Sesi pertemuan antara rakan lama berlangsung meriah di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Omar Abdullah, Zakiah Anas dan Kamal Affendi Hashim hadir di lokasi sama.
"Biar saya kongsikan pengalaman berhubung asas pengucapan awam. Memang majoriti orang boleh bercakap tetapi kita ingin melahirkan pengucap awam berkredibiliti dan berkeyakinan setiap kali berdiri di hadapan khalayak ramai," ujar Omar.
Omar, pengarah drama, dramatis, komedian, pelakon teater, bekas penyampai radio dan pengacara televisyen.
Beliau antara individu pernah digandingkan bersama saya mengendalikan program bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini, MHI, sebaris dengan rakan lain seperti Aziz Desa dan Hasbullah Awang. Beliau juga penerbit kedua program 999, ketika saya dan Zakiah mengacarakan program dipancarkan secara langsung itu.
Melihat perawakan luaran, barangkali ramai beranggapan Omar insan kerap bersifat serius.
Hakikatnya, berbeza.
Lihat antara reaksi spontan rakan lain ketika sesi sembang petang berlangsung.
Bukan mudah untuk merakamkan detik pegun penganalisis jenayah tersohor tertawa tidak kering gusi.
Berikut wajah standard piawaian Kamal.
Barangkali ramai ingin menyaksikan senyuman Zakiah dari jarak dekat.
Azmil Abdul Aziz, penggerak utama CakapDotCom juga berulang kali digeletek dek jenaka Omar, individu berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang komunikasi.
"Kita bukan doktor falsafah atau memiliki kelulusan sarjana dalam bidang komunikasi tetapi we are all practitioners. Pengalaman dalam bidang bercakap kita raih dalam tempoh masa panjang dan pelbagai peristiwa pahit manis kita tempuhi. Pada masa sama kita belajar mengenai penampilan sesuai apabila berhadapan dengan khalayak. Semua pengalaman itu boleh dikongsikan," celah Zakiah yakin.
Keyakinan itu terhasil daripada pengalaman bergelumang lebih 22 tahun dalam bidang penyiaran.
"Sepanjang saya mengacarakan MHI, saya tidak pernah memanggil tetamu saya adik, abang atau kakak. Lebih molek kita panggil puan dan encik. Kalau kita mula memanggil tetamu kita kakak, dia akan berkata, kakak ingat begini ... kakak, kakak, kakak. Pengganti nama itu tidak sesuai digunakan dalam temu bual di televisyen. Dalam sesi CakapDotCom, kita akan memberikan panduan kepada peserta berhubung kaedah untuk mengurangkan perasaan gugup supaya mereka boleh bercakap secara lancar," jelas Omar.
Sesi pertama bakal berlangsung di lokasi terbuka, berhampiran Cova Square, Kota Damansara.
"Dalam sesi CakapDotCom bersama peserta kelak, saya akan menyentuh mengenai kaedah terbaik untuk mengawal audien dan cara menyuntik kesegaran instant sewaktu bercakap di hadapan orang ramai," kata Kamal.
Pakaian perserta, kasual dan selesa.
"Dalam sesi tiga jam, mustahil untuk kita melahirkan individu bercakap secara fasih tetapi InsyaAllah objektif utama kita untuk menyuntik keyakinan sekaligus membuatkan peserta berasa lebih selesa berdiri di khalayak ramai mampu dicapai," celah Azmil.
"Kepada peserta sudah biasa berhadapan dengan khalayak, pengalaman dikongsikan boleh memperkemaskan mutu persembahan mereka," sampuk Omar.
"Kalau Omar, Kamal dan Zakiah mengiktiraf kebolehan peserta, mereka memang sepatutnya berasa yakin dengan kebolehan masing-masing. Kebolehan selama ini belum lagi digilap, belakang parang sekalipun jika diasah lagi kan tajam," kata saya.
Sesi pertama CakapDotCom bakal berlangsung pada 7 Oktober 2012, hari Ahad di antara jam 9 pagi dan 12 tengahari.
Sila hubungi Azmil di talian 013 63 666 73 untuk mendaftar, tempat terhad kepada 20 peserta sahaja. Mereka berminat juga boleh menghantar emel ke cakapdotcom@gmail.com beserta butiran diri.
Terima kasih kepada semua pembaca sudi membantu.
*** Klik di sini dan di sini untuk membaca informasi tambahan.
Terima kasih kepada semua pembaca sudi membantu.
*** Klik di sini dan di sini untuk membaca informasi tambahan.
Bercakap di hadapan audiens bukan mudah, boleh menggeletar lutut - suara pun tenggelam.
BalasPadamBagus dengan pendekatan begini. Syabas!
http://braderpet.com/braderpet/index.php/component/content/article/124-sembang-sembang-dengan-brader-mazidul-akmal
BalasPadamtu zakiah anas ke? kenapa nampak lain dari dia dalam tv huhuhu
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
cara selamat saya ketika berkomunikasi dengan public ialah saya lebih suka membahasakan puan dan encik dari panggilan kakak, abang @ adik kerana kita x dapat menjangka beza umur mereka dengan kita..takut ada yang terasa bila panggilan yang dilontarkan x kena dengan usia empunya diri..
BalasPadampengalaman 20 tahun lalu menyebabkan saya berhati2..saya pernah membahasakan makcik pada seseorang..wah dengan selambanya saya kena smash balik katanya " bila saya kahwin dengan pakcik awak"ha2 jawab kau..kan saya dah terkedu..sensitif woii...
Bengkel komunikasi dengan otai-otai...Memang bagus...Mereka adalah contoh sebenar indidvidu yang cekap dan hebat berkomunikasi didepan khalayak ....
BalasPadambetul ckp che omar abdullah psl 'address' orang..tapi sy tgk ramai host yg panggil responden atau tetamu dgn kakak,abang w/p mrk jauh lebih muda....adakah host tersebut perasan muda atau tak tahu 'adress' cara yg betul.?panggil cara host dulu2 lagi elok iatu dgn puan/tuan. encik/cik atau saudara/i...terutama responden telefon yg kita x tahu usianya..tksh.
BalasPadamKena bayar x?.kalau free ok je
BalasPadamSaifuddin, toilet di tempat awak masih lagi percuma kalau hendak diguna?
BalasPadamHahaha!
Macam inilah, kalau awak ingin menjadi fasilitator percuma, saya persilakan awak datang untuk berkongsi ilmu, FREE.
Assalam,
BalasPadambagus kursus public speaking nih. Saya pun selalu menggeletar nervous bila disuruh bercakap depan orang ramai...
harap dapat buka untuk pelajar IPT
BalasPadam