Rabu, September 19, 2012

LELAKI PENCETUS IDE PENDEDAHAN DAN PEMBONGKARAN

Kekadang kepenatan mula mengintai di dalam kehidupan saya.

Jika 17 tahun lalu, saya mampu untuk bergerak cergas, membuat liputan pelbagai paparan tanpa dihimpit kepenatan, kini keadaan jauh berbeza.

Mengekori sambil merakamkan visual pengemis warga asing berlari bak lipas kudung di Bazar Ramadan Kota Damansara dan Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor bermula 3 Ogos lalu ternyata amat mencabar fizikal saya. 

Namun semangat dan keinginan tertanam sebati di jiwa saya demi untuk mendedahkan kebenaran mendorong kaki terus melangkah.

Mengapakah saya melakukan itu semua? Sedangkan saya percaya di mata ramai, tindakan terbabit kelihatan kejam.

... kelihatan kejam kerana majoriti mereka tidak mengetahui dan memahami kisah sebenar, penipuan, kegiatan didalangi sendiket dan eksploitasi  berlaku di sebalik kegiatan pengemisan di negara kita.

Jika diizinkan oleh Allah, Sabtu, 22 September ini, tepat jam 9 malam, saya bakal mendedahkan bahan rakaman lebih sebulan. 

Daripada hasil rakaman itu, saya merumuskan ...

Malaysia kini dibanjiri majoriti pengemis warga asing dari Kemboja dan Myanmar. Barangkali kita semua pernah terserempak dengan mereka samada lelaki atau perempuan di pelbagai lokasi, antaranya di bazar Ramadan dan pasar malam.

Pengemis wanita menggendong anak kecil, duduk di atas jalanraya manakala lelaki pula kudung sebelah kaki, bergerak menggunakan papan gelungsur di celah orang ramai.

"Kaki kena bom," ujar mereka.

Senario sama saya rakamkan di tiga negeri, Selangor, Kuala Lumpur dan Kelantan dengan bantuan jurukamera berpengalaman.

Saya mengambil sedikit masa untuk menjelaskan kepada Pengurus Besar Majalah dan Dokumentari Primeworks Studios, Abdul Aziz Hassan, berhubung tugasan ini. Alhamdulillah, setelah berbincang bersama beliau, cadangan saya diterima.

Ingin saya kongsikan bersama pembaca, paparan 'Kisah di sebalik tangan yang menadah' dicetuskan selepas terserempak lelaki di bawah. 


Klik di sini untuk membaca entri saya nukilkan pada 3 Ogos 2011.

Dilaporkan dia masih lagi terus menggunakan modus operandi sama tetapi kini tidak lagi mengemis di Lembah Klang.

Hasil membuat liputan episod Majalah 3 bakal dipaparkan pada hujung minggun ini, saya kini tahu, purata pendapatan pengemis di Selangor dan Kuala Lumpur di antara RM300 dan RM500 dalam tempoh kurang 6 jam menadah tangan.

Kutipan tertinggi mereka di antara RM700 dan RM900 dalam tempoh sama, klik di sini.

Laporan saya juga bakal mendedahkan kes penipuan dan penyalahgunaan dokumen pembinaan masjid di Naratiwat, Thailand.


Biarpun dia wajar disepak, saya masih mampu menahan kesabaran. 

Dengarkan pengakuannya berhubung kaedah menyonglap wang sumbangan orang ramai sepatutnya disalurkan ke masjid di negara jiran.

Klik di sini untuk membaca kisah pengutip derma palsu itu.

Petang 3 Ogos 2012, saya dan jurukamera merakamkan visual sekaligus menemu bual dua pengemis wanita adik beradik, berbangsa Cina, memakai jubah sewaktu menadah tangan di Shah Alam, Selangor.


Berikut komen pendakwah, Ustaz Zaharuddin Zainal Al-hafiz berhubung kes terbabit.


"Mereka lebih gemar menggunakan imej Islam, antaranya berjubah untuk meraih simpati. Kalau mereka memakai seluar pendek, berbaju kontot, tentunya orang Islam tidak akan menghulurkan sedekah kepada mereka"

Saya percaya kedua pengemis berasal dari Kuala Lumpur itu telah membuat homework dan tahu mereka tidak boleh didakwa mengikut undang undang sivil sekiranya berpakaian sebegitu.

Adakah anak dikendong, zuriat sebenar pengemis? Siapakah pemandu membawa mereka ke lokasi setiap hari? Tahukah pembaca, pengemis warga asing mampu membayar sewa rumah, RM1,300 sebulan? Tahukah pembaca, terdapat pengemis di Kuala Lumpur membayar wang perlindungan kepada individu tertentu?

Semua soalan dan maklumat itu bakal saya kongsi dan dedahkan kepada penonton Majalah 3, Sabtu ini.



11 ulasan:

  1. SMTI: Alhamdulillah.. akhirnya segala kepenatan mungkin terbayar dengan paparan yang bakal menemui penonton pd 22 September 2012 jam 9.00mlm.

    Moga apa yg dipaparkan akan membuka lebih byk mata utk kita semua.Bukan menidakkan rezeki yg Allah beri pd mereka tetapi ingin menyedarkan mereka /orang ramai tentang KESILAPAN/KESALAHAN yg mereka lakukan.

    Syabas buat bro dan semua kru yg terlibat dalam usaha kali ini.Tahniah !!

    BalasPadam
  2. salam..sy juga melarang suami sy bg duit kt sapa2 yg mengemis cm tu.mmg la nmpk cm jahat n kedekut sgt la sy..tp tu la..sy rasa depa ni tipu kita n kita menggalakkan depa buat keja2 ni lg..cm menaikkan semangat depa la..hehehe...orait..sy akan tgok 22.9 ni.

    BalasPadam
  3. tahniah..setiap en3 bro sy tak miss baca.bagi saya bro mmg seorang yg berani.krn mendedahkan apa yg org lain tak berani nak buat

    BalasPadam
  4. dah lama tengok pasal isu dan kes pengemis2 ni kat blog bro mazidul ni, at last akan dipaparkan juga di majalah 3... tak sabar nak tengok

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. saya sentiasa doakan mazidul supaya sentiasa sihat & dpt menjalankan tugas dengan penuh amanah dan kesungguhan. teruskan usaha murni itu hingga ke akhir hayat. rakyat malaysia amat beruntung kerana ada orang seperti mazidul.

    BalasPadam
  6. Tahniah tuan mazidul, satu usaha murni membantu orang ramai daripada ditipu oleh mereka yang suka menggambil kesempatan bertopengkan islam, saya tersangat-sangat malu majoriti mereka yang melakukan perkara ini adalah orang2 islam, berjubah berkopiah..aduhai malunya saya, bukankah berusaha itu lebih baik daripada meminta-minta. Semoga orang ramai akan sentiasa berhati-hati bukan semudahnya menghulur derma kepada mereka ini asyik menipu dan menipu.

    BalasPadam
  7. tak sabar juga nak tengok..saya fikir hari sabtu lepas =)

    BalasPadam
  8. lelaki yang menadah tangan dalam nukilan 3 ogos 2011 tersebut saya jumpa di pasar malam rumah saya di taman desa murni, sungai dua, pulau pinang minggu lepas...sekali pandang terus cam..encik suami yang perasan..sedang menadah tangan juga tanpa kaki palsunya..

    BalasPadam
  9. Encik Mazidul,

    SMTI, saya ingatkan 15.09.2012, rupanya 22.09.2012...andai tiada aral, pasti ditonton.

    BalasPadam
  10. Mudah-mudahan dapat membuka mata ramai pihak dalam memerangi isu ini.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.