidul,

    Saya tidak dapat menyangkal apa yang ditulis oleh saudara... Kebanyakan orang Arab yang saya temui memang kasar, angkuh & kurang adab... Mereka suka memandang rendah pada orang lain dan merasa diri mereka bagus & betul sentiasa... Teringat kata seorang ustaz dulu, tidak hairanlah Nabi diturunkan dikalangan bangsa mereka...

    Kata orang tua2, tips utk kaya jangan membazir-bazir, terutama sekali nasi... jgn dibuang-buang... tidak hairanlah orang barat/orang putih lebih kaya dari orang orang Islam... Sekadar pandangan :)

    En Johan Harun,

    Perlu bezakan antara membuka aib dengan berkongsi pengalaman & pandangan... Jika tidak kita tidak akan belajar dan terus berasa selesa... Wallahualam...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.