Barangkali sebilangan kita pernah terserempak lelaki berstatus suami, berperangai bak lembu ditarik hidung oleh isteri sendiri.
Disuruh duduk, dia duduk.
Disuruh berdiri, dia berdiri.
Jika disuruh berguling oleh isteri, dia akan berguling sehingga disuruh berhenti.
"Tengok suami perempuan itu, sentiasa mengikut arahan isteri dia, mesti sudah terkena nasi kangkang"
Mungkin ramai antara anak muda generasi masa kini, tidak mengetahui apakah itu nasi kangkang. Menurut kisah saya dengar, menghasilkan nasi kangkang bukan sesukar seperti menyediakan nasi beriani.
Secara ringkas, wanita sedang haid, memakai kain batik tanpa seluar dalam dan meletakkan sebekas nasi panas dan berwap di bawah kangkangnya.
Lebih luas kangkangnya, lebih bagus.
Cecair dari kemaluan bercampur darah kemudian menitis ke dalam nasi panas, kemudiannya dihidangkan kepada suami.
Kedengaran kotor dan meloyakan.
Dipercayai selepas itu, suami bakal menurut semua kehendak isteri tanpa sebarang bantahan.
Saya cuba untuk mendapatkan kerjasama beberapa wanita untuk menunjukkan kaedah nasi dikangkangkan namun tiada antara mereka sudi melakukan demonstrasi sebegitu.
'Nasi kangkang', topik lazimnya amat sensitif kepada majoriti wanita. Justeru mereka jarang memperkatakan mengenai kaedah itu di khalayak ramai.
Pada April 2009, pembantu rumah wanita Indonesia, Indra Ningsih, 26 tahun, didakwa di mahkamah di Hong Kong akibat mencampurkan darah haidnya ke dalam semangkuk sayur untuk dihidangkan kepada majikannya.
Barangkali dia tahu, majikannya lebih gemar memakan sayur berbanding nasi. Indra tidak pula dilaporkan mengangkang sewaktu di dapur, cuma menggunakan darah diambil dari tuala wanitanya.
Klik di sini untuk membaca laporan berhubung kes terbabit.
Sekaligus, timbul persoalan menarik untuk kita fikirkan bersama.
Mengapakah sebilangan wanita tergamak berbuat khianat sehingga ke tahap itu? Jawabannya tidak begitu sukar untuk dikemukakan. Mereka percaya, nasi kangkang mampu untuk menundukkan lelaki secara mudah. Dalam erti kata lain, wanita terbabit ingin memiliki kuasa mutlak bertujuan untuk mengawal pergerakan lelaki rapat dengan mereka agar sentiasa mengikut telunjuk.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
Adakah terlalu sukar untuk mengawal, hati, perasaan dan pergerakan suami? Mungkin tidak, bagi majoriti wanita bergelar isteri jika mereka memahami formula tersurat dan tersirat.
Suami perlu dihormati, dihargai dan disayangi. You get what you give bak kata orang putih. Lazimnya suami dijaga secara sempurna oleh isteri amat jarang mencurangi perhubungan dipatri bersama.
Sila baca sekali lagi ayat terakhir di atas, saya menggunakan perkataan 'lazimnya'. Namun jika suami curang dan sering tidak mendengar kata disuapkan dengan nasi kangkang, adakah itu kaedah penyelesaian? Tidakkah kehidupan isteri mereka akan menjadi bosan?
"Pergi basuh pinggan! Sekarang!," herdik isteri.
Suaminya tanpa bantahan terus sahaja berjalan longlai ke dapur dan mengikut arahan.
"Pergi siram pokok bunga!," kata isteri.
Suami pantas bergerak menuju ke muka pintu, keluar dari rumah, mengambil bekas air dan menyiram setiap pokok bunga segar mahu layu di halaman rumah.
"Pergi sidai baju, cepat!," sergah isteri.
Suami tanpa bicara, mengangkat bakul plastik berwarna biru dipenuhi pakaian lembab dan dengan muka 'ketat', mula menyidai seluar dalam dan coli isteri.
Itukah 'kuasa memerintah' diburu oleh sebilangan isteri?
"Bukan saya takut bini, tapi bini yang tak tau takut kat saya!" :)
BalasPadamkdg2 rasa tak logik ada diantara umat manusia yg buat kerja gila tu..
BalasPadambila ada isteri dah mula pakai nasi kangkang, bukan ke dia dah guna ilmu hitam dan mintak bantuan syaitan? orang berkahwin utk mendapat kebahagiaan dunia akhirat, bukan nak menjadi tuan di dunia dan akhirnya rugi di akhirat...
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
kena tubuh persatuan ni.. Memelihara suami senasib. tanpa nasi kangkang pun, byk kedengaran kes mcm ni.
BalasPadamKalau suaminya memang rajin membantu kerja2 dirumah, tak kan lah itu pun dikira terkena nasi kangkang...
BalasPadamIzni Hafiz, siapakah merumuskan sebegitu?
BalasPadamSuami boleh membantu dengan kehendak hati atau apabila isteri meminta pertolongan secara baik dan beradap...
... tetapi bukan dengan cara dikerah sebegitu dan menjadi lembu dicucuk hidung.
huhh saya menarik nafas panjang tuan mazidul terhadap isu ini Nasi Kangkang, seburuk-buruk perangai suami pun jika sayalah, saya tak sangguplah melakukan perkara sekeji itu , wanita yang melakukan perkara demikian terhadap suami, dialah wanita sekeji-keji dalam dunia ini laknat, lebih baik tinggalkan saja daripada menambah dosa, namun banyak kes berlaku wanita yang melakukan perkara ini terhadap suami akhirnya wanita itu ditimpa bala,, Allahualam.. kehidupan tidak aman dunia akhirat..ketulahan
BalasPadamjangan de yg amik resepi kt sini buat suda..huhuhu
BalasPadamn btw sapa yang buat, kalau ikut al quran dan hadith, neraka lah tempat nya bersama syaitan dan iblis yang powerkan nasi tuh sbb kotor dan jijik kekdahnyerrr
BalasPadamsyirik
BalasPadamsatu topik yg baik/bagus ni...
BalasPadamsy nak tanya la..
kpd sapa2 yg sudi menjawap... didahulu dg ucapan t/kasih...
soalannya
salah ke..
apabila/kalau suami mengangkat bakul dipenuhi pakaian lembab dan mula menyidai seluar dalam dan coli isteri. ?
jatuh ke..
martabat/maruah sang suami..??
makasih !!
@nisah : tak salah bagi saya tapi kalau die terpaksa buat sebab kena sihir dgn ister salah la. Kalau si suami rela hati nak tolong mmg untug benar la bini tu. pahamkan cerita diatas dulu :D
BalasPadamNisah, jawapan saya tidak. Saya baru saja tadi menjemur coli, seluar dalam dan sebagainya. Walaubagaimanapun, isteri saya yg membasuhnya terlebih dahulu.
BalasPadamikat suami dgn cara salah..hati suami tak ikhlas...berdosa sampai kemati la jawab nyer...nakal mana suami tu kaedah paling baik mohon pada allah...bukn pada syaitan...
BalasPadamNgeri...geli..kita sendiri pon nak muntah dgr, inikan plk nak bagi makan dekat suami kita. masyaallah.
BalasPadamAkak pon syg sgt kat suami akak tapi tak tergamak dihati nak kasi nasi kangkang ni. Berdoalah selalu pd Allah semoga jodoh kita sampai akhir hayat dan setianya hanya pd kita. Jgnlah sama sekali melakukan perkara syirik ni..dibuatnya siisteri mati mengejut, tak sempat mintak maaf kat suami maka pastinya jalan mudah ke neraka... nauzubillah
pelbagai golongan kelas wanita ada yang sanggup buat macam ni, dari tak educated sampai level educated pon buat sebab percaya dgn tok bomoh lagi drpd kat Tuhan. Biasa yang buat tu org yang iman tu nipis, agaknya senipis kulit bawang. tak fikir kesan n akibat yang diterima asalkan hajat diorang tercapai. Kalau suami tak maafkan, nak mati esok pon azab..
BalasPadam